Friday, April 29, 2011

Jumaat yang kelam kabut


Pagi-pagi dah bangun.
Selesaikan kerja kahwin.

Less than a month, sibuknya!
Serius rasa nak cuti sebulan aje!
...............................

Pagi-pagi dah pergi bank.
Bosan betul menunggu.
Ingat orang semua dah balik kampung bercuti.
Rupanya silap besar.

Sejam lebih menunggu.
GRRRR

Ketar lutut-lutut bawak cash dalam tangan.
Dah macam orang apa aje, kejap kejap toleh belakang, kejap kejap toleh kiri, kejap kejap toleh kanan.
Sampai destinasi bank seterusnya kena amek number lagi.
GRRRRR

Sabar sabar sabar

Dan kerana ini, saya terlepas shoot bersama Rumah Kebaya Malaysia.

Sobs sobs sobs

Dan, nak korek tentang cabang baru business RKM pun tak kesampaian..
Hurm.

Hari ni lah nak kena bayar duit dewan
Kang tak pasal-pasal PIC cancel dewan I, haru tak?

Hari ni lah nak setelkan layout dewan

Hari ni lah nak pergi pos kain untuk pengapit
Kesian pengapit I, lambat terima kain
Banyak benar masalah yang tiba

Hari ni lah nak pergi beli setem
Beratur lagi, haru sungguh

Hari ni lah nak kena setelkan balance payment untuk wedding card
Nasib vendor kad kahwin baik hati
Nanti i update pasal ni ya

Hari ni lah nak pergi check rumah kat Putrajaya
Tapi tak kesampaian juga
Dan dengarlah bebelan mama nanti
Sighhh

Hari ni lah nak setelkan barang hantaran.
Harap ketemu semuanya.

Dah tak larat dah ni...


Breath in breath out breath in breath out
FUH!





Thursday, April 28, 2011

Baju nikah tak siap?


Saje je nak coret kat sini.
Tempoh hari, I mimpi baju nikah I tak siap.
Terkedu di situ.

the designer memang super busy
hint: the designer terlibat dengan ABPH tempoh hari
I tau dia busy
Tapi tetap nak buat baju dengan dia jugak
Idola 5 tahun yang lepas dan sehingga sekarang

Tak sangka, nak kawin ni boleh buat baju dengan dia!
Owh~

*korek tabung ayam*
sanggup tau

Heh heh heh




Wednesday, April 27, 2011

Teaser: Pre-Wed


Credit to: Peveyhack

Mata sepet macam anak cina tu, I lah
Bahahahahha

Kecik, ko tak rasa bakal suami aku ngan bakal suami ko macam kembar ke?
Wahahahahahha

Abg Rashdi hanya monitor je that day.

The main photographers:

Kamal Sufian
and
Azizul Muhammad

More to update about them!
Eish, tak sabar nak share dgn readers semua!

Hold on ya.
Kita tunggu mereka punya hasil air tangan, ya.




1 month 1 week


1 month 1 week

Wheeeeee!
Remember, niat I hanya satu?
Nak kahwin dengan teruna pujaan hati je.
Itu sahaja.

That's why kot, saya nampak begitu relax.
Hihihi.
Kelam kabut memang kelam kabut, tapi, ntah, saya ingatkan diri saya sendiri,
"Moga selamat majlis akad nikah nanti"
"Moga perkahwinan diberkati dan diredhai"
Itu sahaja.

Majlis bukan untuk ditunjuk-tunjuk.
Majlis adalah untuk merai tetamu yang datang doakan kami.

Majlis tak mewah, sebab bukan permintaan hati.
Cukuplah andai majlis berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya.
Majlis meriah, tetamu senang hati sebab perut kenyang, makanan sedap.

Jemput datang, ye?
Walaupun majlis tak grand, sederhana sahaja, janganlah tak datang, ye?
Remember, saya anak orang biasa sahaja.

Apa yang ada, itu sahajalah yang saya mampu adakan.
Janganlah mengharapkan majlis saya punya pelamin lagak NGI, kek perkahwinan 5 tingkat tingginya, hadiah buat tetamu dari kategori mewah, jangan ye.
Kerana itu memang tak akan jadi kenyataan.
Hihihi

1 month 1 week

Saya cuma mahu cantikkan diri
Untuk suami saya nanti
Hihihi

Relaxing hair treatment - so that suami sentuh rambut terus tergoda. Awww
Full body treatment - so that suami sentuh kulit terus tergoda. Hehee
Manicure and Pedicure - bila suami belai jari tangan terus tergoda. Hehehe
Waxing - suami akan turn off kalau armpit dan kaki penuh bulu. Eww.
Basic facial treatment - bila suami pandang terus rasa tak jemu jemu nak pandang. hehehe

Saya cuma mahukan yang terbaik buat suami
Eceyhcheychey

Hihihihihi

Selebihnya, nak saya sambung lepas majlis nikah?
Hahahahahaha.

Noti-lah. Eiii!



Tuesday, April 26, 2011

Dugaan Oh Dugaan


Bila nak dekat majlis, dengan semua orang pun nak gaduh la kan.
Entah, tak tahu kenapa mesti nak gaduh.
Mesti nak ego tinggi.
Mesti nak emo lebih.

Macam-macam dugaan.

