Wednesday, June 29, 2016

Umpan belum mengena nampaknya, nih!

Semalam, cuba-cuba pancing suami. Mana la tau kan, mengena. Heh.


"Abang.. macam mana eyh nak cuci kipas tu? 
Nak panjat atas kerusi, macam tak sampai je kite".

Suami diam je.

Ingat ada la harapan yang dia akan membalas, "Takpe, nanti abang cuci".


 Umpan belum mengena lagi nampaknya, nih. Huhu. 


xoxo




Saturday, June 25, 2016

Kongsi tips cara nasihat anak jadi lebih baik

Assalamualaikum,

Bukak facebook pagi ini, dia share memories tentang apa kite update pada tarikh 26 June. Tertarik dengan salah satu status yang kite update. Sekali lagi nak berkongsi kat sini dan untuk ingatan diri saya jugak :


Saya lah, kadang-kadang ada waktu, perasaan marah tu tak boleh nak kawal. Geraammm sangat haih rasa bila mana anak-anak buat sesuatu yang memang boleh mendatangkan stress dan amarah. Kena cuba untuk jadi lebih sabar. Kena cuba.


Lepas ni, nak cuba lah guna perkataan ni.


"Listen. Bukan ibu nak marah, tapi Allah sedang mengajar kita untuk jadi someone yang lebih baik, to be a good girl, ok ".


Moga-moga adalah sesuatu perubahan yang positif nanti.
InshaAllah.
=)


Xoxo


Tuesday, June 21, 2016

Tibe nak aktif pulak.

Assalamualaikum,

Bila dah lama tinggal blog, tiba-tiba datang menjenguk, seronok pulak rasa abadikan sesuatu kat blog. Sebelum ni, banyak update tentang kehidupan di Facebook aje. Tapi dah rasa tak berapa seronok nak berkongsi tentang kehidupan kat sana. Faktor umur, mungkin haha. Sekarang, kite rajin share recipe je dari page orang hahaha. 

Em, macam account social media i yang lain, banyak perihal kisah anak-anak je la main topic nya nanti. Hihi. Semoga tidak membawa rasa tidak syok pada yang membaca nanti. *Pheww. Kesat peluh*

Sekarang pun suka jugak tentang decor decor rumah. Kot ada yang saya shopping online, mana tahu, mungkin boleh kongsi-kongsi juga nanti. Sama sama lah rumah kite semua cantek hehehee. 

Itu jela kot buat masa ni. πŸ˜…πŸ˜…
Till next time. InshaAllah.

Wasaalam and xoxo.


Monday, June 20, 2016

Hye, meet Sarra!

Assalamualaikum,


Hello, meet Sarra, my second daughter. 



Dah 1 tahun 9 bulan.

Oh my, lagi 3 bulan dah nak 2 years-old.
Cepatnya masa berlalu. 
Ibu still belum puas menggomol awak, baby. 
I wish, ibu ada banyak masa untuk dihabiskan bersama anak-anak ibu.
Dilema seorang ibu yang bekerja.
Tapi tak apela, every night, anak-anak ibu masih nak tido di bawah ketiak ibu, kan? Hihi.
One of the reasons, ibu belum ready untuk pisahkan tempat tidur Aleescha. Hihi.

Emm. I should planning your birthday celebration kat school, la Sarra.
This year, you are going to celebrate dengan kawan-kawan kat school, ok.

I think kite buat tema Didi and Friends la, ya.
You are so much obsessed with Didi. 
Nampak handphone, mintak Didi.
On TV je, nak Didi jugak.
Bangun tidur pun, Didi jugak yang disebutnya.
Hihi.

So, yeah, birthday theme kali ni, its going to be Didi and Friends!

Hoorey!
I know, you will love it, Sarra,
Hihi.



Wassalam and xoxo.






Bila Aleescha ada soalan.

Assalamualaikum,


One fine day, sedang kami menuju ke parking, Aleescha nampak lampu parking mall tu berkelip-kelip.


Aleescha : Ayah, kenapa lampu tu berkelip-kelip?

Ayah : Lampu tu rosak.

Aleescha : Kenapa lampu tu rosak, ayah?

