Tuesday, September 15, 2015

Rumah Pertama

Alhamdulillah rezeki. Tanpa perancangan apa pun, tak ada niat apa pun, sambil sambil berjalan melawat shopping mall, kebetulan ada developer buat pameran. Tengok-tengok, husband kata, area bagus dekat dengan rumah mak dan dalam kawasan bandar kuantan, jadi tiba-tiba aje kami setuju nak beli rumah. Hehe.

Nasib baik lah time tu ade jugak la simpanan untuk buat bayar deposit. Semua pun macam dipermudahkan aje. Alhamdulillah.

So after two years lebih menunggu dapatlah kunci. Hehe. Rumah teres je buat masa ni yang mampu. Alhamdulillah. Syukur.


Jadi, inilah bahagian depan rumah. Sampai-sampai je terus snap gambar, tak tutup pulak pintu pagarnya hehehe. Dengan tiada niat pun untuk letak dalam blog. Tapi entah, tetiba bertukar fikiran. Hehe.

So yes, i suka pintu masuk utama tu. No sliding door which i suka sangat hehe. 

Banyak impian nak buat kat bahagian depan ni. Tapi step by step la hahaha. Ukur gaji dulu hikhik.

I nak buat tiles kat bahagian depan. I nak letak shoe cabinet kat sebelah kanan, and mini garden on the other side. Nak tukar gate, nak tukar pagar lah. Owh, pintu utama tu pun nak tukar. Hikhik. Banyaknya impian. Hihi. Mana satu la agaknya nak direalisasikan dulu. Huhu.

So far meter air dah pasang, meter tnb pun dah pasang. Rumah belum cuci lagi. Huhu. Bila husband decide nak masuk rumah by october jugak, haihlah, kelam kabut nak setel mana yang urgent hehehe.

So, this week, kiteorang cadangnya nak setelkan glass tinted dan pasang lampu kipas bagai. Dah siap lampu kipas, kite panggil orang basuh rumah pulak. Lepas tu kite tengok duit simpanan tinggal berapa pulak untuk next impian. Hhehe.

Kitchen cabinet belum penuh lagi tabungnya. Ahaha. Later la yang tu. Hehe


2 comments:

nurul harnani kasmari said...

tahniah. selamat mendekorasi rumah. hehee

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014