Mayestik:
Dari Mellenium Hotel ke Mayestik, naik bluebird taxi je. Tambang pergi IDR32000 (dalam RM12). Tambang balik pulak IDR33000.
Sesiapa yang pergi Jakarta, niat nak beli kain kan, sila sila sila ke Mayestik. Banyak pilihan. Semua kedai jual textile. Naik rambang mata I. Sampai je, kaki jejak je Mayestik, waaaa... I bahagia betul. Haha. Tak banyak I keluar masuk kedai.
Dalam banyak-banyak, i suke Mumbay Textile. Zain beli kain kat Mumbay Textile tak silap. Rata-rata harga kat sana lebih kurang je cuma ada kedai yang kedekut tak nak kurangkan harga. PEdulik hape, I blah dan catat nama kedai. So, korang, jangan pergi De' Majestic atau La Mode. Memang geleng-geleng tak nak kurang kan harga. Jadi, I blah masuk kedai lain.
Bila berjalan tengok kain dengan ayah dan adik lelaki, huish, tak sampai 30min kat sini dah tunjuk muka bosan. Adoii. Tak syok betul. Tak dapat I nak survey kedai belah-belah belakang. Banyak okay kedai kain kat sini. Memang suke sangattt!!
Last-last I settle kain kat RajaTex. Kedai tak besar sangat, tapi ok, ada banyak warna nak pilih. Pelbagai jenis kain. So okay la kan. Kang banyak-banyak, I pening plak. Haha.
Ok, lace yang kualiti bagus sikit dari lace tanah abang, die pamer harga IDR35000 semeter. I buat muka sedih, mintak kurang, cakap nak beli banyak-banyak nieh. Last-last, die kasi IDR24000 semeter (dalam RM9 semeter). Hurrey!
At first, I nak carik kain songket india tuh. Tapi, tak banyak choice pulak. Yang I shuke, dah tak cukup plak. So, beralih kepada shantung silk. Lepas tawar-menawar, die kasi IDR13500 semeter (dalam RM5 semeter). Die bilang ini harga paling murah dah. Takkan dapat kat kedai lain sekitarnye. I tak tahulah die bohong I ke hape. Hahaha.
Lepas tuh, chiffon polos, I dapat IDR8000 semeter (dalam RM3 semeter). Total-total semua, untuk bridesmaid I, I dapat below my budget. Sepasang baju bridesmaid bersamaan dengan RM32. Purata la. So, hooyehh!
Next time I datang Jakarta, I nak spend lame-lame kat sini. I suke sangat.. Better datang dengan mak or girlfriends. Tinggalkan adik lelaki anda atau ayah anda di hotel.. haha. Lelaki akan bosan ke sini sebab takde ape, cume kain saje. Haha.
Ada jugak kedai macam Bunga Riben tuh. Tapi, I tak masuk. Tengok dari luar je. Heh.
Tips: Korang kalau nak tawar, terus tawar dengan owner kedai die. Senang nak pujuk. Huhu.
Lupe plak, yang songket india tuh (Chup, I pon tak tau betul ke tak nama die songket india ke hape, i taram je ni), harga die IDR17000. Tawar-menawar, die kasi IDR15000 tak silap. Ke IDR12000 semeter. Antara dua tuh la harga nya.
Kat mayestik, I cube cari chiffon beaded, tapi tak de la. Tak glamor kot kain ni kat sana. Chiffon polos ade.
Mangga Dua:
Besar giller mangga dua nieh. Jenuh I pusing. Tak banyak jumpa untuk barang kawen-kawen nieh. Keciwa. Yang ada kat sini banyak handbag tiruan tuhla. Berlambak-lambak. Kalau die da letak harga IDR50000, meaning itu udah harga pas (ideal). Dah tak boleh kurang. Huhu
Kasut pon banyak. Comel-comel. Time nak tutup, diorang kasi lelong 3 pasang die kasi IDR100k. Rambang mata I. haha.
Kat sini I cuma beli t-shirt Jakarta tuh jela. IDR50k untuk 3 pasang. Lepas tuh, kat sini souvenirs yang macam dompet batik tuh, lagi murah la compare to Tanah Abang.
I cube cari Kikie Bridal tuh, tapi tak jumpa la. Haish. So,sesapa nak pergi, make sure cari info dulu yer. Kedai Kartu undangan pon I tak jumpa. Sedih giller. Mungkin tak cukup masa kat sini, sebab I datang da lewat jugak. Jadi, lalu depan kedai tengok-tengok macam tuh je. Heh.
Sepanjang I kat Jakarta, I tak sempat nak pergi Pasar Tebet. Kat sini dikhabarkan banyak kartu undangan. So, sesapa nak pergi Jakarta, sila review pasal Pasar Tebet ok.
Owh, lupe, from MH to Mangga Dua, naik bluebird jugak, cost nyer IDR32000. Balik kene IDR38000. Trafik sesak. Huhu.
