Friday, August 14, 2015

Oh, kitchen cabinet!

Betapa peningnya nak buat pilihan warna untuk kitchen cabinet idaman hati. Itu belum masuk bab material. Phewww. 3G glass la, 4G glass la, laminate la, arcylic la. Hahaha. But slowly study, tanya pada kengkawan, da dapat sikit ape beza 3G and 4G. Arcylic material macam mana, da pegang, sentuh. 

Okla, itu baru bab material. Belum lagi masuk top surface nak macam mana. Hahaha. Pening nak pilih solid surface ke, granite ke, bla bla bla lah. Haha.

Ada lagi term yang nak kene tau. Frameless ke, ade bevel ke, aluminium ke, wawawa, lagi banyak nak hadam. Haha.

Tinggal la dulu bab tu. Kite kongsi kemudian tentang tu. Hehe.

So hari ni, kite dah finalize warna kitchen cabinet kite. Wuwuwuwuwuwuw. Finalize tanpa approval dari suami. Haha. Whatever lah. Yang penting, kalau tetiba husband tanya, nak warna apa, i dah ada jawapannya. Takdela baru terkulat kulat nak buat pilihan. Heh.

So, ini beberapa contoh warna pilihan cabinet heehe.


Combination of white and brown. Hihi. I suka warna natural. Senang nak matchy matchy gitewww. Lagipun, husband kata konsep rumah kite, konsep bali moden acah acah. Giteww ade tema tauuu! I dok bayang habislah rumah macam rumah orang tua lah, segala perabot ukir ukir kayu which i tak berapa suka sangat punnnn. Feeling old pulak classic classic nih. Haishh. Kite tengok la macam mana nnt living hall i hahahaha.

Sambung kesah warna kitchen cabinet. Ada lagi contoh kitchen cabinet yang menarik mata dan hati i. Huhuhu.


Masih, warna putih dan finishing colour kayu. Tapi ni warna kayu gelap sikit. Yang tadi cerah kan. Warna kayu gelap ni buat nampak "mahal" je kitchen cabinet ni. Nampak sturdy. Kemas. Tapi, kene considerate ruang juga. Bila warna gelap, akan nampak ruang sedikit sempit. So, pilih nak cantek exclusive sangat, tapi dapur nampak sempit, atau, pilih warna terang tapi luas walau sedikit pucat. Ape merepek, ok next.


Yang ni rekaan sama. Tapi warna je yang beza. So, i pilih sama ada No 1 atau No 2. 

No 1 : putih warna selamat, warna standard orang kata.

No 2 : bila suntik warna cream, nampak ceria sikit dapur. Combination menarik.

No 3 : warna cream keseluruhan buat nampak pucat je dapur. 😅 so i tak berapa suka.

No 4 : ok juga. Cuma nampak macam design old skool aje sebab dulu dulu kalau kitchen cabinet tu, mesti warna sama atas bawah. 😅😅.. So i nak cari kelainan la sikit. Setanding dengan aliran zaman. Giteww. Huhu.

Kalau perasan, gambar atas ada counter bar atau counter island kat dapur. Dapur i? Huhuhu. Bergantung la kite pada budget kite nanti. Memang la teringin kitchen island, tapi dapur tak seluas mana huhuhu. Plan untuk buat 6x3 pun da ok. Kene tanya pada yang pakar 😅

Ok la. Idea colour on kitchen cabinet da kire selesai la kan. Hihihi.


Monday, August 10, 2015

Cuci rumah pun belum, you!

Excited tahu dapat kunci rumah. Esok genaplah sebulan dapat kunci rumah. Tapi, tapi, satu hape pun belum buat ape-ape kat rumah tu. Hahaha.

Hatta, belum cuci rumah pun. Eksaited ke bende kalau gitu, tu??? Lawat rumah masih kene masuk pakai selipar. Hohoho.

Susah sebenarnya I nak buat ape - ape kat rumah tu. Susah. Terlampau susah. Semuanya mesti nak kena approval by husband. Haha. Hatta nak basuh rumah pun, kene dapat green light dari dia. Saya yang menurut perintah. Hehehe.

Husband is so busy. Setiap bulan outstation. Dengan new business to handle. Memang takde masa nak fikir rumah berteduh tuh. So, I cuba jugaklah nak membantu, huhuhu. 

