Thursday, May 10, 2012

Kurma Ajwa dan Meeya.


Yang mengenali saya in person, tahu saya bukanlah jenis yang suka keluar melepak bersama teman-teman di kedai kopi ala-barat, yang melepak bersama teman-teman dari petang hingga ke malam hari, yang pantang kawan ajak keluar terus ON sahaja. Sampai, saya kategorikan diri saya ni seorang yang anti-social. Heh. That is why kalau ada orang ajak saya join MLM, awal-awal lagi saya tolak! HAHAHA. Sebab saya tahu tahap mana saya bersosial bersama rakan. Mesti saya akan tanggung rugi modal beribu-ribu Oh!

Ini geng saya untuk bergosip. Kenapa mesti ini paling atas? =P
Ini geng saya untuk layan teater.
Ini teman saya untuk layan movie.
Ini teman saya untuk saya luahkan masalah jiwa saya.
Ini teman saya untuk ke konsert.
Ini teman saya untuk makan-makan di fine dining restaurant.
Ini teman saya untuk makan-makan ais-krim dan chocolate.

Owh, ramai juga teman rupanya, eyh!

Hee. Dan, melibatkan diri ke dalam dunia blog bertambah-tambah rakan. Dari menjadi seorang anonymous dan tiada yang mengenali diri ini, hingga menjadi seseorang yang dikenali (ayat Gila Glamer katernya, HAHA) sebagai Cik Belle. Kadang menghadiri majlis kahwin, ada yang menyapa, "Eh, Cik Belle, kan?" Berani sungguh, saya puji. Hihi. Sekarang saya dah membesar bagaikan juara, dan pastinya tiada yang mengenali lagi. Dengan muka berjerawat, kadang keluar tanpa mekap : rasa bogel sekejap, comotnya nampak. Alahai. Saya sedih betul.

Dan, dengan bertambahnya rakan, bertambah rezeki sebenarnya. Alhamdulillah. Siapa sangka, di waktu awal pregnancy, saya mengidamkan kurma Ajwa atau orang panggil kurma Nabi. Bila bukan bulan Ramadhan, alahai susahnya nak cari kurma. Tambah-tambah lagi kurma Ajwa. Paling susah nak jumpa sebab ianya antara kurma yang mahal.

Pencarian demi pencarian. Akhirnya bertemu di Carrefour. Harganya memang mahal, bagi saya ianya mahal. Harganya almost RM20 dengan hanya kurang daripada 20biji. Suami belikan juga sebab saya merengek nak. Makan satu hari satu biji. Nak jimat punya pasal. Hihi.

Dan, siapa sangka, rakan blog yang ini murah rezekinya dapat jejak Madinah dan Makkah. Sebelum perginya menjalani umrah, disapanya saya tanya ada apa-apa nak dipesan tak setibanya dia di sana. Tiada apa yang saya fikirkan, selain Kurma Ajwa. Tetapi saya tidaklah mengharapkan sangat kerana saya tahu dia pergi ke sana dengan satu tujuan, untuk mengabdikan hati dan jiwa kepada Allah S.W.T.

Dan saya katakan, perempuan yang mengandung itu selalu sahaja dimurahkan rezekinya. Rezeki anak, orang kata. Nak dihuraikan betapa murahnya rezeki si anak yang saya kandung ini, Subhanallah, kang ada pulak kata "Amboi, menunjuknya dia". So, better I shut my mouth sahaja. Jadi, saya katakan, jangan takut untuk mempunyai anak di awal tahun perkahwinan kerana saya yakin akan rezeki yang diberikanNya. Seawal usia 4 bulan dalam kandungan, Allah s.w.t telah tetapkan rezeki si anak. InshaAllah, percaya pada Qada' dan Qadar. Tapi, pada yang mempunyai alasan tertentu untuk tidak lagi mempunyai anak di awal perkahwinan, saya serahkan itu pada pasangan masing-masing. Mungkin ada perkara lain yang perlu diutamakan. Semahunya saya untuk mengelakkan diri menjadi seorang yang judgemental di sini. Wah, gitu.

Alhamdulillah, sekembalinya dari tanah suci Makkah, berita gembira disampaikan. Mintak address saya untuk post Kurma Ajwa. Alhamdulillah, tersenyum saya mengusap perut. Syukur, Alhamdulillah.


