Friday, January 21, 2011

Perasaan sekarang?


Makin dekat hari, makin rasa banyak lagi yang belum disiapkan menjelang hari besar.
Kadang, hati rasa sangat berdebar. Sampai nak tutup mata pun terganggu.
Asyik sangat fikirkan tentang hari besar.
Setiap kali teringat, mulalah hati rasa berdebar.
Duit toksah katala, memang mengalir laju lah.

Itu tentang persiapan menjelang hari besar.

Orang kata, bila bertunang tu, kita melalui satu frasa "darah manis".
Alhamdulillah, frasa "darah manis" saya dilimpahkan dengan rezeki, MashaAllah.
Alhamdulillah.
Semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah.

Perhubungan kami jarak jauh, tidak pernah rasa ianya satu bebanan.
Saya terima dengan redha. Semuanya harus berfikiran positif, kan?
Frasa "darah manis" ni lah saya cuba belajar cara untuk bertolak-ansur dengan dia, berbincang itu ini, proses negotiation, sesi memujuk, begitulah. Nak duduk satu rumah kan, nak jadi pendamping setia dia untuk selamanya, kan. Banyak lagi yang perlu saya tahu tentang dia.
Frasa "darah manis" ni, gaduh besar-besar tu takdelah, gaduh kecik-kecik tu biasalah, tapi cepat-cepatla sejuk balik. Tak macam dalam frasa "bercinta" dulu, kalau gaduh, mesti berpanjangan. Haha. Tak reply SMS, 3 hari straight. Konon merajuk la. Haha.
Tapi, frasa "darah manis" ni, banyak saya belajar bersabar dan fikir tentang hati orang lain jugak. Tak fikir tentang diri sendiri aje. Huhu.

Mama saya pesan, "Bila dia marah, kita kena senyap. Barulah aman".
"Dalam hidup nak berumahtangga ni, kena banyak bersabar".
" Yang dia tak suka tu, jangan la dibuat ".
" Kalau dah buat salah tu, cepat-cepat la mintak maaf ".
Semat dalam hati kuat-kuat.

Itu tentang saya dan dia.

Dalam persiapan hari besar, semuanya mohon restu dari ibubapa dulu.
" Mama, nak amek dia ni lah untuk videographer, boleh? "
" Mama, kita kasi ni lah untuk tetamu, ok tak? "
Bila dipersetujui, cepat-cepat put deposit to block date. Haha.

Ada jugak bila mana apa kita nak, tak dipersetujui.
" Card sampai RMxxx sekeping, toksah lah. Nanti kita tengok card lain".
Dalam hati, "Mama, Im willing to pay"
Itu dalam hati. Nanti mintak jugak ehsan dengan mama. Hihi.
Tak ada lagi sesi berair-mata, bridezilla mode turn ON.
Semuanya saya semat dalam hati, majlis ini untuk saya kongsi dengan semua, saya mahu semua bergembira. Bukan saya seorang saja yang bergembira di hari besar.
Yang paling penting, parents saya gembira dan tak rasa ianya satu beban untuk majlis perkahwinan anak perempuannya yang satu ini.
Yelah, modal bukan setakat seribu dua, tapi faham-faham lah kan.

Itu tentang saya dan parents.

Dalam dok blogwalking sana sini, tengok gambar majlis orang sana sini, terusik jugak hati, "Grandnya majlis, nak macam ni lah!"
"Cantiknya baju dia, buat dengan XX, nanti nak tempah dengan XX jugaklah"
"Wah, XX makeupkan dia, I nak!"
Memang, mudah betul nafsu mengatasi segalanya. Haha.

Itu tentang konflik dalaman jiwa diri sendiri.

