Ini kisah bertandang.
Majlis bertandang pada 4 Jun 2011. Di rumah pihak lelaki. Lokasi, Kuantan.
Alhamdulillah, ramai yang datang meraikan kami.
Terima kasih pada yang hadir.
Dalam kad, majlis dari jam 12.00tgh hingga 4.00 petang.
Dan berarak dijadualkan jam 1.00petang.
Tapi, masa bersiap-siap tu, hujan dah nak turun, rintik-rintik gitu.
Berdebar.
"Alamak, macam mana nak berarak dalam hujan ni?"
Monolog dalam diri, "Ok, ni sebabnya tak campak baju atas bumbung rumah"
Ala, petua tak nak hujan turun tuh la.
Hehehehe.
Karut.
Berdoa dalam hati moga hujan tak turun waktu berarak.
Dan, Alhamdulillah, waktu tiba untuk berarak, langit cerah.
Syukur, Alhamdulillah.
Dan, berarakla saya. Hihi.
Senyum nampak gigi sebab teruja sangat.
HAHAHAHAHA.
Time berarak tuh, jeling-jeling jugak cari kawan-kawan yang hadir.
Nampak Mrs. Azhar dan suami.
Terima kasih Shas menghadirkan diri.
=)
Sampai-sampai, kena tahan dengan family lelaki.
Saya ingatkan ada sesi bayar tol ke apa.
Rupanya, sesi suap-menyuap.
Atok dan Opah pegang air masak, suapkan pada pengantin baru.
Owh gitu.
Ok, sambung jalan lagi.
Sampai depan pintu rumah la.
KALUT.
" Nak kena bukak kasut ke tak ni?"
Kasut dah la susah nak bukak, sebab ada tali gitu.
Tak manis pulak pengantin bongkok-bongkok bukak kasut.
Dah fikir dah, ni kalau kena bukak kasut, aku sua kaki ke pengapit je ni.
Bajet Cinderella habis. Hahaha.
Nasib suami beritahu, "Tak apa, pakai kasut je. Teruskan, teruskan"
LEGA.
Sampai kat pelamin.
Duduk manis-manis.
Tak ada rehearsal ke apa.
Tau-tau sendiri je la kau.
Nasib masa reception dah belajar sikit-sikit cara nak duduk di pelamin.
HAHAHA.
Tak ada majlsi renjis-merenjis di rumah lelaki.
Aku senyum simpul je la duk kat pelamin tu.
Kekekeke.
Malu woh, orang dok pandang-pandang.
Nasib makeup cantikkkk.
Kalau tak, memang rasa nak tutup je dengan kipas pengantin. HIHIHI.
Di pelamin, cuma sesi bergambar.
Gambar puas-puas.
Turun, untuk makan beradap pulak.
Memang I makan puas-puas.
HAHAHA.
Lepas tu, kena panggil untuk potong pulut kuning pulak.
Suka suka suka!
Sebab, time nikah tak dapat potong pulut kuning, cuma beri pulut kuning pada tetamu sahaja.
Akhirnya, tercapai jugak potong pulut kuning. Kekeke.
Lepas tu, sesi beramah mesra dengan tetamu la pulak kan.
Bila tiba my family dah nak balik, mata I dah berair-air.
Lepas peluk cium salam mama bapak, lagilah berjurai-jurai air mata.
Nangis sebak-sebak.
Sampai adik-adik I pun nangis.
Dalam esak-esak, I sempat tanya adik I, "Kenapa kamu nangis, yih?"
Dia geleng-geleng kepala je tanpa bersuara.
Adui, lemah rasa.
Sayu sungguh hati.
Sampai kawan-kawan pun nangis.
Isk.
Lepas tu, suasana macam hening je.
Dah ada suami, suami pujuk.
Jangan nangis dah.
Sebab dah jadi isteri, taat betul pada perintah.
*************
Bila majlis di rumah, sampai ke malam ada tetamu datang.
Kawan-kawan suami la ramai yang datang.
Dalam hati, "Tak faham ke dah jam 12 malam ni.."
Kekekekekekekke.
Pengantin baru nak tido yo.
Hihihi.
Tapi, maintain senyum.
Kena jaga airmuka suami.
Wajib tau!
Dengan senyuman, hidangkan la makanan.
Hidangkan la air.
Hehe.
Dan, memang tak sempat da nak ber-outdoor.
Sambung esok untuk sesi outdoor.
Sigh.
Ok, tepek gambar outdoor sekeping.Keke
Official Photographer Majlis Bertandang : Ahmad Fairus Photography
Baca sampai habis?
Tahniah la korang!
Hihihi
Love u readers!
11 comments:
erin moshimoshi: thanks dear! =)
alamak...tak lama lagi turn as pulak...kompom melalak ni..
he3. comel je. nanti tkt nervouslah. ehehehe.
huhuhu.... kenapa nangis ye?
i hope i tak nangis lah nanti..hehe
nangis..nangis...
saya pn rasa sy akan nangis.
hehehe...
erk, ngapa i tak nanges masa salam parents masa bertandang eik? huwaaaaaaaa ada kah i suka giller kot kawen. erk erk erk
alaaa..tepek la pic byk2 lg.nk tgk..:)
sama2 atia.. hehe. sebenarnye kitorg dh siap borak dgn famly sharul, msuk keta jap, then keluar semula semata2 nk tgk pengantin, tahu?? hihiiii. sori xdpt jumpa sb dh lama tggu, ada hal kena blk cpt..
suke sgt gmbar tu..puan atia.. saya bace smpai abis tau.. :D
i xsempat nak nangis jgk..tapi rasela sedih tu~sayang makkk~~
cantikk la baju bertandang atia... Yanie suka... Walaupun atia cakap baju bertandang tu ada sikit kelemahan kan? Tapi it still looks good on you :)
Post a Comment