Monday, January 31, 2011

Mini pelamin for nikah

Pelamin panel is getting outdated sudah.
Pelamin punya kerawang is so in nowadays.

Hahahahaha.
Suka hati I je cakap 'IN'.
Habislah I kena ketuk lepas ni.
Hehehe.

Sebenarnya, nak cakap yang I jatuh cinta dengan pelamin ini:


Credit: Kudegraphy
*if only i have thousands of ringgit, i would hire Kudegraphy dah*

Board kerawang for backdrop pelamin tuh cantik la.
Perfect for nikah.
Besederhana itu sungguh indah.

Less is more, orang putih cakap.
Heh.



Perihal majlis bertandang


3 moths and 3 weeks

Alhamdulillah, dia dah pergi pejabat agama and mintak semua borang yang berkaitan.
I'm not so sure borang apa.
Ada checklist juga.
In order to get 'borang hijau', dia kena dapatkan photocopy IC saya.
Huhu.

So, what I did, I guna pakai mesin photostat kat office, and I scan document tu.
Then, I email to him.
Dugaan yang perlu ditempuh. Hihihi.
LDR or PJJ or apa sahaja yang bawa sama maksud.

Ok, settle masalah IC.

Lepas tu, dia sms lagi, meluahkan yang dia tak dapat buat HIV Test kat sekian-sekian klinik sebab PIC tu cakap, diorang cuma entertain couple yang nak kahwin bulan Mac.

So, what I did, I cuba tenangkan hati dia, cakap, "Takpe, cari klinik kerajaan yang lain".
Terus dia ke klinik lain.
Dah settle, Alhamdulillah.

Dugaan lagi yang perlu ditempuh.
Nampaknya, I kena pergi buat HIV Test sorang-sorang.
Ok. Kuatkan semangat.
Berdoa moga tak pengsan sorang-sorang lepas kena cucuk.
Ngeri tengok jarum.
Malas fikir.

Suruh dia survey baju.
And dia kata, kita tempah baru kat butik XX.
I melompat keriangan la. Hihi.

Tapi, kan, bila mana dia kata:

" Takpe, kakak tu cakap tak datang pun takpa, sebab dia tempah ikut standard size badan perempuan. Lagi 2 minggu sebelum majlis boleh datang fitting".

Rasa, I buat apa?

Terus bertukar jadi bridezilla.

" Gle. What if baju tu longgar or too ketat for me? Tu bukan tempah baru. Tu dia beli baru.. If tempah baru, dia kena ikut potongan badan I la".

"Hmm, takpela, I tempah baju kat KL jela.. senang nak fitting semua. 2wks before kahwin, mana sempat nak p fitting baju.. time tuh memang tak boleh jalan jauh da..."

Dia menyatakan kerisauan, what if kalau colour tak sama, baju tak sepadan?

Duh. Pening di situ.
Esok dia akan terjah lagi butik akak tu.

"Hmm... Nervous-nya saya"

Aku bermohon kepada-Mu, Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan pernikahan dan perkahwinan ku ini. Amin.


Sunday, January 30, 2011

Favors for kids

I was thinking, favors for kids nanti nak kasi chocolates je.

Pening bila nak pack macam mana.
So jumpa je pic, saved.



Letak chocolates ikut warna tema.
Chomel ok.

Satu hal pulak nak pergi survey chocolate ikut warna tema.
Adui, kemalasan melanda.



Friday, January 28, 2011

A simple cake topper

Simple sahaja.

L O V E


Credit to: Style Me Pretty

Sesuai pada yang nak DIY dessert buffet, macam I ni.
InshaAllah.

Senang, mudah sahaja.
Beli cake.
Letak cake topper L-O-V-E je.
Heh.

Nanti I punya pun, akan ada element L-O-V-E, tapi, up until now, takde idea lagi.
Huhuhu.
Korek-korek idea.

Tihihi.


Wednesday, January 26, 2011

Vintage hand bouquet

Sebelum ni, I ada terbaca tentang brooch hand bouqet ni.
Sebab masa tu takde theme apa lagi, jadi baca tanpa rasa teruja.
Bila mana dapat tahu, konon kesayanganku nak buat theme ala-english, Haha, suka tau I!
Mula la kan, berangan sana sini.


