Walau majlis dirancang sepenuhnya oleh kita, tak mungkin kita mampu buat semuanya secara sendirian. Jadi, saya fikir, ada baiknya buat senarai petugas untuk hari nikah dan resepsi nanti secara berasingan. Semoga semuanya berjalan lancar bila ada senarai tugas ini. Ini hanya sebagai draft, tugas penuh akan dirancang bila nak dekat majlis nanti. Senang buat dalam Microsoft Excel/ Word. Kemudian la kita cerita, yer. Hihi
Petugas-petugas yang saya perlu/terfikir buat masa ini:
- Penyambut rombongan pengantin lelaki - Parents, Ibu/bapa saudara
- Pengiring pengantin perempuan - Mungkin saya mahukan ibu/bapa untuk iring saya ke nikah area. Atau, pengapit sahaja. To think later.
- Gadis dulang + my bridesmaid - Sepupu-sepupu tersayang. Sekali lagi perlukan khidmat mereka. Hihi.
- Penjaga duit mas kahwin/ duit hantaran - Mas kahwin walau bukan nilai yang besar, harus juga diberi tanggungjawab kepada yang boleh dipercayai. Wang hantaran, kalau boleh mahu dalam bentuk dummy cek. Kena discussed dengan tok kadi later. Mahu serahkan tugas ini kepada mak saudara yang bertuah. Hehehe
- Penjaga cincin - Saya mahu serahkan tugas ini kepada ibu. Kemudian, tanggungjawab ini akan diserahkan kepada pembawa dulang untuk cincin, sepupu saya yang bertuah. Hihi
- Persiapan majlis nikah - Semua berkaitan dengan persiapan hari nikah akan diserahkan kepada adik lelaki saya. Ini termasuk tugas menyediakan Mic/Audio System/Bantal Nikah/Iring pengantin lelaki untuk menunaikan solat sunat/ Sejadah untuk pengantin lelaki.
- Petugas bahagian khemah pengantin - Perlu memastikan segala alatan sajian cukup, monitor makanan
- Petugas meja pulut kuning + dessert buffet - Perlu memastikan segala alatan cukup seperti alas bekas untuk pulut kuning, pisau pemotong, pinggan kecil, tissue, alatan sajian lain yang difikirkan perlu, decor untuk meja. Cousin bertuah juga untuk tugas ini. Hihi.
- Petugas untuk edarkan hadiah pintu - Still under discussion either nak letak kat meja buffet sahaja atau perlukan petugas untuk distribute hadiah pintu.
- Tugas-tugas khas - Runner untuk pick up apa-apa yang last minute or any kerja yang tiba-tiba muncul. Adik saya mungkin dan kawan-kawan nya. Hehehe. Senang nak arah pergi sana pergi sini.
Setakat ini, petugas-petugas ini aja yang terlintas di fikiran. Later, ada apa-apa lagi nak add, saya akan tambah kemudian. Hari nikah, saya cuma mahu relax sahaja, tenang untuk dicantikkan, bergembira sahaja di hari majlis. Hihi.
Agak-agak ada lagi yang perlu saya tambah tak?
Thank you.
=)
14 comments:
nak copy senarai tugas ni boleh? hehehe..nak bahagi tugas jugak lah..teratur sikit nanti kan?
alamak..kena buat ke..
jeng jeng..kena buat gak ni..
hana yoriee: hana sayang, boleh. hihi. nanti tambah-tambah mana-mana yang tak cukup eyh. share dengan i later k. huhu.
erm, ada senarai tugas ni teratur sikit i rasa. plus, kita memang dah tak nak pening kepala fikir itu ini. nak relax ja maintan cantik. hehe
si kecil: hehee.. dear, u buat nanti share dgn i eyh. risau la tak cukup yang penting-penting, hehe
owhhh... dah siap sedia ni.
hehee...
nikah nnt confirm buat di mana?
Wah Cik Belle. Gila detail! Bagus-bagus.. Nanti tak ada la kelam kabut masa big day nanti. :)
Cik Belle...paling penting, signboard penunjuk arah tmpt majlis...takot ada yg x sampai...org yg ditugaskan membuat dan memacak signage... :)
penjaga parking !!...sgt penting lebih2 lagi kalo tempat parking tu sempit....penjaga parking amat bguna bila rombongan pengantin tiba...sbb biasanya, kawasan parking dah penuh dgn tetamu..so, bila rombongan sampai, xde tempat nak parking!..
ni pengalamn sendri..huuuu
memang kena agih-agihkan tugas cam cik belle buat tuh. baru lah tak pening kepala nanti.
The Pink Dress Diary
bagus dear..ada spesifikasi tugas....ehh mana nak cari dummy check?
hi ladies, if u are interested to look for makeup artist, u may visit my blog for some of my past makeup job. thanks :)
Latifah: kak tip. hehe.. inshaAllah, di Seremban.. mai ya kalau free nanti. hehe
Suzie Sueweeets: huhu. ini pun risau ada yang tertinggal. hehe
WillBe.Mrs: Ya! betul tuh.. thanks dear! hehee
harzharun: betul tu harz. ni penting jugak. hehee. thanks!
~ mizzAmy ~ : hhihi. betul tu, Amy. hehe
farahfatihah: nanti kite email ok! =))
Bridal Makeup by Eija: thanks Eija! =)
yes.. signage mmg penting.. u print dan laminate skali..
satu lagi..kalau u ada dewan reception (the one that's 8pm onwards)..make sure before ure event starts, ada org to quickly simpan all your hadiah2 dalam kereta..jgn biarkan hadiah2 kat luar org tak jaga.. cos mmg byk kes hilang kristal, etc..
assalamualaikum cik belle.
good job dear. planning ahead tu namanya. cemburu kamu ada ramai cousin perempuan. mine semua lelaki~ sob.
cik belle, sy nk copy jugak boleh~~ im a new bride-to-be.. rasenye wedding kite dekat2 kot.. about 8 months from now~ hehe
Post a Comment