Showing posts with label Life after... Show all posts
Showing posts with label Life after... Show all posts

Monday, April 23, 2012

Bihun kejung oh!


Cubaan pertama memasak Bihun Sup adalah separa GAGAL!

Kalau 100% berjaya pasti pasti saya akan berkongsi resipi di sini.
Tapi gagal disebabkan bihun yang kejung oh!

Dah siap masak semua, dah hidang dah atas meja. Suami pun dah berselera menghadap bihun sup atas meja. Tapi mood dimatikan hanya kerana bihun yang I rendam dalam air separa panas adalah kejung. Suami pun tunjuk kehebatan dengan beritahu kena rebus bihun tu macam rebus spaghetti. Ooooowwwhhh, kisahnya begitu...! Terus masuk dapur rebus bihun. Dah menggelegak barulah tos bihun. 

Heh. Kemudian barulah menghadap kembali juadah untuk dinner kami.
Suami puji sedap. Alhamdulillah.
Hihihi. I tak taula betul ke atau saje ambil hati.
Ini diajar sewaktu kursus perkahwinan.
Suami perlu puji masakan isteri walaupun tak sedap. Sebagai satu motivasi, katanya. Heh.

Kata-kata suami penguat semangat untuk belajar dan terus belajar.
"Kalau tak buat salah, sampai bila kita tak tau, kan?"

Oh, betapa saya dambakan tangan seorang chef!
I suka memasak.
Tapi, I tak pandai memasak.

Sigh.




Monday, December 12, 2011

Dan, perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Siapa yang follow blog saya dah tentu tahu kan, saya ni merupakan salah seorang pasangan husband and wife yang berjumpa hanya di hujung minggu. Sadis memang sadis. Hehehe.

Kami dah lama berkenalan. Dan sewaktu belajar dulu pun saling berjauhan. Dari waktu sekolah, zaman belajar di Universiti dan sehinggalah masing-masing dah bekerja. Masih berjauhan. Dan berjumpa berdating memang jarang gila. Kalau sebulan sekali dapat jumpa tu memang rasa bertuah dah haa. Bukan senang woo nak berjumpa sebulan sekali. Masing-masing ada komitmen masing-masing kan.

Jadi, bila kami ambil keputusan untuk berkahwin, saya memang fikir dan dengan egonya pendam dalam hati, "Takpela berjauhan awal-awal ni. Hujung minggu balik la, jumpa suami. Macam tak biasa aje berjauhan". Sebab dah biasa punya pasal berjauhan. 

Tapi, ternyata, bila mana status seorang isteri, peritnya rasa. Perit sangat. Tak sama macam masa bercinta gitu. Lain. Hari-hari berendam air mata saat teringatkan suami. Begitulah..Dan hari-hari berdoa untuk bertukar. Sampai ada satu masa, rasa dah give-up dan rasa nak letak jawatan terus. Sampai macam tu sekali.

Cuti di Kedah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Cuti di Pahang adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

Perjalanan dengan bas memakan masa 10-11 jam.
Dan bas dari Kulim cuma bertolak pada jam 9malam setiap hari Khamis.
Dan tiba di Kuantan, hanya pada waktu 7pagi hari Jumaat.

Suami bekerja pada hari Jumaat.
Saya berseorang di rumah mertua.
Sabtu masa untuk meluangkan masa bersama suami.
Dan malamnya, saya dah nak balik ke Kedah.

Bayangkan, hanya berapa jam sahaja saya bersama suami?
Penat, memang penat.
Tapi, apakan daya, hati mesti terus tabah.

Parents saya di Seremban.
Suami di Pahang.
Saya sebatang kara di Kedah.
Masakan ada saudara mara di Kedah?
Tak ada. Sakit ke susah ke, tanggung la sendiri.

Stress. Cukup stress.
Tapi, hati mesti terus tabah.

Dan, parents selalu cakap, sabar, sabar, dan sabar. Nanti mintak transfer. Mesti dapat punya. Atas sebab kepercayaan itu, saya terus bersabar.

Dan, sehinggalah ianya menampakkan sinar harapan. Read : Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih pada setiap satu yang mendoakan permudahkan permohonan pertukaran saya.
Terima kasih. moga kalian dapat ganjaran setimpalnya.


Dan sejak itu, setiap kali lepas solat, saya tak tinggal untuk berdoa mohon semuanya dipermudahkan. Dan sentiasa sabar menanti. Sehinggalah tiba suatu hari tu, perasaan berani untuk berjumpa Pengarah dan mohon disokong permohonan saya. Semuanya terlalu cepat. Tanpa banyak soal, Pengarah terus turunkan tandatangan dan menyokong permohonan saya. Alhamdulillah, syukur sangat. Dan, terus saya berdoa sehingga keputusan keluar.

