Bila invitation card tak mencukupi memang gelabah!
Jemputan saya = 1200 orang
Jadi, saya hanya tempah 750pcs
Justifikasinya, satu kad puratanya bersamaan 2 orang.
Jadi, kalau 750pcs bersamaan dengan 1500 orang.
20% dianggarkan tak datang.
Mungkin ada clash wedding.
Mungkin ada hal kecemasan.
Mungkin pulang ke kampung.
Mungkin yang datang single, sebab kawan saya ramai tak kahwin lagi.
So, diorang datang seorang bersama-sama gang mereka.
Contoh terdekat, macam bloggers lah.
Hihihihi.
Datang sorang-sorang, konvoi ramai-ramai, jumpa kat majlis orang ramai-ramai.
Haa, gitu.
So, dah kurang dalam 50-100 orang di situ.
Ok, 1000 - 1100 orang.
Cukup-cukup.
Catering akan buat lebih dalam 100-200 jemputan.
Itulah untuk yang bawak anak - anak.
Itulah untuk family members yang nak makan lebih dari 2 kali.
Itulah untuk kawan-kawan yang datang dengan jemputan kawan-kawan.
Sebab saya dah pesan pada kawan-kawan, mana-mana yang tak sempat dilayangkan kad, mungkin terlepas pandang atau ehem, dalam kes ini, kad tidak mencukupi, jadi ini lah bahagiannya.
Itu perkiraan saya.
Tapi, tak betul.
Sebab kad tidak mencukupi.
Saya masih memerlukan 10 - 30 keping kad tambahan.
Mula-mula memang panic.
Panic gella.
Tapi, apa ade hal...
Teknologi kan ada..
Layangkan E-card pun boleh.
Hihihi.
Luckily, card designer beri softcopy untuk gunapakai.
Jadi, rezeki di situ.
=)
Pengajaran disini ialah, andai kite punya masalah di waktu-waktu suntuk begini, i.e 2 minggu lagi majlis! hahahaa, sila sila sila, relax, take a deep breath, move on!
Cari solution.
Gerakkan Plan B.
Tawakal.
Redha sahaja.
Doa untuk yang terbaik.
InshaAllah.
*senyum dalam debar*
17 comments:
fuhh , mmg kena bertenang sgt ni. klu ijah mmg dh berdebar,kelam kabut semua dh kot. hiks.
kalau jijah dah kelam kabut kak..tak sempat nak betenang..mmg gabra kad tak cukup ni...
bagus akak ade planning kan..
hal2 mcm ni la yg sgt dicuakkan kan.. atia mmg bez.. masih boleh fikir waras.. hehe.. kalau saye dah gelabah tahap unta dah.. huhu
cik belle..gile kentang cool..hehehe....
alalalalalala..
hehehe..hot but cool..
mesti saya termasuk nama yg ade kad kan? kan? kan? eheehe
it's ok cik belle..
kami semua memahami...
waiting for your e-card... :)
bertenang cik belle.u mmg cool.Ekad pun ok je.hee
wah...cenggitu ek...anyway cool bebeh..takde masalah yang tak dapat diselesaikan melainkan kita dalam keadaan cool...mekasih jugak untuk calc 20% tu..tak nah tau pun...me tengah bajet siapa yang nak di jemput :-)
|Majlis kahwin tepi kolam renang (poolside)|
aku dulu kad yg aku kirim kat parents aku tk cukup gak. just imagine dr bajet nak jemput 1200 orang, jadi 1600 org. tak ke pengsan?
tapi ayah aku dgn selambenye pegi photostat kad tu. memang bridezilla, tapi malas nak amik port dah masa tu. sebab tu aku byk e-invitation je. sape agak2 tkleh dtg tu, tak bagi card. tapi cam agak kejam lah. but what to do kan?
xpe, e-card pun ok dah :) yg penting kwn2 parents dpt kad.
jgn lupa my card
wah..tak sabar nak pegi wedding atia ni..
sama la kita punya bajet utk orang..haha..kina pun bajet utk 1200..kad bajet nak bagi 700 je..tapi tempah 1000 takut tak cukup..
Ijah EmoTemo: hihihi.. ni pun debar debar dah ni. hehe.
Cik Azizah: nanti order banyak-banyak ok. hehe
fitria: hehee.. mula memang cuak jugakla.. haha.
Adawiyah A.Halim: hahaa.. senyum je la.. bende dah jadi. hehee
Cik NeyNa: tunggu kad saya ye! hehe
Hidayati Farhan: ada! tunggu kad ye.. ehee
Qaseh iLa: next entry! hehe
zimie: ho ho ho.. dalam hati siapa tahu?
LisaLisut: lisa, i dah post to u. check post box hari-hari, please. hehee
mizzura: cool! sila budget.. good planning there,
Moose: haha, pengsan! babe, ayah aku pun nak photostat.. nak kasi yang dekat-dekat ni. ahaha. aku bridezilla jugak la, macam "takpe, kite order lain".. to think lagi sekali, ala.. ape ade hal.. aku dah tahap tak kesah dah ni. haha..
babe, aku pun kejam jugak. agak agak yang luar kl tuh, aku tak bagi dah la. lepas tuh tgk yang rsvp kat fb, baru aku mintak address. ahaa. yang not attending tuh, sah-sah la aku tak kirim. hahaaa.
Reen Tart Nenas: em betul betul! hehee..
Hunny Kitty: ada sudah! hheee
K.I.N.A: bagus kina.. print banyak2 k. hehe
dear...if x cukup bg i e-card pon xpe :P
Salam Belle. saya dah dapat kad kamu, cantik terasa aura kahwin. rasanya tarikhnya sama dengan Ms. Sue ye? tgh fikir mana nak terjah dulu nih~!
cik belle,
semalam dah dapat kad awak. nice tapi saya terkial-kial nak buka pelekat tu hehe..
btw..putrajaya time tu ada karnival hari belia dari 27 to 29 Mei... dah plan ngan en suami nak pergi naik motor jer..takut jem..
jumpa cik belle nanti..
Post a Comment