Friday, August 5, 2011

Suatu petang di bulan Ramadhan


Pendek aje entry kali ini.

Cik Belle tak pandai siang ikan.
Malu memang malu.
Tapi, kalau tak bertanya, memang akan sesat punya.

Sebab cara saya siang ikan adalah unik, maha unik, HAHAHA, jadi saya mohon bantuan mak mertua tunjukkan siang ikan di jalan yang benar.
Mudah aje sebenarnya.
Potong serong mulut ikan, kelepet kan sikit, tarik organ dalaman.
Berjaya!

Terpaksa tebalkan muka.
Suami gelak aje bila saya cerita perihal ini.

"Malu abang, malu, HAHA"

Ampun abang.

Budaya kita berbeza.
Cara kita juga mungkin berbeza.

Seperti makan pulut dengan sambal tumis ikan bilis.
Pertama saya lalui dalam hidup.
Begitulah kehidupan bila berbeza budaya.

Tapi takpe, hati kita akan tetap bersatu.

Eceyh.
Hahaha.

Pencapaian terhebat 2 bulan menjadi isteri.
Saya boleh berbangga kini, dah pandai siang ikan kembung.

Noktah.



15 comments:

♥ balkidz_hunny ♥ said...

aku jua dulu begitu. dapat pulak mak mertua buat katering, super maluuuu! padahal ayah tukang masak kenduri kawen. hehe.


pencapaian terhebat tak semestinya nak tunggu special day kan? hari2 kite patut buat pencapaian utk diri n husben :)

♥ balkidz_hunny ♥ said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Najib said...

wan pun xreti gak ptg ikan jaket aka cencaru klu teringin suruh org kedai ptgkan siap2...huhuhu

Cik Belle said...

♥ balkidz_hunny ♥ : agagaga. aku malu aku malu.. tapi itulah, kalau tak belajar sampai bila tak tau. punah la harapanku nak jadi chef.. agagagga

Mrs Najib: haa itu lagi satu jenis ikan yang i kena belajar. so true babe. i memang biasanya beli ikan suruh siang siap-siap. that's y!

fira. said...

hahaha.. comel nye kisah u siang ikan atia. i plak mcmane la nnt siang ikan kan @rumah mertua.. i pun jenis xreti ke dapur sgt. dup dap dup dap..

amy fahmi said...

hikhik. i pun x reti siang ikan. sekarang ni masak ape pun sume bahan dah ready. tak nak masak ikan, bole? haha

Darling Aween said...

macam awn..kahwin org Perlis..mana nak biasa breakfast Laksa pagi-pagi..ada sedara hubby mkn laksa guna tangan..mau lagi tak pelik..berbeza dn awn yang mmg gila nasi.. =)

K.I.N.A said...

sama la! tak reti siang ikan gak..asyik suruh ibu je part siang..=_=

harzharun said...

aloo comel la ko ni....hahaha...

yup, budaya berbeza walau sama2 negeri pantai timur, walau negeri bjiran...aku mkn pulut dgn kelapa n ikan bilis or ikan kering goreng...arjuna mkn pulut yg dimasak dgn gula melaka n digaul dgn kelapa..arkk,lain benor...haha

kat umah,kami gilir2 masak...hari aku masak, menu terengganu..hari arjuna masak, menu kelantan la..hehe

Atiqah Ahmad said...

i pun tak pandai. hahaha. :P

Shayraa said...

part 1st time makan pulut ngn sambal ikan bilis tu pun saya kena! ye la, biasa mkn ngn ikan masin n kelapa, tiba2 kena dgn sambal kan, nasib baik sedap!

Anonymous said...

1st time gi umah bakal mak mertua pn kene siang ikan..tp naseb dah pandai..since skolah menengah mak dah dedahkan anak2 dara die ke dapur...huhuhuhu..

miss puteri said...

pandai dengan cara sendiri je lah!. tatau jalan yang benar jugak!hehe.. ada org lain2 gayenya menyiang ikan nie kan..ehee

Cik Belle said...

fira.: cepat belajar! hehee

amy fahmi: betul la babe! i dah biasa beli ikan kat supermarket, kan da ada service sian ikan sekali kan.. so itulah sebabnya tak belajar siang ikan. ekekeke

Darling Aween: ok, pelik, i pun tak pernah makan laksa time breakfast!!! hihi itulah budaya kan orang kata..

K.I.N.A: kikiki..

harzharun: aku sama ngan ko! aku tak pernah lagi makan pulut ngan gula melaka tuuu.. walaupun duk sempadan kelantan. haishlaaa.. untung ko ada suami pandai masak eyh. hihi

Atiqah Ahmad: ok geng! hehe

Shayraa: kikikiki..

anony: untung nya awak! hihi. i dulu time form 1 dah start duk hostel. then masuk uni dah stay hostel lagi.. tak sempat konvo dah dapat tawaran kerja.. duk umah bujang, memang turun beli je laaaa.. itula padahnya. heheee

Cik Belle said...

miss puteri: haaa put! betul tuh. sokong sokong! ehehee

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014