27 Oktober 2011
Pagi-pagi dah bangun. Excited sangat! Hahahahahhaa. Bas dijadualkan bertolak around 9.00pagi macam tu. Jadi, kami ambil kesempatan untuk breakfast dulu. Breakfast sendirian berhad ya. Hihi. Berhadapan dengan Tune Hotel, ada banyak shoplot. Boleh cari mana-mana restoren yang membuka selera.
Tips : Sila isi perut kenyang-kenyang sebelum bertolak. Hihi.
Lepak-lepak sambil tunggu bas. Bas sampai, excited Hokey! Hehehhee. Sebelum tu, kami beli bekalan untuk ke USS. Kan ada 7-eleven kan. So kami beli mineral water dan roti. Hehe.
Tips :
- Bring your own backpack. As in my case, husband yang bawak. Hehee. So, kami isi dengan 3 liter mineral water dan roti-roti.
- Kalau korang tak nak naik bas kat Tune Hotel tu, korang boleh dapatkan bas/ van ke Resort World Sentosa dengan hanya RM5/person. Naik kat Kotaraya II Terminal. I pun tak tau kat mana. Tapi, berdekatan aje tu..
Dah scan passport, scan thumb print, cari bas yang sama dan meneruskan perjalanan. Sekali lagi kena turun time kat Woodlands Checkpoint. Nak cop passport pulak. Berdebar lagi. Haha. Beratur, ramai gila, letih. Make sure immagration permit diisi terlebih dahulu tau. Untuk memastikan kelancaran perjalanan. Hehe.
Dah cop semua, cari bas yang sama lagi sekali, dan meneruskan perjalanan lagi. Excited bukan kepalang! Hehehhee. Jam 1030 pagi kami sampai di Resort World Sentosa. WHEEEE!!! Bas tu berhenti betul-betul di USS. Naik escalator, berpandukan singboard, akan sampailah di depan entrance USS!
Dan, gambar wajib mesti snap punya:
Tadaaaa!
Harus bersabar menanti waktu yang sesuai. Bergilir-gilir la engkau menanti queue nak snap picture kat sini. Hehehe. Kalau pergi berdua, nak amek gambar berdua, bawaklah Tripod!
Then, tunjuk entrance ticket pada USS staff, dan meneruskan penerokaan.
Excited giller! First place, tuju mencari map! Penting.
Ada 7 Zones untuk diterokai.
First Zone : Hollywood
Shows and Rides :
Pantages Hollywood Theater
Review : Tak masuk pun. Sebab dia ada waktu-waktu showtimes nya. So, penting untuk plan nak masuk kul berapa nak tengok show. That;s y penting ada map dalam USS tu.
Street Entertainment :
Daddy O's
Mel's Dinettes
Review: Seronok tengok diorang menari dan menyanyi. Rentak tarian sama. Dan suara pun sedap yo! Hehe. Ambil-ambil gambar dan record-record video.
Character meet and Greet :
I jumpa Marilyn Monroe aje. Hehe.
Kena beratur nak ambil gambar dengan dia.
Jangan bimbang, staff USS akan bantu untuk snap pic korang. Pheww!
Second Zone : New York
Show and Rides:
Lights, Camera. Action!
Review : Tak jejak pun. Sebab husband tak sabar nak main Roller Coaster. Hehe. Masuk la korang, dengarnya Best tau!
Street Entertainment :
The Rockafellas
Review : Time kiteorang jalan kat sini, belum lagi waktu show time nya kot. So tak tengok la. If korang nak tengok, kena tunggu show timenya. Refer to map!
Character Meet and Greet :
I jumpa abang misai tu. Hahahhaa.
Panjang jugak beraturnya nak mengambil gambar.
Kelakar la abang misai ni tau!
Third Zone : Sci-Fi City
Show and Rides:
Battlestar Galactica : Human VS Cyclon
Review : I naik yang Cyclon tu. Gila mencabar. HAHAHAHHAHHA. Memang pusing atas bawah, hayun kiri kanan la. Menjerit dah sampai rasa mana-datangnya-suara-kuat-ni-oi. Takut gile oi. I sampai pejam-pejam mata tak nak tengok apa berlaku. Aduhai. Memang rasa hebat la dapat naik roller coaster gile-extreme ni! Sekejap je, dalam 3minutes gitu je kot. Lepas aje turun dar roller coaster ni, kepala pening-pening. Adatla kan. Hehehe. Lepak cari port, makan roti yang dibawa dari Malaysia. Hehee.
Accelerator
Review : I tak naik la. Sebab spinning pusing-pusing gitu. Tak mencabar. Jadi tak ada rasa hati nak naik. Heh.
Ok, panjang da. Sambung next entry pulak ya.
8 comments:
bestnyee bestnyeee...
nk pegi jugakkk
cepat smbung!!
Cepat!!! bajet mcm nak pi bulan depan...huhu
I want more!!!!!
dear..im going there on this coming december..Ade conference kat singapore..alang2 haruslah singgah kat USS kan..cume wondering.is it baby friendly?ade tak org jenjalan kat sane bawak stroller and baby? thanks =)
Huuuu bestnyaaaa...review bebanyak eh,saya pun dah berangan nak gi ni atia.Nak ituttt...nak itutttt
SUKE jugak! ;)
~ NANA ~ : cepat pergi! hehe
Rina Lia (◕‿◕)✿ : dah. pat baca! hehe
Mrs Najib : huhu. bulan depan kan Malaysia and Singapore School Holidays tau! Beli tiket cepat-cepat!
dyll basri : hehe sudah!
Amalina: babe, i suggest u to purchase tiket cepat tau. sebab cuti sekolah kan.. kalau walk-in i risau tiket habis.. kat USS ramai je yang bawak stroller. jangan risau. siap ada baby room lagi. so tak ada apa la nak risaukan. tempat pun luas, so senang nak jalan-jalan. baby mesti excited jugak! hehe. and some more, if u nak main-main rides tu kan, u and ur husband boleh queue, lepas tu ur husband naik dulu, u tunggu pegang ur baby, after ur husband dah habis main, pass ur baby to ur husband pulak. tak perlu nak beratur banyak kali.. diorang amalkan budaya macam ni kat USS. =)
Alwanez : hehee. pergi pergi! ala, husband engineer TNB, mesti boleh punyalah. hehehe
kak long : hehehe pergi!
Post a Comment