Monday, December 3, 2012

Sekali lagi, membuat persiapan!


Bila adik lelaki saya beritahu saya yang dia nak kahwin bulan 3, 2013,

EXCITEDnya sayaaaaaa!!!!!
Ya, sungguh excited.

Sampai I tak setuju dia nak kawen bulan 3 and I cakap, 
"Tunang la dulu bulan 3, nanti kawen bulan 3, 2014".

Sebab apa?
Sebab saya perlukan setahun, ye setahun untuk merancang perkahwinan.
Merancang sehingga jadi Yang Perfect. Heh.
Takde maknenya.....
Ho ho ho.

Dan, paling tak tahan, bila I ni merangkap kakak, yang mana, adik mesti ikut, dengar cakap kakak, dah sibuk-sibuk buat list untuk hantaran tunang dia nanti.
HAHAHA.
Maafkan ajela kakakmu yang terlebih excited nieh. Heh!



Yeay!
It's time to start wedding preparation once again!
Hehehehehehehehe


P/s: Moga saya lebih rajin berbloggging selepas ini. Hihi


Friday, July 27, 2012

Buat si kecil.

Buat si kecil.
Hihi


Pergi Bandung hari tu, beli baju untuk si kecil. Hihi. Kelengkapan pertama beli. Keperluan baju-baju baby. Sebab kat sana kan murah. Hehee. Tapi, suami selalu ingatkan, beli sikit-sikit sahaja. Tell me, kalau dah baju branded harga murah ya ampun, tak rasa nak memborong ke? Dah macam mana nak sekat nafsu dengan beli sikit-sikit? Haha. Tapi, sebab suami yang bayarkan, okla ditapis.

Ada sehelai jeans dari Baby Guess untuk 6-9months tak silap. I beria nak pakaikan untuk baby. Tapi husband tak approve. Alasannya, baby kecik lagi takkan nak sarungkan jeans? Tunggu baby dah pandai jalan ke baru boleh beli jeans. Jadi redha dengan amek cotton jeans legging sahaja, seperti gambar di atas. Hehe.




Setiap kali masuk factory outlet, nampak je baju baby girl, mesti geram, ya ampun! Tapi, bila fikir, nanti baby dah keluar tengok dunia mesti lagi gila kau nak bershopping untuk baby. Heh. Jadi, positifkan minda, ok, lepas pantang kita sambung shopping lagi.

Nampak cardigan untuk baby pun rasa geram nak beli. Hehe. Lepas dah belek, ambil letak, ambil letak, last sekali, terus letak kat cashier. Pedulik. Hehehee. Nanti boleh match-kan dengan skirt. Alolololooo...

Rasanya shopping baju untuk baby ni takkan pernah habis. 
Jadi, semat dalam jiwa, nanti nak shopping lagi.
Cukup la sudah.

Rompers pun ada beli sikit.
Sebab mother-in-law nasihat suruh beli baju 2-piece untuk baby.
Okla, saya yang menurut perintah.


Jadi, dengan upload gambar baju, mesti dah tahu gender baby, kan..
Hehe.













Friday, July 13, 2012

Bandung atau Jakarta?

Assalamualaikum.

Lamaaaaaaaaaaaaa blog ditinggalkan.
Banyaaaaaaaakkkkk sangat post dah tulis, sekerat sekerat la tapi, lepas tu, simpan dalam draft.
Sigh.

I want to be an active blogger again.
Rindu rindu rindu.
Niat tu mesti ada.
Nanti usaha akan datang bersama.
Eceyh gitu. Haha. Daoakan. Heh.

Banyak nak cerita. Tapi, masa. Masa tidak mengizinkan. Alasan semata, ya. Orang lain pun ada 24 jam sehari. Sama je kan. Tapi mereka sempat update blog. Unlike me. Heh. Alasannnn je la kan memanjang.

Ok, kita salahkan hormon pulak. Horman ibu mengandung memang tidak menentu. Kadang rajinnnnnnn teramat. Dalam separuh hari, boleh sidai baju, sapu satu rumah, lap perabot, basuh toto, sental toilet, bersihkan fridge, mop dapur, haaaaa amek! Haha. Kadang, lepas bangun tidur, sarapan, cari bantal semula. Lepas tu, husband balik, takde cerita nak cerita, cuma cerita, "Hari ni kan, kite tidur je satu hari. Baby penat agaknya". Sebenarnya mommy dia yang malas asyik nak tidur je. Cheh.

Begitulah hormon perempuan mengandung yang dah nak masuk 7 bulan dah ni. Oh, time do flies fast. Missing my 1st trimester, and now, I'm about to leave my 2nd trimester dah. Sobsss.

Lepas tu, perempuan mengandung ni yang 6 bulan 2 minggu waktu kejadian, sempat lagi pergi Bandung. Ngaaaa! Sebab dah booking awal tahun, di mana waktu kejadian memangla tak tahu akan dimurahkan rezeki, suka suka je la p booking ticket. Hahaa. Lepas tu, semua orang macam runsing, "Eyh, boleh ke ni, boleh ke ni? ", "Larat ke ni, larat ke?" . Dah nama berjalan, memang suka laa hati. Haha.

