Saturday, July 25, 2015

Cerita packing nak pindah rumah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah dapat kunci rumah baru wuwuwuwu. Alhamdulillah.. So sekarang tengah sibuk packing barang. Almost 4 years duduk sewa, banyak jugaklah barang nak packing. Pheww hhhu.

So, semalam cuti, ambil peluang packing barang masuk kotak. And Aleescha as usual rajin nak tolong mommy. Good girl sangat. So i pass kotak kotak yang ringan untuk dia bawak pergi depan. Terdengar jugak dia mengeluh, "Penatnya", sambil lap dahi dengan tangan hahaha. 

Ada sekali tu, I nak angkat kotak kotak yang letak kat rak atas. So I ambil kerusi untuk panjat, ambil barang yang atas atas tu. 

And Aleescha yang talkative tu, mula la hai bukak mulut.

"Ibu, baik-baik. Jatuh nanti".

"Hati-hati, ibu. Hati-hati".

Baiklah. Hihihi. Comel sangat tau dok nasihat ibu. Kakak sangat nih. Hehe.

Whatever, i love you, kakak eecha. Nanti kite sambung packing lagi k!


Saturday, July 11, 2015

How to Raise Your Child's Self Esteem : #1


I ada buku ni and berminat la nak kongsi, jadi sama-sama dapat manfaat. Ianya tentang 99 Ways to Raise Your Child's Self Esteem. Sesenang, I share lagi 1 by 1 ya. InshaAllah. So, mari kita mulakan!


#1 :


Beritahu anak-anak yang kite sayang dia. Sekurangnya sekali dalam sehari. Maknanya, hari-hari kena beritahu yang kita amat sangat sayang pada dia. 

Yes, I did this since my daughters masih baby. Bila wake up sahaja, I bagitau, betapa ibu sayang sangat kat Aleescha, kat Sarra. Bila ambil diorang dari rumah pengasuh pun, tak masuk kereta lagi, sambil dukung pun, I bagitau, ibu sayang sangat Aleescha, Ibu sayang sangat Sarra.

I kerja. So macam tak banyak masa dengan diorang. Pagi - pagi, diorang bangun, sesi hugging each other, lepas tu i sibuk nak siap-siap pergi work dah. Lepas tu balik kerja dah jam 6 petang, da limit sangat time dengan diorang. Sebab my daughters ni jenis tido awal. Paling awal, before 7 da tido. Dan akan tido sampai ke pagi esoknya. Hanya beberapa jam sahaja dengan diorang.

So, ya, waktu yang ada tu jela, I akan ambil peluang untuk beritahu, betapa ibu sayang sangat kat Aleescha and Sarra. Tanpa jemu. Ya, tak pernah jemu.


So, mommy mommy sekalian, ada je masa terluang, jom hari hari kite beritahu anak anak yang mommy sayang sangat anak anak mommy! Let's make it a routine!





Monday, July 6, 2015

Rumahku Syurgaku : First thing, check defect!

Alhamdulillah, pemaju da call mintak ambil kunci rumah. Weehuu! Macam tak percaya dah nak ada rumah sendiri. Hihihi. Alhamdulillah.

Dalam seronok nak terima kunci, yelah, dah lama tunggu rumah siap. Hehehe. Tapi blur blur jugak, apa lah yang nak buat sebelum masuk rumah ni?? Memang blur. So google la baca pengalaman orang..

Daripada pembacaan, mula-mula dapat kunci, mesti check defect dulu. Satu rumah kena check dulu. Baik, kite akan mulakan langkah pertama, check defect. Hihihi.

Checklist kena buat la kan. Nanti i rajin, i buatlah. Buat sementara waktu, kite note down la dulu apa item nak bawak time check defect rumah nanti. Jadi, kite perlukan :

Masking Tape - Tampal, tanda dan tulis pada defect item tu. So that, developer tu tau la nanti mana yang perlu diperbetulkan. Senang cari masking tape yang warna cream tu. Hihihi.

Marker Pen - Untuk kite tulis atas masking tape tadi. Warna merah is better la. Hahaha. Senang nak nampak arahan. Ngeee.

Kertas A4 - Untuk kite senaraikan semua defect yang ada beserta nombor so that kite boleh rujuk later dan boleh juga senangkan pemaju nanti. 

Camera - Untuk ambil gambar bukti bukti huhhuhuhu.

Ok, kite listkan apa nak bawak dulu la, later kite sambung checklist pulak. Wawawa, pening rasa. Heh.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014