Monday, March 21, 2011

Perihal borang kebenaran bernikah

Pagi Jumaat ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Haha, tau la kan nak kena settle apa kan.
Mestilah nak ambil borang nikah.

Lagi 2 bulan 1 minggu nak kawen, baru nak ambil borang.
Jangan ikut cara saya.
Memang tak boleh dijadikan rujukan.
Huhu

Sebenarnya, saya tak tahu pun boleh ambil borang seawal mungkin.
Saya fikirkan, nak ambil borang kebenaran bernikah kena tunjukkan sekali borang kebenaran bernikah dari pihak lelaki yang dah siap diproses.
Totally wrong!!!
Salah pemahaman.


Tips: Boleh pergi ambil borang nikah 4-6 bulan sebelum tarikh untuk bernikah. Wakilkan kepada siapa-siapa pun boleh. Tak jadi masalah.


Jadi, bila ambil borang nikah dalam masa 2 bulan 1 minggu lagi nak nikah, memang gelabah la kan.
Niatnya, nak siapkan terus borang nikah, dengan HIV semua dalam masa 1 hari.
Cheyh, berlagak nak siapkan dalam masa 1 hari! Haha.


Natijahnya, pergi klinik kesihatan konon nak buat HIV Test, ditolak mentah-mentah.
Alasannya, HIV Test hanya boleh dibuat pada hari Isnin - Khamis.
Okeh, pasrah.


Tips: Untuk orang Seremban, klinik kesihatan buat HIV Test dari hari Isnin - Khamis.


Lepas tuh, tengok cheklist dekat dalam borang tu, kena sediakan Surat Akuan Bujang daripada majikan. Saya ingatkan, hanya Surat Akuan Bujang daripada pihak lelaki sahaja.
Totally wrong!!

Tips: Perempuan pun kena sediakan Surat Akuan Bujang. Sediakan surat akuan bujang dengan kadar segera, kalau rasa nak hantar borang kebenaran bernikah cepat - cepat. Nak - nak yang kerja berjauhan dari hometown. Sebelum balik hometown, sila paksa orang yang bertanggungjawab sediakan Surat Akuan Bujang.


Checklist Permohonan Nikah Perempuan: Kategori Anak Dara

(Kalau Balu, Janda, Polis, Tentera kemungkinan ada perubahan)

3 Salinan Kad Pengenalan dan tunjuk yang asal
3 Salinan Kad Pengenalan bakal suami
3 Salinan dan asal Surat Pengesahan Bujang dari majikan
3 Salinan Sijil Kursus Perkahwinan serta sijil asal
3 Salinan Kad Pengenalan Wali
3 Salinan Sijil Nikah Ibu/Bapa bagi anak perempuan sulung yang ingin bernikah
1 Salinan dan asal Surat Kebenaran berkahwin dari pihak lelaki luar kariah/Negeri/Negara

Ini yang diperlukan untuk proses borang permohonan nikah.

Gambar 5 keping bakal suami dan diri sendiri disediakan waktu hari akad nikah.
Tak kisah la nak pakai tudung warna apa pun.
Hee.


Ini tentang pengalaman.

Sebab tak tahu mana Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, siap google dulu.
Baca blog SK, katanya berdekatan dengan library.
Library pun saya tak tahu kat mana.
Aha, maaf, sebelum ni saya menetap di Subang Jaya.
Jadi, memang tak tahu selok belok jalan.

Lepas tu, terbaca juga dalam entry SK, berdekatan dengan Masjid Negeri.
So, yeah, menuju ke Masjid Negeri, dan mata melilau mencari Pejabat Agama.
Nampak dah, tinggi gila bangunan. Hehe.
Dengan yakin, parking kereta, jalan kaki masuk dalam bangunan.
Pak guard tanya, ada apa hal?
Kami pun jawab la, nak amek borang nikah.
Blur. blur.
Pak Guard cakap, bukan kat sini, bangunan belakang.
Keluar la berjalan mencari.
Nampak bangunan setingkat, kena bukak kasut lagi.
Masuk dan ada gadis comel bertudung labuh kat kaunter.
Beritahu hajat, dan dia layan saya dengan penuh sopan. Terangkan segalanya pada saya.
Mana tempat saya kena sign, mana tempat saya kena mintak wali sign.
Semuanya, memang jelas penerangannya.
=)

Takde la nak kena soal bab agama ke apa.
Saya pakai jeans ketat lagi.
Kemeja biasa aje.
Jangan tiru! Sopan sikit please.
Dengan tunang saya pakai baju *!*)@)!(@&^5^.
Haishhh. Nasib Ustaz baik hati.
Takde nak marah ke halau ke apa.
Haha.

