Saturday, May 8, 2010

Perihal kain nikah

Lama betul I tak update. tapi, i masih curi-curi masa lawat blog kamu-kamu sekalian, ya. Cuma ada yang sempat tinggalkan jejak, tau la Cik Belle menyinggah, yang tiada tinggalkan jejak, mungkin time tu i dikejar waktu. Hehe. Eyh, jangan pula berimaginasi rupa Cik Belle dikejar waktu. Hee. Eyh, melalut. Biasa dia!

Sebenarnya nak kongsi cerita sewaktu di Jakel. Ke Jakel KL 3 hari lepas. Kebetulan nak ke Gombak. Terus singgah Jakel KL alang-alang my other half berkursus di Ilsas. Hantaran masih tak complete lagi. Jadi, harusla mencari kain untuk nikah nanti. Jimat kos, katanya. Heh. Dalam kepala, dok fikir nak beli chiffon beaded or lace, nak lace or chiffon beaded. Colour dah pasti dah dalam hati, nak off-white.

Sampai-sampai di Jakel KL, eyh, eyh, macam nak tutup. Rupanya Jakel KL tutup kedai 8.30mlm. Saya tak pernah tau yang ada kedai di KL tutup jam 8.30 malam. Tapi, alang-alang da sampai, I pedulik hape, I tengok ada orang lagi kat dalam, I terus tarik other-half masuk. Terus menuju ke tingkat 3.


*sebagai gambar hiasan-google*


Terus ada SA tuju kat I and tanya I nak cari kain untuk apa. Laju-laju cakap, untuk nikah. Haha. Terus tarik i pergi tengok chiffon beaded. Bila die bukak aje kain, terus kepala I ligat fikir, ini nak buat design camne. Tak de lain, hanya kurung moden. So, i terus cakap, nak tengok lace pulak. Dia tanya budget I, I cakap, takde budget. Mana yang berkenan baru fikir. Huehue. Taktik sebenarnya. Nanti kalau die tau budget I, habislah dah tak boleh nego giller-giller. Sebab dia tau kite mampu bayar sekian-sekian figure. Jadi, better simpan diamkan budget dalam hati aje. Heh.

At first, dia bawak pergi tengok lace keras tuh yang set pengantin percuma baju lelaki tuh, yang rm280 satu set tuh kan. i mintak die tunjuk yang lain. then die tunjuk lain, harga pon up la sikit kan. masih tak berkenan, sebab still tak nampak ala french lace. Hohoho. Eyh, mesti, tak mampu beli french lace, beli ala french lace cukup. Haha. Then pegang lace, geleng, mintak die tunjuk range lain pulak. Then, die bukak satu lace ni. mata dah tak tengok lain dah, terus pegang kain, and soft aje. ok, checked. then, die padankan pulak dengan lining dari japanese satin. I mintak tuka lining satin crepe. Nasib die ikut cakap I. Ho-ho. Japanese satin kualiti tak berapa nak bagus sangat, nipis.. tak cantek la i tengok.. satin crepe nampak perkasa sikit. =) tau pon sebab designer baju tunang yang bitau. huehuehue.

Jadi, i lilit-lilit kat badan terus die cakap harga. I dengan muka selamba terus gunakan taktik Huda. Mintak terus harga Mak Andam. Hahahaha. Die terkejut, tanya I, awak mak andam ke? See, Huda, sama la Huda. Ntah-ntah orang yang sama. Heh. I geleng, I cakap, bukan.. mak andam saya suh datang sini. Hari tuh dah pergi cari kat cawangan Seremban, tapi takde la kak. Pergi Jakel pun sesak sangat dengan orang, tuh yang die suh datang Jakel KL. Die suruh saya mintak harga mak andam. Memang die akan tanya siapa mak andamnya. I bantai la sesapa pun bridal kat Seremban tuh. Ada dia tau? Haha.

