Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Sekali lagi, membuat persiapan!


Bila adik lelaki saya beritahu saya yang dia nak kahwin bulan 3, 2013,

EXCITEDnya sayaaaaaa!!!!!
Ya, sungguh excited.

Sampai I tak setuju dia nak kawen bulan 3 and I cakap, 
"Tunang la dulu bulan 3, nanti kawen bulan 3, 2014".

Sebab apa?
Sebab saya perlukan setahun, ye setahun untuk merancang perkahwinan.
Merancang sehingga jadi Yang Perfect. Heh.
Takde maknenya.....
Ho ho ho.

Dan, paling tak tahan, bila I ni merangkap kakak, yang mana, adik mesti ikut, dengar cakap kakak, dah sibuk-sibuk buat list untuk hantaran tunang dia nanti.
HAHAHA.
Maafkan ajela kakakmu yang terlebih excited nieh. Heh!



Yeay!
It's time to start wedding preparation once again!
Hehehehehehehehe


P/s: Moga saya lebih rajin berbloggging selepas ini. Hihi


Tuesday, April 3, 2012

A confession.


Hye, welcome honeymoon trimester!

Entering 13 weeks of pregnancy journey and yet, rumah kami masih tiada sofa.
Rasa-rasanya, apa rasa hati?
Suami kata, nanti dah siap cat dinding rumah, baru nak beli perabot.
Redha la hati. Her her her.
Tengok tv sambil baring atas toto amat menyakitkan tulang belakang dan perut kadang cramp. CUAK!
No, I'm not complaining.
Kerana saya enjoy this journey, saya happy sahaja dan redha sahaja dengan apa yang disediakan oleh suami.

Kerna, saya sudah berjanji bahawa saya akan susah dan senang bersama suami.
 Apa yang suami sediakan, itulah yang terbaik untuk kami pada waktu ini.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan apa yang saya lalui kini.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.






Bid goodbye to first trimester.
Hihihi.







Monday, March 26, 2012

Rutin seharian bila bergelar seorang isteri.

January ada 3 entry.
Febuary ada 2 entry.
March ada 1 entry.

Momentum menulis semakin lama semakin menurun.
Bukan tak minat menulis.
Minat sangatttttt!

Tapi, kesibukkan.
Cheh alasan.

Tapi betul, bila dah jadi seorang isteri yang dah duduk bersama serumah, baru rasa, penat, sibuk, tak punya banyak masa untuk diri sendiri. Banyak masa untuk suami.

Pagi-pagi sebelum azan Subuh, mata dah mula rasa nak bukak.
Tapi, nak jugak dengar azan Subuh baru nak buka mata.

Siapkan sarapan untuk suami.
Siapkan baju untuk suami.
Kalau ada basuh baju malamnya, pagi-pagi nak kena sidai baju dulu.
Tunggu suami bersiap nak ke tempat kerja.
Bukakkan pintu rumah untuk suami.
Salam tangan suami dan tunggu sehingga kereta suami hilang dari pandangan mata.
Barulah kita sibuk angkat handbag dan pastikan rumah dah tutup lampu, dah tutup gas, kunci rumah, buang sampah dan bergerak ke office.

Pulang petang ke rumah, dapat rehat sebentar.
Kalau ada sidai baju, kena angkat baju.
Kemudian bersihkan badan sebelum suami pulang kerja.
Pastikan pintu pagar dah bukak so senang suami nak masukkan keretanya.
Siapkan untuk masak waktu dinner nanti.

Suami pulang, sambut suami.
Teman suami makan petang.
Kalau I rajin berhenti beli goreng pisang ke beli keropok ke.
Kalau tak rajin, sediakan je la air manis sejuk dan makanan sampingan.
Suami kena alas perut dulu sebelum dinner.
Nanti perut die lapar dan mengamuk, susah la I. Hehe.
Masak-masak untuk dinner.
Itupun kalau rajin. Hihihi.
Kalau tak rajin memang beritahu suami suruh tapau sahaja.
Tapi, makanan tapau seringkali tekak saya tak selera nak makan.
Mesti makan sekadar untuk perut diisi sahaja.

