Sunday, April 25, 2010

Exam week means no update


Current status: Busy with final exam

Will start blogging back on 8th May 2010.
InsyaAllah

Daa.



Friday, April 23, 2010

Favors: Cupcake

Phew, less than 2months to go before my E-day. Masih banyak yang belum settle. Checklist pon tak buat lagi ni. Haha. Tak tau macam mana la nak buat sticky post. Haha. Buta IT rupanya Cik Belle nieh. Haha.

Cuma mahu share tentang favors pada hari majlis nanti. Nothing extravaganza. Cuma order cupcake sahaja. InsyaAllah, will be something like this. Tak tau la sempat ke tak nak ikat ribbon macam ni. Huahuahua. Akan ku kerah semua cousin saya. Hohoho. Bersiap sedialah kamu wahai cousin kesayangan semua. Tihihi.


Sumber: Google

Al-kisahnya, saya berurusan dengan satu vendor ni. Memula servis sangat la bagus. Layan semua pertanyaan saya itu ini. Tibe-tibe makin slow dan slow dan terus senyap tanpa khabar berita. Setiap kali reply my emel, mesti mohon maaf sebab busy katanya. Saya faham dan beri masa untuk dia. Tapi, selepas dah 2 3 minggu menunggu dan terus menunggu, har*m J takde khabar berita. Senyap terus.

Sudahnya, saya beralih ke vendor lain pulak. Saya shortlisted kan 2 vendor pada asalnya. Mungkin vendor pertama rasakan masih terlalu awal untuk saya tempah, jadi die melengah-lengahkan masa. Bukan ape, setiap bulan saya dah ada plan apa yang perlu saya settle kan semua. Boleh rujuk pada entry ini tentang planning calendar saya. Jadi, ini bulan April, jadi saya harus settlekan untuk doorgift. Saya pon sebok jugak, but still manage to plan my time. We have 24 hours per day. Sila plan baik-baik.

Dan Alhadulillah, saya sangat berpuas hati dengan second vendor ini. Dan, saya sudah buat half payment kepada dia. Alhamdulillah, harganya pon lebih murah dari first vendor. Semua yang berlaku tentu ada hikmahnya, kan? Hehe. Dapat cupcake murah sikit dari yang 1st vendor. Dan vendor yang saya pilih ni pon, ada bakery sendiri kat UIA. So, i guess die ni full-time in baking, tak yang macam 1st vendor, mungkin hanya part-time dan sebok dengan perihal pejabat.

Don't get me wrong here. Dua-dua vendor pon bagus dan beri harga yang murah. Less than RM2 complete with boxes. Yang second vendor siap kasi ribbon and TQ tag free lagi. So, I guess, berbaloi jugak la kan dapat berkerjasama dengan second vendor ni. Cuma mungkin bukan rezeki vendor pertama. =)

Kadang kita harus percaya pada gerak hati kan. Gerak hati saya memang kata go for 'second vendor', tapi saya masih berdegil nak pilih vendor yang pertama juga. Kan dah down sikit. Hehe. Nasib lah, cepat-cepat beralih. Kalau saya masih tunggu dan tunggu, tak tahulah apa nasib favor saya ni. Huhu. InsyaAllah, akan reveal siapa vendor saya selepas selesai majlis. Hihi. Tapi, kalau ada sesiapa masih mencari nak order cupcake untuk doorgift, boleh email saya untuk tanya quotation mereka. Hehe.




Thursday, April 22, 2010

Jakel Shah Alam dibuka esok.

OhEmmGee.. Mode teruja giller. While flipping thru newspaper hari ni, terus mata tertumpu.

Jakel Shah Alam dibuka pada 24 April 2010

Hahaha. Suke suke suke. Patutla tadi masa lalu depan Jakel Shah Alam, dah nampak pekerja die dok lap-lap cermin. Ada khemah bagai. Meriah nokkk!

Apa lagi Nahwal, kata nak cari kain untuk family, serang jangan tak serang. ekekee.

