Thursday, September 30, 2010

Happening in October

Cheyh, tajuk tak agak-agak.
Haha.

Sebenarnya, tentang jemputan yang diterima. Huhu.



Sebagai reminder:

2 October 2010 (Sabtu)
  • Syuhada & Mohd. Fadil: Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan, Pahang
  • Aliaa & Nizam: Bandar Jengka, Pahang
Sorry, babes, adik aku konvo @ UIA. Tak dapat datang. Hakikatnya dah excited nak pergi wedding korang. Sobs. Sobs. Adda, jumpa di Seremban ya! =))

10 October 2010 (Ahad)
  • Mohd. Fadli & Syuhada: Park Avenue, Seremban 2, N9
  • Azira & Syarizal: Bandar Baru Bangi

24 October 2010 (Ahad)
  • Johan & Elly: Dewan Sri Melati, Putrajaya
  • Eila & Zack

31 October 2010 (Ahad)
  • Dzulq Khairi & Nurul Izza: Dewan LLM, Kajang, Selangor
  • Zaila & Zul

27 November 2010 (Sabtu)
  • Farah & Ajib: Batu Pahat, Johor

InshaAllah, I akan cuba memenuhi semua jemputan.
Sapa-sapa nak tag I/ car pool together/ konvoi ramai-ramai, contact me ya!
Would love to meet my readers kesayangan semua. Hihi.

Lagi, siapa lagi kahwin in october?
Meh sini date nak letak kat sini. Reminder untuk yang lain jugak. Hihi.



URBAN VIBE ONLINE CONTEST

Pameran Pengantin Malaysia: Pilihan Utama Bakal Pengantin



WOW! Another pameran pengantin is coming soon!
Dianjurkan oleh Urban Vibe Event.

When?
8-10 October 2010! Mark your calendar, please!

Where?
Hall 4, KL Convention Centre

This is a MUST GO event! 1st international punya Pameran Pengantin Malaysia! Maybe ada Wedding Planner dari Indonesia turut serta jugak kali ni punya pameran, kan? I don't know. Let's check it out together, nanti! =))

Eventhough this is not my first time nak jengah pameran pengantin, tapi, kali ni i sedikit excited nak pergi jengah. huhu. sebabnya, sedikit sebanyak i dah plan nak apa untuk wedding day nanti. previous event, i pergi, i survey apa yang ada kat sana. memang tak rugi woo pergi!

Previous pameran pengantin, ada banyak vendor yang best.

Ada vendor pulut kuning (dapat free pulut testing lagi)
Ada vendor untuk wedding invitation card (paling best boleh dapat harga yang agak murah jugak untuk hardcover card-suke!)
Ada wedding planner (boleh tgk live new pelamin diorang, baju pengantin, bak kata, one-stop-centre la)
Ada caterer (best, bila discuss depan-depan dengan caterer)
Ada photographer (selalunya diorang kasi harga murah dari quotation kebiasaan mereka, boleh tengok album lagi)
Ada videographer juga
Nak cari entertainment for ur wedding pun senang (kompang,live band, DJ, simpan sahaja contact mereka, nanti senang)

Nak list satu-satu, memang tak terlist! Huhu. Banyak sangat! Memang apa sahaja yang u cari untuk keperluan ur wedding nanti, semuanya ADA la! Tak yah pening kepala. =)) Senang cerita, pergi jengah nanti! Memang pilihan yang bijak untuk datang jengah pameran pengantin ni! Pilihan utama bakal pengantin, orang kata! Apa lagi B2Bs, JOM PERGI nanti!!!

Ada lagi menarik.. Kali ni punya pameran pengantin, ada sesi lelongan baju-baju pengantin dan kelengkapan pengantin. Ehem, siapa yang sedang mencari-cari tiara, kasut, veil ke, maybe boleh join nanti. Mungkin ada nanti kat sana, kan. Eish, tak sabar pulak rasanya! =))

So yeah, sekali lagi I nak inform u, Pameran Pengantin kali ini dianjurkan oleh Urban Vibe Event, pada 8 - 10 October 2010, di Hall 4, KL Convention Centre. Datang, jangan tak datang!




