Monday, October 10, 2011

Sehari berdua bersama suami.

Husband datang jengok isteri di Kulim. Bahagia betul rasa. Tihihi. Cheyyyy sebenarnya datang Kulim sebab ada kursus di Gurun. Haa gitu. Still, I rasa happy. Hohoho. Sebab tak nak husband berleter itu ini, I bertungkus-lumus membersihkan rumah dan bilik. Bilik air juga. Sampah kena buang. Husband memang suka buat spot-check. Kang ada la nanti mana-mana yang nampak kena dimata I, tetapi tidak di mata dia, otak kena berligat la cari alasan logik akal kepadanya. Hahahaha.

Balik dari office semalam, pergi kedai cari udang. Mahal ya ampun, 10ekor udang dia charge I RM4.00. Tak rasa nak mengamuk ke? Bukan udang harimau pun. GRRRRR. Memang blacklist la kedai kau! GRRRR. Itula padahnya tamak tak hengat. Mentang pakai baju kurung ayu gitu, dia ingat I ni cikgu sekolah kot yang baru diumumkun Belanjanwan 2012 tempoh hari, gaji cikgu naik. Ambil kesempatan betul. Eiiish! Geram.

Abaikan cerita lepas geram tu. Heh.

Balik dari kedai, siap-siap di dapur nak buat cucur udang. Hahaha. Bukan cucur udang la, lebih kepada cekodok udang. Haha. Siap google resepi di internet nak cari the best recipe cekodok udang tau, nak hidang pada suami punya pasal. HEHEHE. Semangat seyhhh.

Alih-alih telefon berbunyi, "GPS ni beritahu lagi 3km, abang sampai". Tepung tak bancuh lagi, nak goreng cucur lagi la jauh. Hahahaha. Tapi, bila dah jadi isteri, naluri tu memang ada. Naluri isteri berkata, pukul 6 jugak tu sampai.. Sempat ni nak goreng cekodok ni. Heh. Relax betul goreng cekodok. Hehe. Nasib sempat goreng cekodok sebelum suami sampai. Hihi. Jadi, sila trust pada naluri isteri mulai sekarang. Hehehe. Agak - agak, nampak lipstick kat collar kemeja suami, ni memang sah ada perempuan lain dok menjalang ni. Drama betull. Agagagaga. Jangan, jangan, sila selidik dahulu. Kikiki.

Lepas goreng cekodok, kehulu kehilir cari amenda lagi yang tak kena pada mata. Kemas-kemas. Alih-alih. Heh.

Lepas tu, Ding-Dong. Keterujaan terlebih, takda door bell pun umah I. Hahaa. Suami sampai, ingatkan diiringi dengan bunga rose 36 kuntum ke kan. Drama lagi nieh. Hehe. Rupanya, diringi dengan aiskrim Magnum bersalut coklat Belgium, you! Hehehe. Suamiku, suamiku. Bahagia betul I dapat suami macam dia. Tahu yang isterinya begitu mengidam terlebih pada aiskrim Magnum. Hehehe. Naluri suami pulak la kan. Haha. Apa aku merepek nieh.

Layan suami hilangkan penat. Lepas tu teruja nak kasi rasa cekodok yang I goreng tadi. Hehe. "Abang dah kenyang, banyak betul makan tadi".  Ok, sendiri pergi bawa diri makan sorang-sorang. Sedih jek. Tapi sebab suami memang pandai ambil hati, makan jugak la cekodok kasih sayang isterinya buatkan tu. Hehehe. Habis sepinggan. Senyum isteri. Hehehe.

"Cekodok ni masin sikit. Patut I kena kurangkan lagi kan letak garam?"

Tapi, sebab suami pandai ambil hati, " Eyh taklah, ok je ni ". Makan lagi. Makan lagi.
Tihihi, isteri senyum senyum je bahagia.
Hohoho.

Tiba malam. Untuk dinner pulak.

"Sayur ni terlebih masin kan, abang?"

Suami dengan jujur beritahu, letak secubit je garam. Tak letak garam pun takpe. Sayur dah ada rasa manis.
Ok, he likes sayur tanpa garam. Heh heh heh.

Tiba waktu pagi. Buatkan milo.

"Manis ke abang?"
*kasi jug air masak*
Heh heh.

