Monday, July 26, 2010

E-day: Hantaran

Yeay! I dah terima album and photos from my OP!
Hehehe.

And, I rasa I tak cover lagi tentang hantaran I tempoh hari.
Hantaran I, semuanya buat sendiri.
Bukan I la, dari tangan my aunties.
Beberapa drama tercipta semestinya.
Hahahaha.

Tapi, tak apala, I bersyukur sangat, at least mereka sanggup membantu, kan?
Kalau semuanya di bahu saya, tak mungkin saya sempat gubah seorang diri.
Positive, here. =P

Ok, mari mulakan!


Sebahagian dari my cousins. Mereka ditugaskan untuk menyambut hantaran dari pihak lelaki dan membawa turun hantaran dari pihak saya. They were awesome! I love them!

Dulang hantaran di beli di VR Star, Nilai 3.
Nak beli dulang hantaran, sila ke sini.
Selalu ada promo, buy 1 free 1.
Dalam banyak-banyak kedai I masuk kat Nilai 3 tuh, VR Star yang paling murah dari segi dulang hantaran.

Sebab dulang tak nak nampak terlalu kosong, I and my mom, hiaskan dulang-dulang hantaran.
Sebab I suka sangat dengan juntaian manik kristal, I pun sebuk nak letak jugak. Haha.
Ok, ada yang berminat dengan dulang ni?
Boleh sewa dengan I. Jangan risau tang harga, murah sahaja.
Cheyh, sempat promote. Ngee.
Email me ya!
Tihihi.

Budget fresh flowers asalnya cuma RM100.
I beli 3 bundle cherry pink imported roses.
1 bundle white eustoma.
1 bundle filler flowers.
1 bundle kekwa.
Dah terlebih pulak dari budget asal. Haha.
Tapi, still below than RM200.

Ini semua untuk 11 dulang hantaran
Beli banyak tu pon, banyak lebih nya.
Lagi la bile my aunties sepakat tak nak guna eustoma atas dulang hantaran.
Sedih sangat!!!!
I love eustoma, btw.
Bunga yang lebih, buat centerpiece dalam rumah.


Jom, tengok hantaran I yang tak seberapa ini:

Fruits.
Ada strawberry, red cherries, red grapes, red apples.
Malam tu gigih, I paksa cousin I lap buah dengan cooking oil.
Hasilnya, dalam gabar nampak cantik, menyelerakan aje.
Tihihi.


Fancy cookies.
I tempah dengan CupcakesChek.
Hehehe. I dah buat review tentang cookies ni sebelum E-day hari tu.
Heh.

Sampin.
Ini berdrama sikit la.
Di mana, one of my auntie mula-mula nak buat bentuk burung la, masjid la..
I dah mengamuk dalam diam.
Dia suruh I cari kotak bagai.
I tak nak, dengan harapan, bentuk masjid yang dia impikan, tak dapat direalisasikan.
Tapi, adik I baik hati, cari jugak segala kotak.
I dah takut sangat, bridezilla mode pun turn ON.
I dah larik kat my mom and bising-bising kat my mom.
My mom pon paksa I cakap sendiri kat auntie I tu.
Hahaha, mana mungkin. I hormat orang tua, kot. hehe.
Lepas tu, my mom yang dah tak sanggup nak dengar I bising-bising, terus cakap kat auntie I, yang I tak nak bentuk masjid ke ape.
I dah redha aje la masa dia dok lipat-lipat bagai!
Jadilah, bentuk kipas ni.
Nasib, cantik! Haha.
Itula, sila aje redha bila sesuatu tak seperti dirancang.
Pasti, ada manis akhirnya.
=)
Mini Cake Fondant.
I tempah dekat area rumah I je.
Sebab risau kalau order jauh-jauh, masalah nak pergi pick-up.
Murah, 3 inch x 3 inch cuma RM10 sahaja.
Sedap pulak tuh.
Chocolate moist cake
Lazat betul!
Fondant tak keras pun, I sukeeeeee sangat!
Apa tah nama kedai cake tuh, Leeyana apa yer?

