Tuesday, January 10, 2012

Tentang memulakan hidup bersama

Setelah hampir 7 bulan berkahwin, baru fasa memulakan hidup bersama tercapai. I mean, duduk serumah bersama dalam rumah sendiri. Hehehe. Tak kisahla, rumah sewa pun tetap nak cakap di rumah sendiri. Hihi.

Surat penempatan keluar 3 minggu sebelum tarikh lapor diri. Dengan sibuk kenduri sepupu, suami sibuk berkursus, sibuk meeting, sesi hunting rumah sewa terpaksa ditunda. Jadinya, mengambil kesempatan cuti 1 Januari 2012 untuk memulakan sesi pencarian. Sehari suntuk mencari rumah yang berdekatan dengan kawasan yang di-aiming, akhirnya persetujuan dicapai setelah mengambil kira pelbagai kos dan mengikut bajet. Ok, selesai dan lega di-situ.

Dan sesi perbincangan tentang itu dan ini bermula. Bukan senang untuk mencari suatu keputusan bila masing-masing punya citarasa on-how-to-decorate-the-house. Excited, I must say. Saya mahu begini, suami mahu begitu. Saya tak bersetuju, tapi suami tetap explain further. Dan akhirnya, kami gelak-gelak bersama bagi menghilangkan rasa stress! STRESS.

Sebab nak sewa rumah dengan bajet kami yang kecik ni, dapatla rumah kecil tiang seribu. Hihihihihi. Memula saya menghasut jugak suami untuk menyewa rumah semi-detached yang besar dan selesa itu. Saya katakan, tak apa, kita bahagi dua sewa, kite sama-sama bayar. Suami bagaikan bersetuju. Tetapi lepas berfikir panjang, suami memberitahu hasrat hati untuk tidak menyewa rumah semi-detached itu. Alasannya ,

 "Walau bezanya cuma RM 400, kita duduk jela rumah kecil tiang seribu tu. Lebihan RM400 itu boleh kita buat bayar bil ". 

Aku terkedu. Mula rasa nak memberontak. Tapi, suami bagaikan dapat membaca dan menyambung, 

"Orang yang banyak duit simpanannya ialah yang rumahnya sederhana, selesa aja untuknya dan berkereta sederhana, tidak mewah. Dalam bank, banyak duit ". 

I dah mula bersetuju untuk duduk di rumah kecil tiang seribu tu. Hehehe. Suami cakap, takpela, rumah kecik pun, hanya untuk kite berdua. After all, kita hanya guna living room, dining room, kitchen, toilet, dan master bedroom. Itu sahaja. As long as kita happy, no matter how small the house is, itu tidak membawa apa-apa rasa ketidak seronokkan. Ok, setuju tanpa ada bantahan. Lagipun, rumah sewa je pun.

Dan, sebab sewa rumah dengan bajet yang kecik, dapatla rumah yang lantainya hanya semen semata. Macam nak upah orang pasang tile aje. GRRRR. Nasib rumah sewa. Dan bermulalah sesi perbincangan lagi untuk mencapai persetujuan.Ada 3 pilihan :

  1. Tikar getah - I cakap, tak apalah, kita beli ajela tikar getah yang coraknya modern sikit. Pilihan paling economy. RM8.00/m, yang grednya sederhana. Suami kurang setuju.
  2. Carpet sepenuhnya - I cuba beri idea untuk pasang carpet sepenuh ruang. Suami setuju. Then, kami survey harga karpet. Can get as low as RM 2.20/sqf.
  3. Timber flooring - Thanks to Adda Shariff sebab bagi idea tentang ini. Kami tak terfikir langsung. Beritahu hasrat hati pada suami. Dan suami pun setuju.

Jadi, sama ada pilihan pasang carpet sepenuhnya atau timber flooring. Selepas sesi perbincangan, saya katakan carpet tak sesuai dengan cuaca di Malaysia sebab panas dan berhabuk tu. I tak rajin untuk vacuum setiap hari. Dan timber flooring pula agak costly untuk mencantikkan rumah orang pulak tu, bukan rumah sendiri. Hahaha. Dan kami akhiri pilihan kami dengan memilih tikar getah je la u olls. Dah, selesai.

Dan selepas itu, suami pulang bercerita tentang nak beli carpet kecil untuk ruang tamu dan ruang makan kami. Suami beria beritahu, cantik, ada bunga-bunga, itu dan ini. Bila saya tanya harga, suami beritahu RM500/pc. I cakap, toksah beli. Mahal dan membazir. If dua carpet, harganya RM 1000. Gilo. I cakap, takpe, nanti kite survey kat IKEA atau Nilai 3 sudah. Hehehehe.Suami terpaksa akur. Heh.