Sedar tak, lagi 3 bulan?


Pedulik.


I so want this hand bouquet!!!



Vintage brooch hand bouquet


Source: Google Image



Mana nk cari!!!!!!

NAKKKKK!!!



Down, down, down.
Siapa sudi rajinkanlah diri buatkanlah untuk saya.
Kira hadiah kahwen? Eh, eh.



Hehe.


I tau, I boleh DIY this hand bouquet, tapi masalahnya, mana nak cari those vintage brooches?

Argh..Tekanan.


To those who want to try to DIY, kindly check this site:




Psst, I dah kasi link, tolong buatkan untuk I!

Ngeee. =)




Monday, January 24, 2011

W-progress: Booking Part 5


Assalamualaikum.
=)

Entry 3 hari sebelum, semuanya entry berjadual.
Sebab itu tak reply lagi semua comment.
Sigh.

Nothing to update.
Cuma nak coretkan kat sini, I dah booked Tarian and pasukan kompang untuk majlis resepsi.


Tarian:

3 Jenis tarian
(1 tarian selamat datang, 1 tarian time bersanding, 1 tarian makan beradap)
7 orang penari
Servis termasuk iring pengantin


Kompang:

10 orang satu kumpulan
Bacaan selawat iring pengantin
3 buah lagu

No transportation charge to Putrajaya.

Total = RMxxx

Lega.

I tak mintak banyak.
Cukup berpakaian seragam.
Cukup dapat iring pengantin.
Cukup ada bacaan selawat.

Itu sahaja.
Bukan professional dari Penari Kelab Kebudayaan Peringkat Kebangsaan pun tak apalah.
Heh heh heh.

We just want to enjoy the day.


Sunday, January 23, 2011

Update Majlis Bertandang: of Theme Colour


Update belah bertandang sikit.
Ngee.

Semuanya tunang yang uruskan.
Saya tak sentuh langsung perihal bertandang.
Cuma ingatkan dan beritahu apa yang perlu dia buat.

"Sayang, u kena pick theme colour untuk majlis bertandang"

So, he picked this colour:

Muahahaha.
Light blue and white.
SHUKEEEEE!!!

Dulu, saya nak colour ni untuk majlis nikah.
Tapi, apakan daya, kita cuma mampu merancang.
Dia pilih kain warna grey untuk nikah nanti.
Terlenyap sudah impian tiffany blue and white untuk majlis nikah.

" I nak pakai 2 piece, letak bunga biru kat poket nanti "

"So, we're going to have a garden wedding macam tuh la eyh? "

"Yela, kot"

Ahahahhaha.

"Ok, I nak pakai 1 piece dress "
Hihihi.

" Nanti family I pakai biru la kan? "

"Up to u, my family pakai soft yellow la kot"

Semuanya tentang angan-angan.
Kita tunggu 5 Jun 2011
Tihihi.


Saturday, January 22, 2011

E for Elegant!


Something Elegant....



How I wish I have this kind of invitation card..

Senyum.



Ok, back to reality!
Ngee


Friday, January 21, 2011

Perasaan sekarang?


Makin dekat hari, makin rasa banyak lagi yang belum disiapkan menjelang hari besar.
Kadang, hati rasa sangat berdebar. Sampai nak tutup mata pun terganggu.
Asyik sangat fikirkan tentang hari besar.
Setiap kali teringat, mulalah hati rasa berdebar.
Duit toksah katala, memang mengalir laju lah.

Itu tentang persiapan menjelang hari besar.

Orang kata, bila bertunang tu, kita melalui satu frasa "darah manis".
Alhamdulillah, frasa "darah manis" saya dilimpahkan dengan rezeki, MashaAllah.
Alhamdulillah.
Semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah.