Lepas solat, kena siap-sediakan makan malam untuk suami.
Dah makan, kena cuci pinggan pulak.
Lepas tu, tengok tv sambil lipat kain.
Lepas tu sibuk tanya suami, baju mana nak pakai esok, nak pergi iron baju.
Lepas tu, nak kena tanya suami, kot-kot die nak minum milo suam.
Lepas tu, barulah saya boleh berehat dan tidur.

Rutin esok pagi seperti semalam jugak.

Penat jadi isteri.
Tapi, berbaloi.
Hihi.

Jadi, sebelum kahwin, sila prepare mental dan fizikal.
Tanggugjawab tu dah bertambah.

Suami, waktu pagi memang energy dia high. Tetttt. Haha.
Tapi, bila dah petang, energy die dah mula menurun. Hehehe.
Jadi, jangan marah kalau suami merungut penat, penat, penat.
Kita pun sibuk nak bertanding, I pun penat jugakkk. Jangan.
Senyum sahaja. Dan dengar ajela bebelen dia.
Sebab kite ni perempuan, memang Superwoman! Hehe.


Buat pengantin baru, selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri!
Jangan merungut, sebaliknya berterima kasih pada suami.

=)









Monday, October 31, 2011

Meroyan sorang-sorang


Bila ada blog kena terima la, bila mana ada orang suka nak baca cerita kita.
Ada orang tak suka baca blog kita.

Aku terima je seadanya.

I tak pernah menghalang untuk kamu, kamu, dan kamu meneruskan pembacaan andainya kamu, kamu dan kamu rasa annoying giller minah ni, di mana minah ni merujuk kepada aku lah.

Hadirnya blog ni, ya, untuk berkongsi tentang persiapan wedding tempoh hari.
Dah selesai pun, Alhamdulillah.

Tunggu review?
Gambar cantik tak pergi ambil lagi.
Jadi, no review at the moment.

Tapi, nak review tentang wedding pun dah rasa gila basi kot.
AHAHAHA.

Kite tengok la macam mana nanti.
Rajin ke tak nak bercerita.
Dan satu lagi, ada lagi ke yang nak tunggu review?

Buat masa ni, I rasa I nak mencoretkan tentang kehidupan sehari-hari.
Maaf lah, kalau kadang terselit isu jiwang geli-geli gitu. AHAHAHA.
Kasi chance la, husband I jauh kot.
Cuba selami hati dan perasaan, boleh?

Maaf lah, kalau kadang terselit isu kogsi nasihat.
Sekurang-kurangnya, tak adalah entry tanpa info berguna.

Maaf lah, kalau kadang terselit isu yang korang-memang-nyampah-gila-la, sampai rasa nak click 'X' je.
Silakan. I tak terasa hati pun.
Bukan I tau pun. Hehehehe.

Tapi I tau, korang memang suka stalk blog I, kan?
Haha, gila perasan statement.
Ampunn.


Tak tahan.
Haha.


P/s: Komen penambahbaikan dialu-alukan. Nak kutuk ke beri nasihat ke nak beri cadangan ke, sangat dialu-alukan. Guna nickname Miss Anonymous pun boleh. Hihi. Time ni lah nak kutuk kaw-kaw. Haha. Berani ke aku? Eceyh.


Tuesday, September 27, 2011

Bila ada masalah, pada siapa kita nak berkongsi?

Bila dah berkahwin, banyak hati nak kena jaga. Tambah-tambah suami. Kita tak boleh sewenang-wenangnya buka aib suami. Bukan sahaja suami, orang lain pun tak boleh sebenarnya. Berdosa buka aib orang. Ada disebutkan dalam hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).


Bukan sahaja aib orang lain, bahkan aib kita sendiri pun tak boleh. Betul, kan?

