Petang Jumaat I jejak PWTC. Ya Ampun!! Ramai giler orang ke Matta Fair. Tapi I terus ke PP, level 4. Tak berapa ramai orang. Jadi, senang untuk berdiskusi dan mereka pon semangat untuk terang itu ini.
Booth pertama i lawat, booth kad kawen. Saje je tanya-tanya tentang hardcover. Haha.
Yang ini dari Vision Greetings - True Love . Harga yang paling kanan, dalam 1000pcs, die boleh kasi RM3++ sekeping. Cantek kadnyer. Pandang kali pertama terus jatuh cinta. Harga? Kite survey lagi la ye. =)
Yang ni pun dari Vision Greetings jugak. For 1000pcs, die quote RM4++ sebab besar. Hui, xmampu. haha.
Next, I jalan-jalan ke booth Dios Astana Bridal. Bekas tembaga ni, cuma RM6 sahaja. Clearance stock katanya. Normal price ialah RM28 untuk 30unit ke atas. Berbaloi2. Tapi, ialah RM6 untuk doorgift sahaja. Erk. Mahal jugak yer. Tihihi.
Next, pelamin cantek ni dari DinaHalim. Cantek sangat. Sesuai la untuk dewan yang besar kan. Contact DinaHalim untuk lebih lanjut. I adala simpan brochure dari DinaHalim.Tapi, harga untuk masa exhibition ajela. Hehe. Tak boleh nak letak sini, takut team DinaHalim marah sat lagi. Hehe.
Ini dari Rita Collections. Baju-baju cantek. Banyak kebaya style indo-indo sane. Pelamin ni actually 3 panel. Tapi, camera i tak mampu nak capture penuh-penuh. Haha. Ambil serpih2 jela. Kalau ambil pakej agak murah dari ambil pelamin sahaja. Tapi, sofa 3-seater untuk pelamin? Macam tak sesuai ek.
Ini cantek. Dan banyak-banyak booth, ini yang paling murah untuk hardcover card. For 1000pcs, die quote dari Rm2.30. Depends on design, and they can cater according to ur budget. Ada jugak hardcover less than RM2, tapi xcantek.. Huhu. Price die semuanya include envelope. And no hidden charge da. Haha. Macam kalau nak print untuk both side in 1 card, kene tambah wang lagi ke, untuk artwork kene charge lagi ke, semuanya da include dalam harga yang die quote tuh. PR service sangat bagus. Can check here: Classic Vision
Kan I cakap, i nak cari pelamin decorater kan. Tak berapa banyak pilihan dan mahal jugak. Ada yang murah. Dari RM650 untuk artificial. Cuma tambah RM150 aje lagi untuk fresh flowers. So I put them in my list. Nak survey area Seremban dulu. Sebab kalau boleh, nak minima-kan transportation charges tuh. Hehe. Ada yang quote RM800 semata untuk transportation charges. WTH. Macam dah boleh sponsor pelamin untuk orang lain pulak. Haha.
Lepas tuh, I jumpa LovaCinta. MashaAllah... cantek sangat make-up2 die. Harga pun within my budget. I memang tertarik betul la. Terus tanya date sekian-sekian masih free ke tak. Sobs, sedih dah ade orang booked die. Terus rasa macam nak tukar date. Haha. But no,no,no,no.. Sigh..
Then, I jumpa ini: 99 Nama Allah. Hardcover. Kecil comel. Warna pelbagai. Free emboss nama pengantin. Harga untuk 1000pcs above, RM2.50. Kalau 500pcs above, RM2.80. Below than that, I tak sure. Boleh lawat mereka di:
Lot 3.29, Tkt 3, Pertama Complex
Jalan TAR.
Simple deco dengan ribbon atau letak dalam uncang organza pon dah lawa. Optional untuk Yasin as doorgift. Kerna terpikat, i beli satu. RM5. Hihi.
Photographer package pun ramai. Senang kalau datang PP, boleh terus tengok mereka punye finishing product. Ada yang menarek, ada yang none ado. Haha. Boleh nego harga lagi. Tapi, rata-rata harga RM1k atas. Sebab provide custom-made album. Hihi.
Maaf, terlewat betul update tentang ini. Sebok sebabnya, hari sabtu, 2 jemputan wedding, hari ahad, hari saya dirisik!!! haha. Debar-debar, panic tak henggat. Semuanya jadi tak tentu arah. Haish.. Will save the story untuk saya sahaja. Tettt. Hihi. Okla, tunjuk bekas cincin je aci tak? Heh. Okla, okla. Tunjuk sebelah tangan.
Maaf, terlewat betul update tentang ini. Sebok sebabnya, hari sabtu, 2 jemputan wedding, hari ahad, hari saya dirisik!!! haha. Debar-debar, panic tak henggat. Semuanya jadi tak tentu arah. Haish.. Will save the story untuk saya sahaja. Tettt. Hihi. Okla, tunjuk bekas cincin je aci tak? Heh. Okla, okla. Tunjuk sebelah tangan.