"Milo ni, tak perlu letak gula lain kali".
Ok, he likes Milo kosong without gula.

Itulah pertama kali sehari bersama suami di rumah tanpa kehadiran keluarga terdekat.
Dengan semuanya saya sediakan untuk suami.
Sedikit sebanyak, dapat tahu apa kesukaan suami.

Time to improve!
Whee, suka suka suka!

Saya beritahu suami, jujurnya saya tak pandai masak. Jujurnya, deria rasa saya lebih kepada manis, lebih kepada masin. Tapi, saya percaya, dengan masa yang ada, dengan masa yang diberi untuk belajar sedikit demi sedikit, saya yakin, saya akan jadi yang super hebat di mata dia, suatu hari nanti. Hehe.



Dan untuk pengantin baru yang lain, selamat belajar mengenali pasangan anda. Setiap hari adalah sesuatu yang perlu kita enjoy. Bukan berputus asa, bukan merajuk, bukan menjadi kalah. Sama-sama berusaha menjadi yang terbaik di mata suami, jom! =)


Petang ni, takda idea nak masak apa pulak.
Heh.



20 comments:

ni@ @in said...

sweet nye cite u dear..senyum j ain baca..hehehe

Cik Tqah said...

sweet je kan.. practice make perfect dear :)

Cik Puan Mimi said...

agreed! every time masa untuk belajar~ :)

Ijah EmoTemo said...

alalalal sweetnya! ngee ;)

choclairissa @ intan said...

saye phm perasaan atia..pengalaman yg menarik kan..tp husband awak terbalik dgn husben saye..saye yg jenis cepat bebel kalo rumah sepah..hehehe..

Fiza Amran said...

so sweeeetttttttttt

Meey@ said...

Cucur udang lagi sedap kalau letak daun kucai.pastu nak bg rangup, letak sikit minyak masak dlm bancuhan tepung tu.hehe..=p

betul mek, setiap saat yg kita spend dgn husband kita akan belajar sesuatu.gud luck n selamat berhanimun.ekekeke=p

didieadila said...

eh mane nk klik like niii? :D

fathinz md nor said...

hi cik belle.. lama kite tak jenguk sini.. comel jer cerite.. semoga menjadi isteri solehah ya..! it takes time utk memahami pasangan masing masing kan. setiap detik itu pastinya sesuatu yang indah kan

♥♥♥Farrah Anuar♥♥♥ said...

So sweet.. ni kena belajar banyak dgn Cik Belle kite.. :))


psst: Jimatlah nt yer gula & garam kt rumah Cik Bell :P

Miss Aai said...

hihi cute la u ni..

fAtrinA said...

So sweet :)

(J.U.L.I.E) said...

so sweet atia.. jeles2 ni.. huhu!!~

farhanna said...

xpe.. slow2 bljar kesukaan n selera dia

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

laaa dok kulim ke???? kulim tang mana dok??? huhuhuhu rumah parents eimy kat kulim jek...eimy pun keje kat kepala batas penang jek..tak jauh da pun....

Anonymous said...

cumelnye.. :) haah..awal-awal kahwin memang momen kelakar tu banyak..taste kita mana la nak sama dengan org lain...tp dalam hati memang nak puaskan hati husben kan..sanggup ikut taste dia.. :) owhh..proud kan jadi wife..

p/s: sy pun tak berapa reti masak..tapi husben ckp mcm ni "yang, abg x selera la makan lauk luar melainkan ayang masak"..trus x pasal-pasal terer pegang senduk, sudip bagai..kehkehkeh..

Emylia Shahila said...

sweet sgt.. terus x sabar nk lalui moment tu :)

saliha said...

alhmdlh bahagia kan rs ble kt bole serve utk suami..nak2 klu die puji mknan kt cdap hehehe rs puas n smngat nk msk lg..doa phala dikurniakan olehNYA ameen..mga kalian bhgia..ameen~

Liyana said...

hehe comel je cite ni, senyum je bace dr awl smpai akhir, hehe

masmOna said...

hihihi..comel.
mana best kalau makanan tak masin or tak manis kan kak tia? haha. taste org berbeza2..mubin tak suka sgt makanan manis. mari kita sama2 mengenali suami kita yok =)

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014