Friday, October 14, 2011

Kongsi Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api

Orang baru dapat dapur, biasalah. Rajin sikit la nak asapkan dapur. Kekekee.
Semalam bersungguh-sungguh google recipe "Udang Masak Lemak Cili Api".
Heheheee. Sudahnya, SMS Mrs Kecik mintak recipe. Agaagagaa.

Pagi-pagi semangat nak pergi pasar.
Beli bahan-bahan nak masak.
Sayang, suami tak ada di sisi.
Sigh.

Balik-balik, terus masuk dapur. Kedengaran sungguh mithali di situ. Heh heh heh.
Mulakan memasak.
Semangat betul.

Dan, ini hasilnya.




Teruja.
First time, tahu?
Mudah sangat! Sesuai untuk golongan macam I ni.
Yang tak pandai masak sangat.
Campak-campak je, jadi!
Hebat woh.

Kongsi resepi untuk sesiapa yang ingin mencuba:

1 mangkuk sederhana besar udang
15 batang cili api hijau (terpulang pada citarasa, nak pedas, tambahkan lagi)
1 inci kunyit hidup (kalau tak ada, guna sahaja serbuk kunyit)
Santan cair (ikut suka nak banyak kuah, banyakkan sediakan santan)
1 1/2 cawan santan pekat/ pati santan
2 helai daun kunyit
2 batang serai dititik
2 biji timun kecil- dibelah 4
1 keping asam gelugor (kalau asa tu kecik, guna 2 keping)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya :

1) Bersihkan udang. Potong janggut udang, muncung udang, kaki udang dan ekor sikit.
2) Tumbuk lumat cili api hijau. Kalau tak nak tumbuk, kisar sahaja. Ketepikan.
3) Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat. Ketepikan.
4) Gaulkan udang bersama cili api hijau di dalam periuk. Letak air sikit dalam lesung dan masukkan ke dalam periuk. Untuk memudahkan udang bergaul mesra dengan cili api yang ditumbuk lumat tu. Masak atas api yang sederhana besar untuk 5 minit.
5) Masukkan santan cair, timun kecil, serai dan kunyit hidup. Kacau sehingga mendidih. Boleh kalau nak tinggal sekejap-sekejap. Potong halus-halus daun kunyit.
6) Bila dah mendidih, masukkan santan pekat, asam gelugor dan daun kunyit. Api kena slow sikit time ni. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih.
7) Dah mendidih, tutup api. Tapi, teruskan mengacau. Takut nanti pecah minyak. Jadi tak cantikla kuahnya. Berbutir-butir. Tak sedap dan tak cantik.

Makan dengan kicap cap kipas udang. Memang terbaik. Hahaha


Resepi ni paling mudah.
Agak-agak nak jemput kawan-kawan makan, resepi ni boleh jadikan menu.
Mudah, cepat dan gerenti menyelerakan.
Heh.

Note : Tak letak bawang sebab resepi masak lomak nogori ni. Resepi asal tak masukkan asam gelugor. Tapi, I letak jugak. Mixed resepi namanya ni. Heh.

Selamat Mencuba!
Suami pasti bangga punya!
Hehehe

Note : Masak resepi ni, tangan pasti pijar. Jadi, pelbagai petua I amalkan. Tapi, yang paling mujarab dan cepat kesannya, sediakan air suam bercampur gula (gula dalam 4 sudu besar di dalam periuk, air suam sehingga boleh tenggelamkan tapak tangan kita, lebih pun tak apa). Kemudian, lumur tapak tangan dengan gula terlebih dahulu. Gosok-gosok kedua belah tangan. Lepas tu, rendam tangan di dalam periuk yang berisi air gula suam tadi tu. Rendam dalam 15-20minit. Lepas tu, basuh tangan. Tunggu 5 minit, tangan pasti tak pijar dah.

Selamat berpijar tangan!
Hohoho

P/s : Mungkin ada readers yang terror masak lemak cili api boleh berkongsi petua dan tips untuk lebih menyedapkan rasa menu. Hehe. Mana tau kan, ada petua nenk moyang, bolehlah berkongsi. hehe




10 comments:

♥♥♥Farrah Anuar♥♥♥ said...

perh..meleleh air liuq cheq tgk.. asam gelugor tu yg xtahan. btw

congrat's for the 1st receipe! nt kongsi lagi yer utk next masakan..

Fieda said...

...mmg setapp.....
tapi jika saya masak, saya akan gantikan santan dengan susu rendah lemak...(kontrol tahap kolestrol gitu...) dan letakkan belimbing buluh....wahhh...yummy...bila makan tu, ambik belimbing buluh tu, picit2 sekali ngan nasi...rasa masam2.... (hukhukhuk...sesuai sangat klu org ngidam makan kan...sure selera je....)

Cik Belle said...

♥♥♥Farrah Anuar♥♥♥ : hohoo.. cepat cepat cari periuk, malam ni boleh masak untuk dinner. kekee.

InshaAllah, if rajen nanti boleh upload lagi. hehee

Cik Belle said...

Fieda : haaa.. tadi ada nampak belimbing buluh kat pasar.. ingat nak beli nak campur dengan udang.. takpe, next time pulak kite try! thanks for the recommendation babe!

mrs. kecik said...

hahahahahahahaha...pandai ko mengedit resipi mak mertua aku eh. betul weh mkn ngn kicap kicap udang mmg terbaik!!

Suria said...

wahhhh!! terliurrrr
eh2...cer try masak lemak cili api udang + kacang buncisss...
mabelesss...uewwwww :)

Cik Hazz said...

1st time dgr petua nak hilangkan pijar tu. i cuma tahu petua ramas tapak tangan dengan beras. tapi tak mujarab pon. hohohoho. thanks for sharing!! next time i cuba petua you. ;-)

Cik Puan Lara said...

alamak,sedapnya...

next time,sharing lg resipi k...

Jan@Afzan said...

tahniah cik belle...Jan pun tak pandai masak & tak penah try masak lemak cili padi..hehe.

nampak sgt pro!

lenkali resepi lain pulak ek.

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

menggoda sungguh...nyum2

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014