***********************

Mula-mula sekali diduga dengan kereta breakdown tepi hi-way.
Tengahati buta, bayangkan betapa panasnya terik matahari, takde pokok untuk berteduh, kereta buat bunyi-bunyi aneh.
Berhenti tepi hi-way, check apa masalah.
(Cheyh, macam bijak aje, heh)
Blur, tunggu orang berhenti aje.

Tak lama kemudian, orang PLUS tu datang, ala, polis bantuan tuh la.

" Encik, ada minyak hitam tak? Kereta saya kekeringan minyak hitam"
Dia tak cakap banyak, terus check tangki, and suruh isi borang, sign borang semua.
I blur-blur, baca sampai habis, then sign.
Lepas tuh, dia tarik kereta letak tepi tol.
I suruh my dad settlekan esoknya. Hihi
Nasib orang PLUS tu baik hati, tolong hantar I kat terminal bus Kamunting, Taiping.
Kalau tak, memang tak attend kursus la I minggu tuu.

Melayang duit I ribu-ribu, kena tukar enjin kot. Adui.
GRRRRRRR!!!!

Kesimpulannya, sebelum berjalan jauh, check dulu air, minyak hitam, tayar.

AAARRRGGGHHH!!!

Potong budget lagi.
Haku nak kahwin kot.
Sobs.

***********************

Then, seminggu lepas tu, kereta tersadai lagi tepi hi-way.
Kereta antik bapak I kan.
Fuel indicator tu rosak.
Dia dah pesan, sebelum pergi mana-mana, isi minyak dulu.
Tapi, I ni degil ya amat!
Natijahnya, bila dah masuk MEX expressway tuh, mana lah nak jumpa petrol pump kan.
Bila dah berkelip-kelip, mula lah gelabah, tapi nak sedapkan hati, "Sempat sampai ni, sempat sampai ni"
Tak sempat sampai, kereta berhenti tepi Hi-Way.
GRRRRRRR!

Call mama for bantuan.
Kena bambu dengan bapak lagi.
AAaRRGGHHH!

Tunggula sejam dengan perasaan takutnya, tunggu mama datang rescue.
Hahaha.

Lepas kejadian, sungguh rasa serik.

Kesimpulannya, kalau rasa nak masuk hi-way tuh, pastikan minyak penuh.
Hahaa.

***********************

I masih ingat lagi, genap 44 hari sebelum tiba majlis, bergaduh teruk dengan tunang.
Teruk. Sangat teruk.
Sampai dah kelaur " Serius, rasa macam tak nak kahwin"
I memang ego, marah kan, " U cakap sendiri dengan mak, I won;t tell my mom. U beritahu sendiri ".
Sampai nak pulangkan cincin dah.
Nangis-nangis, ngadu kat semua.
Kecik, ko mesti ingat kan drama ni?
Hehee

Drama sungguh!
Hahahaha.

Tapi, mana boleh marah lama-lama, esok esok, "I love you, sayang"
Hihihihi

***********************

Lepas tuh, tampal sticker kat doorgift pun jadi issue.

"Mama, tampal macam mana tu? Jangan senget-senget. Tak cantik nanti"
"Tampal macam ni..."

Hahahahha.

Lepas tu, redha bila fikir-fikir balik, siapa aje la yang nak kesah pasal mende nie. Heh.
Bukankah senget itu seni?
DIY katakan..
Barulah seni orang kata!
Hehehehe

Jadi, pada siapa yang dapat doorgift bertampalkan sticker senget, tu mama I yang tampal ya!
Hahahaha.

***********************
Lepas tuh, nak jadikan super drama, bapak I tanya, mana sijil kursus kahwin original?
Orang pejabat agama tak dapat nak proses kalau takde sijil kursus kahwin original.
I dah nak angin dah.
Sebabnya, I dah letak dalam satu sampul surat, siap semuanya!
Cuma tunggu bapak I serahkan semuanya pada orang pejabat agama je.

Bila bapak i cakap, takde dalam sampul tu, dia siap tunjukkan sampul itu kosong!
I memang super nak menangis.
Dalam hati, takkanlah nak kena pergi attend kursus sekali lagi kot!
Tinggal sebulan aje lagi ni.
Borang tak settle lagi!
Arggghhh!

Kul 12 malam tuh jugakla my mom and my dad cari-cari I punya sijil kursus kahwin.
Hahaa.
I duk menangis, menangis, buat muka, bebel sorang-sorang, tahan marah-marah.
Hahaha.

Lepas tu, my dad cakap, dah jumpa.
Owh, gelak terus lepas tuh!
Hehehhehehehehehehhehehe.

Lega ya Amat!
Haha

My dad simpan dalam laci, dia tak teringat sudah. hehe

*******************************

Nak kahwin ni, stress tuh terlebih!
Habis orang sekeliling, I nak cari gaduh!
Haha.

Sebenarnya, bukanlah dugaan pun.
Cuma I je yang kurang kesabarannya, kurang keprihatinan, kurang bermacam-macam.
Hihi.




Sunday, April 24, 2011

Hari Ahad, di mana?


Lunch hour bersama siapa?

Abaikan ku yang memang tak molek sungguh kalau bercakap nak makan nasi la sibuk nak cakap jugak la

Hint: Pre-wedding photo shoot

Nampak tak camera siapa tuuuuu.
Ce-teka, ce-teka.

