Tuesday, December 15, 2009

Mahu design yang macam mana?

In searching of ideas on E-day outfit. In love with these two Malaysian designers, Rizman Ruzaini and Zery Zamry. Owh, how i berangan nak pakai baju Rizman Ruzaini. Berangan ajela mampu. Hihi.

1) Tak pernah lagi nampak orang pakai kurung pendek macam ni time bertunang. Hmm, saya pon tak berani. Hihi. Tapi saya suka bahagian bawah baju itu. Comel. Ala, apa sahaja di badan model memang nampak menarik.



2) Suka. Modern sedikit. Mungkin kah bakal mak mertua bakal terkejut dengan design begini? Ngee. Harusla ditambah lengan bia tampak manis. Sekali lagi saya suka bahagian bawah baju dan kain itu. Lace patches dan detailing die menjadi. Owh, menarik.



3) Seperti yang (1), i tak berani nak pakai pendek macam ni di majlis pertunangan. Tapi, bahagian bawah baju dan kaki kain menjadi idaman. Mungkin boleh tunjuk dekat tukang jahit suruh buat macam ni. Hihi. Berjaya kah?. Tapi, untuk design sebegini, thai silk or seangkatan dengannya je sesuai. Chiffon tak mungkin sesuai untuk design kelepet2 sebegini. Umm.


4) Mini kurung/ kurung moden. Menjadi top list saya. Kain kembang fabric chiffon menjadi idaman. Untuk top, cari chiffon and do lace patches maybe. And other detailing. Ok, da dapat idea sikit-sikit.


5) Saya mahu begini di hari tunang saya. Ala-ala jubah. Dan fabric chiffon itu flowy aje nampak.. Soft pink menjadi pilihan, nampak lembut aje perempuan. Tapi, puffy sleeve itu mahu saja buat I nampak sedikiy berisi. Sukala baju ala jubah ni.

Dan lagi contoh baju ala jubah. Kalau topnya tak labuh sampai ke kaki pon manis jugak nampak. =)

6) Ada touch seperti kurung pahang. Suke design begini. Bolehla menyorokkan pehe saya yang sedikit besar ni. Hihi. Perlu tambah sedikit detailing di bahagian dada dan lengan baju. Barula nampak baju tunang. Dan fabric chiffon masih menjadi keutamaan saya. =)

7) Love the detailing of her baju. Sedikit sahaja tapi menawan. Less is more orang kata. Cuff tuh tgh in yer sekarang. Dan kain selisih depan nampak sopan dan manis. Tapi, takut sempit pulak nak bersimpuh. Macam mana? =) Lace patches di bahagian dada dan cuff sumber inspirasi untuk baju tunang saya nanti.



Nak design baju pon pening. Belom lagi nak cari kain. Adoi.

Images credit to: Rizman Ruzaini dan Zery Zamry


5 comments:

(J.U.L.I.E) said...

atia.. ok la tu.. br2 ni mbr akoo beli kain kat jakel.. mahal gaks arr.. tp cantik.. tp tu tuk bersanding la.. kain selisih depan mmg nampak tak cantik time duduk lain la kalo ko dok kusi.. yg penting.. kiter selesa n org yg pdg kiter pon sleser~

Anonymous said...

tula..puff sleeves mmg tgh in kan skang? tp maybe tuk Eday, fara beli ready made je kot.. save budjet.. konon nak focus kat Wday.. hehe kalo wet lbeh mau jak wat cam pic no 6 tu..sweet gilak!

Cik Belle said...

J.U.L.I.E: kain ape yang mahal tuh? lace ke? baju bersanding mesti nak grand2 kan.. tu sebab mahal tuh kot. hihi. aku pon fikir cam tuh jgk, pakai bia selesa. kang duk atas pelamin tuh, muncung aje.. hihi

faratul: bagus jugak eyh idea beli yang ready made je.. da survey? hihi. itula, warna pon sweet2 juge.. hihi.

harzharun said...

u...nape i x pikir pong beani x berani ms tunang hr tu...u tgk my e-day outfit?..ditegur sbagai seksi oleh my own makcik..tp makcik yg tu mmg slalu tegur pmakaian org pun..

Cik Belle said...

harzharun: rasenyer baju tunang awak xsexy la.. labuh je tutup semuanya. kadang kite pakai baju kurung pon ade orang cakap sexy.. hihi. terpulang pada pendapat mereka.. yang penting kite selesa. =)

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014