Lepas tu, bila start berjalan-jalan di Bandung, memang tak lupa la kat blog ni. So, kat sini memang nak kongsi sikit la, Bandung ke Jakarta lagi best bershopping untuk persiapan kahwin?

Ini pendapat peribadi. Pendapat saya. Pernah sekali ke Jakarta. Pernah sekali ke Bandung.
Dan saya katakan, Jakarta lagi best lah dari Bandung dari segi persiapan untuk kahwin.

Kalau nak cari lace, ke Mayestik di Jakarta. Harga lebih kurang je. Tapi lebih banyak choices. Cuma, kalau nak cari lace yang mahal-mahal like french lace tu, Bandung ada pilihan lebih sikit, di Pasar Baru. Cuma, kalau di Mayestik, Jakarta, kena pergi terjah satu kedai ke satu kedai. Dari segi layanan dan potongan harga, orang di Jakarta lebih pemurah, gitu. Di Pasar Baru, boleh kurang harga, tapiiii, sikit je la. Mungkin skill I tak berapa nak menjadi di Pasar Baru. Heh.

Kalau nak cari wedding card, Jakarta lebih banyak pilihan. Pasar Tebet. Artis Malaysia, golongan anak raja ke, ramai buat card kat sini. Kat Bandung, sorry, I tak sure kat mana. Mungkin boleh google, ok.

Souvenirs, Jakarta banyak pilihan. Boleh singgah kat Jati Negara. Tapi, dengarnya jauh. Selain tu, pergi kat Tanah Abang Trade Center atau Mangga Dua aje. Lebih banyak pilihan. Kalau yang nak bagi goodies bag tu, elok la borong hadiah kecik-kecik kat Tanah Abang atau Mangga Dua. Kat Pasar Baru, Bandung, erm, tak banyak pilihan.

Veil, tiara, banyakkkk kat Mangga Dua, Jakarta. Kat Pasar Baru, em, tak round habis agaknya, so tak jumpa pun..

Telekung, Kat Pasar Baru lagi murah dan kualiti elok. Tapi, kalau tanya saya, saya prefer telekung Siti Khatijah. Beli je kat Malaysia. Selesa. Kain Cotton. Sejuk. Best. Sila la paksa tunang beli untuk buat hantaran. Hehehe.

So, all in all, I would say, Jakarta lagi best kalau nak beli barang-barang untuk kahwin ni. Harap la adik I akan kahwin 2 tahun dari sekarang. HIHI. So, baby dah besar, and boleh sebok-sebok ikut mommy dia jalan-jalan kat Jakarta. Hehee.

Bandung best bila you ada banyak duit dan ready nak shopping gila-gila. Memang baju-baju murah gila. Banyak factory outlet. Ada lebih kurang 1500 factory outlet kat Bandung. Bayangkan. So, sebelum pergi, list out dulu factory outlet mana yang nak terjah. Heh. Lebih kurang je satu kedai ngan satu kedai. Masuk satu outlet, tengok baju jugak. Outlet tu, baju jugak. Cuma beza pada harga. Hihi. Berapa pasang sangatla kita nak shopping baju kat sana kan? Balik Malaysia, shopping baju lagi,. Begitulah. So, tak heran sangat la. If only, you ada anak. Memang sakan la shopping untuk anak kat sana. Hihi. Baby Guess, Tommy, Zara Kids, Carters, Gymboree, H&M, dan seterusnya... Rasa meroyan sekejap. Haha. Begitulah.

P/s: Saya mungkin biased di entry ini. Mungkin sebab, time di Jakarta dulu memang kita focus pada persiapan perkahwinan. Dan di Bandung, memang focus jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan beli-belah. Heh.

To end this, em, doakan, moga esok ada entry baru. Hihi.


Wassalam.


Tuesday, May 29, 2012

Alasan semata, mungkin?

Saya rindu nak menulis.
Saya rindu sangat nak menulis.
Tapinya, saya sangat takut untuk mulakannya.

Ingin sekali di hati kecil ini menulis tentang nyawa baru di dalam rahim saya.
Tapinya, saya takut. Takut.
Dan perasaan itu terbawa-bawa saat mahu memulakan penulisan.

Ingin sekali saya paparkan gambar scan nyawa baru yang ada di dalam rahim saya.
Tapinya, hati saya yang sebelah lagi, menafikannya.
Jadinya, saya pendam sahaja dalam jiwa.
Bila rindu, saya akan tatap sendirian.

Seronok baca tentang pengalaman ibu baru yang lepas balik scan rahim mereka, mereka upload gambar dalam blog mereka.
Indah sungguh ciptaan-Nya.

Saya mahu juga.
Tapi, saat ini, saya masih dalam rasa, "Tak apala, tunggu nanti dah lahir nyawa baru".






Thursday, May 10, 2012

Kurma Ajwa dan Meeya.


Yang mengenali saya in person, tahu saya bukanlah jenis yang suka keluar melepak bersama teman-teman di kedai kopi ala-barat, yang melepak bersama teman-teman dari petang hingga ke malam hari, yang pantang kawan ajak keluar terus ON sahaja. Sampai, saya kategorikan diri saya ni seorang yang anti-social. Heh. That is why kalau ada orang ajak saya join MLM, awal-awal lagi saya tolak! HAHAHA. Sebab saya tahu tahap mana saya bersosial bersama rakan. Mesti saya akan tanggung rugi modal beribu-ribu Oh!