Kesimpulannya, berjayalah I beli kain ala-french lace tuh dengan harga separuh dari harga asal. Serius, sangat murah dan other half senyum-senyum sebab way lower than his budget allocate for kain nikah. Tihihi. Terima kasih kerana bayarkan semuanya sekali yer awak~. Hehehe. Tapi, satu jekla yang tak berapa nak gembira, sebab impian other-half untuk pakai silver di hari nikah hampir tercapai. Yer, kain nikah ala french-lace tuh warna silver. Sedih giller rasa. Tapi takpe, saya punya banyak rancangan. HueHuehue.

Disebabkan ianya lace, I boleh pelbagaikan design. Dan masih, I boleh padankan dengan chiffon maybe. Lace, boleh buat patches if i tetibe tuka fikiran untuk pakai fully chiffon pulak. Dan lace, silver pulak tuh, boleh buat pergi wedding orang lain pulak nanti if tetiba i nak nikah attire warna putih jugak. so, tak de la membazir nanti if tetiba i tuka fikiran. HueHueHue.

I nak letak sneak preview sikit-sikit kain tuh, tapi other-half dah bawak balik ke Kuantan dan bila saya suruh die snap pic, die dah keluar jalan-jalan. Hurm. Nanti die dah send to me, i upload ok. Biasa aje kain tuh, no beading pon. Sebab I prefer the designer to be creative to put all the necessary beading dekat kain tuh nanti.

Tips:
  • Jangan malu untuk nego. Cuba aje gunakan taktik mak andam. SA siap suruh cakap senyap-senyap, nanti orang dengar. Heh
  • Jangan malu untuk mintak tukar lining kalau kita rasa tak berkenan. Diorang SA memang nak cepat je potong kain. Bukak mulut, speak for yourself. Haha. Apa melalut.
  • Datang time nak tutup-tutup pon bagus. Die terus kasi harga best deal punya. SA dah malas nak layan kerenah kite duk merengek mintak kurang. Ahaha. Tapi, kurang masa la untuk tinjau sane tinjau sini. Jumpa yang berkenan, dah tak mampu untuk tengok yang lain. Terus redha. Heh.
  • Tanya dia confirmkan betul-betul berapa meter untuk kain. Risau, sebab die nak kasi harga murah, die cuma potong 2m instead of 2.5m. Hati-hati. Cuma langkah berjaga-jaga.
  • Lilit jangan tak lilit. Takut bunga pada kain nanti, nampak besar di badan tak seperti kite tegok dengan mata kasar. Tak sesuai, nanti nampak berisi. No-no-no-no.
Sigh, cerita pasal kain pun jadi berjela. Sorry~


34 comments:

sk said...

huhu ruginya tak aplikasikan "harga mak andam" masa beli kain dulu...

PUAN THALHA : said...

huiyo! berjaya sey pakai harga mak andam. kita dah beli awal ar kain nikah. kalau tak, memang leh gak guna tips huda. hee :)

Mrs Kecik said...

huiyoo..bestnye..how low the price? drp berapa..sib baik x beli lg..

puan nona said...

alahai...knp xtau ade harga mak andam dulu..dh beli kain dah...=(

harzharun said...

dear..i pun lm x masuk sini..bz seh...sempat update blog sendri jerk..btw, oooo, tu taktik korang yea...taktik mak andam....pandai!

Unknown said...

gile hebat mintak terus harga mak andam. aku ni tak berani nok. macam serba salha mintak kurang. nak senang mintak je designer belikan. haruslahunaisah pergi selalu jakel kan. haha

Nurulhuda|Adlie said...

belle, good job dear! haha, i sangat gumbira tak terkata mendengar u telah berjaya guna petua keramat tu, btw petua tu kan diorang sendiri yg sebut2, sa dia yang ajar2 kita, might as well bila kita nak beli kita pakai kan, i mean the application is the same, kalau tailor kita pg, dia yg beli, kalau kita beli, kita pun nak kasi kat tailor, sama jelah kan in the end..

kesimpulannya u dapat kain tu half of the price is soo good already, mmg caya belle!! haha.. gila ko kalau satu meter dia boleh kasi less rm100, kalau beli 5 meter less rm500 belle, 500 ringgit okay! boleh pakai duit tu beli benda2 lain..

tapi nak buat kene yakin and tabah la, tapi bila dapat mmg syukur sb u can save alot kan.. alhamdulillah.. :)

datang tak kenduri ina hujung bulan? mahu bertemu..