Heh heh heh

Very short notice
Limited props
Great partner
Great photographers
Great shots!


More to update...........

.......tomorrow, boleh?







Saturday, April 23, 2011

New idea on pelamin


Ya, saya dah punya decorator.
Tapi, masih lagi adore tengok pelamin cantik.
Heh.

Flora etc memang best kan?


I love the simplicity of it.
I love the crystal dropped tu.
I love the gigantic flower ball tuh.

Dan ini:

I simply love the backdrop.
Lain dari yang lain.
Takdelah plain aje kan.

Apa persamaan pelamin?

Crsytal
Simplicity
Gigantic flower ball
Penuh bunga

Adalah yang saya suka!
Hahaha





Lagu Cinta


Sempena menerima followers ke-700, saya mahu berkongsi seleksi lagu-lagu cinta.
Hihihi.

Lagu cinta, yang boleh dipasang di hari persandingan.

P/s: Kalau ada sesiapa nak listkan wedding song/ love song kat bahagian comment box, sangatlah dialukannn. Nanti, I update ok.
Sharing is sexxay!

Baik, mulakan!


  1. Bunga Citra Lestari - Kerana Ku Cinta Kau
  2. Krisdayanti dan Anang Makin Aku Cinta
  3. Marcell - Denganmu
  4. Siti Nurhaliza - Cintamu
  5. Hadirmu - Sheila Majid
  6. David Cook - Always Be My Baby
  7. All-4-One - So Much In Love
  8. Sixpense None the Ritcher - Kiss Me
  9. Savage Garden - I knew I Loved You
  10. Afgan - Terima Kasih Cinta
  11. Andra and The Backbone - Sempurna
  12. Anuar Zain - Bidadari
  13. Estrella - Ternyata
  14. Ten2five - I do
  15. Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya
  16. Plain White T's - 1234
  17. Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta
  18. Ten2five - Perfect
  19. Siti Nurhaliza - Seindah Biasa
  20. Maher Zain - For The Rest of My Life
  21. Dewa - Dewi
  22. Ten2five - As Long As I Got You
  23. Amy Mastura dan Glenn - Dengarkanlah
  24. Ungu - Tercipta Untukku
  25. Bunga Citra Lestari dan Ari - Aku dan Dirimu
  26. Camelia - Rindu Padanya
  27. Awie - Iris
  28. Anuar Zain - Keabadian Cinta
  29. Anuar Zain - I'm the Lucky One
  30. Anuar Zain - Sedetik Lebih
  31. Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta
  32. Anuar Zain - Semua Untukmu
  33. Anuar Zain - Lelaki Ini
  34. Camelia dan Innuendo - Akhirnya
  35. George Benson - Nothing's Gonna Change My Love For You
  36. Siti Nurhaliza dan M.Nasir - Bagaikan Sakti
  37. Adira - Aku Ada Kamu
  38. Marcell - Jangan Pernah Berubah
  39. Bryan Adams - Everything I do
  40. KRU - Apa Saja
  41. Adam Sandler - Grow Old With You
  42. 98 degrees - I Do Cherish You
  43. Bruno Mars - Marry You
  44. Bruno Mars - Just The Way You Are
  45. Boyzone - Everyday I Love You
  46. Innuendo - Until the End of Time
  47. Ten2five - Hanya Untukmu
  48. Shania Twain - From This Moment
  49. Once - Dealova
  50. VE - Detik Bersama
  51. Kerispatih - Lagu Rindu
  52. Shania Twain - You're Still The One
  53. BCL - Hanya Untukmu
  54. Afgan - Betapa Aku Cinta Padamu
  55. Siti Nurhaliza - Kau Kusayang
  56. Siti Nurhaliza - Cintamu
  57. When I Fall in Love
  58. Sheila Majid - Hadirmu
  59. Sheila Majid - Dengarkanlah
  60. Sheila Majid - Inikah Cinta
  61. Colbie Cailat - You Got Me
  62. KC and Jojo - Alla My Life
  63. Jim Brickman - Destiny
  64. Dayang - Tiba-tiba
  65. Dayang - Nada
  66. Afgan - Tanpa Batas Waktu
  67. Afgan - Bukan Cinta Biasa
  68. Ingrid Michaelson - Everybody
  69. Ingrid Michaelson - The Way I Am
  70. Dygta - Cintamu
  71. Dygta - Kerna Ku Sayang Kamu
  72. Ten2five - My Love
  73. Flop poppy - Rest of My Life
  74. Lenka - Don't Let Me Fall
  75. Lenka - Knock Knock
  76. Mocca - The Best Thing In The World
  77. SO7 - Saat Aku Lanjut Usia
  78. MichelleFeatherstone - We are Man and Wife
  79. Yovie dan Nuno - Janji Suci
  80. Sheila Majid - Dengarkanlah
  81. Tompi - Aku Jatuh Cinta
  82. Sheila Majid - Dia
  83. Sheila Majid - Cinta Kita


Setakat ini, nanti sambung kemudian.




Friday, April 22, 2011

Vendor: Pelamin Nikah


Sebelum ni, saya dah reveal beberapa vendor saya dalam blog ni.
Andai ada yang follow saya, mesti dapat agak dah vendor-vendor nya.
Bukan nama-nama besar.
Cukup apa yang termampu.
Tapi saya yakin, mereka-mereka ini bakal jadi nama besar juga suatu hari nanti.
InshaAllah.