Chocolate.
Beli kat Patchi Midvalley.
Sibuk SA tuh, at first I nak beli dalam 500gram.
Boleh, die cakap, banyak sangat tu untuk hantaran.
Dalam hati, hello, ni nak jual ke tak.
Tapi, sebab I ni hormat orang tua, ahaha, I pun beli sikit aje bagai permintaan dia. =P
I beli dalam 300gram aje tak silap.
Tapi, ini sebahagian ajela, ada yang lebih-lebih tu, I makan aje la kan. Huhu.

Sireh Junjung
I suke sireh junjung I.
Lihat, tanpa eustoma.
Katanya, tak cantik guna eustoma.
I tak tahu kenapa!
Gerammm.
Satu sebab aje yang auntie I bagitau, sebab bunga lembik.
WTH la.
Tapi, ikutkan ajela permintaan orang tua.
Sireh sepatutnya hanya lap-lap aje, untuk tahan lama dan tak layu.
I punya pandai, ehem berlagak hebat, I suruh cousin I lap-lap dengan minyak jugak.
Hahaha. Nasib tak layu sampai keesokknya.

Panjang sangat pulak. Compilation 3 hantaran terus.

Kemeja batik.
Sponsor dari my auntie.
Suke sangat!
Ikut warna tema, selamat. Hehe.

Kain akad nikah dan toiletries set.

Satu ajala I terkilan, I lupa nak cabtu net kat roses tuh.
Tak ingat! haha.
Dah nak bawak turun hantaran baru perasan, baru bukak satu-satu net tu.
Sebenarnya, boleh bukak net tuh malam sebelumnya, so that bunga akan kembang cantik.
My mistake.

Tapi, tak apala.
I redha aje. =)



Friday, July 23, 2010

Dewan pun tiada kekosongan tarikh..


Saya pun hampa.
Hehehe.

Harus mencari dewan lain nampaknya.
Harap masih ada kekosongan.





Tissue and Ribbon Makeovers


Wedding sekarang, semua pun nak ikut warna tema, selagi boleh.
Kadang, terlalu obses sampai nak cari serba-serbi pun nak ikut warna tema.
(Ehem, I la tu. Hihihi)


Ingat tak, I berhajat nak adakan candy+dessert buffet?
(Tadi dah jumpa glassware untuk candy buffet ni, cuma RM5.90 satu, masih berkira-kira, mahu beli atau tidak. Heh)

Sejak itu, saya mula plan itu ini.
Dan juga, list out candy yang warna pink/purple/white.
Kan dah cakap, I obses pada warna tema.
Wahahaha, konon la kan. Heh.
Sekali, tiba hari, segala warna I mahu!
Rambang mata, orang kata.
Tihihihi.

Owh, melalut, maaf.

Sebenarnya nak kongsi ini.
Sebenarnya, tak kesahla beli gula-gula warna apa pun, sebab kita boleh cantikkan gula-gula ikut warna tema juga. Caranya, begini:

Source: Wrap Idea


Nampak Mudah!
Nampak cantik!
Teruja betul!
Boleh ikut warna tema!
Hehehe.

Tapi itula, jenuh jugak nak mengikat ribbon-nya.
Huwaa.

Tapi ada pepatah, "Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak, seribu dalih".

Jadi, "Tepuk dada, tanya selera".


Saya? Haish, fikir dulu la. Huhu.






Thursday, July 22, 2010

DIY Favor Packaging


I love freebie templates!
And, I just love to share with you.

Adore these boxes?


You can download the templates for free!

Whee!

Nah, here is the link:

1) For Pink Polka-dot: Clik Here
2) For Yellow Stripes: Click Here
3) For Pink Flowers: Click Here
4) For Yellow Waves: Clik Here

Sorry, I don't know the exact dimension.
Hehehehe.



Tuesday, July 20, 2010

Lokasi Indah


... untuk bergambar!

Selamat menjamu mata..



Credit to: Azimpuch



Credit to: budak jawe








Lokasi: Taman Tasik Taiping, Perak

Untung bride-to-be dari Perak, boleh buat photo-shoot di Lake Garden ini.
Bestnya!





Saturday, July 17, 2010

Save-the-date!

Pada bride-2-be yang punya pre-wedding photo shoot session.
Jangan lupa, include sekali photos untuk save-the-date, ya!

Hihi.
Sambil menyelam minum air, orang kata.
Heh.