Ini geng saya untuk bergosip. Kenapa mesti ini paling atas? =P
Ini geng saya untuk layan teater.
Ini teman saya untuk layan movie.
Ini teman saya untuk saya luahkan masalah jiwa saya.
Ini teman saya untuk ke konsert.
Ini teman saya untuk makan-makan di fine dining restaurant.
Ini teman saya untuk makan-makan ais-krim dan chocolate.

Owh, ramai juga teman rupanya, eyh!

Hee. Dan, melibatkan diri ke dalam dunia blog bertambah-tambah rakan. Dari menjadi seorang anonymous dan tiada yang mengenali diri ini, hingga menjadi seseorang yang dikenali (ayat Gila Glamer katernya, HAHA) sebagai Cik Belle. Kadang menghadiri majlis kahwin, ada yang menyapa, "Eh, Cik Belle, kan?" Berani sungguh, saya puji. Hihi. Sekarang saya dah membesar bagaikan juara, dan pastinya tiada yang mengenali lagi. Dengan muka berjerawat, kadang keluar tanpa mekap : rasa bogel sekejap, comotnya nampak. Alahai. Saya sedih betul.

Dan, dengan bertambahnya rakan, bertambah rezeki sebenarnya. Alhamdulillah. Siapa sangka, di waktu awal pregnancy, saya mengidamkan kurma Ajwa atau orang panggil kurma Nabi. Bila bukan bulan Ramadhan, alahai susahnya nak cari kurma. Tambah-tambah lagi kurma Ajwa. Paling susah nak jumpa sebab ianya antara kurma yang mahal.

Pencarian demi pencarian. Akhirnya bertemu di Carrefour. Harganya memang mahal, bagi saya ianya mahal. Harganya almost RM20 dengan hanya kurang daripada 20biji. Suami belikan juga sebab saya merengek nak. Makan satu hari satu biji. Nak jimat punya pasal. Hihi.

Dan, siapa sangka, rakan blog yang ini murah rezekinya dapat jejak Madinah dan Makkah. Sebelum perginya menjalani umrah, disapanya saya tanya ada apa-apa nak dipesan tak setibanya dia di sana. Tiada apa yang saya fikirkan, selain Kurma Ajwa. Tetapi saya tidaklah mengharapkan sangat kerana saya tahu dia pergi ke sana dengan satu tujuan, untuk mengabdikan hati dan jiwa kepada Allah S.W.T.

Dan saya katakan, perempuan yang mengandung itu selalu sahaja dimurahkan rezekinya. Rezeki anak, orang kata. Nak dihuraikan betapa murahnya rezeki si anak yang saya kandung ini, Subhanallah, kang ada pulak kata "Amboi, menunjuknya dia". So, better I shut my mouth sahaja. Jadi, saya katakan, jangan takut untuk mempunyai anak di awal tahun perkahwinan kerana saya yakin akan rezeki yang diberikanNya. Seawal usia 4 bulan dalam kandungan, Allah s.w.t telah tetapkan rezeki si anak. InshaAllah, percaya pada Qada' dan Qadar. Tapi, pada yang mempunyai alasan tertentu untuk tidak lagi mempunyai anak di awal perkahwinan, saya serahkan itu pada pasangan masing-masing. Mungkin ada perkara lain yang perlu diutamakan. Semahunya saya untuk mengelakkan diri menjadi seorang yang judgemental di sini. Wah, gitu.

Alhamdulillah, sekembalinya dari tanah suci Makkah, berita gembira disampaikan. Mintak address saya untuk post Kurma Ajwa. Alhamdulillah, tersenyum saya mengusap perut. Syukur, Alhamdulillah.


Terima kasih, Meeya.
Walau hanya kite pernah bertemu sekali sahaja, persahabatan ini dipanjangkan sehingga berhari-hari, bertahun-tahun harapnya.
Saya doakan semoga Meeya dimurahkan rezeki hendaknya.

Terima kasih, Meeya!





Wednesday, April 25, 2012

Semangat yang pudar.

Ramai pregnant mommy update tentang progress baby dalam perut and pregnancy journey diorang. Suka I baca. I dah 16 weeks kot. KOT? Haha. Ye, I dah lost count. Pergi check up baru tahu berapa weeks. Begitulah. Takpun, tunggu update dari babycenter.com. Dasar sungguh, kan? Heh.

Not that I'm not excited about my pregnancy. Tapi, itu lah, I blur. BLUR. Every mommy wants the best for her baby kan. And, so do I. Like, which feeding bottles yang bagus for baby? Tengok MAM, oh, cute gila, I WANT! Begitulah. Lepas tu ada mommy update tentang Avent pulak. Mulalah tak keruan. Tommee Tippie tak berjaya menarik hati I lah sebab pernah tengok cousin guna botol ni, besar ya ampun. Macam kesiannya kat baby, botol besar dah nak tutup muka. Tapi mungkin juga suatu hari nanti, I terbeli jugak Tommee Tippie ni sebab nama alahai, comel benar! Hik hik. Atau mungkin juga I akan end up beli classic bottle je macam Dr. Brown punya bottles range je. Sebab ada Dr. lepas tu macam lebih menyakinkan aje. Haa itulah, dilema mencari botol je punnnnnnn. Alahai!