Jadi, kalau kita ada masalah dengan orang tu orang ni, pada siapa kita nak berkongsi cerita?
Kita nak berkongsi masalah, tapi mulut tak boleh bercerita disebabkan menjaga aib orang.

Macam mana eyh?
Ada sesiapa boleh bantu beri nasihat?




Saturday, June 4, 2011

Drama sebelum bergelar isteri


Ye, kami dah kenal lama.
Since secondary school.
Since Form 1.

Bila suami meyuarakan hasrat untuk memperisterikan saya, tanpa ragu, saya setuju.
Hihi.

Dan, kami bertunang.
Dan, persiapan giat dilakukan.

Sehinggalah 3 hari sebelum majlis akad nikah.

I text-ed him,

" I rasa I belum ready untuk berkahwin "

And, he replied,

" I pun, hmm "

" What should we do, then? "

Memang gila.
Memang rasa, ok, jom cancel majlis kahwin.
Sampai macam tu.

Maybe sebab I sangat stress.

Mana taknya, kasut majlis resepsi tak nampak lagi.
Ada big event kat Putrajaya. WTH*7(92**FHEIAJ&***O#J
Undi adalah rahsia kan?
Semua vendors dah start mintak duit.
Caterer mintak buat bayar full payment.
I nak keluar beli barang persiapan, parents tak kasi.
Kene grounded kat rumah.
Kecil hati dengan parents.
Menangis bengkak mata. Haha

Jadi, sangat stress.

Bila dia reply,

" Kita belajar sama-sama k. Belajar slow-slow "

At that moment, I cuma fikirkan tentang majlis nikah sahaja.
Harapan satu, agar saya selamat dinikahkan dengan kekasih saya.


Sungguh, dia tercipta untukku.
Terima kasih Ya Allah, atas anugerah paling hebat ini.


Alhamdulillah.






Wednesday, May 18, 2011

Majlis Cik Belle mesti GRAND.


Saya tertarik untuk komen tentang pendapat sesetengah readers yang kononnya wedding bloggers pasti grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya.

Tak saya nafikan, memang ada wedding bloggers yang grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya. Ann, Lynda, WLT, Heed, to name a few.

Saya bukan tergolong dalam wedding bloggers yang weddingnya pasti grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya.
Kerana apa?

Saya bukan dari kalangan ada-ada, meaning, mak ayah saya hanya orang kebanyakkan, tiada berpangkat.
Saya baru bekerja, baru genap 6 bulan. Boleh bayang kan, berapa simpanan saya untuk majlis perkahwinan saya nanti?
Bakal suami pun bukan dari keluarga yang berpangkat. Dan wedding belah dia, dia yang keluarkan duit belanja. Termasuk duit hantaran saya. Semuanya dari titik peluh dia. Itu dah cukup buat saya untuk membuktikan betapa dia ingin benar memperisterikan saya.
Saya tidak punya credit card yang boleh berhutang dulu bayar kemudian.
Saya tak punya loan peribadi untuk support majlis perkahwinan saya.

Jadi, saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

Memang keinginan tu ada.
Nak majlis hebat, grand macam anak raja. Hihi.

Tapi, saya sedar, siapa saya.
Sehingga hari ini, saya ingatkan diri saya, ianya hanyalah sebuah majlis.
Jadi, cukuplah sekadar yang saya mampu.

Berbalik pada topik utama, wedding blog more about sharing ideas, what's hot, and all.
Bukan makna kalau ada wedding blog, weddingnya hebat.

Saya tak tahu yang lain, tapi saya menulis hanya untuk satu niat.
Nak berkongsi.
Berkongsi idea.
Berkongsi tips.
Berkongsi perihal persiapan saya.

Itu sahaja.

Bukan untuk menunjuk betapa hebatnya majlis saya nanti.
Betapa hebatnya hantaran saya nanti.
Betapa cantiknya baju nikah saya nanti.
NO.

To all my readers, kalau itu yang anda bayangkan, anda silap.

Sebab majlis saya biasa aja.
Sederhana.

