Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Kongsi Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api

Orang baru dapat dapur, biasalah. Rajin sikit la nak asapkan dapur. Kekekee.
Semalam bersungguh-sungguh google recipe "Udang Masak Lemak Cili Api".
Heheheee. Sudahnya, SMS Mrs Kecik mintak recipe. Agaagagaa.

Pagi-pagi semangat nak pergi pasar.
Beli bahan-bahan nak masak.
Sayang, suami tak ada di sisi.
Sigh.

Balik-balik, terus masuk dapur. Kedengaran sungguh mithali di situ. Heh heh heh.
Mulakan memasak.
Semangat betul.

Dan, ini hasilnya.




Teruja.
First time, tahu?
Mudah sangat! Sesuai untuk golongan macam I ni.
Yang tak pandai masak sangat.
Campak-campak je, jadi!
Hebat woh.

Kongsi resepi untuk sesiapa yang ingin mencuba:

1 mangkuk sederhana besar udang
15 batang cili api hijau (terpulang pada citarasa, nak pedas, tambahkan lagi)
1 inci kunyit hidup (kalau tak ada, guna sahaja serbuk kunyit)
Santan cair (ikut suka nak banyak kuah, banyakkan sediakan santan)
1 1/2 cawan santan pekat/ pati santan
2 helai daun kunyit
2 batang serai dititik
2 biji timun kecil- dibelah 4
1 keping asam gelugor (kalau asa tu kecik, guna 2 keping)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya :

1) Bersihkan udang. Potong janggut udang, muncung udang, kaki udang dan ekor sikit.
2) Tumbuk lumat cili api hijau. Kalau tak nak tumbuk, kisar sahaja. Ketepikan.
3) Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat. Ketepikan.
4) Gaulkan udang bersama cili api hijau di dalam periuk. Letak air sikit dalam lesung dan masukkan ke dalam periuk. Untuk memudahkan udang bergaul mesra dengan cili api yang ditumbuk lumat tu. Masak atas api yang sederhana besar untuk 5 minit.
5) Masukkan santan cair, timun kecil, serai dan kunyit hidup. Kacau sehingga mendidih. Boleh kalau nak tinggal sekejap-sekejap. Potong halus-halus daun kunyit.
6) Bila dah mendidih, masukkan santan pekat, asam gelugor dan daun kunyit. Api kena slow sikit time ni. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih.
7) Dah mendidih, tutup api. Tapi, teruskan mengacau. Takut nanti pecah minyak. Jadi tak cantikla kuahnya. Berbutir-butir. Tak sedap dan tak cantik.

Makan dengan kicap cap kipas udang. Memang terbaik. Hahaha


Resepi ni paling mudah.
Agak-agak nak jemput kawan-kawan makan, resepi ni boleh jadikan menu.
Mudah, cepat dan gerenti menyelerakan.
Heh.

Note : Tak letak bawang sebab resepi masak lomak nogori ni. Resepi asal tak masukkan asam gelugor. Tapi, I letak jugak. Mixed resepi namanya ni. Heh.

Selamat Mencuba!
Suami pasti bangga punya!
Hehehe

Note : Masak resepi ni, tangan pasti pijar. Jadi, pelbagai petua I amalkan. Tapi, yang paling mujarab dan cepat kesannya, sediakan air suam bercampur gula (gula dalam 4 sudu besar di dalam periuk, air suam sehingga boleh tenggelamkan tapak tangan kita, lebih pun tak apa). Kemudian, lumur tapak tangan dengan gula terlebih dahulu. Gosok-gosok kedua belah tangan. Lepas tu, rendam tangan di dalam periuk yang berisi air gula suam tadi tu. Rendam dalam 15-20minit. Lepas tu, basuh tangan. Tunggu 5 minit, tangan pasti tak pijar dah.

