Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

Friday, March 25, 2011

W-progress: Perihal bilik pengantin


Muahhahaha.

Its payday!
Mestilah berbelanja kan.
Tihihi.

Memang sebelum payday, dah plan, nanti masuk gaji nak beli barang kelengkapan untuk bilik pengantin.
Alah, bukan banyak pun.
Bedsheet, pillow, pillow cover, bantal 4-segi kecik tu, decor-decor yang lain.

Khamis selepas kursus terus pulang ke rumah manis, 4 jam 30 min drive (i know, laju, abaikan, Penang - Seremban )
Esok paginya, which is semalam, sebelum keluar rumah dah niat, nak beli bedsheet kat Sogo.
Hehehe.
Kenapa Sogo?
sebab ada S-card. Haha.
Kot beli ratus hengget, dapat voucher lagi.
Super la kan berbaloi.

Padahal, ke Sogo je yang mampu. Heh

Tapi, sampai-sampai, dah tersenyum. Hahaha.
Ada Bedding Fair, yo!

Ya Allah, muranya rezeki.
Ini dinamakan rezeki bakal pengantin agaknya kan.
Hehe.

Murah.
Comforter set cuma RM160.
Ada yang sesuai untuk bilik perantin.
Siapa yang mencari bedsheet semua warna putih, dengan ada lacey-lacey, RM160 saje.
Time tuh I dah berbelah bahagi, nak yang ini or nak yang ada bunga kecik-kecik.

Memang macam rasa nak rembat 2-2.
Tapi, tau syaitan memang ada.
Hahahahaha.

Look!
up to 80%

Mana syaitan tak hasut.
Wahaha.

Pandangan dari atas:

Datang hari Jumaat lepas orang sibuk nak balik office, tapi I sibuk nak membeli belah, haa, memang syok.
Bebas ke hulu-ke hilir
Suka hati je mintak tolong SA angkut itu angkut ini
Carikan itu carikan ini
Tanya itu tanya ini

Puas hati

Selalunya tak suka datang Sogo sebab sesak dengan orang ramai.
Rimas. Panas. Tak dapat buat pilihan sehabis baik.

Tapi, hari Jumaat memang rezeki betul.
Tak ada orang sangat. Hihihihihi.
Meaning, tak perlu berebut.

Lepas tuh, ada Happy Hour pulak.
Kalau tak sale, bedsheet yang I grab, harganya RM7xx
Lpeas less, harganya RM2xx
Tapi, sebab happy hour, harganya RM1xx

Tihihi, ini je pun yang I mampu.. heh heh heh

Fuh. Berbaloi.

Sudahnya:

Penuh car boot. Takde space sudah.
Nasib baik bawa kereta ayah saya.
Bawa kereta saya, memang malu lah nak kena letak kat seat belakang pulak la kan.
Bertimbun-timbun. Orang tahu la saya baru balik shopping kat Sogo. Hahahaha.


Tips: Untuk beli bedsheet, look for berapa banyak Thread Count. Lagi besar numbernya, lagi bagus, lagi sejuk. Contoh, kalau banding 200 thread count dengan 360 thread count, 360 thread count lagi bagus, lagi sejuk.

Looked for 100% Cotton, jangan la beli 50% Cotton 50% Polyester, nanti panas. Tau harganya lebih murah, tapi, ehem, untuk keselesaan kan. Hihihi.


Alhamdulilah, selesai satu perkara.
Yippie!




Wednesday, September 22, 2010

Lampu murah di Ikea


Semalam sesi jalan-jalan di Ikea. Lupa bawak camera. Sedih.

Update terkini dari Ikea:


Table lamp in white.


Product Info:

Height: 29 cm
Base diameter: 13 cm
Shade diameter: 19 cm
Cord length: 200 cm


Price:

RM 9.50 (tak termasuk bulb)
Bulb harganya RM1.30


Macam tak percaya!
Terkejut sebab ada rupanya table lamp tak sampai RM10 yang "Wah, cantiknya!!!"



