Banyak lagi I tak share tentang majlis tunang I hari tu.
Dah basi dah pun. Huhu.
Tapi, tak apalah, harus saya coretkan di sini tentang majlis tunang saya.
Lagipun, tak nak menghampakan blog reader saya seorang ini, mintak saya cover tentang baju bridesmaid. Hihi.
Apa itu gadis dulang? Sesuka hati je I beri nama. Hehe.
Mereka ini-lah gadis dulang saya:

Owh, comelness! Heh heh heh

Bersama dengan bakal-sepupu. Huhu
All pictures credit to: Photofr3ak
Ok, cerita tentang baju mereka.
Kain untuk baju mereka dibeli di Jakarta. Entry penuh di sini: Jakarta Part 3
Okla, I faham you all malas nak baca panjang-panjang kan. huhuhu. I tolong rumuskan yer. Hehe.
Kain dibeli di Mayestik. Siapa ke Jakarta, inilah tempat borong kain selain di Tanah Abang. Harga lebih kurang aje dengan Tanah Abang, cuma di Mayestik, lagi banyak kedai kain yang besar-besar, lebih banyak pilihan la.
Sebab pergi bersama my dad and my brother, sesi pencarian kain tidak berapa seronok. Kat sini, tak ada lain dah, kedai kain aje! Jadi, mereka mudah bosan.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli di Raja Tex.
I end-up beli 2m lace+2m chiffon (sebagai alas) + 1.5m shantung silk.
Ada jugak untuk beberapa cousin i yang perlukan 2.5m lace+2.5m chiffon+1.5m shantung silk.
Kan biasanya untuk bahagian kain, kita perlukan 2m kan, tapi sebab shantung silk ni bidang die besar, 60", so pekerja kedai suggest 1.5m sahaja.
*****
Tips 1: Tanya orang kedai tuh bidang kain berapa. Jangan lupa jugak ambil ukuran setiap seorang saudara/family. Jangan lupa jugak, suruh orang kedai tuh labelkan terus mana 2m lace, mana 2.5m lace. Normally, orang kedai tuh akan potong siap-siap and letak dalam plastik terus cantik-cantik. So, senang nanti nak beri pada saudara-mara.
Tips 2: Lagi menarik kalau warna baju bridesmaid kontra sedikit. Kan?
*****
Ok, pada pendapat I, if u plan to sponsor kain untuk family/saudara-mara, lace+satin pun dah cukup cantik. My cousins cakap, shantung silk a bit panas. Owh, lupa, kalau nak beli shantung silk, make sure it is a shantung silk, ada satu yang lebih kurang shantung silk jugak, nama dia Taffetta. Taffetta murah sikit, dan panas lagi kot. Ntah. Huhu.
Lace+satin lagi murah compare to lace+chiffon+shantung silk. Cantik pun cantik, kan.
So, yeah, i strongly suggest amik kain lace+satin.
Satin kat Jakarta murah juga.
Tak ingat berapa harganya.
=(
InsyaAllah, next trip, I nak ke Jakarta/Bandung, I update ya harganya.
Tak tahulah boleh pergi ke tak. Kena tengok budget juge. Huhu.
Here, I nak share with you some ideas on bridesmaid outfit:
(1) Kaftan - chiffon

Taken from: spread my happiness
Huda, curik photo! Haha. Mintak izin ya! Huhu.
(2) Plain chiffon+satin as alas+songket india mungkin. Tambah beads, cantik nampak!

Credit to: Qippy
(3) Kebaya sulam with matching kain, maybe?.

Credit to: LocoPhotogrpahy
Kesukaan saya, semuanya! Hehe.
Korang.. rajin kan, nanti cari idea lagi yer untuk bridesmaid outfit ni..
Hehehe.
