Showing posts with label W-progress. Show all posts
Showing posts with label W-progress. Show all posts

Friday, May 27, 2011

My own version: Save-the-date!


Pic credit to: PhotoFr3ak

I'm proud of myself.

HA-HA-HA

Berjaya juga akhirnya buat sendiri Save The Date card. Heh.
Nak letak kat profile pic untuk account facebook.
Lepas tu nak letak as profile pic untuk create event kat facebook.

And now, tepek kat blog pulak!
Huhuhu.

Perasaan?
Serius rasa nervous gella.

Macam, em, ada ke nak datang majlis saya?
Gitu lah.

Lepas tuh rasa terharu pun ada.
Macam, finally, im getting married!
Dengan lelaki pujaan hati saya!

Wuuu-hoooo!

Create your own, mudah aja.

I create my STD di: www.picnik.com


Upload image
Edit sana edit sini
create itu create ini

Tadaaa!

All the best, babe!


Ehem, now, ada yang sudi datang untuk memeriahkan majlis?
Dengan rasa rendah dirinya, saya menjemput.

Email me at: nur.athiah84@gmail.com
Subject: Address

Thanks babe!


Tetiba rasa, macam gila nya!



38 hari sebelum lafaz itu.
1 month 1 week 1 day.
Shoot!


Monday, May 23, 2011

W-project : DIY Kasut Nikah


And, requested by readers, ehem, u know who u are.
Hehehe



Mission accomplished.

Alhamdulillah.




Saturday, May 14, 2011

Bila hari hampir dekat.


Dan sekarang ni, my family members semua sedang busy buat persiapan Hari Besar saya.
Hihi.

My dad pasang karpet.
My mom lipat kotak doorgift.
Adik-adik cat rumah.

I?
Blogging.
Hehehhehehe.

I bantu my mom.
Isi coklat buat tetamu nanti.
And siapkan doorgift rombongan lelaki.

Dan ini, buat saya rasa sangat bersyukur.
Punya family yang bertungkus-lumus untuk majlis nanti.

I don't have anything to complain.
I enjoy every seconds towards my Big Day!
I just can't wait to be his.
Hiks.

Bila my dad pasang karpet warna hijau, i senyum sahaja.
Saya tahu, dia mahukan yang terbaik buat anak perempuannya ini.

Bila mama saya pilihkan warna cat untuk bilik saya, saya terima aja.
Saya tahu, pilihan ibu adalah yang terbaik.

1 minggu 6 hari.
Sebak rasanya.

Saya tak nak sambung lagi.
Saya simpan ini jadi sebahagian rasa untuk saya seorang.

***********************

And, ya.
Bridezilla mode tak turn ON.
Hahaaa.

Except for kasut yang i order dengan G.
Bila call, kata tak siap. I geram sangat.
Sebabnya, first meeting, semua benda PIC tu nak reject.
Nasib, petang tu, pekerja G call and cakap dah boleh collect.
Tengok kasut pun tak teruja.
Sebab, hati i dari mula lagi dah cakap, kasut mesti tak cantik.
And, ya, kata hati saya betul.
Tak cantik.
Hihihi.


Nasib tak ada drama air mata.
Hahaa.

Sebabnya, I dah jumpa kasut idaman I tempoh hari.
Lepas rasa tak sedap hati, terus sesi mencari kasut idaman.
Jumpa, bayar, simpan.
Belek hari-hari. Hahaa.

Takpe tak cantik pun, I akan pakai yang satu lagi design.
Untuk majlis bertandang.
Rugi pulak la kan kalau tak pakai..
Tak sabar nak tunggu majlis bertandang!
=)

Family tunang I dah buat persiapan.
Serius, I tak sentuh apa-apa pun.
Baik dari pemilihan pelamin, butik, bilik pengantin, doorgift, langsung I tak sentuh.

I cuma mahu enjoy the day.
I tahu, mereka dah buat sehabis baik untuk sambut ahli keluarga baru.
I la tuuuu. Hihi.

And, baju bertandang pun I tak fitting lagi.
Apa cerita terkini, I tak tau pun lagi.

I tahu semuanya in good hands.
=)

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Semua yang terjadi, adalah ketentuanNya.
Pasti ada hikmahnya.

Moga kita semua ceria aja dengan hari-hari mendatang hendaknya.
Bila kite marah, syaitan suka dekat-dekat.
Jadi, sabar ye melalui liku-liku kehidupan?