Saturday, August 21, 2010

Love-love-love

Suke la. =))



Berangan mahu candy/dessert buffet nanti untuk hari nikah.
Mahu buat sendiri-sendiri sahaja.
On deco part pun mahu buat sendiri-sendiri sahaja.
Tak apa la simple-simple aja pun nanti.

Tema untuk candy/dessert buffet nanti ialah "Love is Sweet".
InsyaAllah. =)

Terpandang ini, terus terfikir, mungkin boleh letak ini untuk cantik-cantikkan meja buffet nanti.
Dah kena dah dengan tema. Hihi.
Kalau la dapat jumpa Artcard corak polka-dot kan..
Mesti lagi comel love-love tu, kan?

=)
Idea lain, ada?






Wednesday, August 11, 2010

Photo-display


I always admire this kind of photo-display as part of wedding deco.


A photo tree.
Boleh dijadikan idea deco untuk guest book table nanti.

D.I.Y saje.
Cari ranting. Spray putih.
Cari clear vase.
Cari ribbon.
Tebuk lubang, ikat dengan ribbon.
Gantung.

Dah siap!






Monday, May 31, 2010

Ow, sugar, sugar.

Ahaha. Tak tau title bersangkut-paut atau tidak. Ho ho ho. Nak merepek tentang deco, deco, deco. Tihihi. Blog walking dan terpaut pada ini:


Can be part of your deco untuk guest book table. Ferrero rochers pulak tuh. Guest mesti tertarik untuk mendekati meja guest book. Sesudah meninggalkan pesanan, boleh la ambil satu! Kalau i, i memang tak malu, i mintak dua nanti. Haha. Senang aja nak D.I.Y ini. Mari lihat close-up pictures.



Ok, dah tengok sepintas lalu, mesti rasa boleh D.I.Y sendiri kan. Hehee.

Proses penyediaan:





Pictures credit to: flora et cetera



Thursday, May 13, 2010

Sesi jalan-jalan


Lepas pulang dari fitting baju, terus menuju ke MidValley. Mencari-cari apa yang boleh dijadikan hantaran nanti. Kan hantaran i tak lengkap sepenuhnya lagi. Hehe. Jadi, jalan-jalan, jumpa ini:

Source: Mahnaz Food


Dates with mix nuts. Ada almond, ada walnut ada kacang apa tah lagi. Dah siap-siap pack in a clear container, tinggal letak ribbon aje. Price: RM24.00 per pack. I mintak kurang, tak dapat. Kedek betul. Ahaha. Bile selidik-selidik, tengok dari MahnazFood. Dekat aje kilang die. Di Shah Alam. Biasa juga tengok signboard MahnazFood ni di Shah Alam. Nanti nak pergi jengok lah kilang dia. Haa, engkau, nak beli 2 pack pon nak cari kat kilang. Haha. Mesti nanti, nafsu memuncak nak beli kacang lain pula. Pistachio owh pistachio. Jadi, i rasa nanti i nak pergi tengok Kilang Mahnaz Food ni. Kalau tak, kena beli di MidValley juga lah. Hehe.

Lepas habis ronda MV, i jalan pergi Jalan Tar pulak. Saja nak jejak Semua House. Huhu. Tak da apa pun beli di Semua House. Tengok dulang hantaran. Tapi tak jumpa yang memikat di hati. Rasa memang kena pergi tengok di Nilai juga. Lebih banyak pilihan. Jadi, ke Kedai Bunga Reben. Beli ribbon dan satin roses. Untuk apa? Haa, untuk doorgift nanti. Huhu. Price:

Organza Ribbon: RM1.50 per roll after discount
Satin roses: RM8 (100pcs) after discount


At first, nak beli ribbon di SSF. Yer, ribbon di SSF sangat murah compare to kedai Bunga Reben. Tapi, pilihan tak banyak di SSF. Mungkin kehabisan stok. Yela, ramai nak kawen bulan June agaknya. Teori sendiri. Tapi, ada jugak ribbon yang murah di Bunga Reben, jadi, pandai-pandai lah pilih antara kedai Bunga Reben atau di SSF. Tapi, pada pemerhatian saya, di SSF lagi murah ribbonya. Mesti pening ni... Haha.