Siapa yang tak seronok bila mana permintaan kita itu diperkenankan oleh-Nya? Saya sangat bersyukur  saat saya tahu keputusan secara tidak rasmi. Terus saya call husband dan beritahu berita baik ini. Happy sangat rasa. =)

Januari 2012, InshaAllah, saya akan melalui pengalaman pertama menguruskan rumah tangga bersama suami. Rasa macam pengantin baru pulak. Hihihi. Yelah, sebelum ni duduk rumah mertua. Makan pun disediakan oleh ibu mertua. Nak buat macam mana, menantu tak pandai nak masak. Nasib punya ibu mertua yang baik dan memahami. Hehe. Jadi, once kami dah mulakan hidup bersama, saya akan urus semuanya. Dan saya gementar. Berdebar.


Dan, tak lupa juga, bila dah duduk sekali nanti, InshaAllah, mohon dipermudahkan lah hendaknya perancangan kami untuk menerima zuriat pulak. Sama-sama doakan untuk saya, ya?.


Saya tahu dan percaya, setiap perancangan Allah yang diaturkan itu adalah yang paling terbaik untuk saya.
Terima kasih, Ya Allah kerna mendengar setiap doa hambaMu ini. 
Alhamdulillah.







Saturday, October 29, 2011

Hati, lengkaplah..

Ingatkan hati ni dapatla tahan perasaan rindu pada suami.
Kami ambil kesempatan Cuti Deepavali untuk meluangkan masa bersama.
4 hari tu terlalu singkat rupanya.

Bila hantar suami pada keretanya, he gave me a kiss.
And another.
And another.


Dan hati saya hilang separuh.
Dibawa pergi oleh suami.


Lumpuh.




Hari, cepatlah berlalu.
Hati ini perlu dilengkapkan kembali.
Dear suami, I miss you.


Monday, October 10, 2011

Sehari berdua bersama suami.

Husband datang jengok isteri di Kulim. Bahagia betul rasa. Tihihi. Cheyyyy sebenarnya datang Kulim sebab ada kursus di Gurun. Haa gitu. Still, I rasa happy. Hohoho. Sebab tak nak husband berleter itu ini, I bertungkus-lumus membersihkan rumah dan bilik. Bilik air juga. Sampah kena buang. Husband memang suka buat spot-check. Kang ada la nanti mana-mana yang nampak kena dimata I, tetapi tidak di mata dia, otak kena berligat la cari alasan logik akal kepadanya. Hahahaha.

Balik dari office semalam, pergi kedai cari udang. Mahal ya ampun, 10ekor udang dia charge I RM4.00. Tak rasa nak mengamuk ke? Bukan udang harimau pun. GRRRRR. Memang blacklist la kedai kau! GRRRR. Itula padahnya tamak tak hengat. Mentang pakai baju kurung ayu gitu, dia ingat I ni cikgu sekolah kot yang baru diumumkun Belanjanwan 2012 tempoh hari, gaji cikgu naik. Ambil kesempatan betul. Eiiish! Geram.

Abaikan cerita lepas geram tu. Heh.

Balik dari kedai, siap-siap di dapur nak buat cucur udang. Hahaha. Bukan cucur udang la, lebih kepada cekodok udang. Haha. Siap google resepi di internet nak cari the best recipe cekodok udang tau, nak hidang pada suami punya pasal. HEHEHE. Semangat seyhhh.

Alih-alih telefon berbunyi, "GPS ni beritahu lagi 3km, abang sampai". Tepung tak bancuh lagi, nak goreng cucur lagi la jauh. Hahahaha. Tapi, bila dah jadi isteri, naluri tu memang ada. Naluri isteri berkata, pukul 6 jugak tu sampai.. Sempat ni nak goreng cekodok ni. Heh. Relax betul goreng cekodok. Hehe. Nasib sempat goreng cekodok sebelum suami sampai. Hihi. Jadi, sila trust pada naluri isteri mulai sekarang. Hehehe. Agak - agak, nampak lipstick kat collar kemeja suami, ni memang sah ada perempuan lain dok menjalang ni. Drama betull. Agagagaga. Jangan, jangan, sila selidik dahulu. Kikiki.

Lepas goreng cekodok, kehulu kehilir cari amenda lagi yang tak kena pada mata. Kemas-kemas. Alih-alih. Heh.

Lepas tu, Ding-Dong. Keterujaan terlebih, takda door bell pun umah I. Hahaa. Suami sampai, ingatkan diiringi dengan bunga rose 36 kuntum ke kan. Drama lagi nieh. Hehe. Rupanya, diringi dengan aiskrim Magnum bersalut coklat Belgium, you! Hehehe. Suamiku, suamiku. Bahagia betul I dapat suami macam dia. Tahu yang isterinya begitu mengidam terlebih pada aiskrim Magnum. Hehehe. Naluri suami pulak la kan. Haha. Apa aku merepek nieh.

Layan suami hilangkan penat. Lepas tu teruja nak kasi rasa cekodok yang I goreng tadi. Hehe. "Abang dah kenyang, banyak betul makan tadi".  Ok, sendiri pergi bawa diri makan sorang-sorang. Sedih jek. Tapi sebab suami memang pandai ambil hati, makan jugak la cekodok kasih sayang isterinya buatkan tu. Hehehe. Habis sepinggan. Senyum isteri. Hehehe.

