Wednesday, August 18, 2010

Tutorial: Table Centerpiece

*refer to previous post*
I rasa sangat bersalah, post diy tanpa tutorial. Since ramai berminat nak belajar nak buat bunga kristal tuh. Oh my. Senang nak buat, tapi, cara nya complicated sikit. So, i tak tau nak explain macam mana. How I wish, i punya camera yang canggih sikit, boleh record a video. So senang, i boleh letak video sahaja! Kan? Ish, ni rasa nak beli camera canggih sikit ni. Haha.
InsyaAllah, saya akan cuba draft nanti. Pray Hard.
*ok daa*


Jom, I share ini untuk semua.
Harap dapat beri sesuatu la untuk kamu semua yang nak DIY table centerpiece.
I cuba untuk buat tutorial pertama di sini.
Versi jimat cermat sedikit.
Centerpiece tanpa penggunaan vase.
Senang, kita main cucuk-cucuk aje.
Huhu.

Hasil dari bukan-pakar-gubah:


Ini dari amatur.
Percubaan pertama.
Yang tiada basic langsung dalam gubah-menggubah.

Ok, mari bertutorial secara langsung sekarang.

Bahan-bahan:

- span basah -
- bunga pilihan -
- aluminium foil -

Alahai, lupa nak edit letak numbering. Sigh.
Harap semua faham la nanti nak bercerita ni. Huu.

1) Potong span ikur size keperluan. Maksudnya, kalau nak centerpiece besar, boleh potong besar. Kalau nak centerpiece comel-comel, boleh potong kecil-kecil. Kalau nak macam I punya jugak, size ialah 7cm x 5cm.

2) Kemudian rendam span dalam air. Kalau nak tahan lama bunganya, at least 12hours before dah kene rendam dah. Cara rendam kene mula dari hujung span, jangan tekan span terus masuk dalam air. Hihi

3) Dah rendam, balut span basah dengan aluminium foil.

NOTE: Kalau nak buat centerpiece dalam kuantiti yang banyak, tak perlu potong span dulu, terus rendam. Dah nak gubah, baru potong span basah yang dah direndam tu.



4) Ini bunga yang i gunakan. Kekwa dan filler flowers.

5) Potong bunga pendek-pendek. Jangan terlalu pendek sangat. Pandaila agak. Huhu.

6) Hujung batang tuh, potong serong, so that nanti senang nak cucuk ok.

7) Yeay, dah boleh start gubah. Mualakan dengan cucuk bunga dari tengah span. Agak-agak nak tinggi mana centerpiece tu. Jangan takut-takut, cucuk aje! Hee.




8) Teruskan mencucuk. Bentukkan jadi bulat ok gubahan tuh. Kalau tak bulat secara 180deg, pun tak apala, asal dapat bentuk sudeyh. Haha.

9) Teruskan mencucuk lagi. Bunga kecil-kecil, cucuk mana-mana bahagian yang nampak tak penuh sangat. So nanti nampak la penuh. Huhuhu.

10) Ok, dah siap. Boleh letak filler flowers pulak kat bahagian tepinya. Sajela. Kalau tak nak letak pun tak apa. Ikut suka lah.

Taraaa!



11) Akhir sekali, boleh la, nak tambah name tag lagi ke kan. Nak letak gambar pre-wedding ke kan. Nak letak love poem ke kan. Apa-apa aje.

Senang je kan.
Cucuk aje. Dah siap!
Hihi.


NOTE: Boleh jugak nak selang-selikan dengan bunga rose. Lagi best kot! =) Atau mix with other colours ke kan. Contoh white-hot pink, white-blue, white-yellow. Try lah. Nak jugak tengok hasilnya. Hihi.