Ayah : Lampu tu berkelip, lampu tu rosak.

Aleescha : Yelah. Kenapa lampu tu rosak?



(Ibu sedang berfikir perlu ke nak cerita tentang ballast, or starter or watt).


Ibu : Nanti ada orang datang baiki ya.

Aleescha : Haah. (Diam).


Bila dia teruja nak tahu. Hihihi.

Wassalam dan xoxo.




Sunday, June 19, 2016

When Sarra says No, No, No !

Assalamualaikum,


Kadang, bila Aleescha buat sesuatu yang tak good, I akan beritahu, "Aleescha, tak good buat macam ni. Allah marah".

Dan, bila Sarra dengar, dia pulak menambah, "Kakak, no, no, no!". Siap dengan jari-jari nya digerakkan buat aksi no, no, no. Haha. Ibu gelak je lah. Haha.


Terlalu comel untuk dikongsikan cerita.




Wassalam dan xoxo.



Aleescha nampak rainbow.

Assalamualaikum,


Aleescha masih enjoy dengar nursery rhymes. Let her be. Dan salah satu lagu is about rainbow. Ibu lupa la tajuk lagu hahaha.

Dan, masa on the way back nak balik rumah from her school, she was lucky enough to see a rainbow. Ibu pun so much excited nak kenalkan the real rainbow! Hihi.


Ibu : Aleescha, look, ada rainbow. Can you see it ?

Aleescha : Tuuu. Nampak. 

Ibu : Nice kan rainbow? Ada banyak colour.

Aleescha : Nice. Warna-warni.

Ibu : Yes, warna-warni. Colourful. 

Aleescha : Nak pergi sana, boleh ibu? Aleescha nak pegang.


Gulp.


Ibu : Kita cuma boleh tengok rainbow je. Kita tak boleh pegang rainbow because it is too high. The sky is too high, kan. Tinggi di angkasa.

Aleescha : Oooo. Macam didi tu ye, "Bintang-bintang di langit, tinggi di angkasa"..

Ibu : Haah, betul.. Hihihi.


So, this week activity, kita akan mengenal rainbow dengan lebih dekat, ya! InshaAllah.



Wassalam and xoxo.


Saturday, June 18, 2016

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Ramadhan tahun ni, masih bersama 2 orang anak. Hihi, Alhamdulillah, walau penat sedikit, masih mampu siapkan juadah berbuka puasa dan bersahur dari dapur kecilku. Kadang-kadang aje, bila husband teringin nak makan nasi briyani, suami beri cuti memasak di dapur. Hihi. Normally, masak yang simple-simple aje. Sebab jam 6 petang baru sampai rumah, memang bergegas nak memasak dalam masa sejam. Hihi. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada terhidang atas meja.

Persiapan raya pun tahun ni, cuba untuk berjimat. Saya fikir, cukupla dua pasang baju raya untuk anak-anak. Hari raya pertama dan hari raya kedua. Baju raya untuk hari raya pertama, dah siap beli dah semalam. Matchy - matchy dengan my daughters. Hehe. Tahun ni balik raya belah Johor, jadi ikut tema warna in-laws, warna mustard brown ala-ala. Haha. Baju raya untuk hari raya kedua, kite pakai je baju kurung/jubah yang ada. Cuma nak cari dress yang matchy-matchy dengan mommy qnd daughters.

Persiapan untuk perhiasan rumah, emm, tahun ni macam seronok sikit. Beli itu beli ini untuk decor raya. Hehe. Tapi masih dalam mood berjimat - cermat. Beli new cushion cover dan wall decor. Teringin nak tukar meja makan baru. Tapi belum dapat persetujuan dari husband. Hihihi. Oh, saya perlukan carpet juga ehehe. Masih belum ada carpet rumah saya tu. Hihi. Nantilah nak survey-survey. Dengarnya Jakel ada buat lelongan carpet. Moga-moga ada la yang berkenan nanti. Hihi.

Itu ajela buat hari ni. Banyak bercerita tentang persiapan nak raya aje ni. Haha. Excited kite nak raya tahun ni! Hehehehe.



Till we meet again, InshaAllah.

Wassalam and xoxo.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014