"Cekodok ni masin sikit. Patut I kena kurangkan lagi kan letak garam?"

Tapi, sebab suami pandai ambil hati, " Eyh taklah, ok je ni ". Makan lagi. Makan lagi.
Tihihi, isteri senyum senyum je bahagia.
Hohoho.

Tiba malam. Untuk dinner pulak.

"Sayur ni terlebih masin kan, abang?"

Suami dengan jujur beritahu, letak secubit je garam. Tak letak garam pun takpe. Sayur dah ada rasa manis.
Ok, he likes sayur tanpa garam. Heh heh heh.

Tiba waktu pagi. Buatkan milo.

"Manis ke abang?"
*kasi jug air masak*
Heh heh.

"Milo ni, tak perlu letak gula lain kali".
Ok, he likes Milo kosong without gula.

Itulah pertama kali sehari bersama suami di rumah tanpa kehadiran keluarga terdekat.
Dengan semuanya saya sediakan untuk suami.
Sedikit sebanyak, dapat tahu apa kesukaan suami.

Time to improve!
Whee, suka suka suka!

Saya beritahu suami, jujurnya saya tak pandai masak. Jujurnya, deria rasa saya lebih kepada manis, lebih kepada masin. Tapi, saya percaya, dengan masa yang ada, dengan masa yang diberi untuk belajar sedikit demi sedikit, saya yakin, saya akan jadi yang super hebat di mata dia, suatu hari nanti. Hehe.



Dan untuk pengantin baru yang lain, selamat belajar mengenali pasangan anda. Setiap hari adalah sesuatu yang perlu kita enjoy. Bukan berputus asa, bukan merajuk, bukan menjadi kalah. Sama-sama berusaha menjadi yang terbaik di mata suami, jom! =)


Petang ni, takda idea nak masak apa pulak.
Heh.



Saturday, October 8, 2011

Soalan wajib buat pengantin baru

Seringkali kita baca coretan bloggers yang bengang dengan persoalan, " Dah ada isi ke?" atau " Awak pregnant eyh?" atau, ok, u get what i mean, kan? Nak tau dah mengandung ke belum kan. Gitu. Hihi. Kalau tanya pada saya, Alhamdulillah, saya seronok dengan persoalan-persoalan begitu. Hihihi. Sebab mesti saya akan jawab, "Doakan lah saya moga bulan ni 'lekat'.." Hihhi. Atau, bila persoalan tentang, "Atia, u pregnant eyh?" Lantas, I Aminnkan cepat-cepat. Hehehehe. "Aminnn.."

*tadah tangan dan sapu pada muka*

Tapi, bila mama sendiri yang tanya..., ERK! Hihihi.
Persoalan dalam jiwa, "Gemuk ke saya?"
STRESS. Haha.


Setiap kali jumpa mama, tak kesahla pulang rumah sebab ada kursus, atau pulang rumah sebab ada meeting di Putrajaya, atau pulang rumah sebab homesick, mesti, mesti, mesti punyala soalan wajib dia tanya:

"Kakak pregnant eyh?"

Terus pandang cermin, tengok body. Gemuk ke, gemuk ke?
Tapi, reply to mama, " Haha. Tak la mama, baru habis period".

Ok, mama senyap.

Saya rasa kan, mama saya terlalu mahu jadi nenek la. Hihihi. Sabar, sabar, akan tiba waktunya. Huehuehue. Yela, siapa la kahwin tak nak cahayamata kan? Tell me, ada ke? Mungkin adalah, tapi hanya minority la. Majority mahukan anak, kan? Tapi, saya percaya pada Qada' dan Qadar. Segalanya sudah ditentukan oleh Allah S.W.T. Cuma bila itu adalah rahsia Allah S.W.T. Cuma sekarang, saya harus lebih rajin berdoa dan mohon padaNya.

Dan sekarang, untuk merealisasikan impian itu, saya perlu menjaga serba serbi. Baik dari segi makan. Baik dari segi ibadah. Baik dari segi kelakuan. Saya cuba cari info dan ini yang saya amalkan:

Kurangkan makan fast food.
-Goodbye McD, sehingga kita berjumpa lagi.

Cuba ambil supplement.
- Saya amek supplement VitaLea, Vitamin B Complex, Vitamin C, GLA, semuanya dari Shaklee. VCO dan Folic Acid. Banyak. Tiap-tiap pagi mesti rasa nak muntah telan supplement punya pasal. Haha. Tapi, cekalkan hati telan jugak laaaa.

Minum susu ibu mengandung
- Haha. Saya paksa suami belikan susu Ammun Materna tuh. Nak beli sendiri macam segannya. Perut I slim you! Heh. Setiap malam la dok minum susu ibu mengandung. Haha.