Friday, May 13, 2011

Preview: Hantaran


13 days until our wedding day:

* Delete Gambar sebab tak nak lah letak sini. Baca entry moose, rasa takut pulak *
Heh heh heh

Decor for hantaran is almost done
Cuma tunggu letak bunga aje nanti


Yang tinggal:

Rainbow Cake
Sirih Junjung
Al-Quran



Note to myself:

To finalize tpye of flowers to be used


Selebihnya, i akan sambung selepas hari majlis ye?
Maaf la, gambar kekuningan. Memang saje, suka hati. Hihi.





Sunday, April 24, 2011

Hari Ahad, di mana?


Lunch hour bersama siapa?

Abaikan ku yang memang tak molek sungguh kalau bercakap nak makan nasi la sibuk nak cakap jugak la

Hint: Pre-wedding photo shoot

Nampak tak camera siapa tuuuuu.
Ce-teka, ce-teka.

Heh heh heh

Very short notice
Limited props
Great partner
Great photographers
Great shots!


More to update...........

.......tomorrow, boleh?







Thursday, April 7, 2011

Fitting!


Owh, I tak up entry lagi tentang first fitting di Rumah Kebaya Malaysia.

Alhamdulillah, everything went well.
Cuma, I ni berisi sikit, so have to slim down lagikk!
Hihihi.

Nak cantik dalam gambar kan, kan, kan?
Haruslah! Hihihi

I love the dress!
Thank you to Rumah Kebaya Malaysia.
For making beautiful dress!
Wait until I show u the dress.
Hihihi

The dress is in white and gold colour.
Combination of white lace and yellow-gold songket.

And my visit ke Rumah Kebaya Malaysia, they told me that they just stock in new Wedding Kebaya!
Simply beautiful!
Have a visit, peeps.

Take a look.
Choose your fav.
Ask the price.
Nego the price.

Penting before u go there, make sure u dah tau colour tema u and what colour u want to wear on ur wedding. Sebab kat RKM, banyak sangat baju best.....!!!

So, senang kalau dah datang RKM, u dah tau warna pilihan u, and u just flip baju colour tema u je. Jimat masa. Ample time to discuss. Ehem, cukup masa untuk nego lagik! Hihihi.

If u jadi rambang mata, tak tau mana nak pilih, choose white.
Hihihi.

Putih ialah warna selamat.
Always IN.

Tu aje. Hihi.

Saya doakan yang baik-baik aje untuk kamu ye.
=)


Monday, April 4, 2011

W-progress: Part 8


Tentang hall decorator untuk majlis resepsi:


Deposit 50% to the decorator

Selesai
Alhamdulillah

Pencarian wedding decorator amatlah menyesakkan kepala
Kenapa?
Read:I ni budget ciput, tapi berangan nak pelamin NGI

Wahahaha

Memang tak dapatla kan.

Lepas sesi bermuhasabah diri, I bertapak di bumi yang nyata
It just a one day event!
Lepas majlis, itu lagi penting

Luckily I have a wedding counselor, ehem, u know who u are, tehehee
Dia la yang menyedarkan I
Since then, I terfikir, ok, what for untuk habiskan RM XX,000 hanya untuk dais yang nak duduk cuma 1 jam pun tak sampai I rasa
Masuk ASB ada jugak faedahnya

Atau labur duit dengan Gucci or LV perhaps
Hahaha, tak abes lagi ni muhasabah diri

Ok, lepas pada sesi kauseling, I cut down the budget
Baju nikah tak sempat nak potong sebab dah hantar pada tailor
So, redha je la

With new figure, I cari lagi wedding decorator yang boleh fit my budget
Thats the story why 2 bulan sebelum majlis baru jumpa the decorator

Dia boleh ikut budget i - penting!
Dia boleh beri apa yang i wish for - penting!
Dia sangat komited - penting!
Dia boleh nego - penting!

Dia nama baru
Tapi, i beri 120% kepercayaan untuk meng-dekorasikan pelamin
From his previous job, I know he will deliver the best for my wedding nanti!
InshaAllah.