Bila dah tinggal sebumbung, banyak perkara perlu kami revise semula. Siapa nak bayar rumah. Siapa nak bayar bil. Siapa nak beli groceries. Siapa nak beli fridge. Siapa nak beli washing machine. Siapa itu. Siapa ini. Itu satu part. Belum part pening kepala nak cari menu, sarapan nak buat apa, lunch okla sendiri-sendiri kan, dinner nak makan apa pulak. Dan kerana itu, wujud blog baru. Tapi, belum launching. Hahaaha.

Apa yang boleh saya simpulakan, persefahaman perlu wujud dalam rumah tangga. Dan tolak ansur. Penting. Kena sentiasa ingat, kita isterinya. Dan batas-batas perlu dijaga. Banyak perkara baru kami belajar. Hehe. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya. Amin.

Ok, celoteh panjang saya ni, saya akhiri dengan sekeping gambar. Esok-esok saya tepek lagi ok. Hehehe.


Suami dan bapa mertuaku sibuk berbincang apa saya tidak turut serta. Sibuk nak MMS picture to my parents. Agagaga. Maafkan saya, aset suami yang itu, saya puja. Hence, saya abdikan dalam gambar ni buat tatapan semua. Haha. Ampun.




25 comments:

nuraien said...

wah bestnye..sama2 berkongsi..=)

nurul said...

rumah sewa je kan..hias asal sedap mata memandang..hias bagi nampak cantik dan tak bosan je dengan kos minimum..ada duit lebih simpan untuk beli rumah..rumah sendiri nak renovate ke nak decorate ke ikut suka hati..

Mrs Azhar said...

atia, rumah kt area mn tu? dh dkt dh la kita.. hehe

Nurul Ain said...

Alhamdullillah..

xper..
mula2 sederhana dulu..

nnti kalau ader rezeki lebih boleh tambah haset lagi..
insyaallah amiin...

LisaLisut said...

dh lama tunggu entry cik atia.huahuahua. takpelah yg penting skrg dah duduk berdua.boleh jmpa 24/7! hihih!

Anonymous said...

hai sis,

saya suka ayat 'bold' atas tu. mmg betul adanya. bila tempat kecik kita tak rasa nak tambah barang-barang dalam umah..jimat dah kat situ..sambil tu dpt saving juga..nak bli jer barang..terfikir ala..umah tak muat dah hehe.

::Aja:: said...

rumah tu tgk dr luar dah cantek dah..comel je..cukup la..at least laman besar..duduk berdua je pun.hehehe..selamat mencantikkan rumah baru ye..:D

~ NANA ~ said...

wahhh bestnye dh duk sama2 dgn hubby...btw mcm pernh nmpk je rumah tu...area mne ek? cherating ek?

Cik Belle said...

nuraien : debaran masih terasa. eceyh. hehe

nurul : em, itu yang kami fikirkan. hehe. cantik, kemas dengan kos minimum. hehe. tak sabar nak beli rumah sendiri! hehe

Mrs Azhar : rumah kat area cherating shaz.. hehe.. nak cari area balok macam jauh pulak saya nak berulang.. so decide duk kat sini jekla. rezeki, jumpa rumah kat area sini. ehehe..

Gadis : Alhamdulillah, syukur.. =)

LisaLisut : blogging thru phone tak best kan? nak tunggu jugak streamyx. Moga-moga suami tak terabai. haha

Noniey : haa betul! hehee. rumah kecik, barang pun kena beli limited sahaja. hehe. yes, save more!

::Aja:: : nanti kite tunjuk belah dalam pulak eyh. ehehe.

~ NANA ~ : haah nana. area cherating. hehee. nanti picnic kat cherating, jgn lupa singgah umah ai tau!

Unknown said...

hish kak atia ni..dah ok dah umah ni..takpe kak slow2..mula2 kawen mmg macam2 nak utk umah baru..ehehe

Lyena Vee said...

used to be, i pon berangan nak rumah besar. tapi bila dah dok umah sendiri, i bersyukur dengan rumah yang tak berapa besar. penat woo nak ngemas umah.hikhikhik..cherating? i nak p sana feb nanti. hehe

Liyana said...

best nye dh dok serumah dgn hubby..

sy ni dh hampir 7 bulan nikah pun still lg pjj, sabar jelah.. dgn nk membawak pewot lg =.='

adda_shariff said...

haha akhirnya...babe...ikea ada karpet rega rm179...size dia medium boleh la kalau nak beli 2..tp kene rejin berpenyapu lidi je atas tuh hoho....

ok, nnt aku blk kuantan nk dtg umah ko ye..hohoho!!

p/s: seme mende nak beli tuh split je 2 semua..sonang..hohoho..selamat menyiapkan love nest!

wanie said...

tahniah.. akhir boleh hidup bersama... wanie x taw bila, anak dh sowang..