Bayangkan, majlis saya nanti tak ada banner pun.
Majlis saya nanti tak ada arch pun.
Majlis saya nanti tak ada band pun.
Majlis saya nanti tak jemput Sue Cantek pun.
Majlis saya nanti tak ada photobooth pun.

Banyak yang tak ada.

Boleh bayang kan, majlis saya nanti biasa je kan?
=)

Kesimpulannya, being a wedding bloggers, bukan bermakna weddingnya grand.
Hihihi.

Saya acap kali lihat, idea yang saya utarakan di blog saya dan bloggers lain digunapakai oleh vendor-vendor untuk menghasilkan majlis client-client nampak hebat.
Client-client semua orang berduit.
Memang boleh bayar vendor-vendor untuk menghasilkan idea-idea hebat ini.
Dunia sekarang, ada duit, semua boleh kan?
Takde duit macam I ni, duk diam-diam, meleleh air liur mengidam. Hahaha.
Perumpamaan.

Saya yang tidak berduit ni?
Hanya mampu share idea-idea hebat untuk berkongsi dengan semua.
Itu je yang saya mampu.

Harapnya, yang datang majlis saya nanti, takdelah yang jadi mak cik bedah duk compare tentang pelamin saya, duk compare tentang doorgift saya, dok compare tentang itu dan ini.

Satu yang saya percaya.
Semuanya in good hands.
InshaAllah.
Saya meletak sepenuh kepercayaan kepada vendor-vendor saya untuk menghasilkan sesuatu dengan apa yang telah saya labur.

I know they were good, and InshaAllah, they will deliver up to their best.

Majlis saya grand?
Tak mungkin lah.
=)




Tuesday, May 17, 2011

Hati, sensitif betul.


Nak dekat hari nikah, makin sensitif ye hati?

Bukan sensitif nak marah-marah gitu.
Bukan.
Tapi, sensitif macam mudahnya la tersentuh hati.



Baca kisah orang pregnant, mula lah air mata bergenang.
Seronoknya baca kisah mereka, ye.
Masing-masing dengan cerita masing-masing.
Terharu bila tahu ada nyawa lain dalam perut.

Ye, saya dah bersedia untuk bergelar ibu.
Mohon dimakbulkan, Amin.



Bila view picture tunang saya, mula lah sebak.
After years knowing him, bercinta dan bercanda, chey, hehee
Tinggal lagi beberapa hari aje, kami nak diijabkabulkan.
Walau gaduh baik gaduh baik, tetap dia yang saya mahu.
Saya tahu dia yang terbaik untuk saya, dia pilihan paling tepat untuk jadi teman hidup saya.
Sehingga ke syurga, ye?

Ye, saya cinta dia sepenuh hati saya.
Mohon dipermudahkan semuanya, Amin.



Bila view picture bakal in-laws, tersentuh hati rasa.
Saya bakal ada mertua.
Mampukah saya layan mereka sebaik-baiknya?
Saya kena layan mak mertua lebih dari mak sendiri.
Mampu ke?


Bila teringat kedua parents saya, lagilah laju air mata.
Selama hidup saya, mereka beri segalanya yang saya mahu.
Tak pernah kurang untuk saya.
Seboleh-bolehnya mahu membahagiakan saya.
Dan sehingga saat tanggungjawab mereka nak beralih pada bakal suami pun, seboleh-bolehnya mereka penuhi segala kemahuan saya.
Semuanya kerana saya tahu mereka amat sayangkan saya.
Tak terbalas rasanya budi kedua parents saya.
Tak puas lagi rasanya hidup bersama mereka.

Semoga, walau saya dah punya keluarga sendiri, saya akan tetap tunaikan apa sahaja permintaan mereka. Saya nak bahagiakan ibubapa saya...

Moga, bakal suami saya punya rasa prihatin dan adil.

Tak dapat bayangkan bila mana raya tahun ni, ibu saya berseorangan di dapur.
Selalunya, saya jadi peneman setia.
Mata saya bengkaklah pagi raya nanti.