So, I cuba membantu mencari orang cuci rumah. Ikut hati, I nak pergi membasuh sendiri aje. Setakat simbah, simbah air, mop mop rumah, I dah biasa dah semua tuh. Huhuhu. Hakikatnya, rumah sewa sekarang ni, husband yang basuhkan dulu, I masuk cuci kaki aje. Ngeeee. Tapi, memikirkan anak-anak, memang tak mampu nak basuh sendiri. Penat menjerit aje nanti I nih. Heh.

So, I called company untuk cleaning service. Dia charge RM30/hour untuk 2 orang pekerja. Murah dah tuh. Semua sabun kelengkapan bagai, company cleaning service tu provide lah. So, I beritahu lah husband. Mula-mula husband macam bagi green light untuk upah orang tu je. Tetiba, tukar fikiran, nanti nanti lah basuh, kite renovate dulu lah. Sobs sobs sobs.

I sebenarnya dah naik semak dah mata tengok kotak-kotak yang dah meninggi kat ruang tamu rumah sewa ni haa. Nak hangkut je semua letak rumah sana. Tuhla sebab utama kenapa nak basuh rumah cecepat. 

Tapi, ada betulnya jugak untuk renovate sesiap mana-mana yang nak buat major renovation tu. Yang kecik-kecik ni nanti kite sapu sapu jekla nanti huhuhu.

Dari mana nak start dulu pun i dah blurrrrrr. Huwarghhh.


Saturday, July 25, 2015

Cerita packing nak pindah rumah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah dapat kunci rumah baru wuwuwuwu. Alhamdulillah.. So sekarang tengah sibuk packing barang. Almost 4 years duduk sewa, banyak jugaklah barang nak packing. Pheww hhhu.

So, semalam cuti, ambil peluang packing barang masuk kotak. And Aleescha as usual rajin nak tolong mommy. Good girl sangat. So i pass kotak kotak yang ringan untuk dia bawak pergi depan. Terdengar jugak dia mengeluh, "Penatnya", sambil lap dahi dengan tangan hahaha. 

Ada sekali tu, I nak angkat kotak kotak yang letak kat rak atas. So I ambil kerusi untuk panjat, ambil barang yang atas atas tu. 

And Aleescha yang talkative tu, mula la hai bukak mulut.

"Ibu, baik-baik. Jatuh nanti".

"Hati-hati, ibu. Hati-hati".

Baiklah. Hihihi. Comel sangat tau dok nasihat ibu. Kakak sangat nih. Hehe.

Whatever, i love you, kakak eecha. Nanti kite sambung packing lagi k!


Saturday, July 11, 2015

How to Raise Your Child's Self Esteem : #1


I ada buku ni and berminat la nak kongsi, jadi sama-sama dapat manfaat. Ianya tentang 99 Ways to Raise Your Child's Self Esteem. Sesenang, I share lagi 1 by 1 ya. InshaAllah. So, mari kita mulakan!


#1 :


Beritahu anak-anak yang kite sayang dia. Sekurangnya sekali dalam sehari. Maknanya, hari-hari kena beritahu yang kita amat sangat sayang pada dia. 

Yes, I did this since my daughters masih baby. Bila wake up sahaja, I bagitau, betapa ibu sayang sangat kat Aleescha, kat Sarra. Bila ambil diorang dari rumah pengasuh pun, tak masuk kereta lagi, sambil dukung pun, I bagitau, ibu sayang sangat Aleescha, Ibu sayang sangat Sarra.

I kerja. So macam tak banyak masa dengan diorang. Pagi - pagi, diorang bangun, sesi hugging each other, lepas tu i sibuk nak siap-siap pergi work dah. Lepas tu balik kerja dah jam 6 petang, da limit sangat time dengan diorang. Sebab my daughters ni jenis tido awal. Paling awal, before 7 da tido. Dan akan tido sampai ke pagi esoknya. Hanya beberapa jam sahaja dengan diorang.

So, ya, waktu yang ada tu jela, I akan ambil peluang untuk beritahu, betapa ibu sayang sangat kat Aleescha and Sarra. Tanpa jemu. Ya, tak pernah jemu.


