*refer to previous post*
I rasa sangat bersalah, post diy tanpa tutorial. Since ramai berminat nak belajar nak buat bunga kristal tuh. Oh my. Senang nak buat, tapi, cara nya complicated sikit. So, i tak tau nak explain macam mana. How I wish, i punya camera yang canggih sikit, boleh record a video. So senang, i boleh letak video sahaja! Kan? Ish, ni rasa nak beli camera canggih sikit ni. Haha.
InsyaAllah, saya akan cuba draft nanti. Pray Hard.
*ok daa*
Jom, I share ini untuk semua.
Harap dapat beri sesuatu la untuk kamu semua yang nak DIY table centerpiece.
I cuba untuk buat tutorial pertama di sini.
Versi jimat cermat sedikit.
Centerpiece tanpa penggunaan vase.
Senang, kita main cucuk-cucuk aje.
Huhu.
Hasil dari bukan-pakar-gubah:

Ini dari amatur.
Percubaan pertama.
Yang tiada basic langsung dalam gubah-menggubah.
Ok, mari bertutorial secara langsung sekarang.
Bahan-bahan:
- span basah -
- bunga pilihan -
- aluminium foil -

Alahai, lupa nak edit letak numbering. Sigh.
Harap semua faham la nanti nak bercerita ni. Huu.
1) Potong span ikur size keperluan. Maksudnya, kalau nak centerpiece besar, boleh potong besar. Kalau nak centerpiece comel-comel, boleh potong kecil-kecil. Kalau nak macam I punya jugak, size ialah 7cm x 5cm.
2) Kemudian rendam span dalam air. Kalau nak tahan lama bunganya, at least 12hours before dah kene rendam dah. Cara rendam kene mula dari hujung span, jangan tekan span terus masuk dalam air. Hihi
3) Dah rendam, balut span basah dengan aluminium foil.
NOTE: Kalau nak buat centerpiece dalam kuantiti yang banyak, tak perlu potong span dulu, terus rendam. Dah nak gubah, baru potong span basah yang dah direndam tu.
4) Ini bunga yang i gunakan. Kekwa dan filler flowers.
5) Potong bunga pendek-pendek. Jangan terlalu pendek sangat. Pandaila agak. Huhu.
6) Hujung batang tuh, potong serong, so that nanti senang nak cucuk ok.
7) Yeay, dah boleh start gubah. Mualakan dengan cucuk bunga dari tengah span. Agak-agak nak tinggi mana centerpiece tu. Jangan takut-takut, cucuk aje! Hee.

8) Teruskan mencucuk. Bentukkan jadi bulat ok gubahan tuh. Kalau tak bulat secara 180deg, pun tak apala, asal dapat bentuk sudeyh. Haha.
9) Teruskan mencucuk lagi. Bunga kecil-kecil, cucuk mana-mana bahagian yang nampak tak penuh sangat. So nanti nampak la penuh. Huhuhu.
10) Ok, dah siap. Boleh letak filler flowers pulak kat bahagian tepinya. Sajela. Kalau tak nak letak pun tak apa. Ikut suka lah.
Taraaa!

11) Akhir sekali, boleh la, nak tambah name tag lagi ke kan. Nak letak gambar pre-wedding ke kan. Nak letak love poem ke kan. Apa-apa aje.
Senang je kan.
Cucuk aje. Dah siap!
Hihi.
NOTE: Boleh jugak nak selang-selikan dengan bunga rose. Lagi best kot! =) Atau mix with other colours ke kan. Contoh white-hot pink, white-blue, white-yellow. Try lah. Nak jugak tengok hasilnya. Hihi.
Ok.
Good luck!
To those yang nak DIY sendiri!
=))
P/s: How? Faham ke cara saya buat penerangan tutorial ini? Boleh buat lagi ke post tentang tutorial? Korang nak lagi? Hehe