Itu sahaja kot.
Nak diluahkan.
Sensitif betul hati.



11 hari menjelang majlis ijab dan qabul.





Monday, May 2, 2011

Repek-repek


At this moment
I am super nervous!

Kesihatan tidak memberangsangkan.
Workload makin bertambah.

Tidur dah tak lena.
Tiba-tiba terjaga.

Rehat tak mencukupi mungkin.
Itu sebab badan tak sihat.

Muka pun dah lesu.
Tak ceria seperti sebulan yang lepas.
*hate*

Sepatutnya, orang nak kahwin rasa teruja kan, excited gitu.
But me?

Penatnya rasa!

Badan tak sihat, memang begini agaknya.
Merepek melulu.




Tuesday, April 26, 2011

Dugaan Oh Dugaan


Bila nak dekat majlis, dengan semua orang pun nak gaduh la kan.
Entah, tak tahu kenapa mesti nak gaduh.
Mesti nak ego tinggi.
Mesti nak emo lebih.

Macam-macam dugaan.

***********************

Mula-mula sekali diduga dengan kereta breakdown tepi hi-way.
Tengahati buta, bayangkan betapa panasnya terik matahari, takde pokok untuk berteduh, kereta buat bunyi-bunyi aneh.
Berhenti tepi hi-way, check apa masalah.
(Cheyh, macam bijak aje, heh)
Blur, tunggu orang berhenti aje.

Tak lama kemudian, orang PLUS tu datang, ala, polis bantuan tuh la.

" Encik, ada minyak hitam tak? Kereta saya kekeringan minyak hitam"
Dia tak cakap banyak, terus check tangki, and suruh isi borang, sign borang semua.
I blur-blur, baca sampai habis, then sign.
Lepas tuh, dia tarik kereta letak tepi tol.
I suruh my dad settlekan esoknya. Hihi
Nasib orang PLUS tu baik hati, tolong hantar I kat terminal bus Kamunting, Taiping.
Kalau tak, memang tak attend kursus la I minggu tuu.

Melayang duit I ribu-ribu, kena tukar enjin kot. Adui.
GRRRRRRR!!!!

Kesimpulannya, sebelum berjalan jauh, check dulu air, minyak hitam, tayar.

AAARRRGGGHHH!!!

Potong budget lagi.
Haku nak kahwin kot.
Sobs.

***********************

Then, seminggu lepas tu, kereta tersadai lagi tepi hi-way.
Kereta antik bapak I kan.
Fuel indicator tu rosak.
Dia dah pesan, sebelum pergi mana-mana, isi minyak dulu.
Tapi, I ni degil ya amat!
Natijahnya, bila dah masuk MEX expressway tuh, mana lah nak jumpa petrol pump kan.
Bila dah berkelip-kelip, mula lah gelabah, tapi nak sedapkan hati, "Sempat sampai ni, sempat sampai ni"
Tak sempat sampai, kereta berhenti tepi Hi-Way.
GRRRRRRR!

Call mama for bantuan.
Kena bambu dengan bapak lagi.
AAaRRGGHHH!

Tunggula sejam dengan perasaan takutnya, tunggu mama datang rescue.
Hahaha.

Lepas kejadian, sungguh rasa serik.

Kesimpulannya, kalau rasa nak masuk hi-way tuh, pastikan minyak penuh.
Hahaa.

***********************

I masih ingat lagi, genap 44 hari sebelum tiba majlis, bergaduh teruk dengan tunang.
Teruk. Sangat teruk.
Sampai dah kelaur " Serius, rasa macam tak nak kahwin"
I memang ego, marah kan, " U cakap sendiri dengan mak, I won;t tell my mom. U beritahu sendiri ".
Sampai nak pulangkan cincin dah.
Nangis-nangis, ngadu kat semua.
Kecik, ko mesti ingat kan drama ni?
Hehee

Drama sungguh!
Hahahaha.