Perhubungan kami jarak jauh, tidak pernah rasa ianya satu bebanan.
Saya terima dengan redha. Semuanya harus berfikiran positif, kan?
Frasa "darah manis" ni lah saya cuba belajar cara untuk bertolak-ansur dengan dia, berbincang itu ini, proses negotiation, sesi memujuk, begitulah. Nak duduk satu rumah kan, nak jadi pendamping setia dia untuk selamanya, kan. Banyak lagi yang perlu saya tahu tentang dia.
Frasa "darah manis" ni, gaduh besar-besar tu takdelah, gaduh kecik-kecik tu biasalah, tapi cepat-cepatla sejuk balik. Tak macam dalam frasa "bercinta" dulu, kalau gaduh, mesti berpanjangan. Haha. Tak reply SMS, 3 hari straight. Konon merajuk la. Haha.
Tapi, frasa "darah manis" ni, banyak saya belajar bersabar dan fikir tentang hati orang lain jugak. Tak fikir tentang diri sendiri aje. Huhu.

Mama saya pesan, "Bila dia marah, kita kena senyap. Barulah aman".
"Dalam hidup nak berumahtangga ni, kena banyak bersabar".
" Yang dia tak suka tu, jangan la dibuat ".
" Kalau dah buat salah tu, cepat-cepat la mintak maaf ".
Semat dalam hati kuat-kuat.

Itu tentang saya dan dia.

Dalam persiapan hari besar, semuanya mohon restu dari ibubapa dulu.
" Mama, nak amek dia ni lah untuk videographer, boleh? "
" Mama, kita kasi ni lah untuk tetamu, ok tak? "
Bila dipersetujui, cepat-cepat put deposit to block date. Haha.

Ada jugak bila mana apa kita nak, tak dipersetujui.
" Card sampai RMxxx sekeping, toksah lah. Nanti kita tengok card lain".
Dalam hati, "Mama, Im willing to pay"
Itu dalam hati. Nanti mintak jugak ehsan dengan mama. Hihi.
Tak ada lagi sesi berair-mata, bridezilla mode turn ON.
Semuanya saya semat dalam hati, majlis ini untuk saya kongsi dengan semua, saya mahu semua bergembira. Bukan saya seorang saja yang bergembira di hari besar.
Yang paling penting, parents saya gembira dan tak rasa ianya satu beban untuk majlis perkahwinan anak perempuannya yang satu ini.
Yelah, modal bukan setakat seribu dua, tapi faham-faham lah kan.

Itu tentang saya dan parents.

Dalam dok blogwalking sana sini, tengok gambar majlis orang sana sini, terusik jugak hati, "Grandnya majlis, nak macam ni lah!"
"Cantiknya baju dia, buat dengan XX, nanti nak tempah dengan XX jugaklah"
"Wah, XX makeupkan dia, I nak!"
Memang, mudah betul nafsu mengatasi segalanya. Haha.

Itu tentang konflik dalaman jiwa diri sendiri.

Tapi, back to reality, dia anak Tan Sri, saya? Anak orang biasa sahaja.
Tapi, saya bahagia dengan apa bapak saya ada. Hihi.
Semuanya, saya kembali pada reality.
Saya bahagia dengan apa yang saya mampu.
Saya bahagia kerana saya tak perlu meminjam duit dari bank, berhutang sana sini.
Itu yang saya mahu elakkan.
Duit bulanan yang saya dapat, cukup untuk saya bayar apa yang saya termampu.
Alhamdulillah.
Saya kini, ukur baju di badan sendiri.

"Yang baik pada dia, tak semestinya baik juga buat saya,
Yang buruk pada dia, mungkin itulah yang terbaik pada saya"

Begitulah kehidupan.

After all, majlis perkahwinan cuma sehari, kehidupan saya dan dia yang baru nak bermula masih panjang. Untuk mendapatkan rumah idaman kami, untuk berikan pelajaran terhebat pada anak-anak, untuk berikan yang terbaik pada ibubapa kami, untuk kehidupan selesa di masa akan datang. Itu yang penting.

Setiap hari kami mahu bahagia dan bergembira. =)

Perkahwinan adalah tentang menyimpul dua hati menjadi satu ikatan yang sah.










Wednesday, January 19, 2011

Selain platform putih untuk letak hantaran...