Itu belum lagi tiba part breastpump. Nak ikut dasar kehendak atau dasar keperluan. Tapi, hati ni dah kuat simpan duit untuk Medela FS sebab daya hasutan rakan-rakan. HAHA. Termakan jugak, kan? Mungkin jugak nanti bila tiba masanya, I beli je Spectra 3 tu je. 

Tengok checklist, pandang lama-lama, otak jadi tepu. Terus tepu. Macam, erm, where to start ni? Apa nak buat first thing first ni? Unlike tengok wedding checklist. Laju je otak bercambah-cambah idea. Tau je nak google apa. Tapi, sekarang ni, for baby, nak google apa dulu nieh? Duh.

Tambah-tambah bila masih tak tau jantina baby. Hati ni kuat kata, it's a girl! Heh heh heh. Tapi, husband kata, baby boy kot. Sebab I tak lalu makan ayam. Macam kakak dia dulu mengandungkan baby boy, kakak dia tak makan ayam. So, suami kata, it's going to be a boy! Berebutlah gender baby suami isteri ni haa sudahnya. Haha. Tapi, dalam diam, hari-hari usap perut, panggil "Baby Maryam". Ho ho ho. Ni rahsia BESAR yang I dah bocorkan pada korang semua. And, now, ianya bukan lagi rahsia. Heh.

Bulan 5 nanti ada baby expo kat MidValley. Mungkin I tak pergi kot. Sebab macam baru je lagi umur baby. I tunggu yang bulan 7 nanti je la. Gigih tak gigihla nak berjalan waktu bulan puasa. Heh. We'll see how. Dah la bulan 7 nak jalan-jalan lawat Bandung. Duit kopak nanti macam mana? Suami la tempat bergantung. Haa gitu.

Moga hari ini ada semangat nak survey barang baby. 






Monday, April 23, 2012

Bihun kejung oh!


Cubaan pertama memasak Bihun Sup adalah separa GAGAL!

Kalau 100% berjaya pasti pasti saya akan berkongsi resipi di sini.
Tapi gagal disebabkan bihun yang kejung oh!

Dah siap masak semua, dah hidang dah atas meja. Suami pun dah berselera menghadap bihun sup atas meja. Tapi mood dimatikan hanya kerana bihun yang I rendam dalam air separa panas adalah kejung. Suami pun tunjuk kehebatan dengan beritahu kena rebus bihun tu macam rebus spaghetti. Ooooowwwhhh, kisahnya begitu...! Terus masuk dapur rebus bihun. Dah menggelegak barulah tos bihun. 

Heh. Kemudian barulah menghadap kembali juadah untuk dinner kami.
Suami puji sedap. Alhamdulillah.
Hihihi. I tak taula betul ke atau saje ambil hati.
Ini diajar sewaktu kursus perkahwinan.
Suami perlu puji masakan isteri walaupun tak sedap. Sebagai satu motivasi, katanya. Heh.

Kata-kata suami penguat semangat untuk belajar dan terus belajar.
"Kalau tak buat salah, sampai bila kita tak tau, kan?"

Oh, betapa saya dambakan tangan seorang chef!
I suka memasak.
Tapi, I tak pandai memasak.

Sigh.




Tuesday, April 3, 2012

A confession.


Hye, welcome honeymoon trimester!

Entering 13 weeks of pregnancy journey and yet, rumah kami masih tiada sofa.
Rasa-rasanya, apa rasa hati?
Suami kata, nanti dah siap cat dinding rumah, baru nak beli perabot.
Redha la hati. Her her her.
Tengok tv sambil baring atas toto amat menyakitkan tulang belakang dan perut kadang cramp. CUAK!
No, I'm not complaining.
Kerana saya enjoy this journey, saya happy sahaja dan redha sahaja dengan apa yang disediakan oleh suami.

Kerna, saya sudah berjanji bahawa saya akan susah dan senang bersama suami.
 Apa yang suami sediakan, itulah yang terbaik untuk kami pada waktu ini.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan apa yang saya lalui kini.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.






Bid goodbye to first trimester.
Hihihi.







Monday, March 26, 2012

Rutin seharian bila bergelar seorang isteri.

January ada 3 entry.
Febuary ada 2 entry.
March ada 1 entry.

Momentum menulis semakin lama semakin menurun.
Bukan tak minat menulis.
Minat sangatttttt!

Tapi, kesibukkan.
Cheh alasan.

Tapi betul, bila dah jadi seorang isteri yang dah duduk bersama serumah, baru rasa, penat, sibuk, tak punya banyak masa untuk diri sendiri. Banyak masa untuk suami.

Pagi-pagi sebelum azan Subuh, mata dah mula rasa nak bukak.
Tapi, nak jugak dengar azan Subuh baru nak buka mata.

Siapkan sarapan untuk suami.
Siapkan baju untuk suami.
Kalau ada basuh baju malamnya, pagi-pagi nak kena sidai baju dulu.
Tunggu suami bersiap nak ke tempat kerja.
Bukakkan pintu rumah untuk suami.
Salam tangan suami dan tunggu sehingga kereta suami hilang dari pandangan mata.
Barulah kita sibuk angkat handbag dan pastikan rumah dah tutup lampu, dah tutup gas, kunci rumah, buang sampah dan bergerak ke office.