Berdoa padaNya.
- Setakat ni, saya cuma hafal Doa Nabi Zakaria tu je.  Ayat 38, Surah Al-Imran. Setakat ini, itu sahaja yang saya hafal. Akan cuba menghafal doa-doa yang lain. Saya amal setiap kali sebelum solat dan selepas solat. Solat hajat buat jugak tapi tak setiap hari. Hihihi. Nak buat solat Tahajjud, tapi niat je ada, melakukan belum. Hehe. Doakan saya moga lebih rajin lagi.

Abu said al-khudri r.a berkata, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim yang berdo'a selama bukan dalam masalah dosa dan bukan untuk memutuskan silaturrahim, maka ia akan mendapat salah satu diantara ketiga balasan, yaitu : Akan dikabulkan do'anya secepatnya, atau akan menjadi simpanan pahala untuk bekal di akherat kelak, atau akan dihindarkan dirinya dari keburukan seperti dalam do'anya., ia berkata, "Jadi perbanyaklah berdo'a." katanya, "Allah pasti memperbanyak balasannya."(Hadits shahih riwayat Ahmad 3/18)



Puasa
- Saya dah start puasa start hari Isnin dan Khamis. Rajin-rajin lagi baca al-Quran.

Pemurah
- Saya akan cuba untuk memperbanyakkan bersedekah.


Itu jela yang saya usahakan setakat ini. Mungkin ada yang boleh berkongsi petua dan cara lain lagi. Sama-sama usaha, yok! Hihi.




Monday, September 26, 2011

4 bulan dan detik akan terus berlari

Nyanyi je lagu Sedetik Lebih, terus je airmata laju mengalir. Mana taknya. Setiap bait lirik tu, menusuk kalbu nya la hai.. Tambah-tambah, I yang berjauhan dengan suami ni. Alahai, syahdu.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar di buai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Setiap orang ada egonya masing-masing. Tak terkecuali I. Mungkin sebab I ni anak sulung, dah terdidik dalam diri ni, biarlah apa orang kata, janji I capai apa yang I nak. I akan berusaha jugak untuk dapatkan apa yang I nak dengan apa jua cara. Kakak sulung kan, tak kesah dah apa orang nasihat, dia selalu fikir dia dah betul. Hihi. "Akukan kakak". Heh.

Jadi, tak dinafikan, sebelum kahwin, I dah bersedia untuk berjauhan. Yela, dari zaman bercinta sekolah-sekolah sehinggalah dah bertunang, kami memang pasangan jarak jauh. Jadi, apa adehal kalau dah tukar status Married pun, masih berjauhan. Apa adehal.

Tapi, ternyata I silap. Hati ni lembut. Lembut sangat. Sejak status bertukar, dah jadi isteri, alahai, sayu je hati kalau teringat pada suami. Setiap minggu tunggu hari Khamis. Disebabkan I di Kedah, Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti. Tunggu hari Khamis sebab nak pulang ke Kuantan. Nak jumpa suami. Nak tengok suami. Nak belai suami. Nak sediakan itu ini untuk suami. Semuanya kerana suami. 

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

Betul, tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Sayunya la hati, bila fikir, kesian suami saya, isterinya tiada di sisi. Dengan siapa dia nak bermanja, bergurau senda bila pulang ke rumah, isteri nun jauh di Kedah.

 "Ya Allah, ampunilah dosaku kerna tidak dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri yang solehah di sisi suamiku". 

Dan, buat abang, sayang mintak maaf banyak-banyak atas segala kekurangan. Terima kasih sebab redha ke atasnya. Dan, terima kasih kerana masih bersabar dengan dugaan ini.

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Sumpah. Hingga akhir hayat, sayang akan terus mencintai dan meyayangi abang. Terima kasih kerana sudi menjadi pendamping setia tika susah tika senang. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan seorang suami yang sungguh hebat buat aku. Alhamdulillah, syukur... syukur.. syukur..

Dikala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Dah hampir 4 bulan berkahwin. Terima kasih abang kerna selalu ada. Sentiasa ada untuk sayang. Terima kasih. Terima kasih abang, bila mana sayang menangis, abang sentiasa ada untuk pinjamkan bahu. Terima kasih abang, bila mana sayang perlukan seseorang, abang sentiasa jadi yang pertama untuk tampil jadi seseorang itu. Terima kasih abang bila mana sentiasa menjadi penenang bila jiwa tak tenteram. Dan, terima kasih abang, bila mana bawa sayang ke dalam dakapan abang setiap kali sayang hiba pilu.

Biarlah kehilangan semua 
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saya sentiasa mahu suami ada. Kadang cemburu hati, bila mana orang lain jalan dengan suami berdua. Bila mana dapat tinggal serumah berdua. Bila mana buat itu dan ini berdua. Bila masanya akan tiba? Bila?

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa




Sunday, August 21, 2011

Cuti-cuti hari raya


Kan cuti raya kan lama kan.
So, i plan nak la bercuti berdua bersama husband.
Tak lama, 2D 1N je pun dah ok.