Dan, seterusnya, jumpa ini juga:


Kipas bulu-bulu. Cantek woo. Seriously. Ada warna putih. Tapi, tak de yang display untuk di snap pic. Price: RM13.50 per pc. Murah woo! Hati-hati pilih. Bukak dulu plastiknya, sebab ada yang dah kuning-kuning. Tak tahu mengapa. Tumpahan apa pon tak pasti. Jadi, tilik dulu, dah puas hati, baru beli. Hehe.

Dan juga ini:


Jahit kat kain alas dulang, lari dari kebiasaan, alas dulang bermanik. Price: RM1.80 per pc.




Thursday, April 15, 2010

Apa ada di Ikea dan KK Home Deco?

Last week, went to Ikea and KK Home Deco. Saje mencari barang-barang untuk hiasan bilik nanti. Survey suka-suka sahaja. Hehe.

Di Ikea...


Idea untuk gubahan bunga. Ha-ha. Tak gubah mana pon, letak-letak aja dah siap. White vase with white flowers. Nice eyh.

White frame. Price: RM29. Simple and nice. Survey lagi. Hee.

White frame. Simple lagi dari yang tadi dan murah lagi. Price: RM19.90.


Ahhh..white carpet. Measurement tak ingat. Next visit kena amek measurement. Price: RM99. In the list-to-buy. Hee. Tapi, mahu survey di Nilai pula nanti. Atau kedai carpet mana lagi yang murah? Hoh.


Side table punya lampu. Price: RM59. Erm,mahu survey lain. Bukan seperti lampu idaman. Kalau tak jumpa juga, ini letak dalam list juga. harapla jumpa lagi menarik dari ini. Ngee.


Comel giller. Suka. Dan sangat murah. Price: RM9.90. In the list. Hee.


**********

Di KK Home Deco, SACC

Love this. Price: RM19.90. Ada bling-bling yaw aw aw. Heh.


Candle holder. Price: RM13.90. Untuk meja beradap pon lawa juge. =)


Ini cuma selingan. Mencari sesuatu untuk add on deco di mini pelamin. Price: RM59.90. Risau, if beli dah tak guna memang la membazir. Nak sewa kat mana nieh?



So, itu sahaja items yang menarik mata untuk dicuci. Hihi. Selamat berbelanja untuk bilik anda semua! Hihi.






Sunday, April 11, 2010

Bedroom deco

Hye, I'm back! Been busy with assignments, tests and marking quizzes para student. Bleargh. Lupakan minggu busy saya ini. Topic yang boring. Hehe.


Since, I've got my dream bedroom set, so apalagi, mestilah berangan how to decorate the room nanti. Hihihi. Browse thru the internet, and collect some pictures untuk rujukan. Hee.

My bedroom set is white in colour. I cuma mahu deco dengan sesimple yang mungkin. Tapi!! haruslah nampak sweet yer. Tihihi.

Dan jalan-jalan bloghopping, jumpa tips ini. Share dengan semua orang. Hee.

