Wednesday, November 30, 2011

Cair dan meleleh

I ni memang hati lembut. Hati ni memang mudah terpikat dengan puisi puisi romantis gitu. Memang super love. Masa bercinta, eceyh, pujaan hati memang pernah utus puisi romantis gitu. Tapi, petik dari lirik lagu lah. HAHAHA. Takpela, janji u romantis, sayang. Heh heh. Tapi, sejak dah dapat title suami ni, tak pernah lagi kot die cipta puisi romantis gitu. okla, redha je la. Hehehehe. Adala tu nanti, kan? *super mengharap* HAHA.

Perempuan memang mudah cair kalau lelaki ni super romantis ala puitis gitu. Contoh Zahiril. Bertuahnya la hai, Sheera. Bertuah badan. Di hari persandingan, Zahiril bacakan puisi untuk Sheera gitu. Awwww! Mana tak meleleh :


Credit to : Hafizan.net

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku.
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.

Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

*********

Idea : Mungkin situasi pengantin lelaki/ perempuan menyanyi di majlis persandingan boleh diubah kepadaa nukilan romantis dan read it loud! Semua pasti meleleh. Awww~




Monday, November 28, 2011

Buat kawan-baik-selamanya


Comel sangat buat kawan-baik-perempuan-selamanya semua!

I pasti akan seronok dan happy berganda jika punya kawan-baik-perempuan-selamanya menghadiahkan ini untuk saya:

A Pink Polka Dot Purse Manicure Set


This set includes :

Nail file
Scissors
Clippers
Tweezer


In the pink -and-black-polka-dot purse.

Comel sangat okey!

Perfect gift for:

- bridal shower -
- bridesmaid -
- reception helper -

Details : House of Favors

Rasa macam nak bazirkan duit beli dan beri pada perempuan-perempuan kesayangan la!


Ok, masa I dah berlalu.
Ok, fine.

Tutup mulut sudah.


Thursday, November 17, 2011

Nasihat buat para pengantin


Sumber : Oh! Media

Tolong jangan begini ya para bakal pengantin.

Baju nikah jarang dan nampak tali bra.
Isk, tak cantikla.

Totally, tak cool langsung!

Itu pentingnya untuk fitting baju nikah/sanding sebelum majlis.
Jadi, kita tahu mana yang kurang dan perlu diperbaiki.

Itu pentingnya punya pengapit yang jujur di hari majlis.
Jadi, boleh la ditegur mana-mana yang kurang dan betulkan apa-apa yang tak cantik, nampak cantik di mata.








Tuesday, November 15, 2011

Ajari Aku

Jatuh cinta dengan lagu ini:



Another wedding song to be included in the list!



Monday, November 14, 2011

Ros comel di jari


Notice the ring?

I simply love thissssss! OMG!

Tak pernah terfikir yang tanpa memakai wedding ring dan menggantikan dengan this-Large size-rose-accessory di jari, membuatkan outdoor wedding photoshoot membuatkan sangat cantik! OMG!

This is something yang tak pernah lagi i tengok malay wedding yang begini!

Intan, i love your diy-wedding!
I love your diy-veil.
I love your wedding dress.
I love everything about your wedding!
Everything is so fresh.
Everything is just perfect!


Hats off to this diy-bride!

Visit Intan's Blog : Click Here

** Dari cincin je, berubah cerita jadi diy-bride. Hehe. Sebenarnya memang dah lama nak update tentang wedding intan. I suka sangat sangat!




Jelajah Cik Belle : Universal Studio Singapore (Part 3)


Ok, sambungan lagi. Final part dah nie. Hehe.

Fourth Zone : Ancient Egypy


Show and Rides:

Revenge of the Mummy 

Review : Ianya adalah Indoor Roller Coaster. Super best dan super menakutkan. Gelap gelita. Super gelap gelita sebab I pejam mata hahaha. Rugi rugi rugi. Memang mendebarkan jiwa betul. So, pada yang pergi, memang kena cabar diri sendiri naik roller coaster ni. Tak silap I, roller coaster ni tak ada terbalik-terbalik. Tapi, still..... Ergh. No words to explain!. Hahaha. Memang salah satu rides yang mesti naik. Huhu. Good luck ladies. Hehe.