Tentatively begini,


25/8/2011 : Me fly back to KL, depart from Penang
26/8/2011 : At parents' house, waiting for hubby
27/8/2011 : Last minute shopping with hubby, KL
28/8/2011 : Drive back to Kuantan
29/8/2011 : Last minute shopping with hubby, Kuantan
30/8/2011 : 1st Raya at Kuantan
31/8/2011 : 2nd Raya at Kuantan/ Drive to Besut, Grandma's house
01/9/2011 : Family gathering at Besut
02/9/2011 : Family gathering at Besut
03/9/2011 : Drive back, short gateway in Kuala Terengganu
04/9/2011 : Drive back to Kuantan
05/9/2011 : Me fly back to Penang, depart from Kuantan


Begitulah.
So, dah excited dah tanya survey pada BBF which hotel yang best, yang recommended.

So I've shortlisted to 2 based on the info la:


Teratak (Executive Suite)

Ri-Yaz Heritage
Marina Spa & Resort





Tanjong Jara Resort, Kuala Terengganu


And the result, I chose Ri-Yaz Heritage.
Sebabnya, itu je kemampuan.
Hehehehe.

Tanjong Jara Resort tak mampu dek non.
Tunggu la kerajaan umum bonus sebulan gaji, I mampu lah. Hehehe.

Tengok Ri-Yaz Heritage punya room rates, murah lagi la kalau kite booking thru internet kan.
Under promotion, RM228++.
Tapi, government rate, I tak check la pulak. Nak kena call dulu.
Mungkin boleh dapat RM160nett. Hahaha, mimpilah kau!

Atau, tanya corparate rate kan since my husband punya tempat bekerja boleh la dapat discount sikit HAHA kalau tunjuk dia punya pass tuu. Hhehe.

So dah decide, ingat nak tanya la permission..
Mula ingat nak suprise la konon-konon. Hihi.
Tapi tak boleh.
Kalau dengan suami, hati ni tak cekal mana, mesti nak beritahu jugak rahsia-rahsia pun.


Sekali, dia reply,

"Abang kena stand-by la, yang"

Ok, boleh terima lagi.




" Maksudnya, kita raya seminggu kat Kuantan la eyh? Tak balik Besut la kita ni, eh?"

"Em, gitula kot"




Ok, time tuuuuu, mata da tak tertahan, time tu jugak mata berkaca-kaca.
Sedihhhhh sangattttt!


Mula lah terbayang wajah mama, bapak, nenek, sepupu, mak sedara semuaaaa..
Meroyan sekejap.
Alahai, macam mana niii...


Tinggal suami, ikut mama pulang kampung?
Kejam tak, rasanya?







Friday, August 5, 2011

Suatu petang di bulan Ramadhan


Pendek aje entry kali ini.

Cik Belle tak pandai siang ikan.
Malu memang malu.
Tapi, kalau tak bertanya, memang akan sesat punya.

Sebab cara saya siang ikan adalah unik, maha unik, HAHAHA, jadi saya mohon bantuan mak mertua tunjukkan siang ikan di jalan yang benar.
Mudah aje sebenarnya.
Potong serong mulut ikan, kelepet kan sikit, tarik organ dalaman.
Berjaya!

Terpaksa tebalkan muka.
Suami gelak aje bila saya cerita perihal ini.

"Malu abang, malu, HAHA"

Ampun abang.

Budaya kita berbeza.
Cara kita juga mungkin berbeza.

Seperti makan pulut dengan sambal tumis ikan bilis.
Pertama saya lalui dalam hidup.
Begitulah kehidupan bila berbeza budaya.

Tapi takpe, hati kita akan tetap bersatu.

Eceyh.
Hahaha.

Pencapaian terhebat 2 bulan menjadi isteri.
Saya boleh berbangga kini, dah pandai siang ikan kembung.

Noktah.



Thursday, August 4, 2011

Ramadhan tahun ini.


Salam Ramadhan.

Selamat berpuasa semua.

Tahun ni tahun pertama saya berpuasa sebagai isteri.
Ada suami. Hehe.
Tapi, setakat hari ini, saya masih tidak berpeluang untuk menyediakan juadah buat suami.
Ehehehe.
Takut..... takut tak sedap. Hehehe.

Walaupun saya tahu, tak sedap macam mana pun, mesti suami akan puji, sedapppppp.
Tambah-tambah nasi.
Hakikatnya, I tau, takdela sedap ponnnn. Heehehe.
Motivasi itu penting. Thanks, suami! Hehe.

Erm, dalam bulan Ramadhan tahun ini, hanya beberapa hari sahaja I berbuka dengan suami.
I di Kedah, suami di Kuantan.
Hujung minggu berjumpa.
Itu pun kalau I larat pulang jumpa suami.
Tapi, tak apalah, saya bersyukur amat.
Sekurang-kurangnya, masih ada ruang/ hari-hari untuk berbuka dengan suami.
Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih.
Alhamdulillah.

