Wednesday, May 18, 2011

Majlis Cik Belle mesti GRAND.


Saya tertarik untuk komen tentang pendapat sesetengah readers yang kononnya wedding bloggers pasti grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya.

Tak saya nafikan, memang ada wedding bloggers yang grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya. Ann, Lynda, WLT, Heed, to name a few.

Saya bukan tergolong dalam wedding bloggers yang weddingnya pasti grand, meletup, hebat, WOW, dan seangkatannya.
Kerana apa?

Saya bukan dari kalangan ada-ada, meaning, mak ayah saya hanya orang kebanyakkan, tiada berpangkat.
Saya baru bekerja, baru genap 6 bulan. Boleh bayang kan, berapa simpanan saya untuk majlis perkahwinan saya nanti?
Bakal suami pun bukan dari keluarga yang berpangkat. Dan wedding belah dia, dia yang keluarkan duit belanja. Termasuk duit hantaran saya. Semuanya dari titik peluh dia. Itu dah cukup buat saya untuk membuktikan betapa dia ingin benar memperisterikan saya.
Saya tidak punya credit card yang boleh berhutang dulu bayar kemudian.
Saya tak punya loan peribadi untuk support majlis perkahwinan saya.

Jadi, saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

Memang keinginan tu ada.
Nak majlis hebat, grand macam anak raja. Hihi.

Tapi, saya sedar, siapa saya.
Sehingga hari ini, saya ingatkan diri saya, ianya hanyalah sebuah majlis.
Jadi, cukuplah sekadar yang saya mampu.

Berbalik pada topik utama, wedding blog more about sharing ideas, what's hot, and all.
Bukan makna kalau ada wedding blog, weddingnya hebat.

Saya tak tahu yang lain, tapi saya menulis hanya untuk satu niat.
Nak berkongsi.
Berkongsi idea.
Berkongsi tips.
Berkongsi perihal persiapan saya.

Itu sahaja.

Bukan untuk menunjuk betapa hebatnya majlis saya nanti.
Betapa hebatnya hantaran saya nanti.
Betapa cantiknya baju nikah saya nanti.
NO.

To all my readers, kalau itu yang anda bayangkan, anda silap.

Sebab majlis saya biasa aja.
Sederhana.

Bayangkan, majlis saya nanti tak ada banner pun.
Majlis saya nanti tak ada arch pun.
Majlis saya nanti tak ada band pun.
Majlis saya nanti tak jemput Sue Cantek pun.
Majlis saya nanti tak ada photobooth pun.

Banyak yang tak ada.

Boleh bayang kan, majlis saya nanti biasa je kan?
=)

Kesimpulannya, being a wedding bloggers, bukan bermakna weddingnya grand.
Hihihi.

Saya acap kali lihat, idea yang saya utarakan di blog saya dan bloggers lain digunapakai oleh vendor-vendor untuk menghasilkan majlis client-client nampak hebat.
Client-client semua orang berduit.
Memang boleh bayar vendor-vendor untuk menghasilkan idea-idea hebat ini.
Dunia sekarang, ada duit, semua boleh kan?
Takde duit macam I ni, duk diam-diam, meleleh air liur mengidam. Hahaha.
Perumpamaan.

Saya yang tidak berduit ni?
Hanya mampu share idea-idea hebat untuk berkongsi dengan semua.
Itu je yang saya mampu.

Harapnya, yang datang majlis saya nanti, takdelah yang jadi mak cik bedah duk compare tentang pelamin saya, duk compare tentang doorgift saya, dok compare tentang itu dan ini.

Satu yang saya percaya.
Semuanya in good hands.
InshaAllah.
Saya meletak sepenuh kepercayaan kepada vendor-vendor saya untuk menghasilkan sesuatu dengan apa yang telah saya labur.

I know they were good, and InshaAllah, they will deliver up to their best.

Majlis saya grand?
Tak mungkin lah.
=)




33 comments:

farah, s. said...

well-written cik belle!

Super Ummi said...

same la kita cik belle.. banyak yang sama.. Takpe2, jangan dengar kalau ade makcik2 nak komen ape2.. yang penting kita dah buat yang terbaik untuk majlis kita... Keberkatan lebih penting dari ke'grand'an majlis tu...

Dah tak lama kan..... Semoga semuanya berjalan lancar... =)

LindaF said...