Nanti boleh tagged dekat facebook!
Hehe.

Here are some ideas for you:





Everything can be DIY-ed kan?
Kan? Kan?
Cantik, pun cantik.

Lepas tuh, boleh la nak sambung posing lagi!
Mungkin untuk letak di meja guest book pula!




Saya suka penggunaan balloons!
Jangan snap picture kiss sana kiss sini pula!
Mengamuk ayahbonda. Huehuehue

Tadi I tanya other half, kita nak buat pre-wed tak? Jawabnya, "Boleh, tapi jangan bagi I penat". Hadoi, tak macho langsung! Hiks. Hampa betul dengan jawapannya. Semestinya la kan, I nak berposing dari pagi sampai ke petang. Semestinya la kan penat. Hmmp.

Jadi, tak tau la akan ada pre-wedding atau tidak. Hampa sungguh!



Thursday, July 15, 2010

Love is sweet!

Of having a candy buffet on wedding day is becoming a popular trend nowadays, kan?
Im still thinking of having one during my Nikah nanti..
Nikah tak ramai orang, tak perlu sediakan banyak-banyak candy! =p

Im on tiny budget, btw!
Aku student, mana nak cekau duit banyak-banyak!
Hahaa.


White candy buffet (Source: Google Images)



I love the setting! Pink (ehem, love, love). The Wedding Heaven do provide this for your wedding! Awesome.




Owh how sweet! Lovely, i must say!
=)

But, if anyone of you would love to setup your own candy buffet station, I would love to share with you some tips here.


Budget-friendly candy buffet tips:

1) Find affordable containers - Rent containers!! Pernah I blogwalking and jumpa beberapa site yang provide this. Otherwise, pergi kedai second-hand dan godek! Good luck! Tak pun, ke IKEA sekarang sebab IKEA is having a sale now! Tihihi. Tak pun, cuba check di KK Home Deco, jar mereka boleh dikatakan murah juga! Sesuai untuk candy buffet.

2) Use other filler - Create a gorgeous, elegant look without having tonnes of jars/candies. Deco your buffet table with bouquet of flowers in vases. Or else, sprinkle flower petals in between the jar. Can be part of the deco jugak kan? Selain dari mencatikkan candy buffet station, nampak penuh mejanya.. haha. Or maybe can put pillar candles juga! Kan? So yeah, tak perlu include tons of candy to look full.. Sikit-sikit aje sudah. Haha.

3) Add extras - Instead of candy aje, boleh try add other things. Contohnya, huge cake, Haha, cookies, pop cakes, favor boxes, cupcakes, macaroons, and other dessert items. Fikir-fikir nak tambah apa lagi. Hehe.

4) Affordable candy - Jangan membazir. Beli sekadar cukup sudah. Tak perlu beli semua macam jenis candy. Hihi. Atau, try to put those candy dalam beberapa small containers rather than 2 or 3 large containers. Jadi, stick to 2 or 3 small or medium containers. Jimat, tak perlu isi banyak-banyak. Haha. To create an elegant look, try to place the containers on different levels . Ada tinggi, rendah. Dah, nampak penuh dah meja. Trick! Lepas tuh, nak jimat lagi, fill in the large containers dengan candy paling murah dan besar-besar, untuk small containers, isi dengan candy yang mahal. Hohoho.

5) Buy in bulk - Pergi survey mana kilang candy. Tak pun, pergi survey mana kedai borong candy. Check the price, and compare! Lepas tuh, haa, beli secara pukal. Mintak discount banyak-banyak! Haha.

Itu aja. Siapa ada idea lagi, boleh share here! So now, everybody can have a candy buffet on wedding day! Yeay!

Owh, lupa. Nak share some ideas sikit.
All pictures were taken from Google Images.


Cantikkan jar dengan ribbon!

Comel! of having a pouch of candy!
Susun cantek-cantek atas meja candy buffet station.
Sorang ambil satu sahaja! Hehe

Personalized mini jar!
Letak sepuluh je boleh? Haha. siapa cepat dia dapat.
Hohoho.

Must have. Kisses chocolate. Ada ke orang nak buat personalized sticker sebesar itu?
Hihi.. Tapi, if it is a day event, tak berapa sesuai of having chocolates kan? Cair nanti. Hehe.