Mungkin sebab saya masih tinggal dengan mak mertua, jadi saya cuma jadi seorang pembantu dapur sahaja. Mak mertua hebat sangat masaknya.
Rendah diri sebentar. Hihihi.

InshaAllah, tanam niat mulai sekarang, jika diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, ingin sekali membina kehidupan rumahtangga di rumah sendiri.
InshaAllah, I akan rajin - rajin masak.
To be a pro, mesti la kena selalu praktis kan?
I bet, tahun ke-2 membina kehidupan di rumah sendiri, u can call me Chef Belle pula.
Hehehehehehhehe.
Chef means orang pakar masak. Hahaha.
Jadi, Chef Belle mestilah seorang pakar juga.
Tahun ke-2. We'll see. Hihi.

Seronok baca kawan-kawan duk pening-pening kepala fikir tentang menu berbuka la menu bersahur la.
Untuk siapa? Untuk suami... Alhamdulillah.
Moga hidup kalian suami isteri lebih diberkati hendaknya. Amin.

Saya masih tidak berpeluang untuk pening-pening kepala fikirkan menu untuk suami.
Hihihi.
Cuma sekarang, I ambil kesempatan untuk mengenali suami dengan lebih dalam.
Apa menu kesukaannya, apa mesti ada atas meja makan.
Gitu. Hihi.


Saat ini, saya merindui suami saya.
*tears*


Ok la kalian.
Moga bertemu lagi.
Selamat berpuasa.
Selamat berbuka.
Selamat bersahur.




Wednesday, July 27, 2011

Belanjawan Hari Raya


Dah nak masuk bulan Ramadhan.
Ramadhan yang ditunggu setiap tahun.
Moga bulan Ramadhan pada tahun ini membawa seribu keberkatan kepada kita hendaknya.

Erm, dalam berseronok nak sambut Ramadhan, gementar juga nak sambut Hari Raya Aidilfitri.
Chey, belum berpuasa tapi dah nak bercakap tentang raya.
Hihihi.

Gementar bukan apa, yelah kan, pertama kali sambut Raya bersama suami.
Hehehhee.
Walaupun seronoknya rasa, tapi bajet untuk hari raya tak dilupakan.
Mesti disediakan.
Supaya nanti, habis je raya, duit gaji pun habis.
Tak mahu, tak mahu. Hee

Sebab pernah uruskan budget untuk kahwin hari tu, sedikit sebanyak dah tahu macam mana nak urus wang. Hihihi. Jadi, aplikasikan untuk rumahtangga pula. Hahaha.

Ok, pertama kali nak sediakan budget hari raya.
Kalau dulu, dengan keluarga kita aje, kini dah ada 2 keluarga, anak saudara pun dah ramai, sepupu pun dah ramai, kesimpulannya, keluarga dah besar dan bajet pun dah jadi double.
Heh.

So, I cuma sediakan yang basic ajela.
Tak nak membazir, nak mengejar rahmat bulan puasa yang utamanya.
InshaAllah.

  • Baju raya - pentinggggg! hahahaahaha. Cukupla kot baju raya 2 pasang aje. Kot husband dimurahkan rezeki untuk belikan I lebih dari 2 pasang, heh, Alhamdulillah, rezeki rezeki. hahaa. Tapi, budget setakat ini hanya membenarkan 2 pasang baju sahaja kot. Kalau jumpa kain murah sikit, boleh la tambah sepasang lagi. TETTTT! hehehehe.
  • Biskut raya - sebab sibuk dengan kerja mungkin tiada masa untuk bakar biskut tahun ini. Lagipun, di kuarters I tak punya oven la. heh. Memang niat tu ada, tapi kita tengok la macam mana nanti. Hehe. So, kesimpulannya, I order je la nanti. Tahun ni kena beli untuk 2 rumah, mak mertua dan untuk mama. Jadi, double lah. ehehehe. Mungkin akan beli kerepek sikit. Biskut raya dalam 3,4 jenis ok kot eyh.
  • Duit raya - yang perlu didahului dalam list : Mak, Abah, Mama, Bapak, Adik-adik total ada 5 orang. Lepas tu anak saudara, anak sepupu. Lepas tu selebihnya, anak kawan-kawan, anak tetamu yang datang, anak-anak tuan rumah terbuka. Hehe.
  • Duit perjalanan pulang ke kampung - termasuklah duit minyak, duit tol, duit servis kereta. Kena bincang dengan husband bila tarikhnya, berapa jumlahnya, nak balik ke mana.
  • Duit untuk jamuan - ni kalau family ada nak buat open house ke kan, takkan nak tolong masak aje, mesti nak kena tolong hulur jugak sikit. hehe. so, masuk dalam budget juge. hehe.
  • Hadiah buat parents and PIL - dalam hati niatnya nak beli sepasang kain untuk mama dan mak mertua dan untuk adik ipar juga. begitulah. tengokla rezekinya macam mana nanti. hee.