Pulang petang ke rumah, dapat rehat sebentar.
Kalau ada sidai baju, kena angkat baju.
Kemudian bersihkan badan sebelum suami pulang kerja.
Pastikan pintu pagar dah bukak so senang suami nak masukkan keretanya.
Siapkan untuk masak waktu dinner nanti.

Suami pulang, sambut suami.
Teman suami makan petang.
Kalau I rajin berhenti beli goreng pisang ke beli keropok ke.
Kalau tak rajin, sediakan je la air manis sejuk dan makanan sampingan.
Suami kena alas perut dulu sebelum dinner.
Nanti perut die lapar dan mengamuk, susah la I. Hehe.
Masak-masak untuk dinner.
Itupun kalau rajin. Hihihi.
Kalau tak rajin memang beritahu suami suruh tapau sahaja.
Tapi, makanan tapau seringkali tekak saya tak selera nak makan.
Mesti makan sekadar untuk perut diisi sahaja.

Lepas solat, kena siap-sediakan makan malam untuk suami.
Dah makan, kena cuci pinggan pulak.
Lepas tu, tengok tv sambil lipat kain.
Lepas tu sibuk tanya suami, baju mana nak pakai esok, nak pergi iron baju.
Lepas tu, nak kena tanya suami, kot-kot die nak minum milo suam.
Lepas tu, barulah saya boleh berehat dan tidur.

Rutin esok pagi seperti semalam jugak.

Penat jadi isteri.
Tapi, berbaloi.
Hihi.

Jadi, sebelum kahwin, sila prepare mental dan fizikal.
Tanggugjawab tu dah bertambah.

Suami, waktu pagi memang energy dia high. Tetttt. Haha.
Tapi, bila dah petang, energy die dah mula menurun. Hehehe.
Jadi, jangan marah kalau suami merungut penat, penat, penat.
Kita pun sibuk nak bertanding, I pun penat jugakkk. Jangan.
Senyum sahaja. Dan dengar ajela bebelen dia.
Sebab kite ni perempuan, memang Superwoman! Hehe.


Buat pengantin baru, selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri!
Jangan merungut, sebaliknya berterima kasih pada suami.

=)









Sunday, March 18, 2012

Kelam-kabut di hari pernikahanku.

Saje nak kongsi cerita di sebalik majlis pernikahan I yang lalu. Moga dapat dijadikan sedikit iktibar. Hihihi.


1) Hari pernikahan I hari Jumaat, malam, lepas Isya'. Yang makeupkan I, Kak Liza (Assistant Saidatulnisa) datang awal sangat. Jam 430pm dah ada.

  • Sangat terkejut bila Kak Liza call kata dah otw. Time tuh dalam kul 2pm++ macam tu. CUAK! Actually, a week before I dah call butik Kak Sai and ada assistant butik yang entertain I. Everything confirmed and assistant tuh bagitau lepas Maghrib akan start makeup. Siapa yang tak gelabah bila mana MUA dah otw dan photgraphers ke videographers ke tak datang lagi sebab first thing first yang I confirmedkan ialah waktu makeup and barulah informed semua photographers and videographers. Cuak gila tapi berjaya maintain stress-free-moment! HAHA. 
  • Masa Kak Liza beritahu yang dia dah nak sampai Exit Tol Senawang, I terus terang dekat Kak Liza yang photographers and videographers tak sampai lagi. And Kak Liza nicely  replied, Kak Liza akan jalan-jalan and makan-makan dulu. Separuh LEGA.
  • Kelam kabut call photographers and videographers to inform datang sekarang! OMG-moment! Haha. I cuba lengah-lengahkan masa untuk make-up so that mereka semua datang time I make-up. VERY MEAN, I know! Apa boleh buat....That the best, I can do! Hihi.
  • So, Kak Liza sampai dalam 430pm macam tu. And I suruh die lepak dalam bilik kejap. While his husband kat bawah. I cakap I nak solat dahulu. And die ok la. 
  • Memang nasib baik semua photographers and vidoegraphers sampai adalah serpih-serpih part yang tak makeup lagi. Ok la, mereka dapat shoot la time I makeup. LEGA..
  • I mengadu la kenapa dekat Kak Liza, kenapa your assistant cakap u makeup lepas Maghrib sepatutnya.. And Kak Liza macam bengang sangat dengan that assistant. 
Kesimpulannya : Please, call sendiri your MUA. Bercakap sendiri dengan your MUA. Deal elok-elok dengan your MUA. Tanya, jam berapa nak bertolak. Berapa lama usually take time nak makeup. Kak Liza usually, take about 2 hours untuk makeup sahaja. Lama, I know.


2) Hari Jumaat, bangun pagi-pagi mengadap hantaran. Malam sebelumnya sibuk buat hantaran jugak. Last minit, sambung ke pagi. Nak kena beli macam-macam lagi sebab banyak yang tak cukup. STRESS yang amat! Nasib by tengahari macam tu dah siap dah semua cucuk bunga. Saya buat seorang diri. Kunci pintu bilik rapat-rapat. Sepahkan dalam bilik mama. WAHAHAHA. Bilik pengantin harus bersih tanpa sampah please. Hihi.