Tapi, mana boleh marah lama-lama, esok esok, "I love you, sayang"
Hihihihi

***********************

Lepas tuh, tampal sticker kat doorgift pun jadi issue.

"Mama, tampal macam mana tu? Jangan senget-senget. Tak cantik nanti"
"Tampal macam ni..."

Hahahahha.

Lepas tu, redha bila fikir-fikir balik, siapa aje la yang nak kesah pasal mende nie. Heh.
Bukankah senget itu seni?
DIY katakan..
Barulah seni orang kata!
Hehehehe

Jadi, pada siapa yang dapat doorgift bertampalkan sticker senget, tu mama I yang tampal ya!
Hahahaha.

***********************
Lepas tuh, nak jadikan super drama, bapak I tanya, mana sijil kursus kahwin original?
Orang pejabat agama tak dapat nak proses kalau takde sijil kursus kahwin original.
I dah nak angin dah.
Sebabnya, I dah letak dalam satu sampul surat, siap semuanya!
Cuma tunggu bapak I serahkan semuanya pada orang pejabat agama je.

Bila bapak i cakap, takde dalam sampul tu, dia siap tunjukkan sampul itu kosong!
I memang super nak menangis.
Dalam hati, takkanlah nak kena pergi attend kursus sekali lagi kot!
Tinggal sebulan aje lagi ni.
Borang tak settle lagi!
Arggghhh!

Kul 12 malam tuh jugakla my mom and my dad cari-cari I punya sijil kursus kahwin.
Hahaa.
I duk menangis, menangis, buat muka, bebel sorang-sorang, tahan marah-marah.
Hahaha.

Lepas tu, my dad cakap, dah jumpa.
Owh, gelak terus lepas tuh!
Hehehhehehehehehehhehehe.

Lega ya Amat!
Haha

My dad simpan dalam laci, dia tak teringat sudah. hehe

*******************************

Nak kahwin ni, stress tuh terlebih!
Habis orang sekeliling, I nak cari gaduh!
Haha.

Sebenarnya, bukanlah dugaan pun.
Cuma I je yang kurang kesabarannya, kurang keprihatinan, kurang bermacam-macam.
Hihi.




Friday, April 15, 2011

Raya tahun ni, warna tema apa?


Bila terfikir tentang warna tema baju raya tahun ini untuk 'my family', tiba-tiba rasa over pulak!

'My family' merangkap saya dan hubster.
Hehehehe.

Ow gosh.
Tahun ni beraya sebagai isteri.
Bersama suami.
Di rumah mana?
Ok, kita tak tau lagi.

Mesti tunang I fikir, I ni over tau.
Hahaha




Saturday, April 2, 2011

Cik Belle yang perasan


Now I know, my blog is truly inspired!
Cheyh, ayat perasan tak boleh bla, kan?
Hehehhehehe.
Perasan sungguh I nih!

Remember this post?


Diaplikasikan di sini:



Hehehehehehe
I'm glad that at least, I'm sharing something useful here.
=)

Bukankah blog ini diwujudkan untuk berkongsi idea?
Bukan kerana nama.
Bukan kerana kumpul followers ter-ramai.
Bukan untuk mendapat hit paling tinggi, dan akaun nuffnang penuh.
Bukan untuk bermegah.
Bukan kerana nak berlagak konon cool, 'Ye, I cool sangat, sebab I 'm a wedding blogger'
Bukan!

Tapi, it's all about sharing!
It's all about my journey towards my wedding day.
Coretan. Kenangan. Memori.

Sexy, bukan?
Heh

Dah, sudah dah merapu.


Banyak lagi idea I nak share.
Banyak sangat!

Masa tidak mengizinkan.
Sigh. Nak curi masa di ofis pun takut! Hihi.
Kadang, sanggup tak pergi lunch semata nak update blog.
Terharu tak, terharu tak?

Hihi.




Sunday, March 27, 2011

2 bulan


Huwaaaaargh!

2 bulan lagi.
Takut kot.