Jadi, pagi tadi saya ada meeting with my nikah dais decorator.
Mereka sangat tepati janji.
Janji jam 11pagi.
Saya yang lewat 17 minit.
Ya Hampunnn!

Saya yang malu sendiri.
Heh.

Siap belanja I lagi kat Secret Recipe tau.
Lagilah bertambah malu.
Haha.

Well, ini our 2nd discussion.

1st discussion, kat rumah I.
I memang salute la kat diorang ni.
Dari Kajang, datang Seremban.
I belum put any depo lagi tau.
Kire macam I tak confirm nak amik diorang ke ape kan.
Tapi, usaha tuh. I salute-lah!

Memang cair di situ.
Pujuk my mom.
She agreed.
Deposit paid.

Itu kurang 2 bulan dari wedding date tuh.
Kelam kabut tok sah cakaplah. Hehe.

On 1st discussion tu, I let them know, apa yang I nak, apa yang I tak nak.
They list down semua yang I nak.
Plus point there!

Lepas discuss tuh, I put on 120% trust on them.
I percaya yang mereka boleh buat sesuatu. Huhu.

I cuma mintak pelamin nikah with artificial flowers.
Mereka boleh buat fresh flowers juga.
Tambahan sikit aje.
Tapi I tak guna la fresh flowers, disebabkan my mom takut tok kadi terkejut nanti.
Hehehehe. Ikut je la kata my mom. Huhu.

As for 2nd meeting pagi tadi, mereka bawak beberapa sketches untuk tunjuk rough idea.
Ada 4 sketches.
Dan, kesemuanya saya sukaaa!
Pening tak tau nak pilih yang mana satu.
Jadi, saya mintak combine 2 idea.
Huu, hover, i know. heh.

And the rest, i berdoa sahaja, moga yang baik-baik hendaknya di hari nikah saya.
Selebihnya, saya redha dan terima seadanya.

=)

Dan, sebagai penghargaan buat readers sekalian, yang sanggup baca sampai ke akhirnya coretan merepek-ku ini, saya reveal decorator pelamin nikah saya.
Hihihi.

Segan saya. Saya cuma mampu setakat ini sahaja:


Dan ini antara hasilnya:




Lari dari kebiasaan pelamin yang kite tengok
Design sentiasa fresh
Takdelah dari next client ke next client nak guna pelamin roman aje... nak gune pelamin 3 panel serangkai aje... nak letak bunga kiri dan kanan sama ajee...
Ok, dah, merepek terlebih pulak, Heh

As for now, saya amat menyenangi mereka.
Discussion berjalan lancar.
I love them!

=)

Email: bridalsanctuary2@yahoo.com

for quotation.



Kite buat review selebihnya selepas majlis ya.
InshaAllah.





Thursday, April 21, 2011

To settle by this week...


I punya Bos yang faham tentang diri ini.
Dan kerana itu, Bos i hantar i attend mesyuarat di kementerian.
Suka la kan sebab boleh balik rumah. Haha
Siap extend cuti lagi. Haha

Dan kesempatan pulang ke rumah, nak selesaikan beberapa perkara:

Tampal sticker pada doorgift
Nasib I punya mama yang super excited towards my wedding day. Hehe.
Ada 10 kotak besar, 5 kotak dah setel ditampal stickernya.
So, misi bersama adalah nak setelkan tampal sticker untuk baki 5 kotak besar itu.

Discuss on nikah dais
Nasib my nikah decorator free pada hari Jumaat
Dia dah siapkan beberapa sketches
So, i akan pilih mana yang i berkenan
The rest, kite tgk time hari nikah tu

Stage mini dais untuk nikah
I ni memang gedik
Nak ada stage juge time I duduk perhati dari jauh saat lafaz nikah dilafazkan
Feeling puteri gitu
Aww! haha
So, nak mecari la stage nya
Else, I tanya pada decorator aje

Rumah persinggahan keluarga lelaki
Number dah collect
Nak call, nak tengok rumah
Then, pay deposit

Kasut reception
Tempah online
Risiko tinggi, i know
But what to do
I need 4" - 5" high heels
Susah woo nak cari...
Isk, redha
So, nak cari design memikat hati
A simple one will do
Duduk bawah kain aje pun Heh
Takde masa dah nak berlaku cerewet!

Kids Favor
Gila kan, sebulan lagi nak kawen, favor untuk kids tak siap sedia lagi
Haha
Dah tau apa nak beli
To place order
Sedang berbalas email
Sticker to order

Apa lagi ni tak setel?

Tetiba blank
Sigh



36 hari sebelum lafaz itu




Saturday, April 16, 2011

Prong, apakah?


Apa itu four prong setting?
Apa itu six prong setting?

Ini jawapannya:

Ini six prong diamond setting


Ini four prong diamond setting

Kalau pergi kedai emas, SA panggil "kuku"
Empat kuku
Enam kuku

Yang mencengkam diamond itu kita namakan "kuku" or "prong"

Atau, ada lagi nama lain?
Mari kongsi sama, meh!


To quote:

" People often ask what the difference is between a 4 and 6 prong setting. Some say that 6 prong settings emphasize the roundness of the diamond and offer the diamond more security, while a 4 prong setting shows off more of the diamond and tends to make the diamond appear more square. It really is a personal preference, but definitely is something to note when considering prong settings "


Jadi, sebelum decide nak beli, always try four prong diamond setting and six prong diamond setting. Mana yang sesuai dengan jari silakan. Hihi.

