Wednesday, November 30, 2011

Cair dan meleleh

I ni memang hati lembut. Hati ni memang mudah terpikat dengan puisi puisi romantis gitu. Memang super love. Masa bercinta, eceyh, pujaan hati memang pernah utus puisi romantis gitu. Tapi, petik dari lirik lagu lah. HAHAHA. Takpela, janji u romantis, sayang. Heh heh. Tapi, sejak dah dapat title suami ni, tak pernah lagi kot die cipta puisi romantis gitu. okla, redha je la. Hehehehe. Adala tu nanti, kan? *super mengharap* HAHA.

Perempuan memang mudah cair kalau lelaki ni super romantis ala puitis gitu. Contoh Zahiril. Bertuahnya la hai, Sheera. Bertuah badan. Di hari persandingan, Zahiril bacakan puisi untuk Sheera gitu. Awwww! Mana tak meleleh :


Credit to : Hafizan.net

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku.
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.

Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

*********

Idea : Mungkin situasi pengantin lelaki/ perempuan menyanyi di majlis persandingan boleh diubah kepadaa nukilan romantis dan read it loud! Semua pasti meleleh. Awww~




12 comments:

Mrs Kecik said...

laki aku bg ucapan dlm vid pun aku gelak macam hape lg..mcm ucapan hari raya dr perantauan.

Suria said...

tp zahiril adzim ni mmg pandai berpuitis kan, kalau bace blog dia aduhaiii mmg cair... wuuuu... :)

untung sheera ayob :)

Lady WaiLiN said...

join la blog dia..mmg mcm bdk sastera..laki aku baca apa tuh nama pas nikah..aku meraung mcm org mati laki....kadi siap kata 'ujan dh turun'..siut jerk

kaklong said...

terharu nyer la kan kita ni...sekiranya insan yg kita syg membacakan puisi khas utk kita..

pe pun, kita jadikan ia sbg panduan utk kehidupan kita k :)

thnks cik belle sharing! :)

Liyana said...

aduhai melting... :D

didieadila said...

berdarah hidung baca!
paling best ; selamat menjadi separuh dari aku. blergh!

*pengsan*

Fieda said...

melt memang melt....tapi klu saya, terus lari sembunyi....sebab dah malu2 kucing....hahahahahaha

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

sweetnye.. adoiyaiii ;)

::Aja:: said...

sweetnye..kalau la tung aja mcm tu..mau cair berjuta2 kali.hehe

zafema said...

so sweet

Cik Belle said...

Mrs Kecik : hahahahaa. aku tak dapat tengok lagi vid ko tu..

Suria : baru je tahu kewujudan blog die. ehehe.

Lady WaiLin : hehee. kelakar la tok kadi tu.

kaklong : haish. kalau tengah marah2, suami bacakan puisi, aduhai, terus nangis agaknya. ahahaa

Liyana : kannn..

didieadila : haaa, part tu mmg paling best!

Fieda : hihihi. malu la tuu

Shazana said...

Atiah, masa wedding sha hari tu,suami sy bg kata2 puitis, nyanyi lagu Maher Zain, for the rest of my life, mula2 sy tersengih2, lepas tu, menangis...tak tahan ma ;)

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014