Banyak lagi tak settle!!!
Hopefully by this week, settle dah semua, I dah tak perlukan pening-pening kepala perihal itu ini dah.
I cuma nak concentrate dekat DIY aje.

Cheyh, macam banyak je I nak DIY.
Hahaha.

Banyak sangat cerita I nak update kat blog. Kekangan waktu. Sigh.
Agak-agak, kalau dalam satu hari, 2 3 entry I update, korang muak tak?
Haha.



Thursday, March 17, 2011

Baby, I DO!


Owh, lupakan drama tempoh hari.

Cuba layan ini:


Forget about pelamin yang tak settle lagi, forget about hantaran yang tak siap lagi, forget about doorgift yang baru 10% progress, forget about wedding card yang baru nak confirm final draft, forget about bunga pahar songket yang masih dalam mohon quotation, forget about bilik pengantin yang 0% progress, HAHA


Saat ini, tiada lain yang difikirkan, saya cuma mahu disatukan secara halal dengan kekasih pujaan hati-ku.
Itu sahaja!

=)




Saturday, March 12, 2011

Redha dan pasrah.

Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.
Saya dah cuba buat yang terbaik.
Tapi, saya harus tetap dalam hati.
Allah itu Maha Berkuasa.
Saya hanya mampu merancang.
Dia yang menetukan segalanya.

Tak semua bab perihal hari wedding saya, saya uruskan.
Ada saya serahkan pada mama.
Ada saya serahkan pada planner.
Ada saya serahkan pada caterer.
Dan lainnya lagi.

Seandainya, apa yang dirancang, tidak seperti kehendak diri, saya Redha.
Kerana apa yang telah Dia tentukan untuk saya, pasti itu adalah yang terbaik buat saya.

Mungkin pada mata kalian, itu adalah yang paling jelik.
Tapi, pada mata saya, itu adalah yang terbaik buat saya.

Senyum.



Saturday, March 5, 2011

Dugaan hebat


Nenek saya telah kembalikan ke Rahmatullah pada 3 Mac 2011.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Moga arwah tenang di sana.
Amin.

**************

I was in the meeting room.
And suddenly, I received a call.
Shocked.

At 10am, I rush back to kampung with my siblings.
Mom and dad has been in kampung a night before.
Alhamdulillah, my dad sempat jumpa his mom.

Dan tenang sekali arwah nenek pergi.



Al-Fatihah.


Tuesday, March 1, 2011

Kain murah di Jalan TAR


Jalan-jalan ke Jalan TAR, jumpa kain murahhh..

Menjerit kesukaan. Hihihi.
Yang saya ingat:

Nagoya
Chiffon two-tone: RM5/m
Banyak warna pilihan.

Harisson
Brocade Songket: RM24.90/m
Mahal pada saya. Heh.
Tapi warna banyak pilihan, cantik lah.

Lace: RM10/m
Tak banyak warna pilihan.
Ada dua tiga lace yang cantik.
Macam nak beli untuk buat baju pergi kenduri pun ada. Hehehe.
Tapi, perkara yang penting mesti didahulukan duluu.
Haish.

Plaza City One Plaza
Siapa nak cari persalinan songket tabur cari kat sini.
Can get as low as RM100 untuk sepasang baju perempuan.
Kalau nak beli set lelaki dan perempuan, price range dari RM180-RM250.
Nak jimat on majlis bertandang, boleh beli songket bunga penuh, cantik jugak.
Boleh dapat sepasang songket baju perempuan dan lelaki, siap jahit tau, less than RM500.

Seriously, songket india/pakistan murah, tapi exclusivenya tu nampak kalau pandai pilih warna.
Lepas tu, upah orang jahit manik kat bahagian baju and kain.
Memang orang takkan tahu yang baju tu boleh dapat below than RM1k. Hihi.