So, I rasa itu sahaja kot yang majornya. Yang kecil-kecil tu, masuk dalam tabung kecemasan aje la. Hehehehe. Kalau terdesak, korek aje la tabung kecemasan tu nanti. Hehe.

Perbelanjaan mengikut nisbah 20:80 .. ahahaa. kesian husband I. Nolah, dah kahwin ni, kena la berbincang kan. Kalau dia memang rezeki murah, kot dapat durian runtuh, boleh la serah tanggungjawab sepenuhnya pada husband. Heh.

As for this month, i nak guna sebahagian dari duit gaji untuk beli baju raya, kuih raya, dan kerepek. Lepas itu simpan sikit untuk budget duit balik kampung. Nasib kan raya nanti, lepas gaji masuk. heehehe. Itu nanti reserve untukduit balik kampung, duit raya, duit jamuan, kot ada baju raya tak cukup boleh la tambah lagi. ehehe.


Selamat berpuasa semua!
Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan hendaknya!

=)



Sunday, June 26, 2011

Sambungan kisah Cik Puan Belle dan pregnancy testnya.


Sebab tak larat nak melayan setiap dari kamu yang mintak update cepat, please update, dan seangkatannya, HAHA, jadi I sambung cerita tempoh hari.

Berduyun masuk message baik di facebook mahupun di handphone.

Tapi, semua nya saya jawab

"Tunggu next update"

HAHAHA
Hampun.

Ni tak berapa sehat ni, tapi gagahkan jua untuk update.
Demi korang.
Demi readers.
Cheyh. Bajet artis. Puh-leeslah! hehe.

ok, ok.
Pengalaman pertama dengan pregnancy test.

So, i did sent msg kat inbox kawan-kawan yang dah kahwin, yang dah pregnant, yang sedang pregnant. Semua I ganggu dengan masalah I ni.
Diorang ni dah ibarat macam personal doctor I dah.
Semua I cerita.
Bila last period.
Bila first intercourse.
Apa perubahan dalam diri.
Semuanya. Semuanya.

Mencari mama.
Tapi parents I pergi umrah.
Jadi, kawan-kawan lah tempat mengadu masalah dalaman.

100% kawan-kawan I support, "I think u're pregnant, pergi beli test kit"
"Cepat buat test!"
"Dah buat test, beritahu result, jangan lupa"

Begitulah.

Memang mula-mula tak nak pergi beli test kit.
I text-ed husband.

"I think I'm pregnant"

Dia gelak aje. being so manly, dia gelak je.
Gelak.
"HAHAHA... awal lagi lah. Takkanlah"

I am down.
So down.

" Sayang, kalau tetiba I buat pregnancy test boleh? Kalau -ve, I senyap aje, kalau +ve then only I will let u know. Boleh? "

Baru-baru kahwin kan, semua benda nak tanya husband dulu, semua benda nak mintak permission. Ecey cey cey. Hahaha.

"Ikutlah.. lambat laun, I tau jugak nanti..haha"

I couldn't agree more!

Hehehe.

Jadi, pergi senyap-senyap pergi beli pregnancy test kit dengan kawan office.

Balik rumah, tenung kotak.
Senyum-senyum.
Dalam hati memang ada debar.
Haha.

Tidur dengan tenang.

Esoknya, pagi-pagi bangun dengan kalut.
Sebab tak tahan sangat nak pee!!!!!!

Pergi toilet, pusing balik masuk bilik amek test kit.
Nak jugakkkk, walaupun terlupa sekerat jalan!!
Hahahaha.

Ye, memang gelojoh.
Sebab, kawan-kawan semua nasihatkan, "Test dengan your first urine of the day"
First urine. Meaning, bangun-bangun terus nak rasa nak pee, itulah tandanya first urine.
Apa aku merepek tah.

Dengan gelabah bukak kotak, lihat test kit.
Dengan tak tahannya, terus kench.

Tanpa lihat apa-apa instruction, terus sukahati buat test sendiri.
Syok sendiri.

Natijahnya, tempat indicator test result tuh pun kena kench.
Eww, I know.
Itulah gelojoh sangat.
Tak sempat nak tahan.
Haha.

I dengan pandai-pandainya, pergi basuh tempah indicator tuh, konon tak nak dicemari dengan my urine la kan. WTH im doing, i dont know!!!
Hahaha

tengok perubahan berlaku.

1 line.
satu line.
Kau tak kecewa?
Kukeciwa sungguh.

Pergi ofis, cerita kat kawan sebab kawan sebok tanya, apa result, apa result.
Cerita lah bagaimana i buat test.
Gelak-gelak sebab WTH sungguh la i ni.
kawan-kawan meja breakfast i suh i check again test kit tuh, kot berubah jadi 2 line sebab katanya, kena tunggu like 1minute, lama sikit kene tunggu diorang kata.

I dengan blur-blur, ikutkan aje la suggestion mereka.