Previously, I ada update tentang platform untuk letak dulang hantaran.
Refer to this post: Mimpi di siang hari

Blogwalking jengok sana jengok sini, I jumpa ni:

Credit to: Arjuna Cipta

Tihihi.
Instead of using that white platform, kita letak atas 'bongkah-segiempat-ukir-ukir' tu.
Duh. Apa kita nak panggil eyh?
Heh.

Closed-up:

Credit to: Arjuna Cipta

Mana pulak nak cari mende-alah ni.
Hehee.

Selain di atas:

Credit to: De Classaflora

Simple. Boleh tempah dengan tukang kayu je. Hihi.
Kalau la boleh kann..

Ke ada yang jumpa kat mana-mana kedai hantaran?
Share please. =)
Email I kalau malu k. Hihi.

I ada tanya sorang vendor ni, sepasang dia charge RM100.
$$$$$$$$

I cari bongkah alternative kat SSF aje la.
Orang Penang, siapa nak bawak I jalan pergi SSF ni?
Huhuhuhu.



Sunday, January 16, 2011

W-progress: Booking Part 4


Phewww, finally, caterer I dah booked!
Alhamdulillah.
Sangat lega.


Imagine, 4 bulan sebelum majlis, baru terkedek-kedek nak booking caterer.
Sudahnya, catering yang my parents nak, dah fully booked.
Redha. Dengarlah mama bersyarah. Hihihi.

Ini majlis pertama dalam keluarga saya.
Tak pernah ada pengalaman guna caterer itu guna caterer ini.
Part caterer paling mendebarkan.
Tak sedebar pergi tempah baju dengan designer.
I repeat, part caterer paling mendebarkan jiwa!
Heh.

Thanks to those yang drop comment kat this entry:


From your review, I did my research lagi.
Call terus, nak uji PR. Wahaha.
Senang nak berurusan, mesra, tanya itu ini, semua ada.
Paling I takut, sebab kerusi adalah banquet chair, risau tak da sarung kerusi yang muat.
Nasib ada, and pernah buat majlis kat dewan resepsi I. Alhamdulillah.
So far so good.
Alhamdulillah.

Siap jemput I datang tengok sendiri majlis resepsi orang.
Sabtu, kita ada majlis kat Puchong.
Ahad, kita ada majlis kat Ampang.
Ok-ok, ada masa saya datang tengok. Hihihi.

Bank-in deposit.
Email the details.

Meet-up Febuary nanti. Time PPM kat SACC nanti.
Enough time untuk I siap sedia semua list yang I perlu dan tak perlu.

Setup yang cantik is a plus.
Yang paling penting, makanan sedap, tak basi, orang tak sakit perut bila balik rumah, tetamu kenyang perut suka hati. Hihi.
Makanan tak cukup tak nak dengar la. Mintak 1200pax, bawak untuk jamu 800pax, memang nak kena bad review sini! Hahaaa.

Alhamdulillah, selesai satu perkara.


Tips: Booked your caterer 6-8 months in advance!





Saturday, January 15, 2011

So Chic!

Chic Invitation Card!

=)

Time I tunang dulu, I mencari-cari card untuk my E-day invitation.
So, glamourpuss cards dalam list I.
Tapi, entah macam mana, I tak tempah pun dengan glamourpuss cards.
I tempah dengan other vendor.
Kalau sebut, mesti bloggers kenal.
Tapi, I tak nak review kat sini, as the result, sedikit mengecewakan I.
Sighh.
Takpela, cerita lama. Hihi.

Sekrang, I mencari-cari lagi untuk kad nikah pulak.
Tak banyak pun I nak tempah. Hihi.
Tak tau la ada yang sanggup ke tak menerima tempahan kad yang sedikit ini. Hihi.

Dah la nak sikit je, nak murah pulak tuh, nak cantik-cantik pulak tuuu. Haha.

Okeh, tak nak merepek banyak-banyak, kita tengok card dari glamourpuss cards pulak.
Hihihi. Bukan oversea punya vendor tau!
Bangga dengan produk Malaysia.

