Saturday, December 31, 2011

Exchange Link, anyone?


I dont know why my chatting box tak function secara betul.
I know, some of u might want to exchange link with me kan.

Sometimes, i terlepas pandang.
Sometimes, i blogwalking baru tau yang u secretly linked my blog.
Kalau tiba-tiba terjumpa, i akan add your link.
Kalau yang i tak tau, macam mana pulak kan?
Macam tak fair, u link my blog, tapi, i tak link your blog pun.

So, who ever nak exchange link, please drop your link di kotak comment, ok?
=)

Thank you, ladies.
=)

Paste your link cepat di komentar box! Hihi..
Nanti i update.


Wednesday, December 28, 2011

Susun duduk akad nikah

Sorry for the long silence.

Sibuk.
Begitulah.

A photo for today:



Em, apa I nak coret kat sini ialah tentang idea letak duduk jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, ibu dan ayah pengantin. 

Waktu hari akad nikah I, I cuma terfikir tentang, jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan. Itu sahaja. Dan natijahnya, nobody is beside me to pass on the tissue to me. Haru, tau! Hehehehehehe. So, here, i nak beri sedikit idea.

I sangat tertarik dengan gambar di atas.
Sebab semuanya ada dalam sekeping gambar. Hebat.

Jadi, begini :

Mula dengan pengantin lelaki dihadapan jurunikah.
Di sebelah jurunikah, adalah bapa pengantin perempuan dan saksi 2 orang.

Di belakang pengantin lelaki, adalah pengantin perempuan.

*Waktu akad nikah saya hari tu, letak duduk saya adalah jauh dengan pengantin lelaki. Tapi, masih kedudukan di belakang pengantin lelaki. Sampai pengantin lelaki tak sempat nak jenguk bakal isterinya sebab pengantin perempuan turun sesudah pengantin lelaki masuk dan duduk. Hihihi.*

Dan, pengantin perempuan di apit oleh ibu pengantin lelaki dan ibu pengantin perempuan.

Ahhhhh, picture perfect!

Dan, saya suka ini juga :


Nampak tak round stage tu yang fit nicely round-ottoman tu?

Ohh-la-la!
I suke gileeerrr!

Ok, ada duit boleh tempah.
Kalau budget tak cukup, request dengan wedding planner. HHIHIHI

Mention that " Ni HOT item nie!!"

Ok. Good Luck ladies.

=)



Monday, December 12, 2011

Dan, perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Siapa yang follow blog saya dah tentu tahu kan, saya ni merupakan salah seorang pasangan husband and wife yang berjumpa hanya di hujung minggu. Sadis memang sadis. Hehehe.

Kami dah lama berkenalan. Dan sewaktu belajar dulu pun saling berjauhan. Dari waktu sekolah, zaman belajar di Universiti dan sehinggalah masing-masing dah bekerja. Masih berjauhan. Dan berjumpa berdating memang jarang gila. Kalau sebulan sekali dapat jumpa tu memang rasa bertuah dah haa. Bukan senang woo nak berjumpa sebulan sekali. Masing-masing ada komitmen masing-masing kan.

Jadi, bila kami ambil keputusan untuk berkahwin, saya memang fikir dan dengan egonya pendam dalam hati, "Takpela berjauhan awal-awal ni. Hujung minggu balik la, jumpa suami. Macam tak biasa aje berjauhan". Sebab dah biasa punya pasal berjauhan. 

Tapi, ternyata, bila mana status seorang isteri, peritnya rasa. Perit sangat. Tak sama macam masa bercinta gitu. Lain. Hari-hari berendam air mata saat teringatkan suami. Begitulah..Dan hari-hari berdoa untuk bertukar. Sampai ada satu masa, rasa dah give-up dan rasa nak letak jawatan terus. Sampai macam tu sekali.

Cuti di Kedah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Cuti di Pahang adalah pada hari Sabtu dan Ahad.

Perjalanan dengan bas memakan masa 10-11 jam.
Dan bas dari Kulim cuma bertolak pada jam 9malam setiap hari Khamis.
Dan tiba di Kuantan, hanya pada waktu 7pagi hari Jumaat.

Suami bekerja pada hari Jumaat.
Saya berseorang di rumah mertua.
Sabtu masa untuk meluangkan masa bersama suami.
Dan malamnya, saya dah nak balik ke Kedah.