Sebab jari I gemuk-gemuk, I kena pakai batu yang menampakkan batu tu tak bulat sangat.
Heh.

Harapnya ini menjawab persoalan semua tentang apa itu prong?

Sharing is sexy, ya?

Good luck ladies!
=)


Love,
Cik Belle


Friday, April 15, 2011

Raya tahun ni, warna tema apa?


Bila terfikir tentang warna tema baju raya tahun ini untuk 'my family', tiba-tiba rasa over pulak!

'My family' merangkap saya dan hubster.
Hehehehe.

Ow gosh.
Tahun ni beraya sebagai isteri.
Bersama suami.
Di rumah mana?
Ok, kita tak tau lagi.

Mesti tunang I fikir, I ni over tau.
Hahaha




Hantaran hunting!


I nak coretkan tentang pencarian barang hantaran tempoh hari.

Sebab punya kursus seminggu di Shah Alam, dan tunang pun punya kursus seminggu di ILSAS, jadi habis kelas, tiada lain, plan untuk settlekan kerja kahwin.

Sebab hantaran belum complete, mahu settlekan cepat-cepat.

Memang kelam kabut lah.
Ingat senang nak shopping secara marathon?
Dalam masa 1 jam, agak-agak boleh jumpa handbag idaman?

Mimpi lah.

Grab aja mana yang rasa sesuai.
Grab sahaja mana dalam budget.
Grab sahaja mana yang praktikal.

Dah tak kisah apa dah.
Janji ada dan praktikal.

Sebelum ni, memang berangan lah, ok, mesti kena dapatkan LV or Gucci, atau at least Coach.
Tapi kesian lah kat tunang I, banyak kena keluarkan wang.
Jadi, tak apalah, tunggu aje 1st year anniversary.

Bahahahaha
hint hint hint

I pilih warna hitam.
Nak sesuaikan dengan kasut.
Harapnya muat dalam dulang.
Kalau tak muat, kita beli yang baru lah!
heh heh heh

Jadi, selesai satu perkara.

Esoknya ke Alamanda.
Diamond Fest 2011.
Sebab dah dapat maklumat time exhibition kat Penang dulu, gigih tunggu harinya.
Nasib staff Habib @ Ikano tahu tentang exhibition ni.
Staff mereka infrom kat Alamanda ada Fest.
Mati-mati I ingat fest buat kat MidValley.

Before, I teringin sangat nak purchase my wedding ring kat DeGem.
Memang tunggu DeGem buat special offer ke apa.
Tapi, time ada special offer, tunang belum cukup duit lagi.
Untung kalau ada credit card.
Malang buat kami yang percaya credit card hanya menyusahkan.
Heh. Tak apa la, janji takde hutang. Itu penting.

Dah tinggal sebulan aja lagi, nak tak nak kena settlekan jugak wedding ring.
Nasib buat research jugak sikit-sikit.
Ada pengetahuan jugak sikit-sikit.
Nampak dah booth, terus tuju ke bahagian loose diamond with cert.
Diamond tetap diamond.
Orang takkan tahu diamond tuh HOF ke Lazare ke whatever.
Kite sorang je tahu.
Kita pun tak de punya nak tilik cincin kawan kite tu, HOF ke Lazare ke diamond with cert ke apa. Tak ada.
Nampak bersinar jernih, kita kata, WOW, NAKKKKKK!
Hahaa.

Itu golongan orang macam I la...
Yang ada pengetahuan tinggi tentang diamond, diorang akan kesah sama ada Lazare ke HOF ke 1.0c ke, apa ke, diorang kesah.

Golongan macam I ni, I tak kesah punya.

Hahaa.

Melalut, maaf.

Jadi, terjah terus kat booth tuh.

SA tu tanya size apa.

Mula blur-blur, tetiba teringat.
Bila SA tanya size, meaning ianya membawa maksud carat.
Jadi beritahu, tak kesah between 0.3c - 0.4c
Tuh je budget haku! Haha

Bawak keluar diamond yang within that range.

Beritahu, I tak kesah either SI2 pun.

Dia beri beberapa pilihan.

Owh, I nak cari yang 3x Excellent.

Mula dia cakap, tak ada la, susah nak dapat yang within 0.3c kalau nak 3x Excellent.

I dah sayu, frustrated, macam, ok redha beli diamond yang tak tau grade macam mana.
Redha redha redha.

Alih - alih, nak kata, rezeki betul la kan, SA tuh bagitahu, " Ada lah, rezeki akak ni".

Mata bersinar - sinar, senyum sampai ke telinga, i rasa muka mmg glowing - glowing, tanda happy-nyaaaaaaa!

Hahaa.

Ok, pandang tunang dengan muka penuh pengharapan.

Try-try dengan setting white gold.

4-prong
6-prong
3-prong

My favourite, 4-prong.

Beri effect lagi besar!
Wah!

Kalau beli batu besar, tak apalah nak pakai 6-prong.
Tapi, batu saya, batu kecik je.
So redha ajela dengan 4-prong.
Heh.

Sebenarnya nak beli loose diamond sahaja.
Later cari setting di kedai lain sahaja.
I dengar Wah Chan murah lagi.
SA tu pun cakap di Wah Chan.