Kesimpulannya : Please jangan tamak sangat nak buat semua on your Big Day. Memang tak sempat punya. Tolong beri kepercayaan kepada orang lain juga. Deligate-kan task pada orang-orang lain juga.


3) Dah siap makeup semua, baru teringat yang Sireh Junjung tak buat lagi! Relax.. Terus pass pada sesiapa sahaja yang muncul dalam bilik pengantin. Tak silap I, I pass to my cousin kot. Lepas tu, pandai-pandai lah cousin I mintak tolong pada makcik-makcik. What I know, masa nak nikah, Sireh Junjung dah siap. Hhehe. Tak silap, dalam video nikah ada kecoh-kecoh moment nak buat sireh junjung. Hihihi. And from my cousin punya cerita, dia cukupla berdebar bila ditugaskan sebegitu, dan dia dah pass the job to one of my aunties. Tapi, auntie I ni, relax je.. dia boleh nak solat dulu, nak makan dulu, nak mandi dulu... Cousin I dah cuak gilllllerrrrr!!! Hahaha. Thanks anyway, babe! =)

Kesimpulannya : Pergi order kat kedai bunga or kedai hantaran yang boleh buat Sireh Junjung. Bukan senang ok nak buat sireh junjung yang tinggi macam orang dulu-dulu punya perkahwinan. Classic, I must say!


4) Hari Jumaat, nak nikahnya malam. Audio System tak booked lagi! HAHAHAHHAHAHA. Tak ke gelabah semua orang? Ini sumpah part tertinggal, tak ingat. Sebenarnya, dok argue dengan suami I (time tu tunang la kan), nak MIC ke tak nak. Dia cakap, die tak nak. Die malu. Ok, so I pun tak sibuk la nak cari. Last minute, my mom insists on MIC jugak. Kelam kabut cari contact number. Nasib baik ada Mudah.my. Memang semuanya jadi mudah, i tell you. Tengahari call semua number yang ada kat Mudah.my tu. Yang cover area Seremban/ Senawang la kan. Ada yang charga mahal sebab last minute. Ada yang tak nak amek. Ada yang dah penuh. Luckily, ada jugak rezeki. Sampai abag audio system tu pelik, nak nikah hari ni, baru nak booking hari ni. Wahaha. Nak buek camno, ha? Atas sebab tak percaya agaknya, abag tuh round pusing depan rumah dengan anaknya, nak tengok betul ke ada majlis nikah. Hahahahaha. Dan Alhamdulillah, abang tu datang tepat pada waktunya. He only charged me RM200. Lengkap semuanya. Siap pasang lagu-lagu lagi malam tu. Okla, meriah la sikit ada bunyi itu dan ini. Hihihi. Time akad nikah, cuma suara pengantin lelaki kedengaran. Saya bahagia. =)

Kesimpulannya : Tolong, jangan buat macam saya. Very the last minute decision!


5) Kerana gementar dan nervous sangat, saya duduk di belah kanan suami. Jadinya, tak berapa nak cantik. Sebab I nampak cantik bila I di sebelah kiri suami. Hehehe.

Kesimpulannya : Sila pastikan dengan betul kedudukan anda. Perempuan sebelah kiri suami, kan? Gitu.



Nanti kita cuba sambung lain kali pulak ye. 
Setakat ini dahulu.

Hihi.

   
 
 
Sponsored Video : Peveyhack.com



Tuesday, February 28, 2012

Pengalaman di atas pelamin


Wedding Lisa Surihani and Yusry cantik kan. Yelah, artis. Semua pun cantik. 

Pelamin die remind me of my pelamin. HAHAHAHAHA. Perasan tak ingat. Hehe.
Ampun..Ada la sikit-sikit. Walaupun, yelah mestilah pelamin diorang lagi grand dari pelamin cinonet I tu.
Pelaburan lain-lain, mestilah hasil lain-lain. Hehehehe.

Tapi, basically, ada yang sama.

We used sofa instead of kerusi pelamin asing-asing tu.
So, kalau nak pilih kerusi pelamin, pilihlah jenis sofa atau cleopatra style tu, k.
Nampak la artis, gitu. Haha.

Ada bunga besarrrrr kat belakang sofa tu!
Samaaaaa!
Pelamin Datin Paduka Umie Aida kan sama jugak.
I kan jadikan pelamin Datin Umie Aida sebagai inspirasi gitu. Huhuhuhuhu.

Itu jela pun yang sama.
Haha.

Actually, I nak ceritakan pengalaman I di atas pelamin time wedding hari tu.
Harapnya, dapat la dijadikan iktibar buat semua.


Picture credit to : Ministry of Moment


Picture credit to : Ahmad Fairus Photography

Apa beza gambar atas dan bawah?
Cari perbezaan.
Haha.

Perasan tak, gambar atas tak ada pelapik kaki.
Gambar bawah ada.

Kalau pengantin tinggi, dah tak perlu letak pelapik kaki tu ok.
Nampak pelik dalam gambar.
Dan sangat tak selesa duduk macam tu.
Kain pulak ternaik, macam tak cantik lah. Hehe.