Ni logo rasmi penganjur, ehem, logo Urban Vibe Event dan logo rasmi pameran pengantin:


LOGO rasmi pihak penganjur

LOGO Rasmi Pameran Pengantin Malaysia


Nak masuk contest punya pasal, ehem, kene letak gambar candid tercomel la. Huhu. So, I pick this photo:

Pening nak pilih yang mana satu. Harap gambar ni membawa tuah la. hihi.
Tak apala tuannya tak comel pun, yang penting gambar candid tercomel ni. Huhu.

Yang nak join contest ni, click here: Urban Vibe Online Contest

All the best yang join contest ni!
=))



Monday, September 27, 2010

Promosi dari CST Production


Ada account facebook?
Bagus.
Tak ada account facebook?
Pergi sign up account sekarang!
Sekarang I cakap!
Ahaha.

Kenapa mesti ada account facebook?
Sebab, sungguh tak akan duga, tiba-tiba akan dapat durian runtuh.
Weh, bukan buah durian jatuh ke tanah sungguh-sungguh, tapi durian runtuh.
Faham? Tak faham saya merepek tak apa.

Ni tengok ni:



Meh sini I ringkaskan.
Promo motion slide dari CST Production!
I sangat suka motion slide Aida (Gadis melayu) and Saiful Nizam tuh.


Any inquiry, please contact personally Al-Fahim Mokhtar.
Email to: alfahim@cstproduction.com
He will be one happy man to entertain ur Q! Hihi

Hari tu I dah grab promo berbaloi-baloi dari CST Production.
Promo motion slide juga.
RM99 je. Terhad to 10clients only.
Tapi, maaflah, tak sempat nak inform u all, dah penuh la wey.

Ni, I baru tahu, ada lagi promo dari CST Production.
So, here Im sharing with you babes. Jadi, apa?
Grab sebelum terlambat. I risau lepas ni price makin naik.
Dari RM99, to RM150, to RM300 maybe?
Wuu, I tak mampu! Huhu.

Hari tu yang promo RM99, I beritahu silent reader I, dia yang ke-7 yang dah confirm.
Hui, cepat sungguh la berita tersebar dengan facebook.

Jadi, add CST Production di facebook. Mana tahu ada lagi promo terkejut macam ni.
Habislah lepas ni, I terlepas peluang la nak grab promo CST.
Tapi takpe, keranamu B2b. Huhu.

To add CST Production @ Facebook: Click Here
To add Al-Fahim Mokhtar @ Facebook: Click Here

To those yang plan to have a reception at hall/hotel, this is a must item to have.
Contoh, u boleh show this slideshow time menunggu ketibaan pengantin. So, your guest tak la boring menunggu kan. At least, ada mende yang entertain them. Compile photos from baby-uni years-couples-engagement-pre wedding-nikah.

Atau, yang dah kawin, boleh grab this promo juga.
Hire CST to create motion slideshow for you, compile your wedding photos and burn in a CD.
When the CD is ready, pass it to your relatives/best friends yang di oversea-yang tak dapat datang/parents-senang for them nak tunjuk gambar kahwin anak dia instead of tunggu album makan bulan tuh, dahla berat kesian ok!/pass to anybody la senang cerita!

Diiringi lagu cinta, wuu, syahdu ok sambil tengok slideshow wedding photos.

Dari CST ni, korang tunggu apa lagi?






Sunday, September 26, 2010

Buat Puan Nawal


Dari kami buat Puan Nawal:
P/s: I masih ingat lagi, Nawal merupakan follower saya yang pertama. Yela, baru berjinak-jinak dengan blog, tak pandai sangat nak add gadget semua tuh. Lepas tuh, Nawal tinggalkan comment, I nak follow u, something like that la. So terus I add 'followers box' tuh. Dan kini, Nawal, Ini Perempuan Jujur dah selamat nikah. Alhamdulillah. *crying*

Eyh, abaikan I yang gedik. Sekian Terima kasih.


