Tuesday, August 16, 2011

Coretan Raya yang bakal menjelma


Hari Raya dah nak menjelma.
Seronok memang seronok.
Sayu pun ada.

Dulu, waktu bujang, keluar beli barang persiapan raya dengan mama. Paling seronok time pilih baju raya. Pilih je suka hati. Mana yang berkenan, tunjuk mama and she paid. Kan suka tu. Adik-adik cuma dapat 2 pasang baju je. Baju melayu sepasang. Baju kasual sepasang. Tapi sebab I ni anak perempuan tunggal dalam family, budget baju raya mesti lebih dari adik lelaki, hahaha. Mesti dapat lebih dari 2 pasang. Mana taknya, minggu ni di Subang Parade. Minggu depan ke Shah Alam pulak. Minggu seterusnya ke mall lain pulak. Begitulah pencarian sehelai baju kurung.

"Mama, kakak tak jumpa lagi baju raya, esok kita pergi cari kat Subang Parade, nak??"

Pantang pujuk, mama mesti setuju.
Kuasa anak perempuan sorang.
Heh.

Tapi, tahun ni. persiapan menyambut raya dengan suami.
Alhamdulillah, baju raya dah hantar untuk tempahan. Tak sempat siap, I kena heret suami pergi beli baju raya. Heh heh heh. Tanggungjawab seprang suami untuk menyediakan pakaian untuk kita. Heh heh heh. Harap suami baca dan mendalami. HAHA.

Suami baik hati belikan I sepasang kasut raya. Terima kasih, abang.
Campur kasut hantaran yang tak pernah bawak jejak tanah lagi tu, YEAY ada 2 pasang!
Tapi, handbag raya, tak ada lah. Nasib handbag raya tahun lepas elok lagi. Gunapakai yang tu jela. Handbag hantaran pun nampak masih baru lagi. Jimat duit suami.. Hee.

Dulu, setiap pagi raya, mama mesti lip lap kan I. Pakaikan gelang, beri cincin untuk I pakai, pakaikan rantai, tukar loket.. Tak nak nampak anak dia tak berhias agaknya. Kadang I menolak jugak untuk berhias. Rimas. Hehe.

Hari raya bakal menjelma nanti, I pulak akan menyiapkan suami. Gosok baju melayu, pakaikan butang baju melayu, bersihkan songkok, dan seterusnya. Kasi chance la, tahun pertama kan beraya sebagai suami isteri. Hehe. Tahun kedua mungkin sibuk persiapkan anak pulak, siapa tahu? Haha. Suami tak mungkin diabaikan. Heh. Debar je suami baca nanti. Haha.

Em, dulu, waktu bujang, hari raya pertama berjujuran la air mata salam mak salam bapak. Mintak ampun kesalahan setahun. Sayu woh. Mintak halal makan semua kan. Hehe.

Tapi nanti, hari raya pertama salam suami dulu. Mintak maaf dengan suami dulu. Pernah meninggi suara pada suami, PMS biasalah. Hihihi. Agak-agak menangis tak? I ni kememey sikit. Hihihi. Tapi, paling tak tahan nanti, kena mintak maaf dengan mama dan bapak melalui telefon.. Sayu pulak rasa. Tak dapat salam cium tangan. Telefon aje dengar suara. Sobs.
Tak nak sambung da-lah.

Sayu pulak hati.


" Selamat Hari Raya, semua"



9 comments:

erin moshimoshi said...

alaaa sedihnye .. takut lak kite nak cempuh alam kawen x lama lagi huhu..

jauh nan mummy

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

Part bersalam mintak ampun maaf dengan husband tu memang sayu..get ready la tisu ke apa siap-siap, kang ada jugak lengan baju raya yang bling-bling bermanik jadi mangsa lap air mata. Huhu..Saya thn lepas memang mendayu-dayu nanges..Tahun ni?? Nanges jugak sebab suami tak dapat cuti raya..waaa!!!

(J.U.L.I.E) said...

atia.. takmo nanges2 taw.. lepas ko salam2 shahrul, meh la dtg berayer umah akoo.. umah shahrul kan blkg umah akoo jer.. huhu.. so, tahun ni kener la btol2 make sure rayer puas2 as single.. lalala.. thn depan blom tentu g rayer ngan family.. waa!!!~

yUmIe said...

ok get it..ko rye kt ktn ye thn ni??nt jemput le dtg rompin eh:)

Xora said...

Bab mak hiaskan kita dgn lipa lap tu mmg amat stuju. sebelum balik kg, mst ibu pastikan saya ada barang kemas, gelang 1, rantai 1, cinicin 1. tapi lepas balik daripada kampung, terus tanggalkan semua barang kemas tu.. rimas :P tapi skrang, tak tanggal2 dah psal yg kasi tu suami sndiri ehehhe

cikFM said...

emm mesti rase lain kan cik belle.. kalau dengan mak kite lain.. dgn suami pun lain..

etty said...

ala belle, asal buat entry sedih??? tak pasal pasal teriak kt office ni. haahahhaha *sebab raya kt umah mertua dulu...sob sob sob.

♥ balkidz_hunny ♥ said...

tang liplap2 pakai brg kemas tu aku rase semua mak2 pun samelah. haisshh. rimas aku,tp layan jgk.
sekarang tibe2 aku feeling nak belikan anak aku gelang tuk raye, HAHA. putaran hidup :)

alalala. sayu tau. tahun lepas, mak kau dtg mengunjung (adat jawa-anta lauk umah sedaramara,jiran,besan) mase mama ayah aku nak balik meleleh air mata. macam kena tinggal sorang2 jer. sobbsss! tahun ni giliran umah aku. yeayy!

miss she said...

sedih baca entri ni.. bakal menempuh pengalaman yang sama kalau dipanjangkan jodoh.. sabar yer sis

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014