Treasure Hunters

Review : Tak dapat naik sebab hujan. Sob Sob Sob. Jadi, dia tutup waktu kiteorang kat zone ni.

Character Meet and Greet

Jumpa 2 orang abang ketak tu. Haha. Tinggi lampai. Terus rasa cam ada kat Mesir je dengan suasana dan binaan kota Pyramid.

Time kiteorang keluar je dari Revenge of the Mummy tu, hujan lebat.. Jadi, kiteorang purchase rain coat for $2. Maklumla, pergi hujung tahun macam ni, memang hujan kan. Kiteorang 

Tips: Bring an umbrella. Letak dalam backpack. Dan bawa slippers. Hihi. I tak bawak sebab konon pakai flats kan, so tak lenguh la kaki. And husband pun pakai sport shoes. Tapi, die bagus. Die bawak slippers. So, bila kasut basah, die tukar pakai slippers. Hurmp.

Fifth Zone : The Lost World




Show and Rides:

Canopy Flyer

Review : I tak naik sebab malu aje. Haha. Ramai parents naik dengan anak-anaknya. Huhu. I tak ada anak lagi la nak bawak naik bersama. Hohoho.

Dino-Soarin

Review : Ni pun tak naik jugak. Sebab sesuai untuk children jugak. Hihi.

Kesimpulannya, kat The Lost World ni, I jalan-jalan and snap pic je la.


Sixth Zone : Far Far Away


Show and Rides:

Shrek 4-D Adventure

Review : FUN! SUPER FUN! Must-try-this! Hehehe. Seronok lah. Husband pun sukaaaa. Hikhihik. Rasa tepercik air la. Rasa labah-labah kat kaki la. Isk. Seronoklah! Hihi.

Donkey LIVE

Review : Dha beratur dah nak masuk. Tapi, husband cakap, tak payahla masuk. Ok, taat.

Magic Potion Spin

 Review : Tak naik sebab untuk children. Hehe Hehe.

Enchanted Airways

Review : I nak naik. Tapi, husband dah muak dah naik roller coaster. Ok, taat lagi sekali.


Character greet and meet:

Review : Sangat menantikan Shrek and Princess Fiona. Tapi, hampa sebab tak muncul pun! Sob sob.


Paling I suka, kat sini laaaaaa! Excited gilaaa! And, kat Far Far Away jugak kiteorang lunch. Banyak jugak restoren halal kat sini. Just refer to the map, ok. Kiteorang makan kat Goldilocks Restaurant. Makan untuk 2 orang (2 sets meal) = $24

Jadi, sediakan budget untuk makan. 


Final Zone : Madagascar


Show and Rides:

Madagascar : A Crate Adventure

Review : Seronok la naik ni. Duduk dalam boat berdua-dua dengan husband, lepas tu layan cruise jeee. Heheh. Tak la berdua, ada orang lain jugak, tapi dapat duduk sebelah-menyebelah. Comel je tau! Haha. Mesti naik! Nak tau, ada kat satu tempat tu, boat tu macam nak melalui bawah air tau, so kiteorang ni punyalah gelabah takut basah baju kan, cepat-cepat keluarkan rain-coat dalam bag. HAHAHAHAH. sekali, hamek kau, air tu stop la time kiteorang lalu bawahnya. Gila Cuak i tell u! haha.

King Julien's Beach Party-Go-Round

Review : I selalu teringin nak main marry-go-round ni tau. Masa kecik-kecik tak pernah naik sebab takut pening kononnya la. So, ajak jugak husband naik ni. hhehe. nasib mood die ok, and agree untuk naik ride ni. Hehehehe. 

Street Entertainment

Madagascar Boogie

Review : Mungkin hujan kot. Tak ada pun. Sedih jerk.


Yeay, dah tamat! Hehehe.