Pocket style.
I suka corak damask macam ni.
Nampak elegant~

One-piece card.
la-la-love
Simple yet so cute!

Tri-fold card.
Smart.

Tahirah punya!
Hihihi. Comel kannn.
Suka laa..

Something like Heed's punya card.
I dapat card dari Heed, sampai sekarang I simpan. =)

Tri-fold card.
My favourite.
Looking something like this for my invitation card.Tihihi.
Kini bukan lagi rahsia. hoho


Dari card Heed yang I terima, I puas hati la dengan end product nya compare dengan vendor card I masa E-day hari tu.
Puas hati la. Kemas sangat hasil nya.

=)


Tips: Tempah card 3 bulan sebelum majlis.

2 weeks to prepare the card's draft
2 weeks to comment, amend & spellcheck
2 weeks to print the cards & envelopes
2 days to courier

Masih ada 1.5 months untuk kita print name & address, and to post the card!

Tips dari CahayaKad




Friday, January 14, 2011

Of shoe design: Part 2


Nak Christian Louboutin?
Haha.
Tapi Gred AAA.

RM350

Tak pe la, i curik idea je la dari sini:


Exhibit 1:


Hawt Pinkk! Me likey!
Those who wearing white solemnization dress will go perfect with this hawt pink shoes!
Oooh-la-la

Suka tau, reben-reben comel ni.


Exhibit 2:


Warghh! Menjerit dalam hati!
I want this, I want this!
Menangis.

Gigih tak, kalau I tampal sendiri semua batu-batu kat kasut I nanti?
Nakk!


Exhibit 3:


Glam u.
Berkilau-kilau.
Hihi.


Berangan lagi.
Heh heh heh.
3 bulan sebelum majlis, baru nak tempah kasut.
Heh heh heh.





Wednesday, January 12, 2011

Checklist: 4 Bulan Sebelum Majlis

4 bulan sebelum majlis:
(Last update: 2 March 2011)


  • Sediakan persalinan untuk:
Status:
Parents: Nikah, reception - Done!
Siblings: Pending
Maid of Honour: Putrajaya - Done! Kuantan - Pending
Bridesmaids: Pending

  • Pilih cincin perkahwinan (in case nak resize cincin, so we have ample time to do so la kan. Atau pun, kite kene tempah cincin, so 4 months before the wedding date, sesuaila kan nak tempah?
Status: Pending
Wedding ring for her
Wedding ring for him

  • To buy /order doorgift and tag
Status:
Nikah: Doorgift Nikah 1, Doorgift Nikah 2, Finalize, Email for quotation - to finalize
Reception: Doorgift Resepsi Done!
VIP's: Doorgift VIPs Done!

  • To place booking for entertainment
Status:
Tarian Deposit paid!
Kompang Deposit paid!

  • Guest list
Status: Half done!
Family besar
Kawan mama Done!
Kawan bapak Done!
Kawan I

  • To order invitation card
Status: Done!
Design
Layou
Colour
Wording
Details

  • Langsir to sent to tailor/ wall paper
Status: Pending
Living hall
My room

  • Carpet
Status: Pending
Living room
My room

  • To find complete package for majlis bertandang
Status: Done!
Makeup
Baju for bride+groom
Pelamin (If any)
Decor for main table



I guess,my salary for this month to be spent on benda-benda ni la kot.
Duh. Pokai lagi la nampaknya. Heh heh,




Tuesday, January 11, 2011

Online Wedding Website


I selalu mengimpikan punyai Online Wedding Website suatu hari nanti.
I know, kalau kita google, ada banyak free wedding website untuk kite try.
But, I am not a designer, a web designer i mean.
Sedikit susah untuk digunakan. Sigh.
impian hanya tinggal impian.
=,(

Luckily, this one vendor drop a comment at my chatbox.

adaha cik belle, nak link to you blog. my website is for online wedding invitation and save money on the printing cost. link

'Save money on the printing cost' really make me want to give a click on the link!




And wallah, I want to know more!
Hihi.

Teruja nak tau lebih lanjut, I check out the 'sample'



Wow! best sangattt!

