Saturday, December 25, 2010

Tema majlis resepsi


Ada yang bertanya, majlis resepsi nanti tema apa?

Rahsia.
Hahahaha.

Agak-agak, kalau letak formspring.me, apa lagi la soalan-soalan yang muncul eyh?
Korang ada soalan nak tanya, tak?
Hehehe.
Ok, mengarut tak habis.

Berbalik pada persoalan tadi, tema resepsi nanti, traditional mix modern.
Waahahaha.
Suka tau! Ada nama-nama tema ni. Haha.
Tipu.

Takla, saya masih mahu kekalkan tradisi melayu itu.
Itu saya.
Mahu juga sentuhan up-to-date, katanya, di hari wedding, tapi, tradisi melayu tuh saya mahu lebih la.

Takla, wedding saya bukanlah seperti majlis pengsohoran raja sehari tuh, ko gila?
Hahaha. Duit mana nak cekau? Wahaha.

Tapi konsep begitulah.

Songket.
Tarian.
Cucuk sanggul.
Kebaya labuh.
Merenjis.
Pantun.
Kompang.

Get the idea?

Haa, begitulah, nanti. InshaAllah.
Yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari saya sendiri.

I know, it's not going to be a perfect wedding day pun,
Tak pela tak perfect, yang penting keberkatan dalam hidup kami.
Mohon dipermudahkan semuanya.
Mohon semua orang gembira.
Mohon majlis diredhai dan diberkati.
Amin. InshaAllah.

Ada yang tak suka typical baju kebaya yang penuh beading semua tuh, but, I myself, prefer typical baju kebaya labuh penuh beading tuh.
Semuanya terpulang pada citarasa kan?
Ada yang tak nak pon bunga manggar.
Tapi, InshaAllah, majlis saya nanti ada bungga manggar.
Ada yang tak nak pun bersanding.
Ibu mahu, jadi turutkan sahaja.
Yang penting takde jampi serapah. Haha.
Baling-baling beras. No, no.
Renjis air mawar kasi wangi perantin, boleh? Hihi.
Ada yang tak kasi telur rebus hari resepsi.
Saya pun tak tau kasi ke tak.
Saya nak.
Mak tak setuju. Katanya, takde sapa yang nak rebus telur. Hahaha.
Jadi, masih 50-50 di situ.

Lain belalang, lain padangnya,
Lain orang, lain citarasanya.

Ewwah, cepat balas. Hahaha.

Saya mahu hari perkahwinan bagai ibubapa saya dulu.
Ada hari bersiram.
Ada malam berinai.
Ada merenjis.
Ada berarak.
Ada berkompang.
Ada bersanding.
Songket bunga penuh.
Cucuk sanggul.
Manisnya sang puteri!
Terpelihara santunnya.

Itu yang saya impikan.
Hihihi.


18 comments:

Syima Syaz said...

ramai tak sabar tgk cik belle jadi queen!

pasal tradisional tu memang la teramat suka esp masa tgk ning baizura punye wedding.ubah dewan jadi kampung, makan pakai tangan, pinggan, kicap etc sume style dulu2... omg suke sgt... tp sbb badan ni tak sesuai pakai baju yang sarat beading, sulam2... so terpaksa guna konsep 'simple'... =(..

Cik Belle said...

Syima Syaz: haha. nanti kita jemput eyh.. nak jemput azli and family jugak ni. =)

kawen ning mmg tok sah cakapla. macam dah masuk style kenduri dulu-dulu. meriah!

haa, betul tu syima, kene tgk jugak kesesuaian tubuh nak meyarung baju tu. ehehe. hopefully the designer can pull it out la! Amin. =)

AnEs said...

yeyeye!theme kite lebih kurang la nanti..hihi..nama pun saye buat kat rumah atok,the best theme to go for is melayu traditional la kan..mudah-mudahan semua lancar..amin!jom kite prep same2!hihi

Cik Belle said...

AnEs: Anes! OMG, i love ur theme. melayu tradisional. bestnya..! Anes, cepar carik idea. nak tiru!!! haha

Puan Nurul said...

cik belle..
sama lah dengan nurul..
nurul pun kalo boleh taknak lupakan songket masa sanding nanti.. yela,tu kan kira adat. tp mcm kelakar jugak sebab nurul buat tema ala-ala gaeden wedding tapi pakai songket.. hahaha ..tak sepadan langsung. Nasib la.. Kalau tak pakai songket tu skrg,bila lagi kita nak pakai kan? hehehe..
pasal bunga telur,nurul buat utk ket pelamin dan rombongan pihak lelaki jer. Tetamu bagi cenderahati lain.. hehe

lara said...

wah..sy pun sama..sukakan wedding y traditional mcm mak sy dulu...yg part telor tu pun sama,sy pun teringin nk bg,tp xda org nk rebuskan pun sama...hahaahah.

Cik Belle said...

Cik Nurul: hihihi. comel jerk.. boleh jugak nurul, buat ala dress, nanti songket tuh tampal kat dress. cantik jugak. =)

lara: haha, kebetulan kan.. banyak pulak sama kita. hihi

Elya Roza said...

aku tak reti jawap pantunn!!! :p
btol2...songket itu perluuu ada....sgt klasik kalau ade songket ni..hehe

fati said...

gud! tak ramai yg gemar sgt bersogket-songket la ni... tapi takde la pupus langsung kan? ;)
telur rebus je mcm da ramai yg pinggirkan :| kontra dengan bahulu pulak :|

mana-mana pon kudapat, sodap jo!

Xora said...

tradisional komtemporari?? tak kisah apa sekali pun tema belle,insyaAllah Belle boleh bawa.

p.s songket?? heart it already (atau mungkin saya bias :P)!!

Cik Belle said...

ElyaElmo: hahaa. kann.. tuhla. aku suka songket. sejak umie aida kawen tuh, baju die cantek.. =)

fati: hihi.. suka makan telur letak kicap. klasik! =)

Xora: haa.. tradisional kotemporari. hehehe. apa-apa la xora.. saje je.. takde tema pun sebenarnya. hahahaha. awak pakai songket kunign diraja..santekk! =)

LisaLisut said...

i pun suka tema tradisional :) after 10 years sekali pun takkan luput.wink wink..

Cik Belle said...

LisaLisut: hihi. semua pon sama jek... hehe.

lovelyadibah said...

ala..napa xwt majlis pengsohoran raja sehari??hehee~...

kira t cik belle wt ala2 zaman 90 an gitu??huu~..:)

bg dba,mana yang adat baik truskan :)2 la manisnyer dalam majlis perkahwinan..eceh:)

Cik Belle said...

lovelyadibah: tihihi, dba nak sponsor ke? hahaha. gurau je mek. tuhla, xde budget besar-besar lah. hahaa. i terima jekla nanti, majlis i seadanya. hihi.

harzharun said...

aku nak attend weding ko dgn memakai songket yg ayu la..hehehe...

nuwoo8 said...

Dulu i ade buat for my cust bunga pahar.konsep tradisional.i suggest bunga songket.it was loveleyyyyy.selang seli with dark n light colours.eg:dark brown n cream.however dark songket always look nice.sbb naik kaler benang silver or goldnyerr.i love songket!

MiSs YusRina said...

ngee same with me...makin hari makin kalut..dilema kan..samada mau giv bunga telur or another gifts..haishh!! pastu pikir telur itik ka telur ayam...aduyaiiii.....ahaksssss..pastu sape mau rebus erk?..leh tak agih2 kan kat my auntie n kazen sorang 200 pieces..hahaksssss...mau fair kan :)

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014