Friday, September 24, 2010

Pelamin Nikah Nawal


Pelamin nikah Nawal buat tatapan semua.
Penggunaan bunga melur pilhan yang sangat bijak.
Masuk je rumah, semerbak baunya.
Wangi. Best!

And to all bloggers yang hadir, nice meeting each and everyone of you!

P/s: Nak gambar lagi? I guess, other bloggers akan upload later. Tihihi.


Thursday, September 23, 2010

Terindah pilihanku


Kau menyejukkan hatiku
Kau menyinari jiwaku
Kau yang terindah
Kaulah pilihanku

Kau menyedarkan anganku
Kau mengawali langkahku
Kini dan nanti
Kau teman hidupku satu

****

I fall in love with this song instantly, right after listening for the first time.
I said to myself, I'm going to choose this song for my nikah montage. InshaAllah.

Menangis dengar lagu ni. Sobs.
Menikam kalbu orang kata.
Hopefully my fiance setuju dengan pilihan saya.
Amin.

****

Hari ini ku sebut hidup bersamamu selamanya
Kau pelitaku selalu setia
Saat rasa menghilang didalam hatiku kabur
Menetapkan hatiku dua hati menyatu

Disini kan selalu kukenal
Saling berjanji sehidup semati
Dikaulah satu untuk ku
Belahan jiwaku berdoa tuk selalu




Wednesday, September 22, 2010

Lampu murah di Ikea


Semalam sesi jalan-jalan di Ikea. Lupa bawak camera. Sedih.

Update terkini dari Ikea:


Table lamp in white.


Product Info:

Height: 29 cm
Base diameter: 13 cm
Shade diameter: 19 cm
Cord length: 200 cm


Price:

RM 9.50 (tak termasuk bulb)
Bulb harganya RM1.30


Macam tak percaya!
Terkejut sebab ada rupanya table lamp tak sampai RM10 yang "Wah, cantiknya!!!"



Tuesday, September 21, 2010

Senarai petugas untuk hari nikah

Walau majlis dirancang sepenuhnya oleh kita, tak mungkin kita mampu buat semuanya secara sendirian. Jadi, saya fikir, ada baiknya buat senarai petugas untuk hari nikah dan resepsi nanti secara berasingan. Semoga semuanya berjalan lancar bila ada senarai tugas ini. Ini hanya sebagai draft, tugas penuh akan dirancang bila nak dekat majlis nanti. Senang buat dalam Microsoft Excel/ Word. Kemudian la kita cerita, yer. Hihi


Petugas-petugas yang saya perlu/terfikir buat masa ini:

