Wednesday, July 27, 2011

Belanjawan Hari Raya


Dah nak masuk bulan Ramadhan.
Ramadhan yang ditunggu setiap tahun.
Moga bulan Ramadhan pada tahun ini membawa seribu keberkatan kepada kita hendaknya.

Erm, dalam berseronok nak sambut Ramadhan, gementar juga nak sambut Hari Raya Aidilfitri.
Chey, belum berpuasa tapi dah nak bercakap tentang raya.
Hihihi.

Gementar bukan apa, yelah kan, pertama kali sambut Raya bersama suami.
Hehehhee.
Walaupun seronoknya rasa, tapi bajet untuk hari raya tak dilupakan.
Mesti disediakan.
Supaya nanti, habis je raya, duit gaji pun habis.
Tak mahu, tak mahu. Hee

Sebab pernah uruskan budget untuk kahwin hari tu, sedikit sebanyak dah tahu macam mana nak urus wang. Hihihi. Jadi, aplikasikan untuk rumahtangga pula. Hahaha.

Ok, pertama kali nak sediakan budget hari raya.
Kalau dulu, dengan keluarga kita aje, kini dah ada 2 keluarga, anak saudara pun dah ramai, sepupu pun dah ramai, kesimpulannya, keluarga dah besar dan bajet pun dah jadi double.
Heh.

So, I cuma sediakan yang basic ajela.
Tak nak membazir, nak mengejar rahmat bulan puasa yang utamanya.
InshaAllah.

  • Baju raya - pentinggggg! hahahaahaha. Cukupla kot baju raya 2 pasang aje. Kot husband dimurahkan rezeki untuk belikan I lebih dari 2 pasang, heh, Alhamdulillah, rezeki rezeki. hahaa. Tapi, budget setakat ini hanya membenarkan 2 pasang baju sahaja kot. Kalau jumpa kain murah sikit, boleh la tambah sepasang lagi. TETTTT! hehehehe.
  • Biskut raya - sebab sibuk dengan kerja mungkin tiada masa untuk bakar biskut tahun ini. Lagipun, di kuarters I tak punya oven la. heh. Memang niat tu ada, tapi kita tengok la macam mana nanti. Hehe. So, kesimpulannya, I order je la nanti. Tahun ni kena beli untuk 2 rumah, mak mertua dan untuk mama. Jadi, double lah. ehehehe. Mungkin akan beli kerepek sikit. Biskut raya dalam 3,4 jenis ok kot eyh.
  • Duit raya - yang perlu didahului dalam list : Mak, Abah, Mama, Bapak, Adik-adik total ada 5 orang. Lepas tu anak saudara, anak sepupu. Lepas tu selebihnya, anak kawan-kawan, anak tetamu yang datang, anak-anak tuan rumah terbuka. Hehe.
  • Duit perjalanan pulang ke kampung - termasuklah duit minyak, duit tol, duit servis kereta. Kena bincang dengan husband bila tarikhnya, berapa jumlahnya, nak balik ke mana.
  • Duit untuk jamuan - ni kalau family ada nak buat open house ke kan, takkan nak tolong masak aje, mesti nak kena tolong hulur jugak sikit. hehe. so, masuk dalam budget juge. hehe.
  • Hadiah buat parents and PIL - dalam hati niatnya nak beli sepasang kain untuk mama dan mak mertua dan untuk adik ipar juga. begitulah. tengokla rezekinya macam mana nanti. hee.

So, I rasa itu sahaja kot yang majornya. Yang kecil-kecil tu, masuk dalam tabung kecemasan aje la. Hehehehe. Kalau terdesak, korek aje la tabung kecemasan tu nanti. Hehe.

Perbelanjaan mengikut nisbah 20:80 .. ahahaa. kesian husband I. Nolah, dah kahwin ni, kena la berbincang kan. Kalau dia memang rezeki murah, kot dapat durian runtuh, boleh la serah tanggungjawab sepenuhnya pada husband. Heh.

As for this month, i nak guna sebahagian dari duit gaji untuk beli baju raya, kuih raya, dan kerepek. Lepas itu simpan sikit untuk budget duit balik kampung. Nasib kan raya nanti, lepas gaji masuk. heehehe. Itu nanti reserve untukduit balik kampung, duit raya, duit jamuan, kot ada baju raya tak cukup boleh la tambah lagi. ehehe.


Selamat berpuasa semua!
Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan hendaknya!

=)



9 comments:

kaklong said...

kak long belum masa lagi nak pikir utk bajet double2 ni...heyheyhey...;P

kak long masih solo lagi, tp utk tahun ni je, sebab insyallah tahun depan baru berdua bersama suami mcm cik belle jugak. heheh

ok cik puan belle, hope semua ok dan terkawal. cewahh ;)

Unknown said...

alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeli dan diberkati Allah hendakNya..

:)

shura shushi said...

nak uit raye!! ai budak sekolah lg =)

Anah said...

Syawal adalah bulan kita bnyak sedekah, bnyak duit keluar tp InsyaAllah banyak ganjaran

Umie Aisya said...

tu la kan,seb baik raya lps gaji bln dpn.hehe..so leh dulukan apa yg ptt :)

harzharun said...

babe!...aku dah silap phitungan...pergi buat personal loan tuk bli harta, n start akan potong gaji mulai gaji ogos!...sapa suruh!..huhu....tp xpelah...konon2 aku dlm pantang ms raya,xperlukan baju raya kelip2 pun kan...biskut raya pun xle mkn so aku xnak menyumbang biskut raya la thn ni pd umah parents aku...hahaha..jahat x...

btw, org selalu ckp "rezeki baby"...aku juz ttanya2 apakah rezeki yg baby aku bawa nanti...hurmm... :-P

malynd_anggun said...

ala...x sanggup nak calculate budget sendrik utk raye...suda ade dua rumah juge..oh!! pas raye bankrap le..hehe

Elya Roza said...

aku pun dh duk menghitung2 duit untk raya nii...moga2 dimurahkan rezeki untuk menggembirakan keluarga di hari raya kan!

QueenBz said...

Tahun lepas itulah yg aku buat. Kira bajet tak abis2. pastu dok heboh baju raya nak matching sama, yelah first time raya dgn husben.

wehh. dok mention banyak kali nak tambah baju lagi sepasang. mesti konfem tambah la tue ;p Teetttttttt!

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014