Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Menghitung hari.

Gian dah datang. Bukan manusia bernama Gian. Tapi, gian nak menulis. Macam menggigilnya jari nak menaip cerita kat sini. Hihihi. Macam masa sibuk-sibuk buat persiapan nak kawen dulu, hui, sanggup tido lewat, cari bahan nak menulis kat blog. More to preparation and wedding ideas. Ahhh, betapa cepat masa berlalu. Lebih 3 tahun sudah berkahwin.

Nak, nak time dah ada anak ni. Lagi la terasa cepat betul masa berlalu. Waktu rehat adalah bila berada di ofis atau bersama ayahnya. Hihihi. Selebihnya, masa untuk anak, masa untuk husband, masa untuk mengemas rumah, mendobi dan sewaktu dengannya la.

Apa cerita terlalu boring, nie?

Em, pagi-pagi dah ke klinik mengadap nurse. 38weeks++, bila-bila masa sahaja baby boleh keluar melihat dunia. Hari ni, rasa sakit di bahagian lower abdomen tu. Harapnya bukan la satu tanda nak bersalin hari ini. Ibu belom ready. Belom. Hospital belum habis kemas. Both bag ibu dan bag baby. Set berpantang belum beli lagi. Bengkung belum cari lagi. Batu tungku, entah di mana simpannya. Nak list out 1-by-1, hui, kecut plak perut rasa.

Pregnant kali ini, di akhir minggu pregnancy, seringkali terfikir dan bertanya pada diri sendiri dan husband,

"Macam mana ya tetiba I bersalin kat rumah? Abang tahu tak apa nak buat??"... 

"Macam mana kalau I sakit nak bersalin sengsorang kat rumah???" ...

"Kalau tiba-tiba sakit nak bersalin time driving to office, nak teruskan driving atau berhenti tepi jalan dan call someone yang terdekat dengan tempat kite sakit tu aje?""..

Pelbagai persoalan.
Kerisauan tu timbul.

Tapi, seringkali juga, suami akan katakan, "Taklah".
Mungkin hanya nak menutup rasa kerisauan di hati saya.

Hurmmmm. Keluhan panjang...


Semoga semuanya dipermudahkan.
Semoga semuanya baik-baik aje hendaknya.

xoxo.









Friday, July 27, 2012

Buat si kecil.

Buat si kecil.
Hihi


Pergi Bandung hari tu, beli baju untuk si kecil. Hihi. Kelengkapan pertama beli. Keperluan baju-baju baby. Sebab kat sana kan murah. Hehee. Tapi, suami selalu ingatkan, beli sikit-sikit sahaja. Tell me, kalau dah baju branded harga murah ya ampun, tak rasa nak memborong ke? Dah macam mana nak sekat nafsu dengan beli sikit-sikit? Haha. Tapi, sebab suami yang bayarkan, okla ditapis.

Ada sehelai jeans dari Baby Guess untuk 6-9months tak silap. I beria nak pakaikan untuk baby. Tapi husband tak approve. Alasannya, baby kecik lagi takkan nak sarungkan jeans? Tunggu baby dah pandai jalan ke baru boleh beli jeans. Jadi redha dengan amek cotton jeans legging sahaja, seperti gambar di atas. Hehe.




Setiap kali masuk factory outlet, nampak je baju baby girl, mesti geram, ya ampun! Tapi, bila fikir, nanti baby dah keluar tengok dunia mesti lagi gila kau nak bershopping untuk baby. Heh. Jadi, positifkan minda, ok, lepas pantang kita sambung shopping lagi.

Nampak cardigan untuk baby pun rasa geram nak beli. Hehe. Lepas dah belek, ambil letak, ambil letak, last sekali, terus letak kat cashier. Pedulik. Hehehee. Nanti boleh match-kan dengan skirt. Alolololooo...

Rasanya shopping baju untuk baby ni takkan pernah habis. 
Jadi, semat dalam jiwa, nanti nak shopping lagi.
Cukup la sudah.

Rompers pun ada beli sikit.
Sebab mother-in-law nasihat suruh beli baju 2-piece untuk baby.
Okla, saya yang menurut perintah.


Jadi, dengan upload gambar baju, mesti dah tahu gender baby, kan..
Hehe.













Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014