Monday, March 26, 2012

Rutin seharian bila bergelar seorang isteri.

January ada 3 entry.
Febuary ada 2 entry.
March ada 1 entry.

Momentum menulis semakin lama semakin menurun.
Bukan tak minat menulis.
Minat sangatttttt!

Tapi, kesibukkan.
Cheh alasan.

Tapi betul, bila dah jadi seorang isteri yang dah duduk bersama serumah, baru rasa, penat, sibuk, tak punya banyak masa untuk diri sendiri. Banyak masa untuk suami.

Pagi-pagi sebelum azan Subuh, mata dah mula rasa nak bukak.
Tapi, nak jugak dengar azan Subuh baru nak buka mata.

Siapkan sarapan untuk suami.
Siapkan baju untuk suami.
Kalau ada basuh baju malamnya, pagi-pagi nak kena sidai baju dulu.
Tunggu suami bersiap nak ke tempat kerja.
Bukakkan pintu rumah untuk suami.
Salam tangan suami dan tunggu sehingga kereta suami hilang dari pandangan mata.
Barulah kita sibuk angkat handbag dan pastikan rumah dah tutup lampu, dah tutup gas, kunci rumah, buang sampah dan bergerak ke office.

Pulang petang ke rumah, dapat rehat sebentar.
Kalau ada sidai baju, kena angkat baju.
Kemudian bersihkan badan sebelum suami pulang kerja.
Pastikan pintu pagar dah bukak so senang suami nak masukkan keretanya.
Siapkan untuk masak waktu dinner nanti.

Suami pulang, sambut suami.
Teman suami makan petang.
Kalau I rajin berhenti beli goreng pisang ke beli keropok ke.
Kalau tak rajin, sediakan je la air manis sejuk dan makanan sampingan.
Suami kena alas perut dulu sebelum dinner.
Nanti perut die lapar dan mengamuk, susah la I. Hehe.
Masak-masak untuk dinner.
Itupun kalau rajin. Hihihi.
Kalau tak rajin memang beritahu suami suruh tapau sahaja.
Tapi, makanan tapau seringkali tekak saya tak selera nak makan.
Mesti makan sekadar untuk perut diisi sahaja.

Lepas solat, kena siap-sediakan makan malam untuk suami.
Dah makan, kena cuci pinggan pulak.
Lepas tu, tengok tv sambil lipat kain.
Lepas tu sibuk tanya suami, baju mana nak pakai esok, nak pergi iron baju.
Lepas tu, nak kena tanya suami, kot-kot die nak minum milo suam.
Lepas tu, barulah saya boleh berehat dan tidur.

Rutin esok pagi seperti semalam jugak.

Penat jadi isteri.
Tapi, berbaloi.
Hihi.

Jadi, sebelum kahwin, sila prepare mental dan fizikal.
Tanggugjawab tu dah bertambah.

Suami, waktu pagi memang energy dia high. Tetttt. Haha.
Tapi, bila dah petang, energy die dah mula menurun. Hehehe.
Jadi, jangan marah kalau suami merungut penat, penat, penat.
Kita pun sibuk nak bertanding, I pun penat jugakkk. Jangan.
Senyum sahaja. Dan dengar ajela bebelen dia.
Sebab kite ni perempuan, memang Superwoman! Hehe.


Buat pengantin baru, selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri!
Jangan merungut, sebaliknya berterima kasih pada suami.

=)









19 comments:

LisaLisut said...

wow. rutin kita sungguh different! haha. i baca rutin u mcm adegan dlm drama pulak. cewahh ;p bagus betul cik atia ni hehe

tim said...

wow sungguh la misali isteri ini!!!

R.R.Z said...

Suami, waktu pagi memang energy dia high. Tetttt. Haha


*hahaha..sy belum kawin, tp..rase mcm sesuatu plak dgn ayat atia tu*

:-P

Fariza said...

cntiknya design blog :)
itulah tugas harian kan.

cha said...

kan. memang penat tp tu semua mematangkan kita chewah. dapat pahala pun ye :p

Aznor Ibrahim said...

sangat setuju dengan post ini..huhu.penat tapi seronok mnjadi isteri :)

Cik Belle said...