**************************

Nak cerita pengalaman I masa I mencari wedding decorator, bukan dari top decorator pun:

"Owh, pelamin ni untuk ruang tamu rumah besar je dik"
- nak je suh die datang ukur ruang tamu rumah I, time tu jugak-
- bukan la nak cakap, ruang tamu I besar, sekangkang kera jugak, tapi, cara bercakap tu, please la, santun la sikit -

" Pelamin macam ni, memang harganya starts from RM4500"
- pelamin sahaja, artificial flowers, bukan pelamin dewan pun, pelamin rumah je pun -
- Gilo, NGI pun charge RM5000 untuk pelamin rumah, fresh flowers lagi, NGI lagi -

" Sorry dik, memang pelamin kita starts from RM3000 ke atas"
- pelamin kerawang satu panel, bunga kiri kanan, no bench -
- with that offer, kita boleh dapat yang below RM3ooo, ada nama lagi -

" Untuk wedding kat hall, memang harganya starts from RM10000"
- dengan nama baru nak naik, nak charge macam dah ada nama gah, baik aku hire NGI terus, atau Classadeflora. -

Langsung tak ada inisiatif untuk tackle customer.
Or, at least tanya la budget kita berapa.
Heh


Tapi, I puji beberapa wedding decorator.

Yang I ingat, Dicky D'fabulous. I give him a call. Tak kekwat, even pelamin meletups.
" Dear, I tak pernah buat pelamin untuk hall dengan harga RMxxxx, tapi takpe, kita boleh buat pelamin kat hall macam pelamin kat rumah dengan ur budget "

Decorator macam ni yang perlu kita cari, semangat tu ada.
Cuba jugak untuk fit into my budget ciput ni.

AriWedding Couture
"Salam Ari, budget saya RMxxxx, wedding kat xxx, boleh cater my budget?"
Tak kekwat pun, "Boleh. Nanti kite discuss dekat butik"

Theme of Que Rafael
I so want Que to make my wedding dais
Tapi, with my budget ciput, I takut reputasi dia terganggu
So, I cuma doakan dari jauh, moga Que success dan terus success
He is really a nice guy
Thinking of to order hand bouquet dengan Que
Tapi takut die busy on the day and setakat nak cater my hand bouquet tu, isk, kesian la pulak kat Que
Yet to discuss

Ini antara yang I ingat

Tihihihi

p/s: This is based on my experience. Lain orang, lain experiencenya.
Good luck, ladies!




Friday, March 25, 2011

W-progress: Perihal bilik pengantin


Muahhahaha.

Its payday!
Mestilah berbelanja kan.
Tihihi.

Memang sebelum payday, dah plan, nanti masuk gaji nak beli barang kelengkapan untuk bilik pengantin.
Alah, bukan banyak pun.
Bedsheet, pillow, pillow cover, bantal 4-segi kecik tu, decor-decor yang lain.

Khamis selepas kursus terus pulang ke rumah manis, 4 jam 30 min drive (i know, laju, abaikan, Penang - Seremban )
Esok paginya, which is semalam, sebelum keluar rumah dah niat, nak beli bedsheet kat Sogo.
Hehehe.
Kenapa Sogo?
sebab ada S-card. Haha.
Kot beli ratus hengget, dapat voucher lagi.
Super la kan berbaloi.

Padahal, ke Sogo je yang mampu. Heh

Tapi, sampai-sampai, dah tersenyum. Hahaha.
Ada Bedding Fair, yo!

Ya Allah, muranya rezeki.
Ini dinamakan rezeki bakal pengantin agaknya kan.
Hehe.

Murah.
Comforter set cuma RM160.
Ada yang sesuai untuk bilik perantin.
Siapa yang mencari bedsheet semua warna putih, dengan ada lacey-lacey, RM160 saje.
Time tuh I dah berbelah bahagi, nak yang ini or nak yang ada bunga kecik-kecik.

Memang macam rasa nak rembat 2-2.
Tapi, tau syaitan memang ada.
Hahahahaha.

Look!
up to 80%

Mana syaitan tak hasut.
Wahaha.

Pandangan dari atas:

Datang hari Jumaat lepas orang sibuk nak balik office, tapi I sibuk nak membeli belah, haa, memang syok.
Bebas ke hulu-ke hilir
Suka hati je mintak tolong SA angkut itu angkut ini
Carikan itu carikan ini
Tanya itu tanya ini

Puas hati

Selalunya tak suka datang Sogo sebab sesak dengan orang ramai.
Rimas. Panas. Tak dapat buat pilihan sehabis baik.