So, mommy mommy sekalian, ada je masa terluang, jom hari hari kite beritahu anak anak yang mommy sayang sangat anak anak mommy! Let's make it a routine!





Monday, July 6, 2015

Rumahku Syurgaku : First thing, check defect!

Alhamdulillah, pemaju da call mintak ambil kunci rumah. Weehuu! Macam tak percaya dah nak ada rumah sendiri. Hihihi. Alhamdulillah.

Dalam seronok nak terima kunci, yelah, dah lama tunggu rumah siap. Hehehe. Tapi blur blur jugak, apa lah yang nak buat sebelum masuk rumah ni?? Memang blur. So google la baca pengalaman orang..

Daripada pembacaan, mula-mula dapat kunci, mesti check defect dulu. Satu rumah kena check dulu. Baik, kite akan mulakan langkah pertama, check defect. Hihihi.

Checklist kena buat la kan. Nanti i rajin, i buatlah. Buat sementara waktu, kite note down la dulu apa item nak bawak time check defect rumah nanti. Jadi, kite perlukan :

Masking Tape - Tampal, tanda dan tulis pada defect item tu. So that, developer tu tau la nanti mana yang perlu diperbetulkan. Senang cari masking tape yang warna cream tu. Hihihi.

Marker Pen - Untuk kite tulis atas masking tape tadi. Warna merah is better la. Hahaha. Senang nak nampak arahan. Ngeee.

Kertas A4 - Untuk kite senaraikan semua defect yang ada beserta nombor so that kite boleh rujuk later dan boleh juga senangkan pemaju nanti. 

Camera - Untuk ambil gambar bukti bukti huhhuhuhu.

Ok, kite listkan apa nak bawak dulu la, later kite sambung checklist pulak. Wawawa, pening rasa. Heh.




Monday, June 29, 2015

#tamakpahala : Kongsi Syawal 2015

Salam, ini bukan entry promo atau entry dibayar. Ini entry ikhlas dari hati. Niat nak bantu kawan blogger saya ni, Um Liyana untuk buat projek #tamakpahala . Saya sokong projek dia. Jom sama - sama sokong projek dia. JOM!! 

Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Nak nak lagi bersedekah. Memang sangat dituntut. Jadi, jadi, ini peluang kita bersedekah hari ini. JOM support projek Um Liyana ni, jom lah. For further info:


Kongsi Syawal 2015



Bersama kita berkongsi kemeriahan syawal bersama fakir miskin dan keluarga yang memerlukan. 


Pemberian sebuah kotak mengandungi barang keperluan harian bernilai RM 120 (untuk tempoh sebulan) :

- 10kg beras
- 2.5 BioZip Detergent
- 500g Sos cili dan Tomato Life
- 650ml Kicap Jalen
- Kordial 2L
- Satu tin Sardin (425g)
- Satu tin Kari Ayam Yeo's
- Pek MILO 1kg
- Minyak Masak 2 kg
- Sekilo tepung gandum
- Gula Pasir 2kg
- 2 tin susu lemak manis
- 1 pek ketupat mini Nona
- Satu bekas Kuih Raya
- 1 pek biskut Munchy
- 1 pek maggi


Sumbangan boleh dibuat di dalam bentuk tunai dengan nilai RM 60 / RM 120 atau satu set kotak mengandungi barang keperluan harian bernilai RM 120.


Macam mana nak joinnn?


Untuk menderma di dalam bentuk tunai:

No. Akaun : 7601135172
Bank : CIMB Bank
No. Pemegang Akaun : Sharifah Um Liyana



Untuk menderma satu set kotak lengkap, sila hubungi (melalui whatsapps / sms / emel sahaja):

umliyana - 013-3010775
munazzah - 013-605 9447
Faizal - 016-391 3045

Tarikh Akhir Sumbangan : 8 Julai 2015


Semua sumbangan akan diserahkan kepada fakir miskin dan keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan Dengkil dan Sepang. Sekiranya penyumbang mengetahui sesiapa lagi keluarga yang memerlukan bantuan di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan, sila maklumkan kepada team kami. Insya Allah akan kami sampaikan kepada mereka. 

Tiada sedekah yang sedikit.
Berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah. 

We Make A Living By What We Get
But We Make A Life By What We Give



Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014