Setuju dear.
and i like entry kali ni.
and please. im not allowed any makcik bedah to my majlis. walau sebenarnya
Ramai di luar tu yg suka compare2.

hish tak suka

Lyana MK said...

nice entry...majlis saya juga grand?npk nyer jugak tidak!! heheeh

http://lyanamk.blogspot.com

Maneesa said...

I support u! All the best dear yg penting kita happy, majlis berjln lancar, elok and maasjid dibina bahagia :-)

A.N.A said...

sgt setuju ngn cik belle..kita bkn nk tunjuk wedding kita grand ke x,kita wedding blogger just nk share our ideas,tips dn mcm2 lg ttg wedding..bkn nk mintak di nilai wedding ke tahap mana..grand or not kn?owh..mulut cik bedah mmg mulut tempayan,mami jarum katakan..tetttt....mcm mn pn wedding kita,yg penting kita puas hati,tetamu puas hati,tuan rumah puas hati..n perkahwinan kita diberkati..

~ NANA ~ said...

eeeii i paling takot & tak suka org compare2 wedding i dgn sape2 tau...

kita buat cara kita la kan? x kesah la grand or sederhana :)

*tp i mmg teruja tgk majlis2 kawen org....hihi*

Bushra Tajuddin said...

Grand tidak menentukan kebahagian kita selepas kahwin. Betul tak?

Sederhana itu lebih baik. Yang penting, kita menjemput tetamu dengan seikhlas hati. Yang penting, tetamu mendoakan kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Itu yang penting! ;)

hana yoriee said...

very well said..i like! =)

kita bukan nak bermegah atau apa..mgkn kita cuma lebih teliti dlm preparation kita..saling mengingati antara satu sama lain..share kekreatifan dlm majlis perkahwinan kita..

pokok pangkalnya, sumanya hanya manusia biasa. mindset yg mengatakan wedding blogger = hebat mmg perlu diperbetulkan.. =)

lovelyadibah said...

ala..mcm sedeyh la plak bila baca..saya percaya perkahwinan akan manis bila kita hepi :)chaiyok2!!:P

mrs chenta said...

boleh ajar saya cara like entri ni sebanyak yang mungkin??? anyone?

amy said...

:)
thanks cik belle. blog yg membela penulisan b2b blogger.

masmOna said...

mas doakan yg terbaik utk cik yg manis ni..happy selalu kak atia =)

hazlynda kushairi said...

Allah knows whats the best for us. Jangan masukkan nama aku dalam kategori grand. aku assume wedding ni rezeki masing-masing. semua orang sudah tertulis takdir dan kehendakNya. siapa"dia" untuk menghukum dan mengesahkan bahawa wedding blogger tu semestinya GRAND? kalau nak grand mcm anak Naza tapi berhutang sane sini, siapa nak tanggung? lama kelamaan darah tinggi.

period.

ima sakina said...

like!

Rai said...

me like this too. :)
Insyaallah semoga dipermudahkan segalanyer.

Anonymous said...

OMG..
I bru je read ur blog..
i dh jatuh cinta gn ayat2 cik.belle!!!!
sama la kita cik.bella...
anyway.. goodluck for ur wedding day...

tasha

nolie said...

Majlis nolie pun biasa jek. Kita hanya nak berkongsi dan nak jdkan kenangan kan. Sebab, kalau x tulis dlm blog, semua kenangan tu akan hilang kan kan kan.

intan said...

agreed dear!
hehehe.

Xora said...

Belle, kamu mungkin tak berduit, tapi kamu ada idea.. idea tu duit pun tak boleh beli :D duit boleh jana idea, tapi buah fikiran tu, anugerah tuhan kan?

p.s byk benda dalam dunia ni memang memerlukan duit, tapi tak semua benda dalam dunia ni, duit boleh beli, kan? ;D

P.s.s nak tengok Belle live, itu sahaja :D

LisaLisut said...

bravo! betul point u yg pasal vendor2 pn ade ambik idea utk deliver ke clients mereka.no money no talk.dlu kawan i sorg pernah ckp "wedding ko mst gempak kan Lisa.wedding bloggers mana ada tak gempak"---> (>_<) masa tu i ckp..ni yg aku mls nk blogging ni.expect bukan2.sigh.

whatever la.we cant stop them from imagine benda yg dorg nk imagine.kite cerita lain dia bygkan lain.hahah

all the best cik belle!

Cik Una said...