Sehingga nak tutup la I round USS. Best! Definitely I akan pergi lagi. Hehe. Tunggu ada new attractions ke kan. Ho ho ho. Pada yang nak beli souvenirs, ada fridge magnet and key-chain yang harganya dari $3.90. Ada $5.90, ada $7.90, ada $6.90, ada $8.. Souvenirs lebih mahal dari tu pun ada. So, pandai-pandai la budget eyh untuk souvenirs.

Lepas tamat di USS, i jalan-jalan pusing Sentosa Island. Naik tram jelajah Sentosa Island. FREE je tau! Kiteorang habiskan $$ tengok Songs of The Sea. Admission fee = $10/person... Seronok la. Free seat. So, boleh duduk mana-mana je. Better duduk kat tengah-tengah ( Cari barisan kerusi warna oren ). Seronok sikit kot. Hehe.

Pada yang nak pergi, pergi! Jangan lupa, charge battery camera tu tau! Hehe.

And, toilet kat sana memang takkan jumpa air punya. Haha. Tapi, diorang sediakan tisu la. And toiletnya, semua ikut zone. Comel and suka je nak masuk nak check apa temanya. Hehehe. Seksa la sikit takda air. Hihi.


Next destination : Hong Kong Disneyland 

*Berangan la kau banyak-banyak! Hehehehe.


Saturday, November 12, 2011

Jelajah Cik Belle : Universal Studios Singapore (Part 2)

Declaration : Entry panjang dan bergambar. Jika berlaku kesulitan, harap bersabar. Hehe.




27 Oktober 2011

Pagi-pagi dah bangun. Excited sangat! Hahahahahhaa. Bas dijadualkan bertolak around 9.00pagi macam tu. Jadi, kami ambil kesempatan untuk breakfast dulu. Breakfast sendirian berhad ya. Hihi. Berhadapan dengan Tune Hotel, ada banyak shoplot. Boleh cari mana-mana restoren yang membuka selera.

Tips : Sila isi perut kenyang-kenyang sebelum bertolak. Hihi.


Lepak-lepak sambil tunggu bas. Bas sampai, excited Hokey! Hehehhee. Sebelum tu, kami beli bekalan untuk ke USS. Kan ada 7-eleven kan. So kami beli mineral water dan roti. Hehe.

Tips :

  1. Bring your own backpack. As in my case, husband yang bawak. Hehee. So, kami isi dengan 3 liter mineral water dan roti-roti.  
  2. Kalau korang tak nak naik bas kat Tune Hotel tu, korang boleh dapatkan bas/ van ke Resort World Sentosa dengan hanya RM5/person. Naik kat Kotaraya II Terminal. I pun tak tau kat mana. Tapi, berdekatan aje tu..
Bila semua dah naik bas, kami dibawa ke JB Sentral. Semua kena turun untuk custom and immigration purpose la. JB Sentral besar dan canggih. Hahaha. Datang ramai-ramai dengan ramai yang first timer ni, masing-masing dalam satu kapal la, BLUR. Hahaha. Tapi, immigration people baik hati tolong ajarkan. Hehe. Jadi, tengok cara orang buat dan follow aje la. Scan passport, scan thumb print, pintu terbuka. Lepas! Hoorey! Hehhehe. Punyala takut andai tak lepas sebab passport I dah kurang 6 bulan tarikh tamatnya. Ho ho ho. Kena pergi renew. Ok. Noted.

Dah scan passport, scan thumb print, cari bas yang sama dan meneruskan perjalanan. Sekali lagi kena turun time kat Woodlands Checkpoint. Nak cop passport pulak. Berdebar lagi. Haha. Beratur, ramai gila, letih. Make sure immagration permit diisi terlebih dahulu tau. Untuk memastikan kelancaran perjalanan. Hehe.

Dah cop semua, cari bas yang sama lagi sekali, dan meneruskan perjalanan lagi. Excited bukan kepalang! Hehehhee. Jam 1030 pagi kami sampai di Resort World Sentosa. WHEEEE!!! Bas tu berhenti betul-betul di USS. Naik escalator, berpandukan singboard, akan sampailah di depan entrance USS!