Tapi, sebab I cuba jugak pujuk SA tu untuk cut more on setting tuh, more than 50% dah, so, ok lah, I agree terus.
Size dah ok.
Cuma kena pasang dan bersihkan diamond tuh.
Esoknya siap.

=)
Setting tuh, plain aje.
Sebab kekangan budget, jadi I pilih aje yang plain.
Later, I nak custom-made setting lain.
Yang penting, batu itu!

Hati happy sangat!
Tak sabar tau nak sarung kat cincin!
Isk.

Thanks, love.
I love you so much.

Aww~
Love is in the air!

Note: I lupa nak engrave name kat cincin. Isk. Teruja terlebih sampai lupa okey nak engrave! Haishhh. So, untuk yang lain, jagan lupa engrave ok!

Festival Diamond sampai 2 Mei 2011.
Good luck ladies!



Wednesday, April 13, 2011

Sedikit info tentang Diamond

I admit, I tak pernah nak ambil tahu tentang diamond sebelum ni.
I don't even know about GIA Diamond.
I don't even care untuk buat research tentang diamond.

Sehinggala I pandai keluar masuk kedai jewelery.
Huhu.

Bila SA tanya itu ini, I blur.
Tak boleh jadi, kena buat research.
Pelaburan beribu-ribu, nak amik mudah je ke?

So, I buat research about 4C's.

Carat
Colour
Clarity
Cut

Mana perlu priority.
Mana boleh amek mudah.
Mana boleh, ok, tak kesah.

Nak batu besar.
Nak ideal cut.
Nak colourless.
Tak nak ada kecacatan langsung.

Sedialah duit beribu ribu.
AHAHA.

Jadi, to cut budget on wedding ring, u have to know apa kehendak diri sebenar-benarnya.
Setkan budget.
Setkan apa criteria utama.

Psst, kalau boleh, biarlah wedding ring perkara terakhir untuk kamu fikirkan untuk cut budget.
Hihi.

As for me, Cut paling I utamakan.
I nak cari ideal cut.

" An ideal cut diamond produces the best brilliance and sparkle "

Secondly, Colour.
Mesti in colourless shades.
Shades ranging between D - F.

" Colour is an important consideration in determining the value of a diamond "

Next, Carat.
Kalau dapat near to 0.40c memang lucky lah kannnnnnnnn!
Tapi, sebab budget kekangan, size between 0.30c - 0.39c pun dah ok sangatttt!
Remember, always compare to your finger size.
Tak semestinya size besar, sesuai dengan jari.
Nanti nampak macam mak datin, u!
Hihi. Nolah, semua nya berbalik pada budget. =)
Budget ciput, kecikla batu.
Budget besar, dapatla batu besar!
Melets.

As for me, as long as batu tu sesuai dengan jari I, I don't mind "keciknya batu dia".

Then, comes to Clarity.
Boleh pergi sehingga I2.
But remember, kalau I1 or I2, semak titik hitam noda noda tu.
Sama ada berkumpul satu tempat membentuk noda hitam yang besar which can be visible to ur naked eyes, atau tak.
Kalau ianya berselerak, then boleh consider sebab dengan mata kasar, kita takkan nampak.
=)

So, as for me, VS1/VS2/SI1/SI2 should be ok.
Beza VS1 and SI1 boleh buat diamond tu beza dalam rm600 jugak!
Dengan beza Rm600, better cari yang size besar sikit and shades colourless yang bagus sikit.
Heh.
With naked eyes, takkan nampak punyalah!
Percayalah.

Jadi pembeli yang bijak.

Ini guide book untuk saya buat pemilihan diamond.
Percuma sebab beli magazine kahwin-kahwin dari oversea.
Sangat-sangat berguna!
Suka sangat!

Just to quote here,

" Ultimately your choice of diamond is not only dictated by the four Cs but what looks good to you. If you've always dreamed of adorning your hand with a huge, impressive rock, although purchasing a quality stone means only being able to afford a tiny stone, you'll never be happy with it, so it is better to compromise on quality. Also, there's not a lot of point paying hundreds or even thousands dollars more if you can't tell the difference between one diamond and another of a slightly different grade, unless you're a purist. If it looks like the stone of your dreams, it is the stone of your dream, no matter what the experts say "

I've got mine.
=)

Ideal cut with GIA Certificate.
Alhamdulillah.

Later, I nak share tentang pencarian wedding ring.
InshaAllah.






Tuesday, April 12, 2011

No, its not a BIG rock, but it just PERFECT!


Alhamdulillah.

Finally, I found the rock.
Tihihihi.

Will update near soon.
InshaAllah.



Mode: Jumping, Jumping!
Happy, tralalalalala~





Friday, April 8, 2011

Videographer Kasi Harga PROMO


Siapa yang tak kenal Rashdi Amin?
Ok, Peveyhack.

He first private message me.
Let me know about his current project.

No, no, his not quiting his job as a full-time professional photographer.
Tapi, sekarang ni dah ada team untuk videographer, you all!
Sesuatu yang perlu dibanggakan!!!

Dan..... yang paling terujaaaaaaaaaa...

ialah

HARGA PROMO yang ditawarkannnnnn...