Haaa, ini versi jimat. Ikat dalam plastic. Menarik juga bila dah letak tag!
Huhuhu.

Panjang sudah entry kali ni. Haha.
Bayar hutang senyap beberapa hari. Huhu.








Friday, July 9, 2010

Terkena lagi


Haha. Tagging game lagi.
Terpaksa la menjawab ni.
Heh.

1. Link kepada orang yang bagi award ni:


2. Nyatakan sebab musabab anda minta kaler PINK:

Bukankah kaler PINK sangatHOT dan comel dan menarik?
Menaikkan seri walau dikombinasikan dengan apa sahaja warna.
Hehehe.
Suka la PINK, haish, tataula kenapa. It suits me well.
Tett. Haha.
*jangan muntah sudah, haha*

3. Sejak bila suka kaler PINK:

Sejak sekolah.
Everything pon I nak PINK.
Eww. Haha.
I even pernah bawak beg PINK to school.
When I was like Form 3 ke Form 5.
Hahahahahaha.
Oh My.

4. Nyatakan 5 barang yang anda paling sayang yang kaler nya PINK:

1. Baju tunang!!
2. Body shop-cherry blossom toiletries set
3. I-phone silicone skin case
4. Bed sheet pink colour
5. Pink heels e-day i hari tu.

5. Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler PINK:



Baju tunang I!

Sekitar bilik I time tunang hari tu. Simple aje.
Tak sempat nak deco.
Letak bunga kiri dan kanan kepala katil.
I beli sejambak bunga, lepas tuh suruh orang tu buatkan reben dan lekatkan bersama bunga itu dengan gam sahaja. Jaangan lupa lekatkan reben halus bersama untuk ikat di kepala katil juga.
Cost? Lebih kurang dalam RM20 untuk kiri dan kanan kepala katil.
Murah kan? Be creative!

Side table, letak frame gambar.
Mungkin OP dah terlupa nak letak balik sebab die dok jadikan side table I as alat bantu die.
Hehe. So, I pun terlupa nak letak balik atas side table tuh.
Wahaha.

So ya, tak semena-mena, include sekali entry tentang bilik hari tunang itu hari.
Hahaha.

6. Tag 5 kawan anda yang minat kaler PINK:

-hana yoriee-
- si kecil -
- SK -
- Thalhazlin -
- fia -

Hehehhee



Thursday, July 8, 2010

PINK egg


Tak sah kan, kalau pergi wedding, tuan rumah tak kasi doorgift?
Adat orang Melayu, bila tetamu pulang, mesti tak nak mereka pulang dengan tangan kosong kan?
I guess so la. Hehe.

Akhir bulan 6 yang lalu, I dapat ini as a doorgift.
Pail + telur PINK.


I was so excited, sebab tak pernah sepanjang hayat I pergi wedding dapat telur PINK.
Ahaha. Telur pindang warna brwonish macam tuh kan?
So, i rasa ini bukan telur pindang.
Kan?
Correct me if im wrong!
=P

Tertanya-tanya .
How an egg can be coloured with PINK colour?
I google somewhere on the net, katanya guna pewarna makanan sahaja.
I wonder, if they can be coloured with purple, white, gold and such.

Mesti menarik bunga pahar nanti!

Nanti i nak buat experiment la!
Haha

Anyone dah pernah buat experiment?
Care to share?


Tuesday, July 6, 2010

10 blogger bertuah hari ini!

*update on July, 14*

Hehehe

Yeay! Dapat award lagi!!

=))




Sebagai penghargaan, ini special entry dari saya.
Tihihi.

(1) Anda mesti memberi pujian kepada 'award' ini:

Thanks Leeyana, Nadia, Miss Byo, Si Kecil, Aween, SK and dyn!
Keep on blogging. Saya suka baca cerita kamu di blog. Hihi.

Kalau nak tahu, Leeyana ni pandai masak. Hari sebelum nikahnya, dia sibuk di dapur memasak.
Untung si suami Leeyana. Kenyang selalu. =P

Nadia pandai buat chocolate! Pergi terjah blog die cepat! Haish, kalau duk sebelah rumah Nadia ni, dah terjah dah dapur die. Nak belajar buat chocolate jugakla. hari-hari boleh nom..nom..nom.. Hehee.

