Monday, April 23, 2012

Bihun kejung oh!


Cubaan pertama memasak Bihun Sup adalah separa GAGAL!

Kalau 100% berjaya pasti pasti saya akan berkongsi resipi di sini.
Tapi gagal disebabkan bihun yang kejung oh!

Dah siap masak semua, dah hidang dah atas meja. Suami pun dah berselera menghadap bihun sup atas meja. Tapi mood dimatikan hanya kerana bihun yang I rendam dalam air separa panas adalah kejung. Suami pun tunjuk kehebatan dengan beritahu kena rebus bihun tu macam rebus spaghetti. Ooooowwwhhh, kisahnya begitu...! Terus masuk dapur rebus bihun. Dah menggelegak barulah tos bihun. 

Heh. Kemudian barulah menghadap kembali juadah untuk dinner kami.
Suami puji sedap. Alhamdulillah.
Hihihi. I tak taula betul ke atau saje ambil hati.
Ini diajar sewaktu kursus perkahwinan.
Suami perlu puji masakan isteri walaupun tak sedap. Sebagai satu motivasi, katanya. Heh.

Kata-kata suami penguat semangat untuk belajar dan terus belajar.
"Kalau tak buat salah, sampai bila kita tak tau, kan?"

Oh, betapa saya dambakan tangan seorang chef!
I suka memasak.
Tapi, I tak pandai memasak.

Sigh.




8 comments:

None said...

hehe, betul tu memang masa kursus mention pasal tu, sebab hati isteri kena jaga..kalau tak sedap takleh tegur direct, kiasan macam 'kalau masin sikit lagi sedap'...maksudnya kurang garam..sama2 la kita improve skill masakan=))

Cik Belle said...

Green Apel: hihi. tuhla, kite pun agaknya kena guna bahasa kiasan jugakla kot kalau nak tegur suami. Hehe. Mari, sama-sama improve skill! hehe

MaZNi PutERi said...

xpe cik belle, byk lg masa blh bljr. jgn putus asa tau! sy pn smpi skrg ada je mskn yg kdg2 failed! tp sbb suka cuba, n suami pun suka mkn, mmg sgt suka memasak. percayalah, suami adalah pengkritik paling hebat, dan dgn kritikan itu kita akan jadi chef terhebat juga nanti kan. Ameen2!

Reen Tart Nenas said...

tak pandai boleh belajar. yang penting jgn malas. rajin2 check resipi and sila call mak selalu. hehehe :)

Anonymous said...

cik belle, kalau nak bihun tu lembut sedang elok rendam dulu dalam air paip sampai lembut sikit lepas tu baru rendam dengan air panas yg baru masak sampai dpt lembut yg u nak..kalau rebus dekat air menggelegak boleh jugak tapi takut terbabas jadi lembut sgt..hehe practise make perfect

congrats on ur pregnancy..lama dah tak singgah sini

Nuha hayati said...

betul tu. rendam dulu dalam air paip. pastu rebus sekejap dlm air panas. ceh. mcm terer je nuha

QueenBz said...

talian hayat aku adalah mama aku.
kalau masak lauk susah2 tiap 5minit mesti call HAHA
takpe mek, kite gigih usaha untuk jaga makan suami :)

Putri Qaseh said...

Its okay atia, practise makes perfect..I awal2 dulu pressure nak penuhi kehendak suami sbb selalu dia compare with his mom punye masakan..end up saya belajar menu dan selera suami from MIL...

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014