To orang Shah Alam, selamat bershopping!!


Wednesday, April 21, 2010

HM: Nikah Video

Tak habis-habis kan dengan HM. Ha-ha. Sharing is caring kan? Hee. Comel la die.. Suke. =)

Jom, layann!



Source: Youtube



Tuesday, April 20, 2010

HM: Wedding Entrance

Comel betul HM nie. I present to you, her wedding entrance. Sporting betul family die yer. Joget ramai-ramai. Meriah. Hui, kalau saya, mestilah tak dapat izin dari parents. Ekeke.



Source: Youtube






Swirly Lollipop

Jarang betul dapat update. Sebab, student kan, jadi sekarang ni, memang minggu busy. Minggu super busy. Minggu ni-lah nak buat test. Minggu ni-lah kene submit assignment. Minggu ni-lah nak prepare for final exam. Grr, takut. Doakan terbaik untuk saya. Tihihi. Sedikit update tentang diri saya dan minggu busy saya. Lupakannn... Heh.

************

Ini lagi menarik. Topic tentang lollipop. Heh. Selain dari chocolate dan gula-gula untuk dijadikan favor for children, mungkin ini boleh dijadikan pilihan. Boleh dapatkan semurah RM0.20 satu lollipop. Ini di kedai runcit area rumah saya la. Mungkin di Hypermarket boleh dapatkan lagi murah dari ini sebab beli dalam quantity yang banyak kan. Mungkin ada juga di kedai borong yang lebih murah. Survey, jangan tak survey. Tihihi.


Lollipop mungkin boleh dicucuk-cucuk dalam kotak berhias seperti di atas. Sila D.I.Y untuk kurangkan kos. Heh. Saya memang peminat crystal juntai-juntai itu.. kalaula saya ada budget untuk buat candy buffet, akan saya cari dan gantung crystal juntai-juntai itu. Menarik nya la, hai.


How to decor your favor-lollipop? Simple begini pon jadi. Sticker dan ribbon. Sweetness.


Atau, ribbon dan TQ tag. Sumbat-sumbat dalam balang kaca pon cantek juga. Dalam balang kaca tuh, letak batu ala crystal tuh. Kat SSF ada.

Dan ini, favourite saya. Uncang organza dan polka dot ribbon. Hehe. Comell!

Masalahnya, saya tak tau kat mana nak cari swirl lollipop besar macam di Famous Amos yang murah. Paling murah pernah jumpa di Ikano, RM2.50 satu. Rata-rata lollipop besar harga dari RM3- Rm3.90. Kalau beli banyak mungkin boleh dapat murah sikit yang di Ikano tu. Tapi, kalau dapat RM2 satu pon, saya kata masih mahal. Haha. Saya ni memangla nak yang murah aje. Hoho. Siapa tahu kedai borong mana yang jual lollipop besar yang harganya berpatutan? Ho-Ho. Terima kasih pada yang membantu.


Thursday, April 15, 2010

Apa ada di Ikea dan KK Home Deco?

Last week, went to Ikea and KK Home Deco. Saje mencari barang-barang untuk hiasan bilik nanti. Survey suka-suka sahaja. Hehe.

Di Ikea...


Idea untuk gubahan bunga. Ha-ha. Tak gubah mana pon, letak-letak aja dah siap. White vase with white flowers. Nice eyh.

White frame. Price: RM29. Simple and nice. Survey lagi. Hee.

White frame. Simple lagi dari yang tadi dan murah lagi. Price: RM19.90.


Ahhh..white carpet. Measurement tak ingat. Next visit kena amek measurement. Price: RM99. In the list-to-buy. Hee. Tapi, mahu survey di Nilai pula nanti. Atau kedai carpet mana lagi yang murah? Hoh.


Side table punya lampu. Price: RM59. Erm,mahu survey lain. Bukan seperti lampu idaman. Kalau tak jumpa juga, ini letak dalam list juga. harapla jumpa lagi menarik dari ini. Ngee.