Tips: Kalau tak nak bayar mahal, sila keluar dari Mall cepat-cepat, sebelom pukul 430ptg. Hee.
I ingat sempatla nak jejak bandung sekali. Sebab jarak perjalanan cuma 2 jam je. Hotel can arrange transportation to bandung. Cube-cube la u tanye orang hotel. Atau call Pak Agus: 0813.170000.105
24 comments:
wah,cik belle...sonok betul la....bile la sy dpt berjln2 mcm ni...
Zahra Ashiqin: Boleh punya. Passport pon da murah sekarang. Hehe.
belle...same gi mangga dua tak jumpe ape..kecewa... nx time gi jakarta nak gi senayan..ngn grand jakarta...dah taknak gi kedai sempit2..haha
faradiba: kan.. kite pon xjumpe ape. sedih betul. senayan city macam klcc. barang die kemahalan. ahaha. tapi food court die cantek dan sedap.. hehe. bersih juga. besar la senayan city nieh. kite beli cd macam fara jugak. hee. murah betul eyh. hee
belle..nape u bleh tak jumpe kedai kikie?kalau tau i bagi add kikie :-(
pegi dengan gilfriends sangat best tau.boleh pegi mane saje. jom kite wat trip jom. ajak b2b lain juge :p.
i tak penah pegi mayestik. slalu gi tanah abg n mangga 2 jek kt jakarta tuh. sure best kan nak carik kain utk kawen kat sana. tp tuhla.. nak kena carik time pulak nak pegi jakarta nih.
elyina: besar sangat mangga dua tuh. pening, banyak sangat lorong. ahaha. u ade add die eyh? waa, kenapalah i tak tanye u awal2... sob3.
eyh, idea menarik. hihi. jom jom. sape nak organize trip? ehee
sk: takpe, next time pergi mayestik ok. i lupe nak snap pic. hehe. eyh, memang best ok shopping kain kat sini. hehe. jomla sk, sekali trip bersama-sama. hehe. airasia and hotel murah2 je. hee
i suke review yang you buat.sangat detail! tetibe rasa nak pergi jakarta..huhu
Moose: Hehe. kalau ade budget lebih, kene pergi. ahaha.
sungguh inspiring ur review on jakarta ni! x
fatin: hehe. thanks! =)
cik belle, aritu gi jakarta buat atm plus x? so, senang la nk kuar duet kat atm sana... xyah nk tukar RM dh kat sane..
best nye klu nk organise gi jakarta ramai2 b2b...nk ikut...nak ikut...;p
haaa..ape lg cik belle. sila organize trip ye :p. yang penting nak join..hihihi
anak_sateria: atm plus? ala.. tak pernah dengar pon. huhu.. bank ape boleh buat? maybank bole? hihi
elyina: huhu. kalau la i punye syarikat travel agent, memang da buat da trip. haha.
Cik Belle, happy ya dpt shopping sakan kat sana. dear, next time nak gi lagi, inform la awal2. mana tau I balik umah ke, leh kita shopping sama2 :)
sha, sure!! hehe. nak pergi lagi ni.. bestnyer kalau sha balik rumah. boleh la kan nak tumpang tido rumah sha je. huhu.
maybank bleh buat... hampir sume bank bleh buat klu x silap...die kire cam meps la... tp potong byk sket la dr meps...meps kan tolak rm1 kan...yang ni lam rm5 klu x silap skali amik...tp serius mcm kaya gile klu smpi sane tgk lam akaun ada juta2 wlupun dalam rupiah sebenarnye hehehe nnti lenkali try la tgk2 bila withdraw duet tu...kat menu others klu x silap, pilih xtivation atm plus...ada 2 choice, for lifetime or for certain period je.... try la k...
cik belle>ai baru perasan entree ni. apsal ai tak perasan awal2. arghhh.tensen tengok harga chiffon tu. haha. orang kata kat bandung chiffon tak berapa, ai ni tak survey langsung. cit. menyesal2. dah dah jangan pk dah.
Salam,
Informative betul lah ure post ni. Thank you so much! Excited pulak nak pergi to Jakarta for wedding preparations. =)
cik belle.
nak tanya. i minat sangat dengan baju bridesmaid you. boleh tak cerita in details your baju.
chiffon polos berapa meter and lace berapa meter? i nak beli mcm you. boleh kan?
i dah book tiket sume for march 2011 ni with nothing in mind. ur post on this really informative!!!
nasriah ngasiman: hye nasriah. insyaAllah, i will make an entry about baju my bridesmaid ni k.. boleh kalau nak beli macam i punya jugak. hehe
owh..u must dear.. :) hehehe... update tau!!
haishh..jeles mase wedding i tak sempat nak berjalan2 ke tempat lain especially jakarta utk memilih kain untuk baju :( masih dalam mood exam sehingga seminggu sebelom wedding..sedeh jer..huhu..tapi alhamdulillah, kawen jugak kan! :)
nanti i nak jalan2 cari kain kat sana i mintak nasihat u okeh! :)
Post a Comment