Terima kasih, Meeya.
Walau hanya kite pernah bertemu sekali sahaja, persahabatan ini dipanjangkan sehingga berhari-hari, bertahun-tahun harapnya.
Saya doakan semoga Meeya dimurahkan rezeki hendaknya.

Terima kasih, Meeya!





16 comments:

Shakina Farhan said...

Kurma nabi sgt sedap! suka sgt..alhamdulillah MIL pun nak pegi umrah xlama lagi..confirm kirim..
baby girl kot kl tumbuh jerawat2 ni..hee..sama la kite..

Cik Belle said...

Shakina Farhan: Haah sedap. Makan banyak-banyak pun tak rasa muak. Suka. =)

Hihi. Tunggu scan. Naluri ni kata baby girl jugak ni. Hoho. Kite tengok harapan sampai mana nanti. Hehe

cha said...

kannn. kdg2 rasa mcm xde sape kenal kita pstu nnti ada org komen blog la ckp hr tu terserempak kt mane2 tp segan nk tegur huhu malu gitu.

i pn ada kenal kwn kt blog je tp dorg pg luar negara ke mane i dpt souvenir. best je. sape kate kawan blog tak bole jd rapat kan :)

rezeki anak u la tu :)

Cik Belle said...

cha : kannn... buat baik dengan orang, nanti dibalas baik jugak.. bestnya dapat souvenir dari luar negara gitu! best best.

BAIZURA NATASHA said...

cik belle..my colleagues ada jual kurma ajwa,rm13/100gm.. so far,the cheapest yg i jumpa.just in case stok da abes,i can help u to stock up the dates.heee.
alhamdulillah..rezeki baby.. slalu mmg dgr org ckp,mst je ade rezeki baby nnt :) tc cik belle

Inimeeya said...

wc mek!!=)patutlah blog i yg lemau tu tetiba femes.Ada org seru rupanya.hihi.pertolongan yg x seberapa je tu.dah betul lah rezeki baby namanya..hope ur baby grow healthy! insyaALLAH bila2 kita jumpa lg..thanks doakan!ameen ya rabbi..i nak baby jugak.hihi!

Cik Belle said...

BAIZURA NATASHA : Wah, tq dear! InshaAllah, if dah habis nanti, i give u a call k! tq tq tq.

Meey@ : hehehe. ku seru dalam diam. eceyh. hikhik

QueenBz said...

Syukur, murah rezeki kau!
Semoga baby sihat sampai kau selamat melahirkan :)

Nadya Zahid said...

makan kurma elok!

Hunny said...

dah preggy ke? alhamdulillahh.. saya jadikan your blog as part of my wedding plan tau.. siap buat entry lagi pasal blog u. singgah la ye: http://akuhunny.blogspot.com/2011/06/preparation.html

Reen Tart Nenas said...

*like

~YUN~ said...

Atia,bagus tau kurma ni..nti masa sakit2 bwk tau kat hospital,bg energy masa nk push..:)

Ainee Cumi said...

Tak pernah try lagi. Kena try ni sebab saya peminat kurma.

yogaseven said...

Kuta Hotels Bali, bali Hotels, 5starbalihotels
nice post :)

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


idrpoker.com agen texas poker online indonesia terpercaya said...

eyangtogel.com togel singapura | togel china | togel sydney | togel cambodia

afatogel.com bandar terbesar situs togel online terpercaya

batikpoker.com judi poker uang asli indonesia

rgopoker.com bandar judi poker situs poker online terpercaya

sukabet.com agen bola terpercaya untuk piala dunia 2014

itupoker.net agen judi poker, agen judi domino online indonesia terpercaya

idrpoker.com agen texas poker online indonesia terpercaya

afatogel.com bandar terbesar situs togel online terpercaya

eyangtogel.com togel singapura | togel china | togel sydney | togel cambodia


batikpoker.com judi poker uang asli indonesia

rgopoker.com bandar judi poker situs poker online terpercaya

sukabet.com agen bola taruhan untuk piala dunia 2014

Sukabet.com agen bola terpercaya untuk piala dunia 2014


Ligataruhan agen bola, agen sbobet, agen ibcbet, agen 338a terpercaya

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014