Comel giller. Suka. Dan sangat murah. Price: RM9.90. In the list. Hee.


**********

Di KK Home Deco, SACC

Love this. Price: RM19.90. Ada bling-bling yaw aw aw. Heh.


Candle holder. Price: RM13.90. Untuk meja beradap pon lawa juge. =)


Ini cuma selingan. Mencari sesuatu untuk add on deco di mini pelamin. Price: RM59.90. Risau, if beli dah tak guna memang la membazir. Nak sewa kat mana nieh?



So, itu sahaja items yang menarik mata untuk dicuci. Hihi. Selamat berbelanja untuk bilik anda semua! Hihi.






Wednesday, April 14, 2010

HM: Malam Berinai


Malam Berinai Hunny Madu



I heart the Cleopatra chair. Elegant.


The outfit. Nice.
Songket di malam berinai sungguh sesuai.
Chunky beads.
Very the modern touch!


Tuesday, April 13, 2010

Sunday, April 11, 2010

Bedroom deco

Hye, I'm back! Been busy with assignments, tests and marking quizzes para student. Bleargh. Lupakan minggu busy saya ini. Topic yang boring. Hehe.


Since, I've got my dream bedroom set, so apalagi, mestilah berangan how to decorate the room nanti. Hihihi. Browse thru the internet, and collect some pictures untuk rujukan. Hee.

My bedroom set is white in colour. I cuma mahu deco dengan sesimple yang mungkin. Tapi!! haruslah nampak sweet yer. Tihihi.

Dan jalan-jalan bloghopping, jumpa tips ini. Share dengan semua orang. Hee.

Tips:


Suka nak share tips ni taken from here.
  1. Pilih katil yang simple (tiada tiang-tiang dan penghalang di bahagian kaki)
  2. Pilih cadar dan duvet berwarna putih atau krim (sebaik-baiknya 100 % cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu melalui malam pertama yang menyeksakan.
  3. Anda perlukan 4 biji bantal (2 bantal dengan warna yang sama dengan cadar, mananakala 2 lagi bantal dengan sarung berwarna kontras) *Peringatan:Selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling.
  4. Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli dan mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap).
  5. Gantungkan satu frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi kita pilih gambar yang mempunyai unsur ketenangan dan romantis. (Contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dll.)
  6. Letakkan 2 meja kecil di kedua-dua bahagian sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan di dalam pasu kaca. (Anda juga boleh gunakan bunga palsu yang kelihatan seakan-akan bunga segar. Letakkannya dalam pasu yang lutsinar dan berisi air supaya ia nampak lebih “real”) Selain bunga, anda boleh hiaskan ia dengan potpuri, lilin wangi atau teddy bear.
  7. Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan efek ekslusif dan romantis.


Untuk side table, mungkin I akan letak table lamp dan frame sahaja. Mungkin juga sesuai digandingkan table lamp dan fresh flowers. Tapi, rasanya tidak sesuai andainya penggunaan vase lebih tinggi dari table lamp kan? Refer to pic. Nampak sedikit semak disitu.


I heart the curtain. Single layer, plain. Simple. Menenangkan mata. Hee.

Source: The Pink Stilettos

Nice isn't it? The curtain, single layer juga. Simple, suitable for E-day. Owh, of wall deco maybe nak letak frame besar juga. We'll see how nanti. Time kawen nanti boleh la letak hiasan bunga kat wall macam bilik fathiyah n pinkstiletto, kan? =) so that, your wall tak akan kosong. kosong is boring juga kadang. Hee.

Source: Fathiyah


Source: Nadia Bayu

Dan, kerana terpikat pada bilik pengantin Nadia Bayu, terus hati meronta nak beli bedroom set warna putih. HuehueHue. Dan, ya, saya mahu karpet putih itu juga sebagai part of my bedroom deco. Hee.