  • Penyambut rombongan pengantin lelaki - Parents, Ibu/bapa saudara
  • Pengiring pengantin perempuan - Mungkin saya mahukan ibu/bapa untuk iring saya ke nikah area. Atau, pengapit sahaja. To think later.
  • Gadis dulang + my bridesmaid - Sepupu-sepupu tersayang. Sekali lagi perlukan khidmat mereka. Hihi.
  • Penjaga duit mas kahwin/ duit hantaran - Mas kahwin walau bukan nilai yang besar, harus juga diberi tanggungjawab kepada yang boleh dipercayai. Wang hantaran, kalau boleh mahu dalam bentuk dummy cek. Kena discussed dengan tok kadi later. Mahu serahkan tugas ini kepada mak saudara yang bertuah. Hehehe
  • Penjaga cincin - Saya mahu serahkan tugas ini kepada ibu. Kemudian, tanggungjawab ini akan diserahkan kepada pembawa dulang untuk cincin, sepupu saya yang bertuah. Hihi
  • Persiapan majlis nikah - Semua berkaitan dengan persiapan hari nikah akan diserahkan kepada adik lelaki saya. Ini termasuk tugas menyediakan Mic/Audio System/Bantal Nikah/Iring pengantin lelaki untuk menunaikan solat sunat/ Sejadah untuk pengantin lelaki.
  • Petugas bahagian khemah pengantin - Perlu memastikan segala alatan sajian cukup, monitor makanan
  • Petugas meja pulut kuning + dessert buffet - Perlu memastikan segala alatan cukup seperti alas bekas untuk pulut kuning, pisau pemotong, pinggan kecil, tissue, alatan sajian lain yang difikirkan perlu, decor untuk meja. Cousin bertuah juga untuk tugas ini. Hihi.
  • Petugas untuk edarkan hadiah pintu - Still under discussion either nak letak kat meja buffet sahaja atau perlukan petugas untuk distribute hadiah pintu.
  • Tugas-tugas khas - Runner untuk pick up apa-apa yang last minute or any kerja yang tiba-tiba muncul. Adik saya mungkin dan kawan-kawan nya. Hehehe. Senang nak arah pergi sana pergi sini.

Setakat ini, petugas-petugas ini aja yang terlintas di fikiran. Later, ada apa-apa lagi nak add, saya akan tambah kemudian. Hari nikah, saya cuma mahu relax sahaja, tenang untuk dicantikkan, bergembira sahaja di hari majlis. Hihi.

Agak-agak ada lagi yang perlu saya tambah tak?
Thank you.
=)



Friday, September 17, 2010

Sesi Transformasi Jelitawan PERCUMA dari Cres Wellness


Jom manjakan diri di Cres Wellness.

Outlet:

USJ Taipan
The Gardens
Metro Prima Kepong
Jusco Bandaraya Melaka
Bukit Tinggi, Klang
Jusco Seremban 2
Jusco Cheras Selatan
Jusco Tebrau City

Ada tempat berdekatan dengan korang semua tak?
Kalau ada, click link bawah nak dapatkan FREE treatment dari Cres Wellness.
Hihihihi.


Lepas tu, click " Ya, Saya nak Cuba! "


Dah click, tunggu pop-up window macam ni:



Isikan details. Pilih lokasi.
Lepas tu click tab "Hantar"

Tak lama lepas tuh, pop-up window ni pulak muncul.

Meaning, dah berjaya!!!
Tunggu their beauty consultant call.

I dah dapat call from their beauty consultant to set an appointment!
Wheeee. Hihihi.



Thursday, September 16, 2010

E-day: Gadis dulang


Banyak lagi I tak share tentang majlis tunang I hari tu.
Dah basi dah pun. Huhu.
Tapi, tak apalah, harus saya coretkan di sini tentang majlis tunang saya.
Lagipun, tak nak menghampakan blog reader saya seorang ini, mintak saya cover tentang baju bridesmaid. Hihi.

Apa itu gadis dulang? Sesuka hati je I beri nama. Hehe.
Mereka ini-lah gadis dulang saya:

Bersedia untuk membawa turun dulang hantaran

Sesi bergambar


Lagi sesi bergedik

Owh, comelness! Heh heh heh

Bersama dengan bakal-sepupu. Huhu


All pictures credit to: Photofr3ak


Ok, cerita tentang baju mereka.
Kain untuk baju mereka dibeli di Jakarta. Entry penuh di sini: Jakarta Part 3

Okla, I faham you all malas nak baca panjang-panjang kan. huhuhu. I tolong rumuskan yer. Hehe.

Kain dibeli di Mayestik. Siapa ke Jakarta, inilah tempat borong kain selain di Tanah Abang. Harga lebih kurang aje dengan Tanah Abang, cuma di Mayestik, lagi banyak kedai kain yang besar-besar, lebih banyak pilihan la.