Tapi, hari Jumaat memang rezeki betul.
Tak ada orang sangat. Hihihihihi.
Meaning, tak perlu berebut.

Lepas tuh, ada Happy Hour pulak.
Kalau tak sale, bedsheet yang I grab, harganya RM7xx
Lpeas less, harganya RM2xx
Tapi, sebab happy hour, harganya RM1xx

Tihihi, ini je pun yang I mampu.. heh heh heh

Fuh. Berbaloi.

Sudahnya:

Penuh car boot. Takde space sudah.
Nasib baik bawa kereta ayah saya.
Bawa kereta saya, memang malu lah nak kena letak kat seat belakang pulak la kan.
Bertimbun-timbun. Orang tahu la saya baru balik shopping kat Sogo. Hahahaha.


Tips: Untuk beli bedsheet, look for berapa banyak Thread Count. Lagi besar numbernya, lagi bagus, lagi sejuk. Contoh, kalau banding 200 thread count dengan 360 thread count, 360 thread count lagi bagus, lagi sejuk.

Looked for 100% Cotton, jangan la beli 50% Cotton 50% Polyester, nanti panas. Tau harganya lebih murah, tapi, ehem, untuk keselesaan kan. Hihihi.


Alhamdulilah, selesai satu perkara.
Yippie!




Saturday, March 19, 2011

W-progress: Part 8


Pulang ke rumah manis, settlekan few things:


Perihal Borang Nikah

Fitting baju reception

Discussion: Reception main dais

Discussion: Wedding Card

Hantaran: All I can say, beauty is pain! Hihihi.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
More updates soon!

=)


Friday, March 11, 2011

W-progress: Part 7


Update sikit tentang wedding progress:

  • Wedding Invitation Card
Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan kad saya sendiri! haha. Ianya sangat simple, just the way I want it to be. Hihi. First draft, saya terus setuju. Cuma ada minor pembetulan. Instead of 'Majlis Perkahwinan', saya tukar menjadi 'Majlis Jalinan Kasih'. Memang gedik pompuan ni. Hahaha. Dapat aje design, mmg senyum ke telinga bak orang kata, terus happy sepanjang hari. Hihi. Teaser? Tak mahu lah. Tunggu kad siap, ok? Malulah nak teaser, teaser ni, kad biasa je pun... hehe.

Sorry to those yang tanya, mana I tempah kad, i tak berani nak beritahu kat sini. Sebab ni first time I guna khidmat dia, kalau semuanya bagus, definitely, I will let you people tahu tentang dia. Andai servis nya tak bagus, biar saya sahaja yang tahu, siapa empunya badan. =)

Tapi, andai ada jugak yang nak tahu, kindly email me, k? I akan cerita dan kerkongsi.

  • Wedding Cake
Alhamdulillah, manage to pay deposit to block my date. Dan, saya berjaya untuk tempah cake dengan Chef MadAboutCake. Alhamdulillah sangat! Saat pertama kali makan cake hasil air tangan Chef MadAboutCake di wedding Huda Spreadmehappiness, dah tetap dalam hati, nak tempah cake dengan MadAboutCake.

Al-kisahnya, saya nak tempah catering dengan Mutiara Catering sebab Mutiara Catering beri percuma 3-tiers wedding cake dari air tangan Chef MadAboutCake. Haha. Semata-mata kan. Tapi, date saya dah fully-booked. Sedih sangat. Terus contact MadAboutCake, nak put deposit untuk secure my date/slot la kan. Saya email dalam bulan Disember tak silap. Hahaha. Tapi, Chef cakap, awal lagi, nanti bulan 3 baru email semula. Ngeee. Masuk aje March, saya email lagi and Chef kata, ok boleh letak deposit. Lega, di situ! HIHIHI.

So, my wedding cake will be a 3-tiers stacked cake, putih+gold, ada bunga seciput kat atas. Biasa-biasa aje la.. Nothing fancy la. Hihi. A bonus, MadAboutCake akan buat delivery to my reception venue! Tak perlu pening-pening fikir, siapa nak pergi amek, kalau tumbang cake macam mana pulak, haa, macam-macam lah. So senang, bayar aje RM45, dia datang hantar, kalau ada kecacatan, dia akan touch-up. Senang macam tu. Hari kejadian, dah takde masa dah I nak fikir, I cuma nak lepaskan semuanya, I cuma nak enjoy, I nak posing cantik, senyum cantik. Hihi.

