Monday, December 12, 2011

Dan, perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Siapa yang follow blog saya dah tentu tahu kan, saya ni merupakan salah seorang pasangan husband and wife yang berjumpa hanya di hujung minggu. Sadis memang sadis. Hehehe.

Kami dah lama berkenalan. Dan sewaktu belajar dulu pun saling berjauhan. Dari waktu sekolah, zaman belajar di Universiti dan sehinggalah masing-masing dah bekerja. Masih berjauhan. Dan berjumpa berdating memang jarang gila. Kalau sebulan sekali dapat jumpa tu memang rasa bertuah dah haa. Bukan senang woo nak berjumpa sebulan sekali. Masing-masing ada komitmen masing-masing kan.

Jadi, bila kami ambil keputusan untuk berkahwin, saya memang fikir dan dengan egonya pendam dalam hati, "Takpela berjauhan awal-awal ni. Hujung minggu balik la, jumpa suami. Macam tak biasa aje berjauhan". Sebab dah biasa punya pasal berjauhan. 

Tapi, ternyata, bila mana status seorang isteri, peritnya rasa. Perit sangat. Tak sama macam masa bercinta gitu. Lain. Hari-hari berendam air mata saat teringatkan suami. Begitulah..Dan hari-hari berdoa untuk bertukar. Sampai ada satu masa, rasa dah give-up dan rasa nak letak jawatan terus. Sampai macam tu sekali.

Cuti di Kedah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Cuti di Pahang adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

Perjalanan dengan bas memakan masa 10-11 jam.
Dan bas dari Kulim cuma bertolak pada jam 9malam setiap hari Khamis.
Dan tiba di Kuantan, hanya pada waktu 7pagi hari Jumaat.

Suami bekerja pada hari Jumaat.
Saya berseorang di rumah mertua.
Sabtu masa untuk meluangkan masa bersama suami.
Dan malamnya, saya dah nak balik ke Kedah.

Bayangkan, hanya berapa jam sahaja saya bersama suami?
Penat, memang penat.
Tapi, apakan daya, hati mesti terus tabah.

Parents saya di Seremban.
Suami di Pahang.
Saya sebatang kara di Kedah.
Masakan ada saudara mara di Kedah?
Tak ada. Sakit ke susah ke, tanggung la sendiri.

Stress. Cukup stress.
Tapi, hati mesti terus tabah.

Dan, parents selalu cakap, sabar, sabar, dan sabar. Nanti mintak transfer. Mesti dapat punya. Atas sebab kepercayaan itu, saya terus bersabar.

Dan, sehinggalah ianya menampakkan sinar harapan. Read : Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih pada setiap satu yang mendoakan permudahkan permohonan pertukaran saya.
Terima kasih. moga kalian dapat ganjaran setimpalnya.


Dan sejak itu, setiap kali lepas solat, saya tak tinggal untuk berdoa mohon semuanya dipermudahkan. Dan sentiasa sabar menanti. Sehinggalah tiba suatu hari tu, perasaan berani untuk berjumpa Pengarah dan mohon disokong permohonan saya. Semuanya terlalu cepat. Tanpa banyak soal, Pengarah terus turunkan tandatangan dan menyokong permohonan saya. Alhamdulillah, syukur sangat. Dan, terus saya berdoa sehingga keputusan keluar.

Siapa yang tak seronok bila mana permintaan kita itu diperkenankan oleh-Nya? Saya sangat bersyukur  saat saya tahu keputusan secara tidak rasmi. Terus saya call husband dan beritahu berita baik ini. Happy sangat rasa. =)

Januari 2012, InshaAllah, saya akan melalui pengalaman pertama menguruskan rumah tangga bersama suami. Rasa macam pengantin baru pulak. Hihihi. Yelah, sebelum ni duduk rumah mertua. Makan pun disediakan oleh ibu mertua. Nak buat macam mana, menantu tak pandai nak masak. Nasib punya ibu mertua yang baik dan memahami. Hehe. Jadi, once kami dah mulakan hidup bersama, saya akan urus semuanya. Dan saya gementar. Berdebar.


Dan, tak lupa juga, bila dah duduk sekali nanti, InshaAllah, mohon dipermudahkan lah hendaknya perancangan kami untuk menerima zuriat pulak. Sama-sama doakan untuk saya, ya?.


Saya tahu dan percaya, setiap perancangan Allah yang diaturkan itu adalah yang paling terbaik untuk saya.
Terima kasih, Ya Allah kerna mendengar setiap doa hambaMu ini. 
Alhamdulillah.







27 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

Amin..moga segalanya dipermudahkan..benda baik..insyaallah..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

alhamdulillah..


doakan saya dapat tukar dekat dgn husband. like u said, memang perit jauh dari suami. tak sama mcm zaman bercinta dulu.

oshinz said...

alhamdulillah sis. gembira utk kamu.

Cik Fasyareena said...

alhamdulillah kak..tahniah..

sy pn risau jgk kak.situasi kita almost sama.and ape yg akak pk b4 kawen tu sy pn ade pk gak gtu.tp sy xsedia lg nk berjauhan again nti da kawen kelak.dah la sy mmg ddk sorg2 kt ngeri org.fuh..xsanggup.nak tukar,tp mcm ssh je..cikgu,mmg ssh nk tukar2 ni..huu..doakan sy jgk kak..

btw,sy silent reader akak..;) salam kenalan dr fasya..

sarahhernyzar said...

syukur alhamdulillah. semoga di permudahkan segala urusan Atia dan suami. dan di doakan di murahkan rezeki utk dpt anak.

p dot s: nnt boleh la say hye hye bila dh transfer ke Kuantan. hehe :)

Miss Ika said...