Tabs include:

- our stories -
- receptions -
- RSVP -
- Gift Registry -
(Psst, ni paling best! Hahahaha)
- Guest book -
( Another element yang best! Hehe )
- Photos -

contact them to ask more! =)

Boleh add photos, boleh add videos, boleh add maps.

Spread the link among your friends!
Jimat card! Heh heh heh.

Tak de la nak tag-tag gambar map kat facebook photos.
I tak suka sebab kecik sangat, tak clear, susah nak download picture nak print susah. Macam tak ikhlas nak menjemput pun ada. MAcam nak kasi kita ni sesat aje. Heh.

But, with savethedate.my, i dah tengok sample, maps terbaikkkk!
Jelas. Orang tak sesat. Boleh save image, lepas tuh print je. Best!

And, the best part, semua ni starts from:

RM79

Murah gila! Hehehe.

To add that WOW!, quote my blog:

' renda-perancis.blogspot.com rawks! '


and, you are entitle to get 20% OFF!
Wow-wheeee!!!

To contact them, kindly click here: Contact

What are you waiting for?
Im going to have mine near soon! Hehehe.




Thursday, January 6, 2011

Pengapit saya!


Alhamdulillah.

Maid of Honour dah nyatakan persetujuan.

Reception 1: Putrajaya - checked!
Reception 2: Kuantan - checked!

To prepare kain for them.

Cuma tinggal nak propose this one lady je untuk teman saya di waktu hari nikah nanti.
But, I need two ladies actually.
Seorang sebelah kanan.
Seorang sebelah kiri.
Tapi sebab nikah hari Jumaat, takkan nak paksa minta cuti kan?
Pening di situ.

Bukan senang eyh nak propose orang. Huhu.

Or, should i just ask my mom to stay beside me je nanti waktu nikah?

Korang macam mana?
Siapa yang duduk sebelah korang nanti?

Pengapit?
Best friend?
Mom?




Tuesday, January 4, 2011

Centerpiece RM10


Here's the link:





Perfect untuk meja tetamu kan?
Nanti korang be creative la sikit, tambah-tambah kasi WALLA~

Suggestion: beli lilin 'tea-light' tuh, susan keliling balang tuh, tabur je rose petals.
Mudah, murah dan meriah.
Konsep 3M. hahahaha.

Korang mesti lagi banyak idea best-best kan?
Share la. Hihi.

Eyh, cepat booked your date.
Shylla sangat baik. Harga berpatutan.
Tak kedekut pon. =)

Penuh booking die, tak tau.. Hihi.




Sunday, January 2, 2011

Bila pulang ke rumah manis rumah


Cuti 3 hari dimanfaatkan sepenuhnya.

1/4 dari duit gaji habis buat beli barang hantaran. Lega di situ.
Cuma tinggal yang kecik-kecik je.
Owh, lupa, wedding band belum.
Sigh.

Shopping time sales best.
Sebab dapat voucher.
Voucher digunakan untuk treat diri sendiri.
Beli pants, baju baru.. Suka! Hihi.
Voucher juga digunakan untuk beli wedding gift. Heh heh heh.

Tinggalkan tunang dengan promoter she-male di kaunter, sambil berpesan "Ngorat die, make sure dapat banyak free gifts. Ok, bye, I nak pergi kaunter benefits kejap. Tengok-tengok".
Hahaha. Berbaloi. Free gifts dapat. Makeup pon dapat. Haha.

Penat woh jalan-jalan cari barang hantaran.
Dari Jalan Masjid India - Sogo - Wedding Lynda.
Esok sambung pulak ke MidValley.

Tak kesempatan ke Pameran Pengantin.
Sedih sangat. Sebab niat nak booking wedding card.

Tapi, I dengar, January 2011 memang berderet Pameran Pengantin.
Minggu ni, minggu depan, minggu lagi satu.
I harap minggu lagi satu tu berkesempatan lah I.
We'll see how.

Update tentang hantaran. Yang dapat cuma:

Rehal
Perfume for men
Skincare for men

Lain-lain tak berkenan lagi. Tunggu sales CNY pulak la.

Lega, boleh update hantaran list.



Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014