  • Henna
Alhamdulillah, dah jumpa yang berkenan. Tak tau la cantik ke tak. Mata saya tengok dalam album folder die, cantik, kemas, halus. So, nak komen banyak pun tak boleh. Sebab saya tak pernah buat henna dengan dia. Thanks BBF yang recommend 'her'. =)


Itu sahaja dulu.
Later, k.

=)

Moga dipermudahkan segala urusanku, Amin...




Thursday, March 3, 2011

W-progress: Part 6

Wedding Card

Dah jumpa vendor yang saya berkenan. Hihihi.
Wording, info, maps semua saya dah siapkan.
Cuma tunggu designer card designkan untuk saya.
In 2 weeks time, he will email me design-design cardnya.
Tunggu pilih sahaja. Hihi.

Dalam masa sebulan, saya estimate, wedding card saya siap.
2 weeks untuk design.
1 week untuk spell check.
1-2weeks untuk printing and posting.

Okeh, berdebar.


Transparent Sticker

Kan doorgift dah beli. So, I ni memang gedik sikit la, nak tampal sticker bagai kat doorgift tu kan.
Nasib murah, yo. Haha. Kurang dari RM0.15, murah la kot.
Harga sebenar, akan diberitahu kelak, sebab still in discussion.
Tunggu latest quotation.

Ini quote saya untuk wedding saya nanti:

"Dari blablablabla,
blablablabla yang saling meyayangi"

Linda & Adam
23 May 2011

*bukan nama sebenar*

Nak reveal ke tak nak eyh quote tuh?
Hati memberontak nak share kat sini.
Tapi, nanti ada orang guna dulu (sebab dia kahwin dulu) - ahaha, habislah I, dah macam I pulak tiru idea die. Hihihi.

Plan nak letak kat kad, tq tag taknak letak - nak letak pantun, chey chey chey, wedding guestbook, wedding banner/wedding signage, apa sahaja yang saya fikirkan perlu.

Tunggu lepas I kawen la eyh.
Lepas I kawen, nak tiru quote I tu pun boleh.
I tak kisah. Hihi.


Wedding Decorator

To set an appointment.
If the wedding decorator can fit into my tight budget, then, will proceed with 1st payment.
Lepas tuh, lega ya amatttt.
Hihihihi.


Makeup untuk majlis bertandang

He said, dah settle.
I tawakal aje la.
Hihihi.

*********

Don't expect much.
Remember, I anak orang biasa aja, bukan anak orang ada-ada.
I tak ada credit card.
I tak buat apa-apa loan.
I kerja makan gaji sahaja.

Majlis kahwin saya biasa aja.
Tak hebat macam jaja, eh?
Ampun, ja! Hehehe.

But, I believe, with talented vendors, InshaAllah, your wedding dreams will come true.
InshaAllah. =)

Manage your account wisely.
Manage your budget wisely.
Do your homework.
Do lots of survey.
Don't shy to drop an inquiry or asking for quotations.
You'll be surprised to know!

Good luck ladies.

2 months 3 weeks.
Kecut perut sudah. Hihi.
Tak sabar nak habis semuanya.
Hiks.




Saturday, February 26, 2011

W-progress: 3 bulan sebelum diijabkabulkan




Nampak tak, nampak tak?

3 months to go!

Wargh Gila Ini!!


Update pantas:

