Friday, January 9, 2015

Selamat datang 2015.

Tahun 2015.

Rata-rata di news feed menjangkakan ekonomi semakin gawat. Dengan perihal GST yang akan muncul bulan April nanti. Dengan dimomokkan harga barang akan naik. Semuanya akan jadi mahal berganda. Pheww, life is become tougher, I guess.

Dan, tak semena, kakak rumah sewa beritahu, bayaran sewa dinaikkan sebanyak RM50 untuk tahun ini. Alasan, sebab GST. See, betape takutnya orang ramai dengan kenaikkan harga barang sehingga takut akan sesak dan mula la mencari peluang untuk menambah wang. No, I tak marah pada kakak owner rumah ni, kami pun merasa bertuah sebab rata-rata rumah di kawasan taman ni, semuanya dah atas RM600. Kami bertuah, hanya RM450 sebulan. *senyum* Hihihi. Dan, ini tahun ketiga kami di sini, baru sekali owner naikkan sewa.

Rumah kami pun dah hampir nak siap. Takut juga membayangkan tentang 'modal nak masuk rumah'. Yelah, dengan kitchen cabinet impian, dengan mengimpikan leather sofa set, bedroom set dan ahhh, pelbagai lagi. Rasa-rasanya, perlu bertahun tahun tu untuk kumpul modal. Heh. Tak apela, kite berpegang pada konsep, "sedikit-sedikit, lama-lama penuhla rumah". Hehe.

Sejujurnya, saya risau akan kesan kenaikkan harga barang. Dari segi kegawatan ekonomi, entahlah, saya tak pasti di mana saya akan merasa kesannya. Syukur, saya penjawat awam. Tiap bulan tahu gaji masuk. Personal loan pun memang tiada. Hutang kereta pun tiada. Dari segi lelain, saya tak pasti di mana akan rasa kesannya. Semoga semuanya dipermudahkan, hendaknya.

Untuk tahun 2015 ni, azam nak memperbanyakkan simpanan. Nak latih diri moga-moga lebih disiplin menyimpan. Antara usaha yang sedang dilakukan:
  • Pemotongan gaji terus ke tabung haji - selalunya korek balik. Hahaha. Tahun ni, nak biarkan aje, tutup mata lah dari tengok duit kat tabung haji tu. Hehehe. 
  • Tabung - tahun lepas sediakan tabung kecik aje. Tahun ni, sediakan tabung besar sikit untuk syiling. Seronok jugak simpan duit syiling ni. Takdelah berat wallet bawa syiling kehulu-kehilir. Setiap hari, balik rumah, bukak wallet, masukkan duit syiling terus dalam tabung.
  • Simpan not oren dan biru - Duit kertas RM1, kadang sanggup tak nak guna, pecahkan duit besar untuk bayar itu ini. Sebab nak simpan duit RM1. Hehehe. Setiap bulan akan buat simpanan di tabung haji. Dah mula untuk bulan december hari tu. Dapat kumpul RM41 sepanjang bulan december. Tapi tambahkan RM9, nak cukupkan RM50. Hehehe. Tengok bulan ni boleh kumpul berapa RM1. Selain RM1, kumpul jugak not kertas warna oren, RM20. Susah dapat, da dapat terus masuk tabung kaca. Hehehe.
  • 52 weeks money challenge - Boleh try google. Tiap minggu ada nilai cabaran untuk simpan. Akhir tahun nnt, dapatla RM1,378.00
  • Main kutu - Ni banyak jugak group I join untuk main kutu. Hehe. Kutu group ofis, kutu group ofis my mom, kutu group ex-unimate. Sekarang mmg takde ape ape plan pun nak buat ape duit tu. Jadi, simpan jekla nanti. Hehe. 

Target RM10k. We'll see how! Hahahahahhaa.

So, ini entry tentang simpanan. Next, nak cuba cari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan dan cara berjimat-cermat pulak. InshaAllah, semoga dipermudahkan.


3 comments:

Didie Kamila said...

Good plan..all the best..

Cik Belle said...

Didie Kamila : Thank you dear! =)

padieka raccolta said...

hi jom visit online store kami

website www.padieka.com
instagrams @padiekaraccolta
facebook/ padieka raccolta


store
kuantan
taipig
shahalam

skirt . pants . palazzo . top . dress . shoe . shawls . bag . handsock . hijab pink . cafe

semua diatas dalam satu brands padieka raccolta
harga serendah RM50 for dress
RM45 pants/palazzo
RM50 shoe
RM10 Shawls
RM25 top

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014