Silap kami, tak cuba duduk atas pelamin tu sebelum bersanding.
Sampai je dewan, terus make-up.
Masuk dewan time berarak tuh la first time aku tengok pelamin aku.
Cantik, of coursela kan. Hehe..

Sampai je kat pelamin, dah duduk semua.Ok, tak selesa.
Kami suami isteri atas pelamin tu dok sok sek sok sek cakap tak selesa, tak selesa, apa nak buat ni.
Kah kah kah. Tapi, masih perlu control please..Hehe.

Setelah berbincang secara sok sek sahaja, kami ambil keputusan untuk tolak sahaja pelapik kaki ke belakang. Tolak sama-sama dengan kiraan 1,2, 3. Gamble. HAHAHAHAHA.
Sumpah, ini kelakar.

Lepas tu sangat legaaaaaa!
Tak lenguh dah kaki.
YEAY!

Hihi.

Kesimpulannya, please la cuba la test pelamin korang dahulu ya.
Snap a pic. Tengok apa yang tak cantik dalam gambar. Perbetulkan.
Nanti jadi drama la pulak atas pelamin tu. Hihihi.

Pelamin I dari : Coco's Collection



Saturday, February 18, 2012

Tassel Brooch Bouquet

Oh-oh-oh!


Dah boleh tempah ONLINE!

Untung kamu wahai 2012-brides!

Saya mahu ini waktu Majlis Bertandang tempoh hari. Ok, enough Cik Belle.
Tetapi tidak kesampaian hanya kerana tidak punya cukup waktu. ERGHH!

Dan sekarang, rasa nak buat majlis kahwin lagi HAHHAHA, dan tempah ini. 
Ok, mengarut.

Oklah, siapa yang inginkannya, sila contact mereka di sini:


Argh, JEALOUS!

Dan, mereka sangat baik hati untuk memberi sewaan dengan hanya RM50/ bouquet.
Arghhh, double jealous!


All pics were taken from : Tassel Brooch Bouquet



P/s : Ampun ya, sudah lama tidak update blog. Mahu. Tapi malas. Doakan semoga saya rajin menulis lagi. 





Wednesday, January 18, 2012

Yang pertama ada.


The only 'furniture' that we have in our house.
Hehehe.


Okla, ada TV 19"
Dan ada bedroom set juga la.
Hehe.

Itula tikar getah yang mom-in-law belikan.
Nice, I love it.

Dan, husband telah bersusah payah belikan meja lipat dan red stool tu.
I love red!

Dan, semua barang makanan I letak je atas meja tu.
Rumah kami kosong lagi. Tiada kitchen cabinet.
So, terpaksalah kami beli rack and cabinet nanti untuk dapur kami.
Ok, IKEA, lets!

Water heater tu pemberian dari seorang kawan sekolah.
U know, semua hadiah yang I terima, lepas je I unwrapped, I tampalkan wishes card tu kat kotak-kotak hadiah. By doing that way, kite akan tau siapa yang beri hadiah pada kita.
Dah bukak kotak nak guna, those card kite simpan dalam album pulak.

Sepanjang seminggu di rumah sewa, kami tiada kesempatan nak membeli electrical appliances.
Dan hari Selasa yang lalu, baru berkesempatan nak membeli.
And it is so much fun, i tell you!

And now, kami dah ada LED TV, Fridge and Washing Machine.
Alhamdulillah.


Next post, saya akn cuba membantu sharing some tips on buying electrical appliances.
Insyaallah.


P/s : Mungkin ada yang terdetik di hati, "Itupun nak cerita, ker?"..or "Itupun nak share, ker?"..  Well, I must admit that, some people just love to read everything that we post, and some people just not. Dan pada saya, saya mahu mencoretkan cerita ini jadi sebahagian daripada kisah hidup saya. Tentang bagaimana saya membina hidup saya bersama-sama dengan pasangan saya. Tentang bagaimana kami merealisasikan, " Susah senang, kita bersama". Perkahwinan bukan suatu yang mudah. Dan mengenali pasangan anda bukan hanya mengambil masa sehari. 

=) Dan ya, saya amat bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni. Ahamdulillah, syukur atas nikmatNya.




Saturday, January 14, 2012

Dunia kita nyata berbeza.

I suka high heels.
Dia suka tengok I pakai slipper aje..

I suka fancy dress.
Dia suka tengok I pakai t-shirt and jeans aje.

I suka pakai baju kurung to office.
Dia suka nak tengok I pakai blouse and pants to office.

Sobs Sobs.
Selamat tinggal high heels.
Selamat datang dunia penuh kesederhanaan.


Can I survive?
-_-


Tuesday, January 10, 2012

Tentang memulakan hidup bersama

Setelah hampir 7 bulan berkahwin, baru fasa memulakan hidup bersama tercapai. I mean, duduk serumah bersama dalam rumah sendiri. Hehehe. Tak kisahla, rumah sewa pun tetap nak cakap di rumah sendiri. Hihi.

Surat penempatan keluar 3 minggu sebelum tarikh lapor diri. Dengan sibuk kenduri sepupu, suami sibuk berkursus, sibuk meeting, sesi hunting rumah sewa terpaksa ditunda. Jadinya, mengambil kesempatan cuti 1 Januari 2012 untuk memulakan sesi pencarian. Sehari suntuk mencari rumah yang berdekatan dengan kawasan yang di-aiming, akhirnya persetujuan dicapai setelah mengambil kira pelbagai kos dan mengikut bajet. Ok, selesai dan lega di-situ.