Nurulhuda|Adlie said...

belle, bl kain yg papan2 tu ek? i suka sangat yg papan tu, so very similar to french lace, haha, hujung dia tu mmg ada benang2, sumpah cantik, and takde beading kat kain tu but still look nice, and simplicity is there, kain pun lembut je.. i nak juga yg tu tapi kene cari yg ada beads sebab nak save on beading charges, they will still do, but minimum la sb dah ada beads,

tapi kalau tak yang papan tu mmg terbaik.. sebab for beading u boleh choose beads mcm mana u nak and such.. :) haha terpanjang dah nak lawan entry u belle, sorry!

Aini Qamariah said...

bijak!! Hahaha
when i was hunting for kain baju nikah, i bawa terus designer i...sebab i mmg fail bab2 nego harga ni..fail terus..hahaha :))

Good2!

♥♥relyza♥♥ said...

wah..cpt cpt upload pic kain. eheheh
nice job...pasni kalo tak kawen pun, mntk aje rege mak andam blh tak? ngeeeeee

Syima Syaz said...

pandainye pasal kain,pasal nego...saya tgk kain tuh cun,pastu lembut trus grap.malas nak buat orang lain peluh2 kerana saya...
kain nikah saya ada kat syazwan.tektik nak suh mak dia ckp 'ok..ok..blh tunang bln 5'..tp tak menjadi.nampak gaya...takkan jadi tunang orang la..u go first..=)

Cik Belle said...

sk: later boleh turunkan tips to orang lain pulak. huhuhu..

~ thalhazlin ~: takpela, da beli. dapat kain idaman tuh yang penting! hehe. i nie semuanya pon nak budget. hahaha. itu pasal kene mintak harga mak andam. hehe.

si kecil: check ur inbox! hehe. buakn french lace pon. tihihi.

miss nona: alahai, kesiannyer u dear.. takpe, still can cut cost kat yang lain-lain. hehee.all the best!

harz: hai dear~ itulah, orang tu dah ade hubby sayang kan.. hehee.. mesti la busy ye dak.. hehe.

nahwal: ade designer untung! hehe. drag sekali die. nak unaisah jugak la macam ni. huhu.. masih berkira-kira either die or shahrir nurdin untuk nikah nanti.. hmm.. sekali, 2-2 pon over my budget. huhu

huda: haha. eyh, mane u tau i beli kain yang papan-papan tuh? ahaha. sebab die dah macam french lace kan ade benang ujung-ujung. huhu. ya, i think u know kot which kain i beli. huhu.. murah je.. babe. hihihi. mestilah i pergi! nanti ketemu yer! tihihi..

AiniQMY: i should do the same way like u jgkla kan.. drag the designer terus.. tatau pon harga die kasi tuh sebenarnya dah kire murah ke tak. hehee..

♥♥relyza♥♥: kan.. hehee. nak raya pakai lace jugak boleh tak? huhu.

Syima: ala, syima.. nak tunggu apa lagi.. cepat-cepat tunang kan best.. hehee.. tapi takpe, his mom mesti ade reason terbaik tuh.. hehe. dont worry dear~

didieadila said...

seriously separuh harga ke? ksik dialog (ayt keramat) sket..nak test power nt..mane la tau kot2 rezeki berpihak..dapat murah jugak..hee.. :)

iJu said...

Hi....