Ok.
Good luck!
To those yang nak DIY sendiri!
=))

P/s: How? Faham ke cara saya buat penerangan tutorial ini? Boleh buat lagi ke post tentang tutorial? Korang nak lagi? Hehe



24 comments:

thezaila said...

wah.. thanks for the tutorial.. mcm sangat boleh di DIY.. sayang kamoo sampai mati.. erkk *nk mati sangat kah aku ini..*

Zahra Ashiqin said...

congrate dear..sgt sweet..sy suke :-)

Bushra Tajuddin said...

woww.. sgt impressive! cantekk!! bole cube ni.. TQ for the tutorial.. nak.. nak.. nak lagiii... ;)

nasya naim said...

::waaaaah..cik bell dah mcm lynda ni..bnyak DIY..:P..suka2 nanti bg info lg tau..:D..::

Xora said...

Belle, tlong ajar pasal kristal tu. saya nak tau macam nak satukan bunga kristal. nak guna utk doorgift meja beradap tapi tak tau caranya. kalau tak keberatan, boleh kongsi nak beli kristal tu kat mana?

oh suka DIY centerpiece kamu. sgt praktikal!

Cik Belle said...

thezaila: boleh sangat! hehe.. bunga kekwa ni tahan lama. cuma filler flowers je la tak tahan dengan cuaca panas. cepat nampak layu sikit. tp, kalau selalu sembur dengan air, mungkin boleh tahan lama. hihi..

Zahra Ashiqin: hehe. awak mesti boleh buat lagi cantik dari saya punya! =))

nYomeL: tihih. cuba ok.. cuba tambah-tambah idea, saya ni tak berapa nak creative. ahaha.

syanaim: haha. tak tau la sempat ke tak buat ni. huhu.. ni saje je share dengan readers. ehehe.

Xora: okay Xora. InsyaAllah.. saya akan cuba yer. untuk doorgift eyh? saya sarankan awak beli kat bunga riben. beli yang 100gram terus. jimat. yang 20gram=rm3 (lepas disc). yang 100gram=rm7 (lepas disc). banyak beza kan? tapi doorgift awak besar tak? kalau kecil, takut tak sesuai nanti. boleh jugak tengok kat ssf.. yang dah siap ikat punya.. tapi sedikit mahal. tapi kalau untuk doorgift meja beradap, tak banyak nak pakai kan.. boleh juga kalau nak beli kat ssf.. cantik-cantik! =)

Mysarah Rahman said...

nak tutorial for bunga kristal tu. pleaseeeee ;)

farahfatihah said...

a'ah la mudah je rupanya..thanks belle!

Amalina said...

paham cikgu..just cucuk2 =)
thanks for sharingg..nanti sy pon nak pkai kekwa jugak =D

Amalina said...
This comment has been removed by the author.
Iryani Azlan said...

Cik Belle.... This is so so lovely.... Cantikkkk sangat2.... :) Hmmph... Pandai and rajin la Cik Belle ni.

Darling Aween said...

tqtqtqtq

julie said...

wow.. atia.. cantek!!!! jeles2..

hazlynda kushairi said...

tolong buatkan utk ai boleh?
KEhKhekHekHEKh =p
*gedik*

hana yoriee said...

waaahh..nnt wat tutorial byk2 lg tau..hehe..comel centerpiece tuh..

Inimeeya said...

itu dia!!tepuk tangan rmi2 kt cik belle..hehe=)
tutorial yg menarik!boleh praktis nnti!i tunggu entry psl bunga kristal u yg menjadi pojaan ramai tu pulak!hahaha

nizabeba said...

wow thanx babe!! i pnah bercita2 nk DIY sendiri..tp x pnah tau camne..mmuahh!!

Iffah Hamed said...

wahh..senangnye kan..huhu
xpayah dah nak pening2 kepala nak kua budget ntk carik vase or bottle or watever..hee

Adda Shariff said...

Likes. mcm nak buat je taruk kat bilik sendiri..suker~

YuNa said...

canteknya!! ^_6

Reen Tart Nenas said...

boleh2. faham2 :) macehhh

kay kamal said...

ouh amat comeL!!

fati said...

MAHUU!! berilah lagi segala info DIY yg ado :P

farah said...

cntikkkk..
yg span basah tu kna balut sparuh je ke penuh ek?

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014