Tapi, back to reality, dia anak Tan Sri, saya? Anak orang biasa sahaja.
Tapi, saya bahagia dengan apa bapak saya ada. Hihi.
Semuanya, saya kembali pada reality.
Saya bahagia dengan apa yang saya mampu.
Saya bahagia kerana saya tak perlu meminjam duit dari bank, berhutang sana sini.
Itu yang saya mahu elakkan.
Duit bulanan yang saya dapat, cukup untuk saya bayar apa yang saya termampu.
Alhamdulillah.
Saya kini, ukur baju di badan sendiri.

"Yang baik pada dia, tak semestinya baik juga buat saya,
Yang buruk pada dia, mungkin itulah yang terbaik pada saya"

Begitulah kehidupan.

After all, majlis perkahwinan cuma sehari, kehidupan saya dan dia yang baru nak bermula masih panjang. Untuk mendapatkan rumah idaman kami, untuk berikan pelajaran terhebat pada anak-anak, untuk berikan yang terbaik pada ibubapa kami, untuk kehidupan selesa di masa akan datang. Itu yang penting.

Setiap hari kami mahu bahagia dan bergembira. =)

Perkahwinan adalah tentang menyimpul dua hati menjadi satu ikatan yang sah.










17 comments:

.: an :. said...

'majlis perkahwinan cuma sehari, kehidupan saya dan dia yang baru nak bermula masih panjang.'...
an like this! ♥♥♥

hana yoriee said...

huhu..semuanya telah dilalui..

part pesan mama: kalau dia marah, kita senyap..huhu..ayat tu hana dpt dr mak mertua hana..sbb hana ni kuat melawan.skrg dh slow down n diam bila dia marah..hehe..

brid3ofkayangan said...

ouchhh...insap kejap baca catatan cik belle kali nih....perlu byk wasatiah dlm hal2 w-day preparation nih....

amy said...

all true. :)

Elya Roza said...

frasa darah manis ni...sgt mencabar keegoan aku!!hohohooh~

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

btol-btol..time darah manis tu mcm2 yg blaku.. =)
buat ape yg tmampu..Rasulullah ckp, besederhana dlm hidup..ade sikit, buat sikit, ade byk buat lebih.. =)

lovelyadibah said...

Bab konflik dgn jiwa 2 sangat membelenggu okeh..! Urgh!seb bek la ada encek yg menenangkan jiwa nie..huhu..

Sama2 la kita beramal hee:)

xoxoxoxo

:)

J said...

owh, so sweet baca luahan hati ni..semua betul..couldn't agree more lah! great, boleh amik contoh dan nasihat dari sini utk apply kt kehidupan ni..mendoakan k belle dipermudahkan segalanya..and aman bahagia in marriage life in today's world and hereafter..:)

LisaLisut said...

trueeeeee cik belle.konflik dalam jiwa lagi sakit i rasa.haha.hebat jugak cik belle bercinta dlu ye sampai 3hari tak reply sms.hehe.i sejam je dah tak sng duduk.haha ;p

Anonymous said...

puitis nyeeee

SyimaSyaz

Mrs Kecik said...

jiwang! hahahhaha..saje je nk nyakat ko. aku draf mende camni dah lama. cuma tak penah post. hehe..

Ijah EmoTemo said...

suka baca ur word , sis! all the best dan semoga semua nya berjalan lancar dan semoga semua nya kekal hingga akhir hayat. insyaAllah :)

AnEs said...

so true cik belle..because when reality hits,that's the one you have to face!hihihi

Byzura Mj (By) said...

its true beb!

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum cik belle,

terima kasih kerana tolong ingatkan saya, ukur baju di badan sendiri. hugs you, dear. hihi..

Pn. Marliana said...

I know what u meant ... dalam nak bina masjid... benda baik.. byk dugaan ... sapa tak nak majlis perfect rite? tapi seharusnya back to reality and tau kemampuan diri ... Selamat membuat persiapan perkahwinan .. Sesama la kite blaja mendewasakan diri ....

aLiN_aZa said...

hye..=]..

i like dis post..=]..sgt2 betul apa yg atia ckp..=]..

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014