Dan sesi perbincangan tentang itu dan ini bermula. Bukan senang untuk mencari suatu keputusan bila masing-masing punya citarasa on-how-to-decorate-the-house. Excited, I must say. Saya mahu begini, suami mahu begitu. Saya tak bersetuju, tapi suami tetap explain further. Dan akhirnya, kami gelak-gelak bersama bagi menghilangkan rasa stress! STRESS.

Sebab nak sewa rumah dengan bajet kami yang kecik ni, dapatla rumah kecil tiang seribu. Hihihihihi. Memula saya menghasut jugak suami untuk menyewa rumah semi-detached yang besar dan selesa itu. Saya katakan, tak apa, kita bahagi dua sewa, kite sama-sama bayar. Suami bagaikan bersetuju. Tetapi lepas berfikir panjang, suami memberitahu hasrat hati untuk tidak menyewa rumah semi-detached itu. Alasannya ,

 "Walau bezanya cuma RM 400, kita duduk jela rumah kecil tiang seribu tu. Lebihan RM400 itu boleh kita buat bayar bil ". 

Aku terkedu. Mula rasa nak memberontak. Tapi, suami bagaikan dapat membaca dan menyambung, 

"Orang yang banyak duit simpanannya ialah yang rumahnya sederhana, selesa aja untuknya dan berkereta sederhana, tidak mewah. Dalam bank, banyak duit ". 

I dah mula bersetuju untuk duduk di rumah kecil tiang seribu tu. Hehehe. Suami cakap, takpela, rumah kecik pun, hanya untuk kite berdua. After all, kita hanya guna living room, dining room, kitchen, toilet, dan master bedroom. Itu sahaja. As long as kita happy, no matter how small the house is, itu tidak membawa apa-apa rasa ketidak seronokkan. Ok, setuju tanpa ada bantahan. Lagipun, rumah sewa je pun.

Dan, sebab sewa rumah dengan bajet yang kecik, dapatla rumah yang lantainya hanya semen semata. Macam nak upah orang pasang tile aje. GRRRR. Nasib rumah sewa. Dan bermulalah sesi perbincangan lagi untuk mencapai persetujuan.Ada 3 pilihan :

  1. Tikar getah - I cakap, tak apalah, kita beli ajela tikar getah yang coraknya modern sikit. Pilihan paling economy. RM8.00/m, yang grednya sederhana. Suami kurang setuju.
  2. Carpet sepenuhnya - I cuba beri idea untuk pasang carpet sepenuh ruang. Suami setuju. Then, kami survey harga karpet. Can get as low as RM 2.20/sqf.
  3. Timber flooring - Thanks to Adda Shariff sebab bagi idea tentang ini. Kami tak terfikir langsung. Beritahu hasrat hati pada suami. Dan suami pun setuju.

Jadi, sama ada pilihan pasang carpet sepenuhnya atau timber flooring. Selepas sesi perbincangan, saya katakan carpet tak sesuai dengan cuaca di Malaysia sebab panas dan berhabuk tu. I tak rajin untuk vacuum setiap hari. Dan timber flooring pula agak costly untuk mencantikkan rumah orang pulak tu, bukan rumah sendiri. Hahaha. Dan kami akhiri pilihan kami dengan memilih tikar getah je la u olls. Dah, selesai.

Dan selepas itu, suami pulang bercerita tentang nak beli carpet kecil untuk ruang tamu dan ruang makan kami. Suami beria beritahu, cantik, ada bunga-bunga, itu dan ini. Bila saya tanya harga, suami beritahu RM500/pc. I cakap, toksah beli. Mahal dan membazir. If dua carpet, harganya RM 1000. Gilo. I cakap, takpe, nanti kite survey kat IKEA atau Nilai 3 sudah. Hehehehe.Suami terpaksa akur. Heh.

Bila dah tinggal sebumbung, banyak perkara perlu kami revise semula. Siapa nak bayar rumah. Siapa nak bayar bil. Siapa nak beli groceries. Siapa nak beli fridge. Siapa nak beli washing machine. Siapa itu. Siapa ini. Itu satu part. Belum part pening kepala nak cari menu, sarapan nak buat apa, lunch okla sendiri-sendiri kan, dinner nak makan apa pulak. Dan kerana itu, wujud blog baru. Tapi, belum launching. Hahaaha.

Apa yang boleh saya simpulakan, persefahaman perlu wujud dalam rumah tangga. Dan tolak ansur. Penting. Kena sentiasa ingat, kita isterinya. Dan batas-batas perlu dijaga. Banyak perkara baru kami belajar. Hehe. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya. Amin.

Ok, celoteh panjang saya ni, saya akhiri dengan sekeping gambar. Esok-esok saya tepek lagi ok. Hehehe.


Suami dan bapa mertuaku sibuk berbincang apa saya tidak turut serta. Sibuk nak MMS picture to my parents. Agagaga. Maafkan saya, aset suami yang itu, saya puja. Hence, saya abdikan dalam gambar ni buat tatapan semua. Haha. Ampun.




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014