Selamat berpijar tangan!
Hohoho

P/s : Mungkin ada readers yang terror masak lemak cili api boleh berkongsi petua dan tips untuk lebih menyedapkan rasa menu. Hehe. Mana tau kan, ada petua nenk moyang, bolehlah berkongsi. hehe




Wednesday, October 5, 2011

Kongsi Resepi: Devil's Food Chocolate Cake

I dah lama tak buat cake since microwave mama I rosak. Kikiki. I lah yang rosakkan. Tak, bukan I, mungkin sebab dah lebih dari 10tahun, jadi dia menghampiri riwayat. Mungkin. Tapi, sebab I yang guna tika itu, jadi secara tidak langsung, orang tunding jari, I yang rosakkan. *tarik muka....


Oleh kerana hati dah tak tahan sangat nak buat cake, I terus buat keputusan nak beli oven. Kekekekekekeke. Perempuan, macam ni lah, sering buat keputusan terburu-buru. Ok, you tak la, I je la kot. Heh heh heh. Berkobar-kobar drive pergi Giant, cari oven. Ala, Electric Oven je, kau! Hehehe. Asal dapat bakar cake sudah! Hahaha. Kawan baik ada hadiahkan oven tempoh hari sempena majlis kahwin I, tapi sebab besar sangat, jadi malas nak angkut bawak balik rumah mama. Tinggal di Kuantan, dengan niat nak bawak masuk rumah baru nanti. Pheww, jimat duit suami tak perlu ikut nafsu I nanti nak beli Electric Oven. Kekekeke. 

Godek-godek resipi, tak tau la nak buat cake apa, cari Chocolate Cake punya recipe. Saja nak cuba-cuba. Hehe. Dan, jodoh  telah menemukan dengan Devil's Food Chocolate Cake. Seriously, sedap! Tapi, I tak suka la nama cake ni ada devil devil ni. Tak suka nak menyebutnya. Huhuhu.

Ini hasil air tangan I. Hihihihi.
Bangga sikit. Chey.
Haha


1/4 daripada cake telah dipotong oleh mama untuk dibawa jamu kawan-kawan di officenya tempoh hari.
Rompong la sedikit. Gitu. Hehe..

Cream Cheese Frosting harus banyak baru bertambah sedappp!


Dan ini buat sesiapa yang ingin mencuba. Resipinya yang I cilok dari Kak Ayu;s Blog : CupcakesChek


Devil's Food Chocolate Cake
1 cup all purpose flour (tepung gandum biasa)
1/4 cup cocoa powder
3/4 teaspoon bicarbonate soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
65 gram butter
1 large egg - size A (i used 2eggs, size C)
1 teaspoon vanilla extract
1/4 cup buttermilk (homemade: 1/4 cup milk added with a few drops of distilled vinegar (cuka biasa), leave to rest for about 20 minutes
1/2 cup warm water
Methods:
Set your oven at 170C (i set mine at 160C)
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked
Cream Cheese Frosting
250 g Philly cheese (i made only half-125g)
125 g butter (i use about 60g)1 cup icing sugar (i used 1/2 cup)
1 teaspoon vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Chocolate Ganache
200 ml double cream with at least 30% fat content
250 g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.





NOTE:

  • Em, sedikit manis pada I, so, kena kurangkan gula next time. Hihihi. Maybe guna 1/4 gula je ke.. Cake ni kecik je. Tapi sedapppp!

  • I buat Cream Cheese Frosting tu separuh sukatan aje. Tapi kan, I lebih suka kalau buat sukatan penuh. Sebab cream cheese frosting ni la yang buat rasa Uh, Sedapnya! Seriously.

  • Chocolate ganache tu I buat sukatan penuh la pulak. Terlebih-lebih. Ekekeke. So, make it half pun dah ok.

  • And, untuk deco tuh, not advisable la decor cake cam I tu. Ekekeke. I ni mmg suka amat chocolate. So, I letak la chocolate.. I rasa, better toksah letak choc kot. Sebab nanti buat lagi manis. hehee.. pandai-pandai la decor kasi cantik.. Hihi. 

First time.
Nak buat lagi.
Hikhikhik.


Next mission: Red Velvet Cake.

Wuu.


Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014