Miss Byo is a B2B juga. Cantek wedding date die, 20.10.2011. Happy preparing dear! Check her site for more wedding ideas! Terbaik! =)

Si Kecil sangat comel dan cute! Paling melekat di memori, bile die email I tanya, bile nak reveal muka ni. Hehe. Sweet la u~

Aweennye orang utara. I love her e-day! Baju cantik, makeup cantik, majlis nampak cantik aje.. =)) Happy preparing, dear! Jangan stress-stress. Hehe

SK pun baru bertunang macam I juga. Ehehe. Cantek majlisnya. Suka sangat! Pelamin cantik. Baju cantik. Mari sama-sama kita buat preparations, mari! =)

dyn orang pulau mutiara. i love her blog! great blog untuk b2b dari Pulau Pinang.. banyak update tentang vendor! bagus! =)

(2) Sila beri 'award' kepada 10bloggers yang lain:

To recent cik pengomen di blog I. ini untuk anda. Saya amat menghargai comment dari kamu, kamu semua. =)

- relyza -
- MY -
- NahWaL -

10 orang tak cukup. Nak kasi pada followers saya juga.
Next award ok! =)
(Kalau ada yang sudi kasi la)
Hehe

(3) anda mesti beritahu kepada 10 blogger lain:

Ok, noted!

(4) Bagaimana anda boleh digelar 'blog' yang 'Best and Great'?
Ayyo. saya dengan rasa amat rendah diri, berterima kasih pada mereka berenam yang gelar blog saya 'Best and Great' - sebab dapat award! Haha. 6 orang aje pon yang gelar best and great. Blog ni banyak merapu ajo. Banyak berangan-angan sana sini. Huhu.




Siapa lagi terkena?


I rasa ramai blogger mengalami comment tetiba hilang secara sengaja/tak sengaja?.
HaHaHa.
Apa ni, blogspot?
Main chak-chak pulak die.
Chak-chak, tak nampak terus.
Tenggelam terus.
Adoi.

Eii, sedihla macam ni.
Kenapa tak approve comment dari mereka?
SobsSobsSobs

Bengom.


Monday, July 5, 2010

Idea untuk hantaran

Tengah dok mencari warna tema yang sesuai, termelencong pulak terjumpa hantaran nan indah ini:



Cantek aja bila hantaran diletakkan dalam transparent acrylic box tuh ya.
Nampak exclusive.
Saya suka idea ini!

Saya rasa, kita boleh tempah casing ni dekat kedai frame.
Tapi, tak pasti dengan harganya.
Have to scout around survey harga nampaknya.
HoHoHo

Gambar secara dekat:


Canteknya!!!

Nak macam ni.
Hahaha.
Berangan itu indah.
=))



Friday, July 2, 2010

Pameran Pengantin di MidValley: Edisi Jumaat


I sempat meluangkan masa dalam sejam lebih macam tu di Pameran Pengantin @ MVEC.
Cuma sempat singgah beberapa booth sahaja.
Saya nak pergi lagi, hari Ahad.
Banyak booth terbabit.
Sukaa!

Banyak bridal boutique.
Masing-masing dok pamer pelamin tersendiri.
Tapi, most of them pelamin panel.
DinaHalim je ada pelamin ala-roman tuh.
Tapi, i tak pasti jugak kalau dari butik lain ada pelamin ala-roman ni.
I tengok sepintas lalu sahaja.

No pics were taken.
Maaf.
Rushing amat.

Saya sempat berdiscuss dengan 5 vendors sahaja.

(1) Pulut Berhias




- Price untuk pulut berhias starts from RM65 (1 tier) up to RM230 (3 tiers)
Ada juga individual packaging, sesuai as doorgift, harga dari RM2 (100pcs and above)
Ada free pulut untuk rasa, sedap dan lembut. Cuma bab rendang tuh tak dapat nak komen lebih. Sikit sangat. Hahaha. Tamak la saya. Hahaha.

Good PR.
I suka.
Simpan contact mereka untuk rujukan masa hadapan.
As pulut kuning will be one of the door gifts untuk hari nikah nanti.
InsyaAllah.

Cuma, mereka takde provide delivery service untuk luar klang valley.
Within Klang Valley cuma RM30 aje.
Sigh. Malas nak mengangkut I ni!