  • Kain untuk family - Untuk my mom, dah settle. Hantar terus kepada tailor untuk dijahit. Tak sempat snap pic, camera dalam kereta. Sigh. Untuk my dad, kain baju melayu untuk majlis resepsi, dah ada. To send to tailor. Kain baju melayu untuk nikah, belom ada. Nerves di situ.
  • Doorgift untuk resepsi - Untuk tetamu, dah settle! Big release... Alhamdulillah, bakal pengantin memang murah rezeki kan. Datang kedai, ada sale. Sepanjang I survey, harga yang I dapat, adalah yang paling murah in town. Alhamdulillah. Untuk meja makan beradap pun, doorgift dah beli sekali on the same day. Alhamdulillah.. My mom akan buat inspection untuk semua doorgift. If pecah or any defect ke, boleh tukar. Kesian my mom, kena buat sorang. Sighh. =,(
  • Shoes - Dah tempah. Seems like I tak akan dapat my dream wedding shoes. Sobs. I tunjuk, I nak kasut macam 'ni', tapi sedih gila bila die cakap, tak sempat nak buat, perlukan 6 bulan untuk kasut macam ni. Ok, terus rasa nak menangis. Discussion with the shoe maker tak berapa nak smooth as what I want, semua PIC tuh nak cantas!!! Mengamuk dalam hati. I nak letak ribbon kat belakang kasut. PIC cakap, kalau letak pun bukannya nampak kak. I KNOW! Tapi ni semua nak photograph kot! Adoi. Dah la suruh I tempah bulky style punya kasut. Dia cakap, ni tengah IN. I don't care HOT ke IN STYLE ke hapa. Yang penting, I tak nampak renek and blablabla la kan, sebab I tau memang I tak sesuai dengan style macam tu. I want something classy and classic. So, I opt for pointed shoes. Lantak la tak IN STYLe ke hapa.. Heh. On another note, I nak cuba try another shoe maker nieh. Hihihi. Mana la tau kan, die boleh buat my dream comes true. Huhu. Praying hard.


Still banyak lagi pending!!!!!

Tekanan.

Semoga dipermudahkan.
Amin.




Tuesday, February 22, 2011

W-progress: Part 5


Apa yang sudah?

  • Kain untuk pengapit di Putrajaya - Beli di Jakel. Pergi Gulati's, even harganya sama sahaja, I dapat kain yang kualiti baik sikit dari Gulati's. 5m satin untuk lelaki, 4m satin untuk perempuan+2m semi french lace.
  • Menu untuk majlis resepsi di Putrajaya - Finalized. Alhamdulillah. Nasi Arab + 3 jenis lauk, Cendol, Bubur kacang/ pulut hitam with mini stall + Coffee/ Tea + 4 Dome Set untuk rombongan lelaki + Centerpice untuk setiap meja tetamu + Lain-lain yang sampingan. Test food sudah, suka rendang daging dia, beras pun guna beras Basmathi. Hopefully, tetamu puas hati dengan sajian makanan. Paling mendebarkan part ini. At first nak amik Felda D'Saji, tapi tempahan sudah penuh. Cuti sekolah, what to expect kan? Sigh.
  • Doorgift untuk nikah - Design in progress. Waiting for confirmation.
  • Majlis bertandang - Sudah discuss untuk design baju bertandang. Pelamin pun tunang dah discuss. Ambil pakej katanya, untuk meja beradap sekali la tuh. I tak sentuh langsung, semuanya dia yang decide and tema semua dia pilih sendiri. Hihi. Kite tengok nanti, lelaki punya taste okay atau tidak? Hihi. Surprise sungguh ni! Hihi.
  • Wedding card - Still in discussion. To finalize on several items. Hopefully, this week boleh proceed with payment.
  • MUA untuk nikah - Sudah bertukar. Heh. Don't ask me why. Hihi..



Monday, January 24, 2011

W-progress: Booking Part 5


Assalamualaikum.
=)

Entry 3 hari sebelum, semuanya entry berjadual.
Sebab itu tak reply lagi semua comment.
Sigh.

Nothing to update.
Cuma nak coretkan kat sini, I dah booked Tarian and pasukan kompang untuk majlis resepsi.


Tarian:

3 Jenis tarian
(1 tarian selamat datang, 1 tarian time bersanding, 1 tarian makan beradap)
7 orang penari
Servis termasuk iring pengantin


Kompang:

10 orang satu kumpulan
Bacaan selawat iring pengantin
3 buah lagu

No transportation charge to Putrajaya.

Total = RMxxx

Lega.

I tak mintak banyak.
Cukup berpakaian seragam.
Cukup dapat iring pengantin.
Cukup ada bacaan selawat.

Itu sahaja.
Bukan professional dari Penari Kelab Kebudayaan Peringkat Kebangsaan pun tak apalah.
Heh heh heh.

We just want to enjoy the day.


Sunday, January 16, 2011

W-progress: Booking Part 4


Phewww, finally, caterer I dah booked!
Alhamdulillah.
Sangat lega.


Imagine, 4 bulan sebelum majlis, baru terkedek-kedek nak booking caterer.
Sudahnya, catering yang my parents nak, dah fully booked.
Redha. Dengarlah mama bersyarah. Hihihi.