LisaLisut: tapi ni la realiti dalam hidup i! penattttt! haha. tapi kadang ngelat jugak buat.. tapi tahan lah telinga lepas tu kena bebel dek suami. hohoho. sumpah, tu lagi la tak larat woh! hehe

tim: hehe. kadang ngelat jugak sebab penyakit M datang. hehee..

R.R.Z: aip! wink wink. heheheee.

S.n.Fariza : tuhla kalau nak suami sayang, kena layan dia macam raja. hahahaha. tips apa ni tah! hee

cha : hehee.. betul. sangat mematangkan. sebelum kahwin, semua mengharapkan ma. mak je buat semua. sekarang, sendiri kena buat lepas tu tambah pulak suami pun kena.

nur : hehe. betul, seronok! =)

Anonymous said...

hehe, best pulak baca entry ni. Taksabar la ase. hehe

QueenBz said...

yeayyy! terima kasih jugak sebab ko dah menjelaskan kenapakah entry B2B and selepas menjadi ex-B2B/mommies sgt berbeza kuantitinya.

dah ada baby nanti lagilah superwoman, iron-lady sume title ko pegang belle :)

BAIZURA NATASHA said...

Atia-i bc rutin u pn i da rasa penat.wonderwoman btl lah u. I x msk dinner during weekdays pn rasa da cukup penat. Masa first 2mths kawen kalo org tny je kawen best x? I mesti kwb pnt..tp mula la org pk pnt laen. Hehe.tp skang da bole adjust x trasa la sgt pntnya tu. Chaiyok2, kte sma2 nk masuk syurga kn? Hee

Emylia Shahila said...

Thanx cik Atia sbb bagi hint ape yg bakal terjadi pas kawen.. *tetiba jadi cuak pulak

Xora said...

penat kan .. penat dalam nikmat --eh? nnt ada anak sorang, super penat..
anak lagi.. super duper penat.. tapi best. haah.. mmg masa utk diri sndiri dah kurang, apa tah lagi blog.

choclairissa@intan marliana said...

haha rutin u x jauh beza dgn i cume i x masak dinner dh skrg n kitorg balik skali dkt nk maghrib..so x sempatla nk buat minum ptg..yes..sgt penat jd isteri tp x boleh mengeluh sbb itu adelah pilihan kite..n kene igt..setiap kite buat utk suami dpt pahale..bestkan? :)

Shifa ATC said...

hi! salam perkenalan! baru terbaca entry ni.. rutin kita lebih kurang sama lah.. nak share kat my blog boleh tak? thanks!!

http://catshifa.blogspot.com/

Cik Belle said...

Miss Anony : wheee, tempuhilah dengan sabar sabar sabar. =)

♥ balkidz_hunny ♥ : hihihi. sebenarnya malasssss! hahahahaha

BAIZURA NATASHA : sometimes, dinner makan sandwich je. hahahaa. kadang i ngelat jugak masakkkkkkk. penat semestinya. first month i duk sama, i banyak nangis.. sebab penat. hehee..

Emylia Shahila : jangan segan silu mintak suami tolong buat kerja rumah jugak.. hohoho

Xora : kaannnn.. dah kurang masa untuk berblog dan untuk diri sendiri.. stress pulak rasa. hehe

choclairissa @ intan marliana : betul, jaga kebajikan suami, pahala hadiahnya, InshaAllah. =)

Shifa ATC : hye dear. salam perkenalan.. sure, ill visit urs pulak lepas ni! hehe.

Reen Tart Nenas said...

i love being a wife :) penat. tp suka :)

Mizz ruth@rose said...

Bgus nyer cmtuh,hehe cm rus kje shift laen lak,kalo kje mlm siang byk mse tok msak,mse mule2 kawen tuh nanges gak,tp skang alhmdulillah leh adjuz..ble tgk hubby ase pnat tuh ilang..org ckp kalo ade bb ag ilang ase pnat tuh,tp rezky x menyebelahi rus...

chil&zam said...

alamak cuaknye ! hmm..

insyallah kene blaja step by step..

step pernikahan belom tempuh lg so...i have to prepared opss..no..we BOTH have to prepare...

Anonymous said...

Hostas come in a wide variety of colors, shapes and sizes and can
be found in almost every home landscape. Place organic kitchen waste,
as well as yard waste such as grass clippings, leaves, and the
like into a compost bin. Sure, you had your occasional
exception that stupidly borrowed from the local loan shark, but most learned to live on less.


Check out my web page :: mulching

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014