Tips:


Suka nak share tips ni taken from here.
  1. Pilih katil yang simple (tiada tiang-tiang dan penghalang di bahagian kaki)
  2. Pilih cadar dan duvet berwarna putih atau krim (sebaik-baiknya 100 % cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu melalui malam pertama yang menyeksakan.
  3. Anda perlukan 4 biji bantal (2 bantal dengan warna yang sama dengan cadar, mananakala 2 lagi bantal dengan sarung berwarna kontras) *Peringatan:Selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling.
  4. Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli dan mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap).
  5. Gantungkan satu frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi kita pilih gambar yang mempunyai unsur ketenangan dan romantis. (Contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dll.)
  6. Letakkan 2 meja kecil di kedua-dua bahagian sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan di dalam pasu kaca. (Anda juga boleh gunakan bunga palsu yang kelihatan seakan-akan bunga segar. Letakkannya dalam pasu yang lutsinar dan berisi air supaya ia nampak lebih “real”) Selain bunga, anda boleh hiaskan ia dengan potpuri, lilin wangi atau teddy bear.
  7. Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan efek ekslusif dan romantis.


Untuk side table, mungkin I akan letak table lamp dan frame sahaja. Mungkin juga sesuai digandingkan table lamp dan fresh flowers. Tapi, rasanya tidak sesuai andainya penggunaan vase lebih tinggi dari table lamp kan? Refer to pic. Nampak sedikit semak disitu.


I heart the curtain. Single layer, plain. Simple. Menenangkan mata. Hee.

Source: The Pink Stilettos

Nice isn't it? The curtain, single layer juga. Simple, suitable for E-day. Owh, of wall deco maybe nak letak frame besar juga. We'll see how nanti. Time kawen nanti boleh la letak hiasan bunga kat wall macam bilik fathiyah n pinkstiletto, kan? =) so that, your wall tak akan kosong. kosong is boring juga kadang. Hee.

Source: Fathiyah


Source: Nadia Bayu

Dan, kerana terpikat pada bilik pengantin Nadia Bayu, terus hati meronta nak beli bedroom set warna putih. HuehueHue. Dan, ya, saya mahu karpet putih itu juga sebagai part of my bedroom deco. Hee.

Next entry akan diusahakan dengan menepek gambar hasil jalan-jalan di Ikea dan KK Home Deco sempena misi jelajah mencari accessories deco untuk bilik yer. Laptop infected by virus, so p hantar service. Hopefully, semua files boleh recover. Sobs.



Tuesday, January 26, 2010

Centerpiece murah lagi jimat

Sedang mencari idea untuk centerpiece. Kot la nanti caterer hanya menyediakan meja dan kerusi without centerpiece. So, harusla DIY sendiri. Dan ini i jumpa semasa blogwalking. Very simple and murah. Guna aje clear glass, lilit2 glass dengan ribbon. Tadaaa. Selain daisy, tak tau bunga apa lagi sesuai untuk letak dalam gelas panjang ni yer? Huhu. Saya tak pasti adakah selamat untuk letakkan candle bersama candle holder atas meja santapan. Risau juga anak-anak kecil terbalikkan candle nie. =| Sape nak jawab kalau alas meja terbakar? Ho-ho.







Tuesday, December 29, 2009

Square white plate

In searching of a white plate to fill in with chocolates as hantaran nanti. Ikea akan ku jejak. Hihi. Saya suka square white plate like this one:Source: google image

Idea untuk hantaran. Begini:

Source: *sorry, tak igt =p*

Simple and Nice. Chocolate pon beli sikit aje, jimat. ha-ha. Cheapskate me. huhu. And then, wrap them with plastic wrap tuh. Ke ape nama die. I pon xtau. Ngee. Budak-budak nakal xboleh curi-curi ambil. Haha. Tengok saja. Hee.

Agak-agak ade ke kat ikea ni.. Harap adala. =) Atau ada tak kedai kitchenware yang murah-murah offer this kind of plate? Tihihi.




Friday, December 25, 2009

Idea deco


Candle as part of the decoration item. Cool jugak kan. Simple tapi menarik. Dan senang nak deco. Itu penting untuk saya yang nak DIY serba serbi. Hehe. Lilin putih dililit dengan ribbon ikut warna tema majlis. Sweet. Gambar di ambil dari facebook Syahrin Aziz. Mohon izin. Hihi.


Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014