Next entry akan diusahakan dengan menepek gambar hasil jalan-jalan di Ikea dan KK Home Deco sempena misi jelajah mencari accessories deco untuk bilik yer. Laptop infected by virus, so p hantar service. Hopefully, semua files boleh recover. Sobs.



Friday, April 2, 2010

Ke Famista Trading

Lepas baca entry NahWaL, episod Famista Trading, terus hati meronta-ronta mahu terjah ke sana. Sebenarnya, memang udah lama niat ke Famista, cuma bile memikirkan tentang kos pengangkutan, hati sedikit berat. Jadi, survey sahaja di Seremban. Keluar masuk kedai, keluar masuk kedai, tengok-tengok aja. Hati tak terbuka. So, still pending.. Hee.

Belek-belek majalah Pengantin, dah mula hati berkenan pada bedroom set warna putih ditawarkan oleh Famista Trading dengan harga sungguh la murah..! Percuma tilam katanya. Terus tunjuk pada mama. Dan mama pun sama teruja mahu terjah. Pancing mengena. Tihihi.

Jadi, hari ini, kami ke Klang menerjah Famista Trading. Sesat-sesat tak nampak mana Famista Trading. Hehe. Jadi bermula la sesi melihat-lihat bedroom set. Banyak juga display set. Lihat dari katalog pun sangat best. So, we told our budget dan die tunjuk ini, ini, ini ...

Dan menjadi saya yang sedikit cerewet, saya mahu katil yang begini tapi almari tak suka la set ini. Mintak nak tukar dengan set yang lain. Nasib die mahu melayan kerenah saya. Siap mahu design sendiri ukiran pada pintu wardrobe. Over tau I ni! Mahu begini begini, begitu begitu. Ok, nasib En.Abbas mahu melayan kerenah saya. Hehe.

Dan, apa yang dipaparkan pada majalah pengantin, itulah harganya. Sedikit pon tidak dinaikkan. Dan benar, percuma tilam yang berharga almost 1k. Percuma bantal lagi. 3 biji tau percuma. Lagi, diberi percuma side table. Humaihaih, tanpa tambah apa-apa, banyaknya barang percuma! Suka amat!!

Dan paling suka, bila tanya kos pengangkutan ke Seremban berapa. Dijawabnya RM80. Oh my, sungguh tak sangka diberi dengan harga itu! So, alert wahai B2B di Seremban. Tak mahal pon transportation charge nya! Hehe. Nak bawak pelamin pon orang charge RM200. Ada je yang charge sampai RM600 hanya untuk kos pengangkutan pelamin. Gilo!

Dan, mama cuba mintak kurangkan kos pengangkutan, mintak genapkan kepada RM50. Dan En. Abbas setuju! Sungguh la I rasa berbaloi-baloi beli di Famista. Huehuehue. Sorry Nahwal, I quote your name. Hehe. No wonder macam-macam I dapat. Haha. Tapi, I tak beli katil macam nahwal, that 4-poster bed. Bilik i sekankang kera aje, kang ada yang tersepit di laluan. Huehuehue. Tak, I tak beli macam di bawah. Tak surprise la kan. Heh. Gambar sebagai hiasan semata.


Sumber: Google Image


Thursday, April 1, 2010

Cake Toppers

Mesti pada setiap dari kamu mahu wedding cake di hari wedding kan. Upacara sesi potong cake. Hee. Some yang suka pada keunikkan atau mencari sesuatu yang luar biasa untuk ditonjolkan pada wedding cake, mesti mahu lari dari rupa yang biasa, tema bunga-bungaan. Bunga sebagai cake topper.

Alternatively, you can have this:


Bride's and Groom's first initial


Flowers


Dove



Arghh, sweetness! =)


Tapi, ini menjadi kesukaan saya!!! Hehehe


dari ..in a whiz

Mahu! Mahu! Mahu! Mahu! Mahu! Mahu!

Sopannyer si patung dara memakai tudung dan si patung teruna memakai baju melayu siap bertanjak. Hehe. Suke amattttt!!




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014