Dan, gambar wajib mesti snap punya:


Tadaaaa!
Harus bersabar menanti waktu yang sesuai. Bergilir-gilir la engkau menanti queue nak snap picture kat sini. Hehehe. Kalau pergi berdua, nak amek gambar berdua, bawaklah Tripod!

Then, tunjuk entrance ticket pada USS staff, dan meneruskan penerokaan.
Excited giller! First place, tuju mencari map! Penting.

Ada 7 Zones untuk diterokai.


First Zone : Hollywood



Shows and Rides :

Pantages Hollywood Theater

Review : Tak masuk pun. Sebab dia ada waktu-waktu showtimes nya. So, penting untuk plan nak masuk kul berapa nak tengok show. That;s y penting ada map dalam USS tu.

Street Entertainment :

Daddy O's
Mel's Dinettes

Review: Seronok tengok diorang menari dan menyanyi. Rentak tarian sama. Dan suara pun sedap yo! Hehe. Ambil-ambil gambar dan record-record video.

Character meet and Greet :

I jumpa Marilyn Monroe aje. Hehe.
Kena beratur nak ambil gambar dengan dia.
Jangan bimbang, staff USS akan bantu untuk snap pic korang. Pheww!


Second Zone : New York


Show and Rides:

Lights, Camera. Action!

Review : Tak jejak pun. Sebab husband tak sabar nak main Roller Coaster. Hehe. Masuk la korang, dengarnya Best tau!

Street Entertainment :

The Rockafellas

Review : Time kiteorang jalan kat sini, belum lagi waktu show time nya kot. So tak tengok la. If korang nak tengok, kena tunggu show timenya. Refer to map!

Character Meet and Greet :

I jumpa abang misai tu. Hahahhaa.
Panjang jugak beraturnya nak mengambil gambar.
Kelakar la abang misai ni tau!


Third Zone : Sci-Fi City



Show and Rides:

Battlestar Galactica : Human VS Cyclon

Review : I naik yang Cyclon tu. Gila mencabar. HAHAHAHHAHHA. Memang pusing atas bawah, hayun kiri kanan la. Menjerit dah sampai rasa mana-datangnya-suara-kuat-ni-oi. Takut gile oi. I sampai pejam-pejam mata tak nak tengok apa berlaku. Aduhai. Memang rasa hebat la dapat naik roller coaster gile-extreme ni! Sekejap je, dalam 3minutes gitu je kot. Lepas aje turun dar roller coaster ni, kepala pening-pening. Adatla kan. Hehehe. Lepak cari port, makan roti yang dibawa dari Malaysia. Hehee.

Accelerator

Review : I tak naik la. Sebab spinning pusing-pusing gitu. Tak mencabar. Jadi tak ada rasa hati nak naik. Heh.



Ok, panjang da. Sambung next entry pulak ya.




Friday, November 11, 2011

Jelajah Cik Belle : Universal Studios Singapore (Part 1)

Declaration : Entry panjang dan bergambar. Jika berlaku kesulitan, harap bersabar. Hehe.


26 October 2011

Ini lah aktiviti bila boring duduk dalam kereta. Si suami petik jari tanda enjoy cruising, sambil layan lagu. Huhuhu. Dan si isteri sibuk petik button camera nak snap pic. Hahaha. Kami bertolak ke JB around 11am dan tiba di bandar JB around 3pm. Sepanjang dalam kereta, tiada aktivit melainkan yang dinyatakan seperti di atas. Oh, dan makan ringan-ringan. Menggunakan MYVi sebagai pengangkutan utama adalah amat menjimatkan. Hehe.


Ok tepek sekeping sudah lah. Tak bermekap, jadi malu ah.
Heh.

Sesampainya di JB, cepat-cepat ON GPS sebab nak cari mana letaknya Tune Hotel. Jalan bersimpang siur, jadi sesat berpuluh kali. Hahaa. Even GPS Satellite pun tak dapat nak detect jalan yang betul. Hurmp, tak boleh harap! Sudahnya, follow aje signboard 'Teluk Danga'. Nampak Tune Hotel tepi jalan aje, pandai-pandaila cari jalan menuju ke arah sana. Hue Hue Hue.