Seriously, untuk job pertama kali, hasil yang terhasil amat boleh dibanggakannnn
Kalau your wedding 3, 4, 5 bulan akan datang, Im so sure, the video gonna be superb!
Ini first video pun dah setaraf macam orang lama, huiii

Tak percaya, watch this video:


Well, here is from my point of view:

A bonus, sebab Abg Rashdi ialah seorang professional photographer
So, a professional photographer tahu apa yang penting untuk di capture
A bonus point there

Lagi, because he is a professional photographer
Abg Rashdi tahu angle mana yang sesuai untuk capture seorang pengantin
Penting, angle!
Another one point there

Editting, of course ini dihujung jari sahaja

Another bonus, creative!
Kan ke photographer selalu menghasilkan gambar yang creative?
So, a bonus there!

Jika I tak punya videographer sebab kekangan budget, for sure I akan hire his team!
Definitely!
Sebab apa?

Harga yang ditawarkan, Im sure, berbaloi orang kata

If anyone yang berminat nak tahu lebih lanjut, private message Abg Rashdi here:


Tanya, harga promo untuk videographer berapa ye.
Penting untuk quote: Harga promo!
Sebabnya, I takut andai die kasi harga tak promo pulak.
Hehehe..

Well, this is a really good bargain!
Cepat place booking before your hot date been taken!

Serius, murah.

Sharing is sexayyy

Dan share pasal promo - promo nih kan kesukaan saya!
Hihihi







Thursday, April 7, 2011

Detik demi detik


Mengira detik
Untuk hidup bersama
Adalah sesuatu yang mendebarkan


Mengira detik
Untuk hidup bersama
Adalah sesuatu yang paling ditunggu dalam hidup


Mengira detik
Untuk hidup bersama
Adalah sesuatu yang paling indah


Tick, tick, tick
Ya, disini aku coretkan
Bahawasanya, aku telah bersedia sepenuhnya


Untuk tempuh saat mendebarkan itu
Untuk tempuh saat paling ditunggu dalam hidup itu
Untuk tempuh saat paling indah itu


Tiada lain
Hanya kamu seorang
Yang aku tunggu
Sehingga tiba waktunya


Disini, aku berjanji
Untuk selamanya
Hati ini buat kamu.



49 hari sebelum lafaz itu.
8.48am, Kulim.


Fitting!


Owh, I tak up entry lagi tentang first fitting di Rumah Kebaya Malaysia.

Alhamdulillah, everything went well.
Cuma, I ni berisi sikit, so have to slim down lagikk!
Hihihi.

Nak cantik dalam gambar kan, kan, kan?
Haruslah! Hihihi

I love the dress!
Thank you to Rumah Kebaya Malaysia.
For making beautiful dress!
Wait until I show u the dress.
Hihihi

The dress is in white and gold colour.
Combination of white lace and yellow-gold songket.

And my visit ke Rumah Kebaya Malaysia, they told me that they just stock in new Wedding Kebaya!
Simply beautiful!
Have a visit, peeps.

Take a look.
Choose your fav.
Ask the price.
Nego the price.

Penting before u go there, make sure u dah tau colour tema u and what colour u want to wear on ur wedding. Sebab kat RKM, banyak sangat baju best.....!!!

So, senang kalau dah datang RKM, u dah tau warna pilihan u, and u just flip baju colour tema u je. Jimat masa. Ample time to discuss. Ehem, cukup masa untuk nego lagik! Hihihi.

If u jadi rambang mata, tak tau mana nak pilih, choose white.
Hihihi.

Putih ialah warna selamat.
Always IN.

Tu aje. Hihi.

Saya doakan yang baik-baik aje untuk kamu ye.
=)


Monday, April 4, 2011

W-progress: Part 8


Tentang hall decorator untuk majlis resepsi:


Deposit 50% to the decorator

Selesai
Alhamdulillah

Pencarian wedding decorator amatlah menyesakkan kepala
Kenapa?
Read:I ni budget ciput, tapi berangan nak pelamin NGI

Wahahaha

Memang tak dapatla kan.

Lepas sesi bermuhasabah diri, I bertapak di bumi yang nyata
It just a one day event!
Lepas majlis, itu lagi penting

Luckily I have a wedding counselor, ehem, u know who u are, tehehee
Dia la yang menyedarkan I
Since then, I terfikir, ok, what for untuk habiskan RM XX,000 hanya untuk dais yang nak duduk cuma 1 jam pun tak sampai I rasa
Masuk ASB ada jugak faedahnya

Atau labur duit dengan Gucci or LV perhaps
Hahaha, tak abes lagi ni muhasabah diri

Ok, lepas pada sesi kauseling, I cut down the budget
Baju nikah tak sempat nak potong sebab dah hantar pada tailor
So, redha je la

With new figure, I cari lagi wedding decorator yang boleh fit my budget
Thats the story why 2 bulan sebelum majlis baru jumpa the decorator

Dia boleh ikut budget i - penting!
Dia boleh beri apa yang i wish for - penting!
Dia sangat komited - penting!
Dia boleh nego - penting!

Dia nama baru
Tapi, i beri 120% kepercayaan untuk meng-dekorasikan pelamin
From his previous job, I know he will deliver the best for my wedding nanti!
InshaAllah.