Sebab pergi bersama my dad and my brother, sesi pencarian kain tidak berapa seronok. Kat sini, tak ada lain dah, kedai kain aje! Jadi, mereka mudah bosan.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli di Raja Tex.

I end-up beli 2m lace+2m chiffon (sebagai alas) + 1.5m shantung silk.
Ada jugak untuk beberapa cousin i yang perlukan 2.5m lace+2.5m chiffon+1.5m shantung silk.
Kan biasanya untuk bahagian kain, kita perlukan 2m kan, tapi sebab shantung silk ni bidang die besar, 60", so pekerja kedai suggest 1.5m sahaja.

*****
Tips 1: Tanya orang kedai tuh bidang kain berapa. Jangan lupa jugak ambil ukuran setiap seorang saudara/family. Jangan lupa jugak, suruh orang kedai tuh labelkan terus mana 2m lace, mana 2.5m lace. Normally, orang kedai tuh akan potong siap-siap and letak dalam plastik terus cantik-cantik. So, senang nanti nak beri pada saudara-mara.

Tips 2: Lagi menarik kalau warna baju bridesmaid kontra sedikit. Kan?

*****

Ok, pada pendapat I, if u plan to sponsor kain untuk family/saudara-mara, lace+satin pun dah cukup cantik. My cousins cakap, shantung silk a bit panas. Owh, lupa, kalau nak beli shantung silk, make sure it is a shantung silk, ada satu yang lebih kurang shantung silk jugak, nama dia Taffetta. Taffetta murah sikit, dan panas lagi kot. Ntah. Huhu.

Lace+satin lagi murah compare to lace+chiffon+shantung silk. Cantik pun cantik, kan.
So, yeah, i strongly suggest amik kain lace+satin.
Satin kat Jakarta murah juga.
Tak ingat berapa harganya.
=(

InsyaAllah, next trip, I nak ke Jakarta/Bandung, I update ya harganya.
Tak tahulah boleh pergi ke tak. Kena tengok budget juge. Huhu.


Here, I nak share with you some ideas on bridesmaid outfit:

(1) Kaftan - chiffon



Huda, curik photo! Haha. Mintak izin ya! Huhu.

(2) Plain chiffon+satin as alas+songket india mungkin. Tambah beads, cantik nampak!

Credit to: Qippy

(3) Kebaya sulam with matching kain, maybe?.

Credit to: LocoPhotogrpahy

Kesukaan saya, semuanya! Hehe.
Korang.. rajin kan, nanti cari idea lagi yer untuk bridesmaid outfit ni..
Hehehe.





Wednesday, September 15, 2010

Checklist: 12 - 8 bulan sebelum majlis


12 - 8 bulan sebelum majlis:
(Last update: 26 October 2010)

  • Tentukan tarikh
Status:
Nikah - Done (To announce later)
Resepsi - Done (To announce later)
Bertandang - Done (To announce later)

  • Tentukan lokasi
Status:
Nikah - Masjid/Home Sweet Home (N9)
Resepsi - Putrajaya
Bertandang - Home Sweet Home/ Dewan (Kuantan)

  • Tentukan budget
Status: Done (Takut tengok figure-nya!)

  • Tempah tempat resepsi
Status: Done

  • Pilih tema, gaya
Status:
Nikah - Done (Pink+Purple+Silver/Grey)
Resepsi - Done (White+Gold+Red+Ivory)

  • Pilih pengapit, dapatkan persetujuan
Status:
Nikah - Done (Cousin terdekat dengan kedudukan I sekarang ni)
Resepsi - Done

  • Memilih petugas-petugas bagi melancarkan majlis
Status:
Nikah - List siap! Here
Resepsi - Pending

  • Risik photographer + videographer, lihat portfolio
Status: Nikah + Resepsi - Done!
Videographer: Listed and booked
Photographer: Listed and booked

  • Selidik catering yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki
Status:
Nikah - sendirian berhad!
Resepsi - Pending

  • Memilih MUA
Status:
Nikah - Booked
Resepsi - Sponsored


Em, 12 - 8 months sebelum majlis, nampak gaya kita kene buat planning, listing, and survey banyak-banyak. Sobs, tak banyak masa! =,(

Kena set dateline nampaknya.