Ala, kalau kena interview pun, semua pun yang kita dah tau kan?
Noting to worry, babe!

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan!
It;s time for me to settle my permohonan nikah!
Weee-huuu!







23 comments:

Shayra said...

wah, tq tq. info yg sgt membantu utk saya sbgai warga seremban. hehe. tq tuan tanah..

farah, s. said...

thanks for the info babe. sangat membantu. baru je nak google pasal ni, tp ur entry came up first ;)

Unknown said...

wah nampak mcm senang. "nampak" je la tp proses nya.. hhehehe. lain tempat lain cara kot kan..

Syima Syaz said...

cik belle? kena interview ape ek??

Cik Belle said...

Shayraa: =) all the best! hehe

farah aminuddin: semoga dipermudahkan! =)

lind: mungkin. hehe. pernikahan seharunya yang paling mudah kan? harapnya mudah sehingga ke akhirnya. Amin. hehe

Cik Belle said...

Syima Syaz: Syima, die cuma tanya saya, nak nikah bila. tuh je. hehe..

♥♥ eija ♥♥ said...

thanks for the infoo memang membantu kekusutan dalam kepala nie :) memang ja pun belum buat apa-apa lagi tentang borang nie...

Shakina Farhan said...

wah..kl camtu kina pun da boleh amek ni..thanks 4 da info dear!

Adawiyah A.Halim said...

tq cik belle..info yg sgt2 berguna la =)

Hidayati Farhan said...

hehehe, saya lagi belum kursus kawen. hakhakhak. hurmm, N9 mcm2 eh dia nak

aeenwahiddin said...

thank you cik belle for the info!! samala ain pun kat seremban juge :D

"cikkin" said...

hoho..cik belle..kite pon x setel lg borang2 ni..nasib cik belle bgtau kene sedia bape salinan..kalo x..mesti bawak 1 salinan je..huhu

~ NANA ~ said...

i pon tinggal lagi 2 bulan lebih tp still x buat HIV test n isi borang lg...ngeeee....eh2 kna buat surat akuan bujang ke??? adoiii

LisaLisut said...

yahooo!!!!!!!!!!! thank you for the info cik belle!!!! ohhhh legaaaaaaaa membacanya.kihkihkih!

farahfatihah said...

ehhhh org seremban ke belle? bukan pahang?

Elya Roza said...

atia..aku ingatkan ko awal2 dh ambik borang ...eheh..
yeay!!dh selesai satu kerja :D
nnt klo ade member2 aku dr seremban..aku soh die refer kat blog ko je la.ehe

Renee Meow said...

tq for sharing.. :D agak2 selangor/kl same ke lain eh cara dia??huhuhuhu.. T_T tgk mcm susah je..


meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com

dee said...

banyak bende yg kene disetelkan..huhu
btw, tahniah!!:)

(J.U.L.I.E) said...

thanks atia.. akoo pon ingat bender yg samer tang borang nikah tu.. hehe... thanks,ya..

Reen Tart Nenas said...

saye pakai baju kurung!

Cik Puan Mimi said...

kenape ada orang ckp x payah sertakan surat akuan bujang untuk perempuan? sbb ade ustaz bgtau time kursus perkahwinan tu. laki je kena sertakan sbb nk make sure bukan apply untuk perkahwinan ke2

Cik Belle said...

Cik Puan Mimi: Em, maybe prosedur di tempat lain berlainan kan. Itula, at first i pun ingat tak perlu sediakan.. tapi bila datang, i tanya 2 3 kali jugak just to make sure, betul ke yang die maksudkan, perempuan kene sediakan surat akuan bujang. hee.. so, better u call pejabat agama daerah u untuk confirmkan. =)

coklet chenta said...

Thanks for sharing..blog awak banyak membantu saya since i ll marry at N9..

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014