Saturday, July 11, 2015

How to Raise Your Child's Self Esteem : #1


I ada buku ni and berminat la nak kongsi, jadi sama-sama dapat manfaat. Ianya tentang 99 Ways to Raise Your Child's Self Esteem. Sesenang, I share lagi 1 by 1 ya. InshaAllah. So, mari kita mulakan!


#1 :


Beritahu anak-anak yang kite sayang dia. Sekurangnya sekali dalam sehari. Maknanya, hari-hari kena beritahu yang kita amat sangat sayang pada dia. 

Yes, I did this since my daughters masih baby. Bila wake up sahaja, I bagitau, betapa ibu sayang sangat kat Aleescha, kat Sarra. Bila ambil diorang dari rumah pengasuh pun, tak masuk kereta lagi, sambil dukung pun, I bagitau, ibu sayang sangat Aleescha, Ibu sayang sangat Sarra.

I kerja. So macam tak banyak masa dengan diorang. Pagi - pagi, diorang bangun, sesi hugging each other, lepas tu i sibuk nak siap-siap pergi work dah. Lepas tu balik kerja dah jam 6 petang, da limit sangat time dengan diorang. Sebab my daughters ni jenis tido awal. Paling awal, before 7 da tido. Dan akan tido sampai ke pagi esoknya. Hanya beberapa jam sahaja dengan diorang.

So, ya, waktu yang ada tu jela, I akan ambil peluang untuk beritahu, betapa ibu sayang sangat kat Aleescha and Sarra. Tanpa jemu. Ya, tak pernah jemu.


So, mommy mommy sekalian, ada je masa terluang, jom hari hari kite beritahu anak anak yang mommy sayang sangat anak anak mommy! Let's make it a routine!





No comments:

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014