Thursday, September 9, 2010

Entry mohon ampun


Aidilfitri makin tiba.
Andai ada salah dan silap, saya mohon maaf.

Walau saya sedaya upaya menjadi yang baik,
sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati orang.
Barangkali ada masa saya tidak sedar,
sepanjang kita berkongsi cerita, berkongsi pendapat, berkongsi penulisan, saya bebas dari melakukan kesilapan.
Mustahil.
Atau saya bebas dari segala cerca.
Saya tidak tahu.
Kerana itu, saya tahu, saya mesti mintak ampun.

Andai ada yang tidak kena, ampunilah saya.
Andai ada yang mengata, saya maafkan.
Andai ada yang tidak suka cara saya yang terlebih bahasa atau buat orang pening kepala, maafkanlah.



Akhir kata,
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.

=))



P/s: this is scheduled entry. by now, i dah kat hi-way heading to my kampung. semoga you all semua happy makan ketupat, rendang, semua ya! hihi. ternak lemak sementara. hohoho. ok la, buhbye! see you, erm, next week, maybe?!




Sunday, September 5, 2010

Videographer: Perlu atau tidak?


To have or not to have a videographer? Kalau tanya I, it is an optional, terpulang.
Or at least, to have one during akad nikah. Kadang berlaku, pengantin lelaki malu-malu nak lafaz nikah kuat-kuat, sampai pengantin perempuan termangu-mangu, "Eyh, dah lafaz eyh? Lafaz macam mana yer tadi? Tak berapa nak dengar".

So, videographer harus capture this moment. Later, pengantin perempuan boleh ulang dengar. Betapa syahdunya, gementarnya atau tenangnya lafaz pengantin lelaki. Huhu.

Lagi, kalau I, I nak record semua wishes "Selamat Pengantin Baru"/doa dari keluarga pihak perempuan dan lelaki, best friends, jemputan dan semua lah. Tak perlu yang pro pun tak apa. Akhirnya, kita dan keluarga jugak yang akan ulang tayang tengok video.
Atau, hanya kita aje yang sibuk duk ulang tayang, nanti? hehe.

Jadi, I mengambil keputusan untuk hire a videographer for my wedding nanti. InsyaAllah.
I tak perlukan yang terlalu pro, yang terlalu mahal untuk record momen-momen, I rather pay more for photographer, btw !! Cukupla, ada modern touch sikit untuk video, momen syahdu sampai boleh mengalirkan air mata, editting kasi muka I cantikkk - pentinggg! , pandai mengarah, idea yang fresh, eyh, banyak betul criteria nya. Sorry!

So, I have to say goodbye to Manggis and CST.

Hari ni, Isnin, I have an appointment with this one team.
They are still new, I guess.

Creative shot: Checked!
Wishes from family members and guest: Checked!
Groom and bride's interview: Checked!
Video editing: Checked!

Ok. So far, I berpuas hati dengan sample mereka. Cuma nak dengar price aje nanti. HueHue.

I nak listkan beberapa videographers yang affordable dari segi price.
Below 1.5k? Starts from 1.5k? Below 2k? Below 3k?

Nanti I share! Tunggu I booked videographer saya dulu!
Nanti kang tak pasal, date I korang booked! Naya la I.
Nak hire Maggis memang tak mampulah ceritanya!
Wahahaha.




Friday, September 3, 2010

Matta Fair 2010


Ramai aware dah kan, this week ada Matta Fair kat PWTC. Dah start dari semalam lagi, 3 September 2010 hingga 5 September 2010. For those yang nak kahwin and planning to go to honeymoon, I rasa bagus jugak tengok-tengok pakej kat Matta Fair ni. Since I kahwin tahun depan, so I plan nak pergi tahun depan punya aja, Mac 2011. Hopefully ada la kan, kalau takde naya! Hahaha.