Saya pon suka entry ni..biasa la blogger mesti suka post idea2 perkahwinan yg best2 kt blog tp x semestinya kita dpt semua tu kn..kita cuma berkongsi idea tp org igt kita nk buat semua tu...sy pon sama mcm cik belle, bakal hubby sy berusaha simpan duit utk duit hantaran sy dan majlis dirumah dia, jd sy sebagai bakal wife yg baik (cewah) x boleh la beban kan lagi dia..ye x? :)

Unknown said...

:) mereka mendoakan wedding b2b blogger ini mewah.. rezeki~ :P

well, congrats, love it!

boleh tgok cik belle nnti.. :D

Cik NeyNa said...

eh..
apa lak cik atia..
wedding cik atia mesti grand punya lahh...
GRAND DI HATI CIK ATIA TO BE MEMORIZE...
kan?? kan??
alalalalala....

Emma said...

stuju sgt..nak like 100x bole?:D sume org ingat bile tulis kat blog mesti majlis hebat n grand segala kan? pangkah! lg 1, mmg da jd lumrah makcik bedah akan compare majlis kite ngan majlis org..biarkan je. asalkan kita bahagia n suke ngan majlis kita..tu da memadai kan :D

Unknown said...

like banyak2 kali dear.takpe kita sama2 tergolong dalam kumpulan itu.biarkan lah mereka2 itu nak 'bercakap dan berbicara'.apabila penat, maka diam la mereka. ;)

cik senah said...

:) Org yg melabelkan wedding blogger nie bakal menganjurkan majlis kawen yg grand2 niee..buleh dikategorikan sebagai "geng serkap jarang"...

Yalahh.. wedding blogger niee kebanyakan yg org biasa saja.. bkn berketurunan bansawan ka apa kaa.. betoi dak..? :)

Majlis kawen weddind blogger nie.. GRAND atau SIMPLE.. itu bergantung pada mata yg menilai.. Mcm kecantikan jugak lahh.. ada yg kata Dato' Siti Nurhaliza tue lawa.. ada kata.. "dia bkn lawa lah.. dia kategori comey sajaaa.."

Maka, sama lah kesnya dgn majlis kawen..pada kebanyakan org..jika majlis kawen menjemput VVIP dalam negara kita itulah barulah dikatakan GRAND sangat2...

Yg pasti..terpulang pada interpretasi masing2.. kerana.. kayu ukur GRAND mahupun SIMPLE sesebuag majlis perrkahwinan.. bergantung pada individu.. Yalah, kalau dia tak mampu nak hire Unaisah buat baju nikah/resepsi, hire Manggis utk fotografi/videografi dan hire Saidatul Nisa sebagai MUA.. maka,seseorg itu akan melabelkan majlis perkahwinan yg ada itu semua sbg GRAND.. :) [chek sekadar memberi contoh saja naa..jgn pulak ada yg terasa hati.. - kalau kalian mampu.. teruskan.. takdak salahnya.. kerana duit kalian.. bkn duit chek punn..betoi dakk??]

Sekian. Dan mintak maap sebab terlebey sudah memberi komen di sini.. :) Salam penuh kebahagiaan buat SEMUA wedding blogger.. chek tabik hampa semua..coz..chek hanyalah "silent reader" (a.k.a pembaca setia) entry terkini blog2 kalian sampai bila2.. :)

OmakTwin said...

Ermm tertarik untuk komen juge...saya salah seorang yang time kawin dulu mendapatkan pelbagai tips dari B2B blogger kerana tidak tahu nak mula dari mane..
Sekarang saya juga suggest kat mbe2yg nak kawin buke B2B blog untuk buat rujukan & mdapatkan info...

Teruskan usaha anda wahai B2B @ mantan blogger...i support u

kaklong said...

insyallah...ia semua bergantung kepada niat semua orang disekeliling kita, yang penting cik belle heppy dengan majlis yang akan berlangsung ok.
cik Lynda doakan cik belle nyer majlis berjalan lancar dan yang paling penting deberkatiNya..amin.

liyanaiskandar said...

sy suka entry ini..setuju dgn kata-kata cik belle...;)

Sue Zaman said...

i like your entry...
grand @ x... tue terpulang pd masing2... ikut kemampuan maner blh buat kite buat jgn ikut org lain nnt kite sendiri yg merana... blog b2b hanya sekadar share pendapat share idea... apa org nak ckp biarlah... buat xtau jer...

hehehehe...

Akmar Ramli said...

nice entry... ^_^

Cik Fafa said...

nice..
kAk atia..congrate..^_^

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014