Bleh x share cmne nk ckp psl "harga mak andam"? Share la skit...:)

Cik Belle said...

didieadila: almost la.. hihii. kalau u beli kain yang lagi mahal, banyak lagi la discount die kot.. hehe. nak ayat keramat? huhu. email dear. =) segan plak i nak cakap kat sini. huhu

iJu: ok dear,nanti i share with u ok. hehee.

didieadila said...

eh silap la terkomen guna google id smlm..hehe..share ehh..nak tau sgt! tengkiu2 :)

Leeyana said...

belle...21may ketemu mao?senawang la...really need ur help on dat day

Cik Belle said...

didieadila: check ur mail! =)

Leeyana: eyh, bisa! hehee. 21hb eyh. ok, ok. hehee.

lost meow said...

whoa... hebat betul.. dapat separuh harga plak tu. share bole? :)

saya baru je plan nak gi beli kain utk sanding kat jakel tu.. yg saya berkenan tu agak mahal ler. tp klu bule dpt harga mak andam lagi bagus :) jimat le sket :)hehe

email saya :gladiatrixnova@gmail.com

thanks!

Nurulhuda|Adlie said...

belle, memula tailor i suh bl yg mcm tu, suka okay, mmg lawa kan yg papan2 tu, tapi since i revise harga tempah baju so dia suruh bl kain yg dah ada beads sikit2, so takdela harapan nak bl papan, i bl yg sebelah sana punya kain, tapi papan tu cantik, soft and a good deal since u dapat half price.. :) murah/mahal no prob, lawa itu no. 1.. yay!

Cik Belle said...

Res Judicata: owh ok. nanti i share with u k. =)

Huda: hehee. i tak jejak pon yang sebelah sana. sebab mmg dah cakap xnak beads. SA tak bawak plak g sane. lagipon, kedai dah nak tutup.. huhu.

s.akmar said...

hi..

bleh bagitau skit tak macam ne nak minta harga mak andam tu??minta half price ke??saya baca juga blog huda tu tapi macam ne nak minta harga mak andam tu???bleh share ayat2 power tak??

tq..

Cik Belle said...

s.akmar: hye dear.. can u give me ur email, please..=)

s.akmar said...

hi cik bella,

my email: ryan_ai20@yahoo.com

atau akmarabdullah20@gmail.com

Cik Belle said...

s.akmar: hye dear.. check ur inbox! uve got mail! hihi

s.akmar said...

hi cik bella,

tq ye..akan digunakan time membeli kain nanti...

tq sangat for the info

Manusia Kerdil said...

cik belle,nak jgk ayat keramat tu...sebab nak beli kain untuk baju sanding la...huhuhuhu

email tau...mukhlishah_82@yahoo.com

bagus la kalau boleh less sampai 50%...jimaaattt...

Anonymous said...

hye...kita baru start follow u punya blog...byk info tuk kawen ni...
nk share taktik harga mak andam leh?hehehe...

lyz_hiza@yahoo.com

Anonymous said...

hai..bleh kongsi x cmne nk dpt hrga mak andam?hehe
ainie1312@gmail.com

Murni said...

hye Cik Belle, i pun tgah bt preparation utk kawen i end of this year, i pun ngah surevy2 kain gak ni, ur blog byk membantu, tp ape tu harga mak andam? share la sket ngan i ayat2 hikmat tu.. hehehehe

wawa said...

hai Cik Belle, i tengah servey utk kain nikah i.. leh share utk ayat2 hikmah "harga mak andam"? camne caranya?

al_lina said...

hye Cik Belle, i pun tgah bt preparation utk kawen i early of next year, i pun ngah surevy2 kain gak ni, ur blog byk membantu, tp ape tu harga mak andam? share la sket ngan i ayat2 hikmat tu.. hehehehe

XX said...

hi Cik Belle...

i hv to admit this is my 1st time reading ur blog.. but this entry really caught my attention.. can u pls share with me cemane cara nk beli kain cara mak andam tu? inshaAllah nak pegi beli kain tmrw.. if only u read this msg tonite n reply it to my email.. mmg rezeki i la.. otherwise... bersyukur je la ;) *sedapkan hati sendiri* hihihi :p

nyway.. if it doesnt bother u, this is my email.. yatinez@gmail.com. thanks in advance! :)

Anonymous said...

Salam..i'am silent reader...can i have 'mak andam tips'=)
this is my email
shinju_kirana@yahoo.com
thank you..

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014