Setelah hampir 7 bulan berkahwin, baru fasa memulakan hidup bersama tercapai. I mean, duduk serumah bersama dalam rumah sendiri. Hehehe. Tak kisahla, rumah sewa pun tetap nak cakap di rumah sendiri. Hihi.
Surat penempatan keluar 3 minggu sebelum tarikh lapor diri. Dengan sibuk kenduri sepupu, suami sibuk berkursus, sibuk meeting, sesi hunting rumah sewa terpaksa ditunda. Jadinya, mengambil kesempatan cuti 1 Januari 2012 untuk memulakan sesi pencarian. Sehari suntuk mencari rumah yang berdekatan dengan kawasan yang di-aiming, akhirnya persetujuan dicapai setelah mengambil kira pelbagai kos dan mengikut bajet. Ok, selesai dan lega di-situ.
Dan sesi perbincangan tentang itu dan ini bermula. Bukan senang untuk mencari suatu keputusan bila masing-masing punya citarasa on-how-to-decorate-the-house. Excited, I must say. Saya mahu begini, suami mahu begitu. Saya tak bersetuju, tapi suami tetap explain further. Dan akhirnya, kami gelak-gelak bersama bagi menghilangkan rasa stress! STRESS.
Sebab nak sewa rumah dengan bajet kami yang kecik ni, dapatla rumah kecil tiang seribu. Hihihihihi. Memula saya menghasut jugak suami untuk menyewa rumah semi-detached yang besar dan selesa itu. Saya katakan, tak apa, kita bahagi dua sewa, kite sama-sama bayar. Suami bagaikan bersetuju. Tetapi lepas berfikir panjang, suami memberitahu hasrat hati untuk tidak menyewa rumah semi-detached itu. Alasannya ,
"Walau bezanya cuma RM 400, kita duduk jela rumah kecil tiang seribu tu. Lebihan RM400 itu boleh kita buat bayar bil ".
Aku terkedu. Mula rasa nak memberontak. Tapi, suami bagaikan dapat membaca dan menyambung,
"Orang yang banyak duit simpanannya ialah yang rumahnya sederhana, selesa aja untuknya dan berkereta sederhana, tidak mewah. Dalam bank, banyak duit ".
I dah mula bersetuju untuk duduk di rumah kecil tiang seribu tu. Hehehe. Suami cakap, takpela, rumah kecik pun, hanya untuk kite berdua. After all, kita hanya guna living room, dining room, kitchen, toilet, dan master bedroom. Itu sahaja. As long as kita happy, no matter how small the house is, itu tidak membawa apa-apa rasa ketidak seronokkan. Ok, setuju tanpa ada bantahan. Lagipun, rumah sewa je pun.
Dan, sebab sewa rumah dengan bajet yang kecik, dapatla rumah yang lantainya hanya semen semata. Macam nak upah orang pasang tile aje. GRRRR. Nasib rumah sewa. Dan bermulalah sesi perbincangan lagi untuk mencapai persetujuan.Ada 3 pilihan :
- Tikar getah - I cakap, tak apalah, kita beli ajela tikar getah yang coraknya modern sikit. Pilihan paling economy. RM8.00/m, yang grednya sederhana. Suami kurang setuju.
- Carpet sepenuhnya - I cuba beri idea untuk pasang carpet sepenuh ruang. Suami setuju. Then, kami survey harga karpet. Can get as low as RM 2.20/sqf.
- Timber flooring - Thanks to Adda Shariff sebab bagi idea tentang ini. Kami tak terfikir langsung. Beritahu hasrat hati pada suami. Dan suami pun setuju.
Jadi, sama ada pilihan pasang carpet sepenuhnya atau timber flooring. Selepas sesi perbincangan, saya katakan carpet tak sesuai dengan cuaca di Malaysia sebab panas dan berhabuk tu. I tak rajin untuk vacuum setiap hari. Dan timber flooring pula agak costly untuk mencantikkan rumah orang pulak tu, bukan rumah sendiri. Hahaha. Dan kami akhiri pilihan kami dengan memilih tikar getah je la u olls. Dah, selesai.
Dan selepas itu, suami pulang bercerita tentang nak beli carpet kecil untuk ruang tamu dan ruang makan kami. Suami beria beritahu, cantik, ada bunga-bunga, itu dan ini. Bila saya tanya harga, suami beritahu RM500/pc. I cakap, toksah beli. Mahal dan membazir. If dua carpet, harganya RM 1000. Gilo. I cakap, takpe, nanti kite survey kat IKEA atau Nilai 3 sudah. Hehehehe.Suami terpaksa akur. Heh.
Bila dah tinggal sebumbung, banyak perkara perlu kami revise semula. Siapa nak bayar rumah. Siapa nak bayar bil. Siapa nak beli groceries. Siapa nak beli fridge. Siapa nak beli washing machine. Siapa itu. Siapa ini. Itu satu part. Belum part pening kepala nak cari menu, sarapan nak buat apa, lunch okla sendiri-sendiri kan, dinner nak makan apa pulak. Dan kerana itu, wujud blog baru. Tapi, belum launching. Hahaaha.
Apa yang boleh saya simpulakan, persefahaman perlu wujud dalam rumah tangga. Dan tolak ansur. Penting. Kena sentiasa ingat, kita isterinya. Dan batas-batas perlu dijaga. Banyak perkara baru kami belajar. Hehe. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya. Amin.
Ok, celoteh panjang saya ni, saya akhiri dengan sekeping gambar. Esok-esok saya tepek lagi ok. Hehehe.
Suami dan bapa mertuaku sibuk berbincang apa saya tidak turut serta. Sibuk nak MMS picture to my parents. Agagaga. Maafkan saya, aset suami yang itu, saya puja. Hence, saya abdikan dalam gambar ni buat tatapan semua. Haha. Ampun.