Thursday, September 16, 2010

E-day: Gadis dulang


Banyak lagi I tak share tentang majlis tunang I hari tu.
Dah basi dah pun. Huhu.
Tapi, tak apalah, harus saya coretkan di sini tentang majlis tunang saya.
Lagipun, tak nak menghampakan blog reader saya seorang ini, mintak saya cover tentang baju bridesmaid. Hihi.

Apa itu gadis dulang? Sesuka hati je I beri nama. Hehe.
Mereka ini-lah gadis dulang saya:

Bersedia untuk membawa turun dulang hantaran

Sesi bergambar


Lagi sesi bergedik

Owh, comelness! Heh heh heh

Bersama dengan bakal-sepupu. Huhu


All pictures credit to: Photofr3ak


Ok, cerita tentang baju mereka.
Kain untuk baju mereka dibeli di Jakarta. Entry penuh di sini: Jakarta Part 3

Okla, I faham you all malas nak baca panjang-panjang kan. huhuhu. I tolong rumuskan yer. Hehe.

Kain dibeli di Mayestik. Siapa ke Jakarta, inilah tempat borong kain selain di Tanah Abang. Harga lebih kurang aje dengan Tanah Abang, cuma di Mayestik, lagi banyak kedai kain yang besar-besar, lebih banyak pilihan la.

Sebab pergi bersama my dad and my brother, sesi pencarian kain tidak berapa seronok. Kat sini, tak ada lain dah, kedai kain aje! Jadi, mereka mudah bosan.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli di Raja Tex.

I end-up beli 2m lace+2m chiffon (sebagai alas) + 1.5m shantung silk.
Ada jugak untuk beberapa cousin i yang perlukan 2.5m lace+2.5m chiffon+1.5m shantung silk.
Kan biasanya untuk bahagian kain, kita perlukan 2m kan, tapi sebab shantung silk ni bidang die besar, 60", so pekerja kedai suggest 1.5m sahaja.

*****
Tips 1: Tanya orang kedai tuh bidang kain berapa. Jangan lupa jugak ambil ukuran setiap seorang saudara/family. Jangan lupa jugak, suruh orang kedai tuh labelkan terus mana 2m lace, mana 2.5m lace. Normally, orang kedai tuh akan potong siap-siap and letak dalam plastik terus cantik-cantik. So, senang nanti nak beri pada saudara-mara.

Tips 2: Lagi menarik kalau warna baju bridesmaid kontra sedikit. Kan?

*****

Ok, pada pendapat I, if u plan to sponsor kain untuk family/saudara-mara, lace+satin pun dah cukup cantik. My cousins cakap, shantung silk a bit panas. Owh, lupa, kalau nak beli shantung silk, make sure it is a shantung silk, ada satu yang lebih kurang shantung silk jugak, nama dia Taffetta. Taffetta murah sikit, dan panas lagi kot. Ntah. Huhu.

Lace+satin lagi murah compare to lace+chiffon+shantung silk. Cantik pun cantik, kan.
So, yeah, i strongly suggest amik kain lace+satin.
Satin kat Jakarta murah juga.
Tak ingat berapa harganya.
=(

InsyaAllah, next trip, I nak ke Jakarta/Bandung, I update ya harganya.
Tak tahulah boleh pergi ke tak. Kena tengok budget juge. Huhu.


Here, I nak share with you some ideas on bridesmaid outfit:

(1) Kaftan - chiffon



Huda, curik photo! Haha. Mintak izin ya! Huhu.

(2) Plain chiffon+satin as alas+songket india mungkin. Tambah beads, cantik nampak!

Credit to: Qippy

(3) Kebaya sulam with matching kain, maybe?.

Credit to: LocoPhotogrpahy

Kesukaan saya, semuanya! Hehe.
Korang.. rajin kan, nanti cari idea lagi yer untuk bridesmaid outfit ni..
Hehehe.





18 comments:

WillBemrs said...

Bella, i suka yg mix match with sari...nmpk different...thanks for info...

ZARA said...

cik belle. im going to Jakarta 1st oct. nak tanya. mana lg murah utk beli kain? meyestik or pasar baru bandung?

Iffah Hamed said...

chantek errrrr cik belle..^_^
i love all..huhu
dear,murah sgt ke kain kt jakarta compared to here?
kalau boleh kongsikan harge2 lg best..hehe

Reen Tart Nenas said...

i suke yg kaftan. but yang urself pun mmg sesuai n cantik bangat utk yang bertudung kan :) adoiii xde duit nak sponsor. plus, xde sape pun yg sudi jadi gadis dulang :(

Hana said...

wah.. nice nye gadis dulang pkai baju same2 color :) that kaftan pon chanteq jugak.. simple n contrast ngan bride

AnEs said...

hee..i tatau lagi theme color ape..tapi macam nak suruh sume pakai chiffon je..fresh look i rase..cik belle, u rasa kalau beli chiffon kat bandung pun murah jugak ke?