Lunch hour, I balik rumah, and selongkar balik test kit tuh.
Tilik setajam-tajamnya.
Tetap, 1 line.
hampa, tido terus sampai habis waktu lunch. haha

dah hari ke-36, masih i tak period.
semua suggest, ok kite tunggu weekend kalau tak period jugak, kita test lagi ok.
maybe awal sangat, thats y tak dapat nak detect hormone.
whatever.

esoknya, sebab fikir previous test tak valid sebab dah dicemari dengan urine terkena ke bahagian indicator tuh, kali ni baca betul-betul instructions nya.
so, kench dalam bekas, and test.

I guna test mahal sikit, yang tulis 99.99% accurate dari ClearBlue.

Tunggu punya tunggu.
And the result.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Not Pregnant"

dan hari ke-41, Cik P saya hadir.

begitulah kehidupan.

Memetik dari kata husband saya,

"hahaha..cmon sayang.seme tu rezeki.hope for nothing the u got something"

Jadi, semat dalam hati mulai sekarang.

Hihihi..


tamat sudah episodnya.
Dan saya tak akan kongsi lagi cerita my life after... di blog ini.
Macam tak sesuai je, kan?

So, ive decided to blog kat tempat baru.
But, i want to remain anonymously-lah.
I tak biasa dengan kehidupan berkongsi cerita peribadi.
I ni pemalu. Sangat pemalu..

I know my blog been stalked, read by ...

-kawan sekolah, tapi diam-diam baca, sampai satu masa baru ngaku, "i baca ur blog, dont stop writing, teruskan blogging", i macam... erk.
- family, hehe, segan lah saya nak cerita dengan korang semuaaa..
- kawan universiti
- kawan sekerja

sorry babes, bukan niat i untuk stop blogging, no, i wont stop. tapi tuhla, i cuma tak bersedia untuk berkongsi kehidupan peribadi i. itu je.
yang tau gaya penulisan, mungkin boleh cari dan terjumpa dan follow my new blog. hehe.
yang tak jumpa-jumpa, takpe teruskan pencarian. hehehe.

so, ya, until next review ya!

blog akan diteruskan seperti biasa, jangan bimbang ya!
Hihi.

love u readers~





Thursday, June 2, 2011

Pertama kali tanpa suami


Hari Rabu lepas, suami hantar I pulang ke rumah Seremban.
Dah 2 malam tidur kat Kuantan.
Nak fitting baju punya pasal la kan.

Baju bertandang?
Biasa aje.
Jubah labuh. Sekian.

Sedih betul la kan nak biarkan suami drive sorang-sorang.
Nak lambai-lambai lagi lah sayu hati.
Entah kenapa, bergenang airmata.

Bukan tak biasa jauh dengan kesayangan.
Tapi, bila dah kahwin, perasaan tu lain.
Sayu aje.

Bila masuk bilik, lagi lah sayu.
Hati terdetik, " Tidur sorang malam ni "
Sigh.

Tidur tanpa roommate baru, lain benar rasa.
Tidur pun bukak lampu.
Takut punya pasal.

Sebelum ni, ada teman nak borak-borak sebelum tidur.
Semalam, senyap aje bilik.

Sebelum ni, suami ada, cepat-cepat tutup lampu.
Tidur, lena betul.

Bangun pagi, tengok sebelah, rindu rasa.
Sebelum ni, bangun pagi, ada suami.
=)


Itulah kehidupan.
Harapnya, saya lebih tabah lagi.
InshaAllah, Amin.




Wednesday, June 1, 2011

Oh, suamiku!


Kiteorang asyik repeat the same words,

" Kita dah kahwin "
" Kita dah jadi suami isteri "

Senyum.

Habis majlis resepsi di Putrajaya, kami pulang ke Seremban.

Alhamdulillah, suami saya tau nak sangkut towel kat mana.
Senyum.

Tapi, ada jugak gumpalan atas lantai.
Hihihi.
I kutip dengan perasaan ikhlas.
Senyum.

" Berus gigi mmi yang mana satu? "
Kami dah mula berkongsi berus gigi.
No, takde perasaan geli geleman ke apa.
Semuanya kerana sayang.

Pagi hari, nak tukar cadar.
Tanpa I keluar suara mintak suami tolong, suami dengan ringan tangan membantu.
Alhamdulillah, moga begini sehingga ke-akhirnya.
Hihihi.

Selepas 6 hari menjalani kehidupan rumahtangga, dapat i simpulkan bahawasanya,

Kita mesti ada sikap tolong-menolong di antara suami isteri.
Kita mesti ada sikap memahami di antara suami isteri.
Kita mesti berkongsi dalam semua hal.
Kita isteri, layan sehabis baik suami kita, walau kite penat macam mana pun.
Kalau suami nak air, cepat-cepat buatkan air.
Jangan kata, nanti i buat, kejap lagi lah I buat.
Ingat, setiap langkah untuk suami, kita diberikan pahala.

Sambung lagi nanti ye.
InshaAllah.


Terlalu banyak untuk belajar dan memahami.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014