To those yang nak pergi, here I want to share some tips:

(1) How to get there:

  • Self-drive
- Please pergi awal! Boleh park around PWTC area aje.

- Atau boleh park kat The Mall Shopping Center. Jalan kaki lepas tu ke PWTC.

- To those yang tak nak spend time cari parking, drive masuk Seri Pacific Hotel, parking valet sudah. Cost: RM15 per entry. Boleh terus masuk Matta Fair from the hotel entrance.

- Jangan parking kat tepi-tepi jalan. Kemungkinan akan di saman. RM300? Mahu? Dah boleh beli pakej cuti dah untuk 1pax! haha. Beringat sebelum kena!

  • LRT/ Komuter
- Kalau naik STAR LRT, stop kat station PWTC. Jalan sikit, dah sampai.

- Kalau naik Putra Line LRT, stop kat Station Masjid Jamek, change with STAR LRT.

- Kalau naik KTM, stop kat station Putra. Jauh tak jauh jugakla nak menapak. Huhu.

(2) What to wear:

- No heels please! Haha. Kalau yang tahan pakai heels berjalan-jalan pusing dewan pameran besar tuh, boleh la. I tak sanggup!

- Cotton t-shirt/ blouse. Okla, as long selesa. Ramai orang, penuh woo dewan.

- Jeans. I selesa pakai jeans. Senang nak bergerak.

- Ala, just wear apa yang korang rasa, selesa nak hadap orang berpusu-pusu tuh. Hihi.

(3) Tips:

- Keluar awal dari rumah. Nak avoid traffic jam, keluar before 11am.

- Buat survey dulu. Ada yang cakap, beli online lagi murah! So, da ada mana nak pergi, check price dulu online, than compare. Some say, we can get way cheaper price if beli online. Matta Fair, kene pandai bargain. Mintak la nak upgrade bilik ke, nak free ape-ape ke. Jangan malu nak mintak! Cuba dulu! Hihi.

- Sebelum pergi, dah tau dah nak cari apa, nak pergi honeymoon kat mana. Nanti pening woo kalau tak tau tempat mana kita nak tuju. Huhu. semuanya nampak murah dan best!

- Kalau agak-agak company name tuh tak berapa nak dikenali, tak perlu lah kot nak beli. Ada kes penipuan tau! Hati-hati. Kalau ada iPhone or BB, google nama company tuh. Baca review.

- Bawak cash yang cukup, credit card or debit card (lagi selamat), IC jangan lupa!

- I baca review, diorang cakap try pergi 3-3 hari. Boleh buat more survey, tak gopoh sangat, baca review dekat TA. Kalau tak boleh nak penuhi 3-3 hari, its good to go on 1st or 3rd day. 1st day normally, company akan kasi bonus sikit, 3rd day normally, company akan kasi additional bonus or maybe harga package pun diturunkan.

- Baca betul-betul fliers/ fine print/ brochure. Jangan tertipu dengan harga rendah dia. Mungkin harga rendah ditawarkan sebabnya ground package only/ flight ticket only/valid untuk peak / off-peak sahaja/ tak termasuk cuti sekolah/ public holidays/ weekends/ minimum group purchase. Double check please!

- Please check dengan agen, ada hidden charge lain ke tak. Contohnya, airport taxes, airport transfer, tipping, entrance fee, or apa-apa aje la u rasa ada charge tambahan.

- I rasa its better to book dengan well-known company to avoid ditipu!



So, i guess ni jela kot serba sedikit tips yang boleh I share. Maybe blogger yang lain dah pergi, boleh share some tips kan. Berguna nanti untuk I yang nak pergi bulan 3 tahun depan. Huhuhu.
Selamat berjumpa dengan pakej yang berbaloi-baloi! Wheee! Plan your honeymoon!




Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014