Sebelum bercuti, memang super busy dengan kerja di office. Yelah, nak cuti Aidiladha lagi, jadi memang banyak kerja nak kena settle. Husband pun memanjang outstation. Kursus la. Jadi tak banyak masa nak mengadap laptop nak booking hotel. Jadi, memang fikir, OK, kite walk-in je la. Ada, rezeki. Tak ada, hotel lain banyak. Then, receptionist tu beritahu kami harga untuk walk-in untuk hari itu, ialah RM76/night. Tak campur apa-apa lagi nak add-on. Ok, mahal. Baik pergi cari hotel 4-star. Government officer kan boleh dapat discount. Hue Hue Hue.

Tapi, dah memang rezeki kami stay di Tune Hotel, receptionist tu sarankan untuk booked online. Dekat lobby tu memang ada disediakan PC untuk customer browse internet, layan facebook, dan online booking. FREE aje. Hehe. Jadi, kami terus ke PC dan booking untuk 3 hari 2 malam.

Damage : RM110++ untuk 3 hari 2 malam.

Murah gila.
RM36++ untuk satu malam.
It's like 50% discount if booking done via online.

Lepas ni boleh pergi London and stay di TUNE Hotel.
Eyh, apakah? Ha ha ha

Note : Room rates tak tetap ye, mungkin siapa booking awal, lagi murah kot. And, ada add-on untuk air-condition, entertainment semua tu. Bilik ada kipas laju, so tak pe la kalau nak jimat tak nak add air-cond. Maklumat lanjut, sila ke website Tune Hotels.

 
Dah selesai check-in, kami berjalan-jalan sekitar JB. Lapar jugak sebenarnya. Jadi ke Danga Bay.


Tak ada apa-apa pun. Cafe banyak yang tutup lagi. Ada yang baru nak bersiap-siap nak bukak cafe. Waktu malam, maybe happening la kot. Jadi, kami berjalan-jalan tengok sekeliling, snap pictures sikit-sikit dan makan tauhu bakar di Bistro Bawang Merah.

Tauhu bakar = RM5.00/set

Gulp. Mahal ya ampun. Per set ada 2 keping tauhu bakar. Tapi, husband cakap sedap. Tak kena dengan selera i la. Hehe. Lepas tu, berjalan-jalan di shopping mall : Johor Bahru City Square. Nafsu shopping memang kena tahan la. Jadi, cuci-cuci mata aje la. Banyak baju-baju style vintage kat sini. Suka! Dan, kami makan-makan dan ke money changer untuk tukar duit aje kat sini. Lepas tu, balik hotel dan recharge untuk esok pulak. =)

Oh. Lupa nak cerita. Tike USS dan tiket bus ke USS kami beli walk-in jugak.

Kat mana?

Ok, sebelah Tune Hotel tu, ada dereten kedai. Memang bersambung dengan Tune Hotel tu. Korang akan perasan 7-eleven. Kalau dari hadapan Tune Hotel tu, ianya terletak di sebelah kiri Tune Hotel. Sebelah 7-eleven tuh, ada kedai kecik : Odyssey / Compass Coaches. Jadi, beli tiket semuanya kat sini:


Universal Studios Singapore ticket = RM165/person (weekday)
Return ticket from Tune Hotel - Resort World (USS) = RM25/person


Jadi, malam tu, kami rehat-rehat dan siapkan sedia semua dokumen.

Malam tu asyik cakap kat suami, tak sabarnya.
Seronoknya! Hehehe.




Tuesday, November 1, 2011

Jelajah Cik Belle : Universal Studios Singapore


Aktiviti kami minggu lalu:


Pada yang nak bercuti secara budget.
Heh heh heh.

Stay tune.
Stories coming UP!



Mood : Gigih mengarang



I love u, baby.



Copyright to CIK BELLE
Designed by UMIESUEstudio 2014