**************************

Nak cerita pengalaman I masa I mencari wedding decorator, bukan dari top decorator pun:

"Owh, pelamin ni untuk ruang tamu rumah besar je dik"
- nak je suh die datang ukur ruang tamu rumah I, time tu jugak-
- bukan la nak cakap, ruang tamu I besar, sekangkang kera jugak, tapi, cara bercakap tu, please la, santun la sikit -

" Pelamin macam ni, memang harganya starts from RM4500"
- pelamin sahaja, artificial flowers, bukan pelamin dewan pun, pelamin rumah je pun -
- Gilo, NGI pun charge RM5000 untuk pelamin rumah, fresh flowers lagi, NGI lagi -

" Sorry dik, memang pelamin kita starts from RM3000 ke atas"
- pelamin kerawang satu panel, bunga kiri kanan, no bench -
- with that offer, kita boleh dapat yang below RM3ooo, ada nama lagi -

" Untuk wedding kat hall, memang harganya starts from RM10000"
- dengan nama baru nak naik, nak charge macam dah ada nama gah, baik aku hire NGI terus, atau Classadeflora. -

Langsung tak ada inisiatif untuk tackle customer.
Or, at least tanya la budget kita berapa.
Heh


Tapi, I puji beberapa wedding decorator.

Yang I ingat, Dicky D'fabulous. I give him a call. Tak kekwat, even pelamin meletups.
" Dear, I tak pernah buat pelamin untuk hall dengan harga RMxxxx, tapi takpe, kita boleh buat pelamin kat hall macam pelamin kat rumah dengan ur budget "

Decorator macam ni yang perlu kita cari, semangat tu ada.
Cuba jugak untuk fit into my budget ciput ni.

AriWedding Couture
"Salam Ari, budget saya RMxxxx, wedding kat xxx, boleh cater my budget?"
Tak kekwat pun, "Boleh. Nanti kite discuss dekat butik"

Theme of Que Rafael
I so want Que to make my wedding dais
Tapi, with my budget ciput, I takut reputasi dia terganggu
So, I cuma doakan dari jauh, moga Que success dan terus success
He is really a nice guy
Thinking of to order hand bouquet dengan Que
Tapi takut die busy on the day and setakat nak cater my hand bouquet tu, isk, kesian la pulak kat Que
Yet to discuss

Ini antara yang I ingat

Tihihihi

p/s: This is based on my experience. Lain orang, lain experiencenya.
Good luck, ladies!




Sunday, April 3, 2011

W-progress: Perihal Kad Jemputan


1. Kad Jemputan Majlis Ijab dan Qabul

Sudah di final stage
Final review
Final amendment
Alhamdulillah, dah boleh proceed untuk cetak

One-piece card
Soft pink combine with very light purple
Final outcome to review!

Yang berdekatan di Senawang, dengan rasa rendah diri, ingin sekali saya menjemput hadir


2. Kad Jemputan Majlis Resepsi

One-piece card juga
Beige colour with a little bit of gold hot-stamping
Final review
Final outcome to review!

Okeh, nervous!

********************************

Senang berurusan dengan kedua-dua vendor ini.
Rajin melayan saya yang cerewet ini.
Bila I mintak tukar colour pada card, takde banyak songeh, esok siap yang baru untuk di-review.
Bukan satu warna, tapi dua warna yang berlainan I mintak dia designkan.
Takde banyak soal, buat mengikut permintaan client, I lah tuuu.
Ala, tak banyak pun I request, tukar warna aja pun. Heh.
Jadi, buat seperti yang diminta.
Bagi Option 1, Option 2, senang la I nak pilih yang mana I suka.
Hehe

Customer happy, Vendor pun happy

Bila I minta, tambah ini please, tambah itu please
Tunggu kejap, I nak cari doa untuk pengantin
Sabar betul menunggu, tak ada nak push tanya I banyak kali
Beri masa untuk I cari yang terbaik
The best lah, u!


Request macam-macam
Buat juga demi memenuhi permintaan I yang cerewet ni, I guess
Hee

Jadi, sebelum ada yang email tanya I, mana I tempah kad jemputan, sila click sini:







No, no. Ini bukan card saya.
Tapi kesukaan saya.
Cantik kan?

I punya murahan ajo.


So far, Alhamdulillah, senang berurusan dengan mereka!

=)






Saturday, April 2, 2011

Cik Belle yang perasan


Now I know, my blog is truly inspired!
Cheyh, ayat perasan tak boleh bla, kan?
Hehehhehehe.
Perasan sungguh I nih!

Remember this post?


Diaplikasikan di sini:



Hehehehehehe
I'm glad that at least, I'm sharing something useful here.
=)

Bukankah blog ini diwujudkan untuk berkongsi idea?
Bukan kerana nama.
Bukan kerana kumpul followers ter-ramai.
Bukan untuk mendapat hit paling tinggi, dan akaun nuffnang penuh.
Bukan untuk bermegah.
Bukan kerana nak berlagak konon cool, 'Ye, I cool sangat, sebab I 'm a wedding blogger'
Bukan!

Tapi, it's all about sharing!
It's all about my journey towards my wedding day.
Coretan. Kenangan. Memori.

Sexy, bukan?
Heh

Dah, sudah dah merapu.


Banyak lagi idea I nak share.
Banyak sangat!

Masa tidak mengizinkan.
Sigh. Nak curi masa di ofis pun takut! Hihi.
Kadang, sanggup tak pergi lunch semata nak update blog.
Terharu tak, terharu tak?

Hihi.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014