Ini majlis pertama dalam keluarga saya.
Tak pernah ada pengalaman guna caterer itu guna caterer ini.
Part caterer paling mendebarkan.
Tak sedebar pergi tempah baju dengan designer.
I repeat, part caterer paling mendebarkan jiwa!
Heh.

Thanks to those yang drop comment kat this entry:


From your review, I did my research lagi.
Call terus, nak uji PR. Wahaha.
Senang nak berurusan, mesra, tanya itu ini, semua ada.
Paling I takut, sebab kerusi adalah banquet chair, risau tak da sarung kerusi yang muat.
Nasib ada, and pernah buat majlis kat dewan resepsi I. Alhamdulillah.
So far so good.
Alhamdulillah.

Siap jemput I datang tengok sendiri majlis resepsi orang.
Sabtu, kita ada majlis kat Puchong.
Ahad, kita ada majlis kat Ampang.
Ok-ok, ada masa saya datang tengok. Hihihi.

Bank-in deposit.
Email the details.

Meet-up Febuary nanti. Time PPM kat SACC nanti.
Enough time untuk I siap sedia semua list yang I perlu dan tak perlu.

Setup yang cantik is a plus.
Yang paling penting, makanan sedap, tak basi, orang tak sakit perut bila balik rumah, tetamu kenyang perut suka hati. Hihi.
Makanan tak cukup tak nak dengar la. Mintak 1200pax, bawak untuk jamu 800pax, memang nak kena bad review sini! Hahaaa.

Alhamdulillah, selesai satu perkara.


Tips: Booked your caterer 6-8 months in advance!





Thursday, January 6, 2011

Pengapit saya!


Alhamdulillah.

Maid of Honour dah nyatakan persetujuan.

Reception 1: Putrajaya - checked!
Reception 2: Kuantan - checked!

To prepare kain for them.

Cuma tinggal nak propose this one lady je untuk teman saya di waktu hari nikah nanti.
But, I need two ladies actually.
Seorang sebelah kanan.
Seorang sebelah kiri.
Tapi sebab nikah hari Jumaat, takkan nak paksa minta cuti kan?
Pening di situ.

Bukan senang eyh nak propose orang. Huhu.

Or, should i just ask my mom to stay beside me je nanti waktu nikah?

Korang macam mana?
Siapa yang duduk sebelah korang nanti?

Pengapit?
Best friend?
Mom?




Sunday, January 2, 2011

Bila pulang ke rumah manis rumah


Cuti 3 hari dimanfaatkan sepenuhnya.

1/4 dari duit gaji habis buat beli barang hantaran. Lega di situ.
Cuma tinggal yang kecik-kecik je.
Owh, lupa, wedding band belum.
Sigh.

Shopping time sales best.
Sebab dapat voucher.
Voucher digunakan untuk treat diri sendiri.
Beli pants, baju baru.. Suka! Hihi.
Voucher juga digunakan untuk beli wedding gift. Heh heh heh.

Tinggalkan tunang dengan promoter she-male di kaunter, sambil berpesan "Ngorat die, make sure dapat banyak free gifts. Ok, bye, I nak pergi kaunter benefits kejap. Tengok-tengok".
Hahaha. Berbaloi. Free gifts dapat. Makeup pon dapat. Haha.

Penat woh jalan-jalan cari barang hantaran.
Dari Jalan Masjid India - Sogo - Wedding Lynda.
Esok sambung pulak ke MidValley.

Tak kesempatan ke Pameran Pengantin.
Sedih sangat. Sebab niat nak booking wedding card.

Tapi, I dengar, January 2011 memang berderet Pameran Pengantin.
Minggu ni, minggu depan, minggu lagi satu.
I harap minggu lagi satu tu berkesempatan lah I.
We'll see how.

Update tentang hantaran. Yang dapat cuma:

Rehal
Perfume for men
Skincare for men

Lain-lain tak berkenan lagi. Tunggu sales CNY pulak la.

Lega, boleh update hantaran list.



Saturday, December 4, 2010

A vintage kurung modern for my nikah, InshaAllah.

Alhamdulillah.

Kain nikah already sent out to the-person-who-responsible untuk jahit my baju.
I hope it will turn out as what i wish. InshaAllah, Amin.
Pray hard.

Please, i beg u, don't ask me who is the person, ok?
If everything ok, InshaAllah, full review nanti after my nikah day.
Kalau tak ok, ehem, perlu ke bad review? Tihihi.