24 comments:
tahniah..hepi 4 u..huhu..
belle, congrats sudah dirisik, haha... i masa risik pun letak gambar tangan jek.. malu..
belle nanti ina kawin datang? datang tau? i nak jumpak u!!1
fikaryna: hikhik. thanks ryna. =)
Huda: tuhla kan.. malu kan, kan? kenduri ina, insyaAllah datang. Hihi. Alright! Nanti kite ketemu. hehe.
i love 99 nama Allah itu.heart it bile tgk kat PP tu jugak:)
ReYNa: kan.. cantek. kalau saiz die besarkan sikit, lagi cantek. hee
wah...ramai btol yang pg matta fair nie...
but untuk pegetahuan awak la...better awak beli yasin yang ade di jual kat mydin..1 pcs...cuma 0.60 jer....:-)
Cik Belle...
Kayangan Bridal wat pelamin... Mana tahu awak nak quotation dia.. Hehe...Eh awak betul lah, ambil pakej lagi save dari ambil satu2 kan... :)
my god, rm800 utk transportation?!!
ala, nak pakai cincin jugak... mak i simpan cincin i. dia tak bg pakai. haha..
hye...
saya pun pegi...berpinar mata nengok esp pelamin hitam putih tu.i like!!hehe...
well, u dah dapat make up ke?
saya baru book tadi.sgt superb n harga pun murah jugak...
nanti saya update list2 photographer, pelamin, make up etc kat blog.so far saya dah siap dalam 60% cume hantaran dgn baju tak buat hape lagi..hehehe...
=)
congrats!! sudah dirisik akhirnye. hehe tak sabar e-day lak ek *wink* majlis gilang gemilang, jgn lupe ai ek? hehehe wish u the best dear *hugs*
aCik GeE cHoMeY: hihi. memang murah rm0.60 utk satu yasin kan.. xterjah pon lagi mydin. nanti nak terjah la. ngee
Yanie: ade buat eyh.. hihi. murah tak eyh harga die? ngee. haah betul2. kalau ape dalam pakej tuh semua kite berkenan, elok sgtla amek trus pakej yang ada. hehe
sk: haa kan.. tataula bape banyak rangka pelamin die nak angkut. huhu. ke i yg silap dengar pon i xtaula. hehe. ade jugak yang quote rm650 untuk transportation. nak bayar sewe lori kot.. tahla. hihi.
ala, takpe, barula rase tak sabar2 nak menanti hari tuh. hehe. kire hari sonok kan? hehe
Syima: when is ur date eyh dear? 60% tuh dah almost nak lengkap da tuh. u amek makeup dengan sape? yang amek kursus dgn nurul shukor tuh ke? seri mempelai tak silap. die punye harga pon murah. hehe. ke amek dengan sape? hihi. cepat sikit buat entry baru dear. xsabar plak. hihi.
untuk makeup, insyaAllah, esok p bayar depo. berserah ajela. hihi
lynda: hehe. tq. malu i. tihihi. insyaAllah, i jempot bloggers nanti. tapi, lambat lagi la my wedd. next year tau. next year. setahun++ lagi. hihi.
dear bleh share tk vendor yg only add on rm150 for fresh flower tu..
plz?
u gi expo tu bila?
tahniah sudah dirisik..next stage plak..hehe;))
Rosie Flowerie: hye dear. ur email please. hihi. nanti i cerita lebih lanjut. =)
ell: tihihi.tq, ell. insyaAllah, pray for me. ngee
cik belle..CONGRATS!! cik belle dah ditanda org lah ni??hihi.. =D am happy for u..
hana yorie: hihi. tq hana. macam tuh la lebey kurangnyer. hihi. hana, da p tini's spa? jom same2 nak. =)
blom p pon lg..hehe..cik belle dah mau pegi ker??jom jom..dia ada expiry date tak eyh?
ade!! sebelom 31march. hihi. cube check balik. ngee
ha ah laa..baru perasan..30 march..huhu..kite boleh pegi either ampang/s.alam kan?cik belle pegi mana?bilanye nak pegi?
haah, memane pon boleh. kite nak p belah shah alam sebab senang, abes kelas boleh terus p. hihi. hana dekat dengan mana? belah ampang/ shah alam? kalau dekat dengan shah alam, sonok jugak, boleh p same-same. hihi
engagement 30may, kahwin november thn ni =)
no worries dear. ai pon setahun++ terikat. mase n Allah menentukan, kite hanye mampu merancang. eceh, poyo tul ai nih~
Syima: owh, da tak lame.. happy preparing! =)
Lynda: hui, lame tuh.. ni kene mintak tips ni. hehhee
Post a Comment