Tuesday, May 29, 2012

Alasan semata, mungkin?

Saya rindu nak menulis.
Saya rindu sangat nak menulis.
Tapinya, saya sangat takut untuk mulakannya.

Ingin sekali di hati kecil ini menulis tentang nyawa baru di dalam rahim saya.
Tapinya, saya takut. Takut.
Dan perasaan itu terbawa-bawa saat mahu memulakan penulisan.

Ingin sekali saya paparkan gambar scan nyawa baru yang ada di dalam rahim saya.
Tapinya, hati saya yang sebelah lagi, menafikannya.
Jadinya, saya pendam sahaja dalam jiwa.
Bila rindu, saya akan tatap sendirian.

Seronok baca tentang pengalaman ibu baru yang lepas balik scan rahim mereka, mereka upload gambar dalam blog mereka.
Indah sungguh ciptaan-Nya.

Saya mahu juga.
Tapi, saat ini, saya masih dalam rasa, "Tak apala, tunggu nanti dah lahir nyawa baru".






Thursday, May 10, 2012

Kurma Ajwa dan Meeya.


Yang mengenali saya in person, tahu saya bukanlah jenis yang suka keluar melepak bersama teman-teman di kedai kopi ala-barat, yang melepak bersama teman-teman dari petang hingga ke malam hari, yang pantang kawan ajak keluar terus ON sahaja. Sampai, saya kategorikan diri saya ni seorang yang anti-social. Heh. That is why kalau ada orang ajak saya join MLM, awal-awal lagi saya tolak! HAHAHA. Sebab saya tahu tahap mana saya bersosial bersama rakan. Mesti saya akan tanggung rugi modal beribu-ribu Oh!

Ini geng saya untuk bergosip. Kenapa mesti ini paling atas? =P
Ini geng saya untuk layan teater.
Ini teman saya untuk layan movie.
Ini teman saya untuk saya luahkan masalah jiwa saya.
Ini teman saya untuk ke konsert.
Ini teman saya untuk makan-makan di fine dining restaurant.
Ini teman saya untuk makan-makan ais-krim dan chocolate.

Owh, ramai juga teman rupanya, eyh!

Hee. Dan, melibatkan diri ke dalam dunia blog bertambah-tambah rakan. Dari menjadi seorang anonymous dan tiada yang mengenali diri ini, hingga menjadi seseorang yang dikenali (ayat Gila Glamer katernya, HAHA) sebagai Cik Belle. Kadang menghadiri majlis kahwin, ada yang menyapa, "Eh, Cik Belle, kan?" Berani sungguh, saya puji. Hihi. Sekarang saya dah membesar bagaikan juara, dan pastinya tiada yang mengenali lagi. Dengan muka berjerawat, kadang keluar tanpa mekap : rasa bogel sekejap, comotnya nampak. Alahai. Saya sedih betul.

Dan, dengan bertambahnya rakan, bertambah rezeki sebenarnya. Alhamdulillah. Siapa sangka, di waktu awal pregnancy, saya mengidamkan kurma Ajwa atau orang panggil kurma Nabi. Bila bukan bulan Ramadhan, alahai susahnya nak cari kurma. Tambah-tambah lagi kurma Ajwa. Paling susah nak jumpa sebab ianya antara kurma yang mahal.

Pencarian demi pencarian. Akhirnya bertemu di Carrefour. Harganya memang mahal, bagi saya ianya mahal. Harganya almost RM20 dengan hanya kurang daripada 20biji. Suami belikan juga sebab saya merengek nak. Makan satu hari satu biji. Nak jimat punya pasal. Hihi.

Dan, siapa sangka, rakan blog yang ini murah rezekinya dapat jejak Madinah dan Makkah. Sebelum perginya menjalani umrah, disapanya saya tanya ada apa-apa nak dipesan tak setibanya dia di sana. Tiada apa yang saya fikirkan, selain Kurma Ajwa. Tetapi saya tidaklah mengharapkan sangat kerana saya tahu dia pergi ke sana dengan satu tujuan, untuk mengabdikan hati dan jiwa kepada Allah S.W.T.

Dan saya katakan, perempuan yang mengandung itu selalu sahaja dimurahkan rezekinya. Rezeki anak, orang kata. Nak dihuraikan betapa murahnya rezeki si anak yang saya kandung ini, Subhanallah, kang ada pulak kata "Amboi, menunjuknya dia". So, better I shut my mouth sahaja. Jadi, saya katakan, jangan takut untuk mempunyai anak di awal tahun perkahwinan kerana saya yakin akan rezeki yang diberikanNya. Seawal usia 4 bulan dalam kandungan, Allah s.w.t telah tetapkan rezeki si anak. InshaAllah, percaya pada Qada' dan Qadar. Tapi, pada yang mempunyai alasan tertentu untuk tidak lagi mempunyai anak di awal perkahwinan, saya serahkan itu pada pasangan masing-masing. Mungkin ada perkara lain yang perlu diutamakan. Semahunya saya untuk mengelakkan diri menjadi seorang yang judgemental di sini. Wah, gitu.

Alhamdulillah, sekembalinya dari tanah suci Makkah, berita gembira disampaikan. Mintak address saya untuk post Kurma Ajwa. Alhamdulillah, tersenyum saya mengusap perut. Syukur, Alhamdulillah.


Terima kasih, Meeya.
Walau hanya kite pernah bertemu sekali sahaja, persahabatan ini dipanjangkan sehingga berhari-hari, bertahun-tahun harapnya.
Saya doakan semoga Meeya dimurahkan rezeki hendaknya.

Terima kasih, Meeya!





Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014