I choose chiffon for my baju nikah.
I told the-person that, i love ruffles, i love bling-bling, i love buttons.
Konon-konon nak buat theme 'Romantic Glam'.

Hahahahahahahhaha.

Tak tahan, nikah pun ada tema giteww~


A vintage kurung modern. Moga dapat direalisasikan oleh tukang jahit-ku. Amin.
Sebab panggil vintage, sebab nak la kan letak 2d flowerie. Tihihihi.
We'll see, if 2011 still a trend with those 2d flowerie ni. tihihi.
Kalau tak, I cabut la. Haha.


I've done my research on how I want my baju nikah.
Hope you've done yours.

=)


*It's time to shopping a perfect nikah shoes pulak!*
Nasrah, aku tau ko dah beli gorgeous kasut nikah, jeles!

Yeay!







Wednesday, December 1, 2010

W-progress: List-to-do


I miss blogging so much.
=(

Alhamdulillah, sini ada wireless connectivity. Suka ya amat! Haha.
Jadi, akan pulang ke Kuala Lumpur dari Penang International Airport hari Khamis, nanti.
Sesiapa akan jejak di Penang Airport hari Khamis nanti?
Temani aku, yok! Bosan kot menunggu flight berjam-jam. Sigh.

So, hari pulang nanti akan ku settlekan beberapa perkara.
Hehehehehehehehe.

1) Caterer - decided, to discuss further and pay deposit. InshaAllah.

2) Designer - Lagi 5 bulan ++, tak hantar kain nikah lagi!! Cuakk! Design baju dah tau nak macam tu macam ni, cuma, designer tak pilih lagi. Sama ada, Mr. R ke, Mr.Z ke, Mr.S ke, Mr.SI ke, Mr. H ker... I suka yang design secara mewah dari segi beadingnya, so, i have to meet and discuss first. Kalau dia kata, "Owh, untuk nikah, kita buat simple-simple je la". Ok, reject kau! Haha. Nak aku bayar RM3k tapi design simple-simple je? Baik cari lain la kot. Sayang nya duit! Huhu

3) Bunga pahar untuk pelamin resepsi - Nak p beli barang mentah aja dulu. Haha. Untuk nikah pon tak siap lagi. Hehe.


Hopefully, misi tercapai untuk kali ini. Amin.
InshaAllah.


To settle by January:
- meet potential decorator, to finalize the decorator
- to buy kain for family members
- to buy a few hantarans during this YES!


Friday, November 12, 2010

DIY Progress: Bunga Pahar


Sekarang sibuk buat bunga pahar.
Risau nanti makin hari makin sibuk.
Sekarang ni pun sibuk.
Banyak benda pending.
Pelamin pun tak finalize lagi.
Kumpul je dulu gambar-gambar, nanti baru bincang dengan my mom.
Dah finalize, baru bincang dengan potential decorator.
Banyak hati kena jaga ni. Hihi.

Owh, kisah bunga pahar.
Masalah ribbon.
Ingatkan dah beli size yang betul.
Tapi salah. Terkecik pulak.
Redha.

Cari ribbon lain.
Dah buat-buat.
Warna ribbon macam tak sesuai pulak.
Seek advice from mommy.
Dia suruh tukar colour ribbon, pakai pink ribbon.
Yeay! I know, mak kita mesti yang terbaik kan?
Dengar cakap mak, tak menyesal punya lah.

My mom cakap, warna putih macam buat bunga pahar nampak pucat.
In my case la. Hihi.
Jangan pulak, ada yang tengah buat-buat bunga pahar warna putih, berhenti sebab Cik Belle cakap, warna putih nampak pucat untuk bunga pahar. Haha. No, No!

Jadi, I akan pergi cari ribbon warna pink pulak.
Warna ribbon finalize.
Size ribbon, dah ukur dengan jari.
Hebat kan saya, ukur size ribbon dengan jari. Haha.


Tips: Sebelum pergi kedai beli ribbon, bawak sample size siap-siap. Takdela tersalah beli size ribbon. Itu gunanya buat sample.


Perkara paling pening sekarang, ribbon yang tak jadi guna tu nak buat apa?
Pening, pening.

Mungkin akan ada sesi giveaway to lucky b2b nanti.
We'll see how, nanti.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014