Aty Fared said...

tikar getah sekarang dah cantik2 dan corak lebih moden..kalau tak salah pilih..tikar getah pon nampak macam real tile..:)

BitsBest said...

alhamdulillah,
rumah itu bagi BB sangat berharga...

BB setuju dgn kata2 mu itu, bila dh kawen ni semua kptsn harus sepakat...

itu lah situasi yg BB alami bila nak buat kptsn dlm pelbagai bidang.dulu kptsn sendiri2..srang tidak lagi.

bak kata org, tarik rambut dlm tepong ~ rambut tak putus,tepong tak berselerak..betoi ke ayat ni??hehehe

Ibu Najla said...

suami selalu berfikiran lebih rasional dlm bab2 ni :)
biar kecil asal bahagia, hati gembira takde sengketa. eh, terpantun pulak :p

choclairissa@intan marliana said...

murahnye harga rumah sewa u~~~ jeles2..kt area rumah i ni at least 900 pun susah nk cari..tu baru rumah town house..since kitorg sewa so xde cita nk hias bagai lg..huhu~~

Alwanez said...

Best dah duduk sekali kan atia kan..nak masuk rumah memang banyak pakai duit kan? Bantal sebijik pun nak kena beli T__T

2Ns said...

alhamdulillah....tahniah krn dh dpt hidup bersama2...semoga 1 hari nanti dpt memiliki rumah sendiri plak..time tu lagilah excited nk deco2... :-)

Pn Daisy said...

Hi cik atia..duit lebih nnti bole saving utuk baby pula..bile dh ramai nnti bole la cari rumah besar sikit...skng ni duk berdua elok la rumh kecil aje...nk mengemas pun senang...tk gitu..

Ps : to all bloggers..im a newbie..do follow my humble blog..hehe

ibuhebat said...

takpe, biar bersederhana.. nanti dah ada baby bolehlah cari yg lebih luas dan selesa.. inilah masanya nak simpan duit ;)

harzharun said...

akhirnya!!!!...
duk bsama jugak korang...seronok kan...excited..nanti boleh gaduh hari2..hehehe...

yang, xpe, rumah kecik tiang seribu pun xpe...home is not a house dear..its a feeling...janji ko selesa n happy bila balik rumah...

tikar getah ok what...kuaters aku lg dasat...lantainya still mozek lama kecik2 tu..mcm mozek bilik air zaman dulu..sental la dgn klorok pun, x hilang warna kehitaman celah2 mozek tu...dah la aku masuk kuaters tu masa awal preggy...tiap kali tgk lantai, aku rasa nak muntah...dah tu, kabinet dapur lak, jenis yg kayu zaman dulu..tiap kali buka kabinet,ada bau lembab...aku terus muntah wei..hubby ckp dia x bau apa2..mmg la, sbb aku yg preggy bukan dia..huuu..skang, elok plak kabinet tu...ok la plak aku guna..hehehe...

nanti, oleh krn sama2 kerja, kena tlg mnolong kemas rumah pulak...masak pun sama..tp aku laki bini xleh duk dapur sama2..nanti bperang!..kalo aku masak, aku suh hubby jgn kaco..kalo dia masak,aku yg gi main jauh2..heee...

panjang plak komen aku...tumpang suke tau!

humble.yat said...

eh rumah cik belle kat cerating..nanti klu singgah ecm..bgtau ek..
ofis sy kat situ2 je...

bila plak turn sy dapat dudk serumah cam cik belle..:-)

tggu suami transfer ke kuantan jugak..:-)

Mrs.Qarlista said...

cik belle..nad pon mula dengan zero. teringat pulak zaman nak mulakan hidup bersama. nampak macam 'kecik' tapi banyak jugak duit yang keluar.. rumah sewa nad kat kl pun kosong je. memang macam rumah bujang. hehe. tu beli tikar getah untuk satu rumah pun dah berape, kan kosnye.. nad dulu nasib baik mase nak masuk, makcik owner rumah murah hati nak catkan dinding dengan cat baru and belikan tikar getah untuk ruang tamu..tikar getah untu both bedroom pakai yang lame.. tu die kate

"ekau boli la sendiri."


haha.

Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014