Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar di buai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Setiap orang ada egonya masing-masing. Tak terkecuali I. Mungkin sebab I ni anak sulung, dah terdidik dalam diri ni, biarlah apa orang kata, janji I capai apa yang I nak. I akan berusaha jugak untuk dapatkan apa yang I nak dengan apa jua cara. Kakak sulung kan, tak kesah dah apa orang nasihat, dia selalu fikir dia dah betul. Hihi. "Akukan kakak". Heh.
Jadi, tak dinafikan, sebelum kahwin, I dah bersedia untuk berjauhan. Yela, dari zaman bercinta sekolah-sekolah sehinggalah dah bertunang, kami memang pasangan jarak jauh. Jadi, apa adehal kalau dah tukar status Married pun, masih berjauhan. Apa adehal.
Tapi, ternyata I silap. Hati ni lembut. Lembut sangat. Sejak status bertukar, dah jadi isteri, alahai, sayu je hati kalau teringat pada suami. Setiap minggu tunggu hari Khamis. Disebabkan I di Kedah, Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti. Tunggu hari Khamis sebab nak pulang ke Kuantan. Nak jumpa suami. Nak tengok suami. Nak belai suami. Nak sediakan itu ini untuk suami. Semuanya kerana suami.
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa
Betul, tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Sayunya la hati, bila fikir, kesian suami saya, isterinya tiada di sisi. Dengan siapa dia nak bermanja, bergurau senda bila pulang ke rumah, isteri nun jauh di Kedah.
"Ya Allah, ampunilah dosaku kerna tidak dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri yang solehah di sisi suamiku".
Dan, buat abang, sayang mintak maaf banyak-banyak atas segala kekurangan. Terima kasih sebab redha ke atasnya. Dan, terima kasih kerana masih bersabar dengan dugaan ini.
Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya
Sumpah. Hingga akhir hayat, sayang akan terus mencintai dan meyayangi abang. Terima kasih kerana sudi menjadi pendamping setia tika susah tika senang. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan seorang suami yang sungguh hebat buat aku. Alhamdulillah, syukur... syukur.. syukur..
Dikala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Dah hampir 4 bulan berkahwin. Terima kasih abang kerna selalu ada. Sentiasa ada untuk sayang. Terima kasih. Terima kasih abang, bila mana sayang menangis, abang sentiasa ada untuk pinjamkan bahu. Terima kasih abang, bila mana sayang perlukan seseorang, abang sentiasa jadi yang pertama untuk tampil jadi seseorang itu. Terima kasih abang bila mana sentiasa menjadi penenang bila jiwa tak tenteram. Dan, terima kasih abang, bila mana bawa sayang ke dalam dakapan abang setiap kali sayang hiba pilu.
Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Saya sentiasa mahu suami ada. Kadang cemburu hati, bila mana orang lain jalan dengan suami berdua. Bila mana dapat tinggal serumah berdua. Bila mana buat itu dan ini berdua. Bila masanya akan tiba? Bila?
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa
14 comments:
cik belle: sama je ngan ciknaa. dh pregnant lagi sensitif bl jauh2 camni.. insyaallah ada rezeki kite duduk sama ngan asben nti.. tumpang sedih jugak..sob..sob..
sabar ye atia.. jgn putus berdoa. lg satu, slalu solat hajat dgn suami. dan minta mak ayah juga buatkan solat hajat.. pahit itu akan manis juga akhirnya.. be strong ok. =)
sedih la pulak :(
nasib kita sbb cuti yg lain berlainan hari dgn hubby...tp u lg kesian sbb kuantan-kedah tu sgt jauhhh okey...
b strong k dear...semoga suatu hari nnti sama2 kita blh tinggal dgn hubby masing2 :)
kite same je,sy KL suami Kedah..dri study,bercinta,bertunang dan kini berkahwin(4 bln)masih jarak jauh,bile dh tkr status kahwin ni mmg xleh jauh lame2..sedih tpi kena tabah n kuatkan smgt,kite boleh!!
be strong cik belle...
tak pasal2 i pulak yg rasa nak nangis.cian u..i doakan semoga HARI ITU which is, cik belle n hubby akan dapat bersama, berdua mcm pasangan husband n wife yang lain...akan datang..insyaallah
salam...kita punya rasa yang sama...duduk berjauhan dari suami mmg ada cabarannya sendiri...kunci kesabaran harus di pegang kemas..moga kita sama-sama tabah..
***bergenang air mata baca entri awak...
sebak pulak rase...
sabar ye cik belle..
i know how u feel..huuuuu
sama cik belle..dd pon ank sulung..bajet blh bertahan..dr stat bercinta smpai skrg LDR, rupa2nya pedih LDR ms berkawen..hati slalu sayu..dd hr isnin msti sobsobsob..hari jumaat terkinja2 xsabar nak jumpa suami, jumaat-ahd cuba yg terbaek untuk bahagiakan suami,sdaya upaya msk wlopun xreti msk,sdaya gembirakan hati suami..huhu..moga kita dapat bertabah dengan dugaan begini :')
T_T sedehhhhhhhhh....sbr la dear!!!insyallah lepas ni..ikatan korg akan lebih utuh bila diuji dgn hbgn jarak jauh ni...lepas ni bila korg da dekat..korg akan lebih mengambil berat antara 1sama lain dan hargai sume yg ade depan mata...org kata...jauh2 ni lg bertambh syg..think +ve babe...pasti nanti korg akan bahagia mcm org lain....amin!!
CikNaa: CikNaa, hope its not too late to congrat u dear! Tahniah tahniah tahniah... jaga baby elok-elok ye. =)
InshaAllah, sama-sama doa.. moga-moga dipermudahkan..
Mrs Azhar: Shas... thank you bagi nasihat.. InshaAllah, akan lebih kuat berdoa..
Owh, btw, tahniah Shas! Penantian akhirnya berjaya juga yer.. =) Tahniah Shas!
~ NANA ~ : haah,jauh sangat la... Kedah-kuantan, tak larat nak harung. hehe..
misz anie: rupanya, ramai yang berkongsi nasib yang sama ye.. InshaAllah,sama-sama kite kuat semangat dan bersabar..
Syima Syaz: Syima, terima kasih atas doanya. =) hugss
ayuin: ayuin, terima kasih atas nasihatnya.. =)
malynd_anggun: sobs. =(
didieadila: bagusnya didie! sedaya upaya untuk jadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.. =)
suriadzul: InshaAllah.. mudah-mudahan ada hikmahnya.. InshaAllah. Amin..
wah gile jiwang atia!! tak tercapai dek akal aku. harharhar. sorryla sebab aku cam lacking romantic genes sket tu yang jadi camni.
aku tak boleh nk cakap, i totally understand how you feel cos so far i've never been in any LDR. oh wait dengan ex-bf but that was totally different story. haha.
bertabahlah.
Moose: weyhh kasi chance la aku nak buat post leleh-leleh... hahahaha.
cik belle, nasib kita sama. Terpisah dengan suami tersayang. Semua org cakap, kita kene jadi kuat. InsyaAllah, akan tiba masanya. Lepas berkahwin, saya cuma sempat seminggu bersama suami. Kami hanya akan jumpa tahun depan pula. Saya di kedah dan suami di luar negara. Sungguh.. sy rindukan dia..
Post a Comment