(2) Rins Suzana

-No comment-

Ahaha. I cuma nak tau harga untuk pelamin dewan sahaja.
Baju cantik!

(3) Davency Wedding Workshop

-I tertarik dengan pelamin merah die yang ada juntaian cystal tuh.
Jadi, stop by dan dientertain penuh semangat dari boss besar.
Seorang Chinese man. Tapi, sangat fasih berbahasa melayu.
Memang bagus la PR die.
Semua I mintak, die boleh buat.

I mintak:
Pelamin (5-7panel)+walkway+arch+gazebo for cake cutting+hall deco
RM3****
Murah dah i rasa. Haha.
I mintak arch ala NGI.
Gazebo for cake cutting ala NGI jugak.
Ala, yang ada bunga juntai-juntai tuh. Ahaha.

Tapi, dalam gambar, i tengok pelamin die semua panel-panel tuh.
Dan bunga pon, tak dela lebat sangat.
Ahaha.
Ciput.

I nak survey lagila.
Mungkin ada pakej 3k++ dapat fresh flowers kan.
Mana nak tahu kan?
Heh.
Giller budget kau! Haha

Jangan harap nak jumpa kan. hehe

(4) Gendhing Emas Resources

- I suke! Mereka ada provide semua-
Dari catering, wedding planner, entertainment, semua la!
Tapi, i cuma tertarik untuk persembahan sahaja.
Mereka ada persembahan muzik gamelan, persembahan muzik asli (Nahwal, please go and check them-ahaha), persembahan muzik ghazal, persembahan tarian tradisioanal (i suke!),kompang, katering, kanopi, pelamin, PA system, wedding planner.

Kalau booked mereka di pameran pengantin, dapat jimat banyak!
Takde website to refer. Sigh.



(5) Dina Halim

Haish, pelamin ala-roman musnah begitu sahaja.
Pelamin sahaja tanpa walkway, RM4k++
Tapi, i tak discussed betul-betul la.
Ambil pamphlet dan tanya, pelamin kat luar tuh berapa?
Lepas tuh, terus chow.
Adik i dah call banyak kali mintak turun dengan kadar segera.
Tak tenang betul nak berjalan-jalan kalau bawak lelaki ni.
Sigh.

Sebok nak kejar bola katanya.
Whatla.

(tak faham kenapa mesti ada underline nie. abaikan ia. tak fasih la bab html coding ni. sigh)


Kesimpulannya, best la pergi pameran pengantin kali ni.
Banyak yang take part. Suka!
I cuma simpan contact number mereka.
In case, nak hire mereka nanti kan?

Other company:












Thursday, July 1, 2010

Pameran Pengantin di MidValley

I rasa, I lah paling lambat update tentang pameran pengantin ni.
Hehe.

Busy la saya sekarang ni.
Dah start new semester.
Thesis writing pulak.

Baca blog B2B pon sepintas lalu.
Kadang sempat tinggalkan comment, kadang tak sempat.
Sigh.
Comment kat blog sendiri pon tak ter-reply lagi.
Nanti I reply. Promise! =))

Eyh, termelalut.

JOM PERGI PAMERAN PENGATIN, JOM!

Kalau Dina Halim kasi harga baik punya, I nak letak deposit terus.
Dengar kata Dina Halim nak revised harga untuk pakej 2011.
Sigh.
Dari pameran pengantin yang lepas lagi, i dok berangan mahu pelamin ala-roman Dina Halim tuh.
Berangan aja la mampu dek non oi. Hehe.
Ada tak eyh, yang buat pelamin ala-roman ni selain dari Dina Halim?

Takpe, esok kita tengok harga macam mana ya.
Mintak, mintak jantung tak bergegar.
Haha.



Kalau ada yang cam I tanpa mekap, tegurla.
Wave, "Hye CikBelle"
Ok, i tau kita kawan blog.
Finally, dapat jumpa in person.
Yeay!

I pergi esok, Jumaat.
I heret adik lelaki I.
Pedulik kalau dia buat muka bosan, i pedulik hapa.
Kejam kan kakak macam I?
Wahahaha.

Nanti I balik, I update secara pantas ok.
Hehe.

Daa.


Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014