Mysarah Rahman said...

i suke tgk bridesmaid pakai baju yg sama2 ni. menyerlah gitu. tapi jgn smpai tenggelam si pengantin sudah! :D

Cik Belle said...

WillBe.Mrs: yerps! i pun suke. cantik kan..

ZARA: dear, i tak pernah sampai bandung.. maybe u boleh refer entry nawal pergi bandung.. if u nak p bandung semata nak beli kain dari jakarta, travel cost tuh agak tinggi.. its better u spend kat mayestik aje.. tak silap i harga sama jugak kot. sometimes, SA dari bandung cakap orang jakarta amik barang dari bandung.. kalau ikut SA dari jakarta, die cakap orang bandung amik kain dari jakarta. ahaha..

Iffah Hamed: murah! if u plan to buy lace la.. time i pergi dulu, rm9 semeter.. u bayangkan.. mana ada kat sini boleh dapat with that price... purata seorang, i beli kain kat sana dalam rm32. kalau kat sini, susah kan nak dapat.. pesan kat kawan-kawan u yang nak pergi jakarta/bandung.. berbaloi. hihi

Reen Tart Nenas: i nak jadi ur gadis dulang! hehee..

Hana: hana, cantik kan.. kalau contrast with the bride.. menarik sungguh!

AnEs: yerps, chiffon cantik! =)) haah, murah je i rasa. kat jakarta, chiffon RM3 semeter.. murah ok. i rasa bandung pun sama jugak harganya, around that.. =)) jangan lupa, cari alas sekali kat sana. pun murah jugak. hehe

mysarah: yer sarah! jangan sampai tenggelam sudah! wahaha. itu penting beli yang sedang-sedang aje. ehehe

~ mizzAmy ~ said...

memang chantek if ada bridesmaid pakai sedondon. thinking of too but nak kena tgk budget juga macam mana nanti. hehehe..

Byzura Mj (By) said...

wah cantik! i masa tunang takde kot macam ni. cuma i paksa semua orang pakai baju kaler sama! haha aci tak? nanti kahwin la baru i pk nak beli ke tak. tengok page huda macam best je kan? teringin juga ;)

Nur Rawaidah Rahmat said...

semuanya cantik. kalo kontra memg lg cantik =) thanks share tentang kain =)

didieadila said...

dear klu nk p sane gtau..mane tau leh tmpg pesan belikan lace sket..hehehehehe...

btw mmg dr ms cik belle post gmbr gadis dulang hr tu dh teruja tgk..seragam n cantikkkkk~ ;)

Nurulhuda|Adlie said...

ini keje ko ye!! haha, wei i love urs, since sangat ramai gadis2nya and color sangat vibrant, and aritu mana tah blog zara kot aku nampak gambar bridesmaid pakai kurung cotton, simple but surprisingly nice, apa pun do overthink la when it comes to bridesmaid, in anyway mmg bridesmaid akan jadi penyeri sebab dah pakai baju sama, cantik sure jadi insya Allah, but ofcos hafta remember not to overshadow juga ;)

gamba aku sume tak official so gelap! sob sob

Nurulhuda|Adlie said...

dont overthink bukan do overthink, haha!

masmOna said...

kak tia, seronoknya kain2 kat sana murah2..tapi mas macam harapan je nak pergi now? kena save duit huhu T_T

teringin jugak nak bridesmaid pakai baju kaler sama. sure nmpk cantek semuanya!

Cik Belle said...

~ mizzAmy ~: Amy, kalau rajin survey keluar masuk kedai kain tuh, mesti boleh jumpa kain yang fit ur budget.. i pernah nampak kain songket tabur dalam RM25 je sehelai.. maybe die nak habiskan stok.. if u nak beli kain songket tabur ni, choose black, bunga warna emas.. nampak elegant and mahal! psst, org takkan tanya harga berapa. percayalah! hihi

nanti i rajen i buat entry on how to minimise budget untuk baju bridesmaid. hehehe

Bai: haah, huda punya bridesmaid cantik-cantik! malang sungguh my bridesmaid tak nak kaftan. huhu

Nora a.k.a Aira: Nora, dah jadi orang N9, boleh jalan-jalan ngan i later. ehehe

didieadila: InshaAllah.. ehehe.. tak booked tix lagi, nanti dah booked, will let u know ya. hehehe

Nurulhuda|Adlie: bile ko nak amek official photos ni! cepat! hehehe..

kain cotton, aku suke! nak-nak polkadot. wahaha.

masmOna: mas, meh ajak kak tia shopping! haha..

Elya Roza said...

bell..elya pun tgh pening tgh pikirkan style tuk bridesmaid elya ni..
Thanks for the idea ya!!~

Cik Belle said...

ElyaElmo: wah, bestnyer ada bridesmaid!! hihi elya, happy shopping ya! =))

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014