I pernah tanya kat First Impression, upah jahit manik dari atas sampai bawah, memang penuh, cuma RM380 sahaja.
Murah, i can say. =)

Pari Silks
Plain chiffon cuma RM3.xx
Tapi, keras sedikit.
Kualiti kain di Pari Silks, agak kureng la sikit.
Tapi, kalau untuk deco, kesah apa, kan? Heh.
Plain satin pun murah!
Tapi, kain untuk baju kurung memang murah gila la kat sini!
Kalau yang tak kisah tentang quality, masuk la kedai ni.
=)

Lace pun macam murah juga. Tak ingat berapa.
Brocade songket, RM15/m.
Tak banyak pilihan,
Tapi ok, macam kat Jakarta.


Itu sahaja I ingat.
Ada jugak masuk kedai kain yang attach with First Impression punya butik tuh, tak ingat nama apa. Boleh kata, situ murah jugak untuk kain lace. Boleh dapat harga below than RM200..

ok, I know, entry ni tak berapa nak membantu sangat.
Hihhihi.

I tak beli apa pun.
Jalan tengok kain aje hari tu.
Semuanya tak berkenan.

Cerewetkah saya?
Duuh.



Sunday, February 20, 2011

Perasaan sekarang: Kurang 100 hari


Assalamualaikum.

Masih ada yang membaca nukilan saya?
Saya sangat stress.
With less than 100days, still banyak lagi yang pending.

Sigh.

Internet connection kat office tak berapa nak laju.
So, susah untuk I buat research/ survey tentang wedding.
Sangat stress.

Bila bekerja jauh dari rumah, persiapan susah sangat nak buat.
Menangis. Sobs.
Saya mintak ibu yang uruskan itu dan ini.
Tapi, ibu sanggup tunggu saya pulang untuk buat persiapan sama-sama.
Stress kadang-kadang.

3 bulan sebelum tarikh ijab dan kabul adalah bulan yang sangat stress.



Wednesday, December 29, 2010

Calling all bloggers!


Ahmad Fairus nak kasi FREE Pre/Post Wedding!!!!

Gosh, I want to join, I want to join!
=)




Jom selidik apa perlu buat?
Heh

  1. Open fan page Ahmad Fairus Art & Artistic Photography @ Facebook, and click button "Like"
  2. Letak 2-2 banner, yang kat atas ni, on top of your entry.
  3. Write an entry tentang Ahmad Fairus and upload 5 gambar terbaik dari Ahamad Fairus Art & Artistic Photography, taken either from his blog or fan page! Letak dalam blog.
  4. Tajuk entry: " Photos by Ahamad Fairus: Enjoy Free outdoor with AHMAD FAIRUS...everyone can get the chances!!
  5. Make sure your entry is a sticky post for 3 months!
  6. Include the link in your post : www.ahmadfairus.com and fan page: Ahmad Fairus Art & Artistic Photography
  7. Keep your friends/ family know about this contest ! The more chances to win, perhaps. Hihi.
  8. Ada directory Photographer kat sidebar blog kamu? Add Ahmad Fairus Photography in your list! =)
  9. Finally, email your entry link to: ahmadfairus@myphotographer.com.my bersama dengan gambar dengan Chenta Hati la.. Hihihi. Owh, in your email, do write about your idea/concept of your dream pre/post-wedding photo shoot! Tok sah karang panjang-panjang, kang I kalah! Hahahaha. Saje dengki, tau. Huhu.

Done!


Tarikh tutup: 31 March 2011.

Remember, we have to make it a sticky post for 3 months! =)


* **I have yet to write an entry. Nak cari idea best-best. ho ho ho***



Wednesday, December 15, 2010

Orang Kuantan, tolong saya, boleh?



I've received an email asking me, mana tempat yang cantik untuk Pre-Wedding photo shoot di Kuantan. Susah ni nak jawab.



Yang terlintas di kepala, I would like to suggest:



- Taman Gelora

- Teluk Chempedak

- Cherating

- Tanjung Lumpur

- Pantai Sepat



Dah, tak tahu dah mana tempat yang cantik. Care to share, orang-orang Kuantan?



Thank you.

=)



Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014