Bayangkan, hanya berapa jam sahaja saya bersama suami?
Penat, memang penat.
Tapi, apakan daya, hati mesti terus tabah.

Parents saya di Seremban.
Suami di Pahang.
Saya sebatang kara di Kedah.
Masakan ada saudara mara di Kedah?
Tak ada. Sakit ke susah ke, tanggung la sendiri.

Stress. Cukup stress.
Tapi, hati mesti terus tabah.

Dan, parents selalu cakap, sabar, sabar, dan sabar. Nanti mintak transfer. Mesti dapat punya. Atas sebab kepercayaan itu, saya terus bersabar.

Dan, sehinggalah ianya menampakkan sinar harapan. Read : Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih pada setiap satu yang mendoakan permudahkan permohonan pertukaran saya.
Terima kasih. moga kalian dapat ganjaran setimpalnya.


Dan sejak itu, setiap kali lepas solat, saya tak tinggal untuk berdoa mohon semuanya dipermudahkan. Dan sentiasa sabar menanti. Sehinggalah tiba suatu hari tu, perasaan berani untuk berjumpa Pengarah dan mohon disokong permohonan saya. Semuanya terlalu cepat. Tanpa banyak soal, Pengarah terus turunkan tandatangan dan menyokong permohonan saya. Alhamdulillah, syukur sangat. Dan, terus saya berdoa sehingga keputusan keluar.

Siapa yang tak seronok bila mana permintaan kita itu diperkenankan oleh-Nya? Saya sangat bersyukur  saat saya tahu keputusan secara tidak rasmi. Terus saya call husband dan beritahu berita baik ini. Happy sangat rasa. =)

Januari 2012, InshaAllah, saya akan melalui pengalaman pertama menguruskan rumah tangga bersama suami. Rasa macam pengantin baru pulak. Hihihi. Yelah, sebelum ni duduk rumah mertua. Makan pun disediakan oleh ibu mertua. Nak buat macam mana, menantu tak pandai nak masak. Nasib punya ibu mertua yang baik dan memahami. Hehe. Jadi, once kami dah mulakan hidup bersama, saya akan urus semuanya. Dan saya gementar. Berdebar.


Dan, tak lupa juga, bila dah duduk sekali nanti, InshaAllah, mohon dipermudahkan lah hendaknya perancangan kami untuk menerima zuriat pulak. Sama-sama doakan untuk saya, ya?.


Saya tahu dan percaya, setiap perancangan Allah yang diaturkan itu adalah yang paling terbaik untuk saya.
Terima kasih, Ya Allah kerna mendengar setiap doa hambaMu ini. 
Alhamdulillah.







Tuesday, December 6, 2011

Open for rental : Wedding dress


Saya dengan berbesar hati, ingin mewar-warkan kepada semua, ada silent reader saya ni mahu menyewakan her reception dress!

Ini gambar-gambar untuk anda:


Bright colours
Outstanding!
Orange + Red is so yummilicious!


OMG!
The veil!
Love.


Ni part paling i suka!
The skirt!!!
Cantik hokey!

And here goes the detailing :



Serba sedikit tentang dress ni:

100% handmade!
Dari salah seorang designer di Mumbai!
Material beadings semua memang originally dari India.
Exclusive fabric i must say.


Open for rental:

Be it for your WEDDING!

Be it for your PRE-WEDDING!

Be it for your MALAM BERINAI!

Be it for your OUTDOOR PHOTOSHOOT!

Be it for your WHITE STUDIO PHOTOSHOOT!


Contact her for more:


And, dont forget to nego! Hehehe.





Saturday, December 3, 2011

Dirmu Satu

This is the song that Zahiril Adzim dedicated to his beloved wife.


Berlatar belakangkan lagu Dirimu Satu, sewaktu Zahiril membacakan puisi terindah itu, memang mood rasa "Suamiku, kau  adalah yang terhebat".

Dirimu Satu - Ungu

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu
I will always need you cintaku
Selamanya takkan pernah terganti



Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu



Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu


I will be the last for you
And you will be the last for me

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu



Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu



Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu


I will be the last for you
And you will be the last for me
I will be the last for you
And you will be the last for me





Yeay, another wedding song to be included in the list!


Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014