Alhamdulillah.
Semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT.
Gud luck sis. :)

fash nurfazlina said...

Alhamdulillah :) happy foe both of u.slamat menjadi surirumah sepenuh masa.bukan lagi surirumah d hujung mnggu atau sekali sekala hee :)

Anonymous said...

waaah...sebak baca story ni bila mengenangkan nasib saya bakal pegang title weekend partner nie bila kawen bln 2 nnt..kdg2 saya tanya diri sndiri kenapa nasib tak mcm org lain yg bahagia bleh hidup brsama rite after kawen...sediiih :(...everytime luah perasaan smua org bleh ckp sabar...sabar..semoga doa kami juga dimakbulkan Allah...anyway....so haaaaaappy for u :)

Atiqah Ahmad said...

congratz dear. :)

i pun lepas kahwin PJJ jugak. taktau la untuk berapa lama. lepas kahwin ni baru nak try mintak tukar.

Mz Nik said...

waa besnye, tahniah sy pn PJJ jgk husband kat perlis sy kat ngaja Kulim, u ngaja kat kulim sekolah ape yer? Pahang Kulim jauh kot,sy ok la lg. Apepn selamat menjalankan tanggungjawab sbg seorg isteri dan cepat2 dapat baby

QueenBz said...

Seronok dah dapat tukar kan? pasni takde rindu2 berendam air mata.
aku memahami benar perasaan itu mek!

ehh, ko tukar poli mane?

ps: pasni boleh plan baby pulak :)

Mysarah Rahman said...

i'm happy for u dear :)

Lemon said...

alhamdulillah. congrats, doll!

at least u cuti 2 hari. i sekarang da kerja 5.5 hari. dapat balik pun ahad pagi sampai-hubby gi kerja-i sorang-sorang kat umah-hubby balik kerja-ahad malam balik kl balik. sadis.

pray for us too, k. ;)

LisaLisut said...

yey!!! i am so happy for u cik belle!!!! congrats!! lepas ni ade berita baru lagi tak lama lg! hihihihihi. alhamudulillah! (excited) hihi.

Anonymous said...

Alhamdulillah, cik belle!!
lepas ni bole plan baby pulak kann? heeeee ;)

COCO'S CREATIONS said...

I hope everything fine after this kan.....Wish you dapat baby cepat cepat tau pasni! Ehehehe....

diary_ciknaa said...

hope berita mcm ni akan jd milik kami suami isteri jugak nanti. insyaallah..

cheq sue dieyha said...

alhamdulillah,itulh sebaik2nya..isteri disisi suami.
salam singgah...

wanie said...

puan bella.. tahniah, doakan saya boleh bertukar dekat dengan suami..

Anonymous said...

Comngrate Thia..
dpt jugk pindah blek pahang..
Hope SO pas nie better life wit husband ye..
T doakan aku dpt pindah dari tmpt yg azaB ini JUgak..
STRESS!
ahakz...

choclairissa@intan marliana said...

jgn sedih2 lg cik belle..see dugaan korg dh makin berkurang sekarang..lps ni mesti korg akan rindu kenangan duk berjauhan..insyaAllah semua dipermudahkan :)

Reen Tart Nenas said...

alhamdulillah. selamat menempuh 'alam' baru yer :) lepas nie insyallah belle pandai masak punyerrr. mesti semangat nak try resipi baru :)

harzharun said...

hi darling...lama kan mummy qasyaf x jengok sini...qasyaf la selalu kaco mummynya ni..x sempat nak singgah kat blog aunty belle..hehehe...

hey yang...tahniah tau dah dpt tukar..alhamdullillah...tumpang syukur tumpang gembira tuk ko...aku pun merasa 5 bulan bjauhan dgn suami...

hahhh, nak sgt masak yea, pasni masak la puas...yg penting ikot selera suami tau...kalau nak ikot selera kita, tunggu balik umah mak kita je lah...hehehe...itulah yg selalau aku praktik...sampai kdg2 nak masak ikot selera aku, kne tny arjuna dulu...bukan apa, bukan dia xnak mkn pun, tp ye lah, kalau boleh nak berikan yg the best tuk dia kan...hehehe...plg seronok bila dia kn btambah2..

pasni jugak, boleh ada rumah sendri, boleh jg pakai suami...hahhh, mula lah lama2 ko mesti dah nak mbebel kalao bsepah...tp itulah yg seronok bila duk sama..

so,hepi duk sama2 dgn hubby!!!daaa!

Miss Wii said...

Asalamualaikum~

Sedih sangat la baca your post ne. Tak dapat nak bayangkan apa rasa awak sebenarnya. Tak terbayang juga kalau saya yang lalui apa yang awak lalui. Semoga semua urusan you husband & wife di permudahkan sepanjang masa dan di murahkan rezeki. Amin~

And tahniah ((= saya tumpang gembira

Shakina Farhan said...

amin..sebak baca ni..alhamdulillah da dapat jadi fully org kuantan la ni.hee..:D..

Cik Belle said...

To all: Thanks semua kerana sudi mendengar dan bekongsi secebis kegembiraan dalam hidup saya ni. Sayang korang semua! =)

Virtual group hugs!

Liyana said...

sgt memahami perasaan itu.. sy pun hujung mgu je jumpe suami. dh la skrg tgh pregnant, mmg mood agk swing je:(

Smg dipermudahkan k, cpt2 dpt baby plk pasni :)

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014